Supplement Bajet Diabetes

Assalamualaikum dan selamat malam semua… tetiba terpikir nak share set bajet supplement yang membantu dalam masalah diabetes selepas termakan dengan cakap-cakap anak KakNgah yang ke-2 petang tadi…

Idraki : Ummi… angah ni dah kene kencing manislah..
Ummi : Iyer ker… nape lak angah bleh kene kencing manis???
Idraki : Kan angah minum air manis tadi… dah kene kencing manis lah…
Ummi : erkkkk…. (dalam hati ni nak tergelak besar rasanya…) 😀

Apakah Diabetes?

Diabetes merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya diabetes tergolong dalam 2 kategori iaitu :

  1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Selain daripada menjaga pemakanan, senaman dan ubat-ubatan, beberapa supplement daripada Shaklee juga sangat membantu. Di sini KakNgah nyatakan Supplement Bajet Diabetes yang membantu anda dalam mengawal diabetes iaitu B-Complex, zinc dan Alfalfa.

wpid-wp-1397724753859.jpegB-Complex ~ berperanan sebagai anti-stress dan disamping itu juga B-Complex membantu dalam menukarkan makanan seperti protein dan lemak kepada tenaga.

zincZinc Complex ~ berperanan dalam penghasilan insulin dalam darah untuk Diabetes jenis I, serta baik dalam pembaikkan luka akibat pembedahan.

0f65f-alfalfa-complexc2ae-shaklee-l-click-here-to-purchaseAlfalfa Complex ~ membantu dalam menstabilkan gula dalam darah. Pengambilan Alfalfa dalam jangka masa panjang juga membantu dalam mengawal lemak dan kolesterol tinggi anda. Dan seterusnya membantu anda dari strok dan sakit jantung.

==========================================

Hahha… ringkas dan mudah serta murah untuk anda dapatkan supplement bajet diabetes nih. RM141.25 jerk pun, pula tuh tahan sehingga 2 ~ 4 bulan penggunaanya… Ermmmm, kalau nak lagi murah bleh join member. Apa lagi benefit member nih? daftar je dulu, nanti kita roger-rogerlah… 🙂

OPS!!! Jika anda mempunyai bajet lebih.. boleh ambil Vivix

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 
 

 

Advertisements

Sihat & Cergas Dengan Set Berpantang Shaklee

Bismillah..

Walhamdulillah…. masih diberi ruang untuk KakNgah berkongsikan manfaat juga sebarang info kesihatan untuk anda diluar sana pada malam ini. Moga dengan sedikit perkongsian dari KakNgah akan memberikan manfaat untuk anda semua.

Suami dan anak2 dah pun melayang ke “London” so sket2 tu bolehlah untuk KakNgah kongsikan apa yang terlintas untuk malam nih… Dalam FB bukan main lagi yg dok “update” status menunggu hari, berkira hari, nak makan apa masa berpantang dan bla…bla…bla… bukan main lagi ibu-ibu yer.. masing-masing gumbira menantikan cahaya mata. Eh! ada juga yang sedang berpantang… TAHNIAH!!!

================================================

Yea.. yea.. yea… “Sihat & Cergas dengan Set Berpantang Shaklee” ~ Tajuk untuk entry ini kalilah, hehhe…Soalan yang lazim KakNgah dapat apabila ada yang nak dapatkan Set Berpantang ni adalah :

  • Apa yang ada dalam set berpantang ni?
  • Berapa harga set berpantang nih?
  • Kalau saya nak ambil ini..ini..ini sahaja boleh?
  • Saya bajet dalam rm2xx jer, ada tak untuk bajet saya nih?

Hahha… banyak pilihan sebenarnya yang ibu-ibu boleh buat, jadi disini KakNgah sediakan senarai set berpantang bermula daripada yang asas sehingga yang mampu dengan bajet ibu-ibu diluar.

Set Asas Berpantang

Set asas berpantangSet asas berpantang terdiri daripada Vitalea, Sustained Release Vita C, B-Complex dan Zinc

Bagaimanakah set ini membantu ibu-ibu berpantang?

Vitalea & B. Complex ~ Gabungan Vitalea dan B. Complex membantu dalam membina sel darah merah yang baru di mana ibu-ibu banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.

Vitalea juga membantu ibu-ibu dalam memenuhi keperluan nutrien kerana kandungan multivitaminnya yang terbaik memberikan kesihatan ibu-ibu lebih sihat.

B-Complex membantu ibu-ibu dalam mengawal stress dimana emosi ibu-ibu semasa berpantang agak terganggu dengan kehadiran cahaya mata. Kebarangkalian ibu-ibu mudah letih apabila rehat dan tidur yang tidak cukup untuk menjaga diri juga bayi. Dengan pengambilan B. Complex ibu-ibu akan lebih bertenaga, InsyaAllah walhamdulillah… KakNgah sendiri dah pun merasainya [sangat2 membantu untuk pesakit Thalassaemia Trait cam KakNgah].

Sustained Release Vita-C ~ Ini lagi satu supplement yang terbaik kerana SR Vita C sangat2 membantu dalam pertahanan imum badan dari demam, selsema dan sakit, InsyaAllah… Biasalah kan ibu-ibu yang tidak cukup kuat semasa berpantang memang mudah demam dan sakit, almaklumlah bila badan dalam keadaan “kotor”, penyakit pun senanglah nak hinggap yer…

Zinc ~ Hahhahaha…. Zinc adalah sebuah mineral penting dengan belbagai fungsi untuk tubuh manusia dengan mengaktifkan lebih 200 enzim di dalam tubuh kita. Diulangi… lebih 200 enzim maka sememangnya zinc sangat2 membantu dalam membaik pulih luka dengan lebih baik dan sempurna. Tak kisahlah samada luka bersalin secara normal atau pembedahan.

Ini baru asas berpantang, harga untuk set asas ni hanya RM268.75 [nak lagi murah??? leh PM di SINI, jangan lupa LIKE yer…]

61564_490745390981325_1679932169_nESP [Energizing Soy Protein] ~ Ibu-ibu juga boleh memilih untuk ambil bersama ESP bagi memberikan tenaga segera serta membantu dalam penyerapan lain-lain vitamin dengan lebih cepat dan efektif.

ESP juga membantu susu ibu-ibu menjadi pekat dan bayi akan mudah kenyang serta tidak mudah meragam di waktu malam. Jadi ibu-ibu boleh berehat dan tidur dengan lebih baik agar diri lebih bertenaga, sihat dan cergas ~ cam KakNgah… 😛 ~ Sedap juga bila dicampur dengan blackcurrent.. dengan plain water pun bestttt!!!

Vita-E

Vita E Shaklee ~ Ibu-Ibu juga boleh add on sekali Vita E Shaklee dimana Vita E Shaklee juga amat membantu dalam baik luka bersalin dengan lebih pantas. Sebenarnya manfaatnya sama sahaja dengan zinc namun keberkesanan Vita E lebih pantas umpama naik motor dengan naik kereta untuk ke mana-mana destinasilah… hehhe…

osteOsteMatrix ~ OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kalsium ni baik untuk kesihatan ibu-ibu selepas bersalin kerana semakin usia wanita itu meningkat, kalsium akan turut berkurang. Selain membantu ibu-ibu, kalsium juga penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang bayi serta gigi bayi kelak. ~ Cam anak bongsu KakNgah, umur baru 5 bulan setengah tapi dah pandai berdiri sendiri sebab KakNgah amalkan kalsium sejak mengandungkan dia lagi… KakNgah sendiri tak percaya, tapi itulah hakikatnya… Di usia 9 bulan dah pun pandai berjalan, lebih cepat dari abg sulungnya yang berjalan seawal 10 bulan dan abg ke-2 nya seawal 11 bulan… Alhamdulillah.

omegaOmega Guard ~ Ni lagi satu supplement yang sangat sessuai untuk ibu2 semasa berpantang. Sangat baik untuk minda ibu juga bayi anda dan mungkin juga ibu-ibu belum mengetahuinya bahawa Omega Guard juga sessuai utk ibu-ibu yang ingin DIET! ~ Sesssuaiiii sangat2 dengan bulan PROMO BUY 6 FREE 1 December ini kan…

alfalfa2

Alfalfa Complex ~ OPS!!! hampir terlupa.. Ibu-ibu yang bekerjaya atau yang mempunyai masalah penyusuan boleh add on bersama Alfalfa Complex sebagai penggagalak susu badan. Sesuai diambil selepas dua minggu berpantang…

**************************************************

Hahha… dah panjang lebar perkongsian dari KakNgah malam ni yer.. semuanya untuk pilihan ibu-ibu. Untuk bajet, ibu-ibu boleh tengok di PRICE LIST yer, boleh buat kira2.. nak lagi jimat berganda roger2 ngan KakNgah jer… special price KakNgah boleh bagi, siap free gift lagi…

 
 
 
Name Card
 
 

Shaklee Zinc Complex

zincZinc adalah sebuah mineral penting dengan belbagai fungsi untuk tubuh manusia dengan mengaktifkan lebih 200 enzim di dalam tubuh kita.

Sebelum KakNgah kongsikan manfaat zinc complex, terlebih dahulu KakNgah kongsikan dahulu Perbezaan Zinc Complex Shaklee dengan brand lain yang berada di pasaran.

Zinc Complex Shaklee dirumus daripada glukonat semulajadi bergabung dengan nutrein semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa bagi menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.

Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang  dan ianya berkesan dalam mengeluarkan toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

 

Manfaat Utama :

  • Zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel.
  • Membantu dalam memelihara metabolisma pada tahap selular dan pertumbuhan kanak-kanak sehingga meningkat ke usia remaja.
  • Membentuk Kolagen ~ membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan, perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Mempertingkatkan Sistem Imum ~ Membantu pengeluaran kelenjar tyhmus dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan mengahalang infeksi penyakit.
  • Mempercepatkan Pemulihan Luka ~ membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman seperti pembedahan.
  • Memperbaiki Masalah Prostat ~ Kajian menunjukan pengambilan zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/ pembengkakkan prostat sebanyak 70%.
  • Kemampuan Seks Lelaki ~ Bantu dalam meningkatkan kuantiti sperma, pengambilan zinc yang secukupnya mampu meningkatkan keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi Wanita ~ penting untuk ovulasi wanita juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
  • Memperbaiki Radang Kulit ~ Memperbaiki radang kulit seperti jerawat dan kulat air.
  • Mengekalkan Deria Bau ~ baik untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitiviti (bau dan rasa).

Hahha… dah tahukan manfaat zinc ni, next time jika ada kelapangan InsyaAllah KakNgah akan kongsikan dengan lebih padat lagi kebaikan zinc untuk kaum adam… nantikan yer.. 🙂

OPS!! berapa harga sebotol Zinc Complex? RM33.75, murah jerk.. dan anda memang boleh memilikinya, tahan selama 4 bulan pengambilan. Jimat kan??? moh buat order..

 
 
 
Name Card