Masalah Kulit Berminyak?

Ermm… sebut kulit berminyak ni, memang terasa sangat-sangat tak selesa… jerawat senang-senang jer naik, pastu mulalah bertompok penuh dengan parut jerawat dan jeragat… 😦

KakNgah sendiri mengalami masalah kulit berminyak so terpaksalah KakNgah consume beberapa jenis supplement untuk mengelakkan jerawat penuh di muka gara-gara masalah kulit berminyak. Xcely KakNgah tak suka makan sebarang pills tapi nak elakkan masalah terus berlarutan, kenelah consume… 🙂 Antara 2 supplement yang diperlukan untuk masalah kulit berminyak adalah SR Vitamin C dan B Complex…

Kulit BerminyakPeranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya,
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit,
  • Mencerahkan kulit serta memudarkan kesan parut jerawat dan jeragat,
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress).
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap,
  • Mencegah pigmentasi,
  • Melambatkan tanda penuaan,
  • Mengubati jerawat.
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress)

Jika anda mempunyai budget lebih, bolehlah add on sekali dengan ESP dimana ESP merupakan protien yang membantu dalam menbentuk sel-sel kulit yang baru serta mencerahkan kulit dan menampakkan kesan yang lebih cepat dengan membantu menyerap vitamin-vitamin lain dengan lebih baik.

Bagi anda yang tidak mengalami masalah kulit berminyak pula, amat digalakkan consume bersama Vita E dimana Vitamin E membantu anda nampak lebih muda dari usia anda dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.

Vita-EKita lihat plak testimonial beberapa orang pengguna yang telah pun berjaya menangani masalah kulit berjerawat mereka…

Kawan kita nih consume B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan ESP, full set untuk kecantkan kulit.

Nak ker? Roger2lah… 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

Sihat & Cergas Dengan Set Berpantang Shaklee

Bismillah..

Walhamdulillah…. masih diberi ruang untuk KakNgah berkongsikan manfaat juga sebarang info kesihatan untuk anda diluar sana pada malam ini. Moga dengan sedikit perkongsian dari KakNgah akan memberikan manfaat untuk anda semua.

Suami dan anak2 dah pun melayang ke “London” so sket2 tu bolehlah untuk KakNgah kongsikan apa yang terlintas untuk malam nih… Dalam FB bukan main lagi yg dok “update” status menunggu hari, berkira hari, nak makan apa masa berpantang dan bla…bla…bla… bukan main lagi ibu-ibu yer.. masing-masing gumbira menantikan cahaya mata. Eh! ada juga yang sedang berpantang… TAHNIAH!!!

================================================

Yea.. yea.. yea… “Sihat & Cergas dengan Set Berpantang Shaklee” ~ Tajuk untuk entry ini kalilah, hehhe…Soalan yang lazim KakNgah dapat apabila ada yang nak dapatkan Set Berpantang ni adalah :

  • Apa yang ada dalam set berpantang ni?
  • Berapa harga set berpantang nih?
  • Kalau saya nak ambil ini..ini..ini sahaja boleh?
  • Saya bajet dalam rm2xx jer, ada tak untuk bajet saya nih?

Hahha… banyak pilihan sebenarnya yang ibu-ibu boleh buat, jadi disini KakNgah sediakan senarai set berpantang bermula daripada yang asas sehingga yang mampu dengan bajet ibu-ibu diluar.

Set Asas Berpantang

Set asas berpantangSet asas berpantang terdiri daripada Vitalea, Sustained Release Vita C, B-Complex dan Zinc

Bagaimanakah set ini membantu ibu-ibu berpantang?

Vitalea & B. Complex ~ Gabungan Vitalea dan B. Complex membantu dalam membina sel darah merah yang baru di mana ibu-ibu banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.

Vitalea juga membantu ibu-ibu dalam memenuhi keperluan nutrien kerana kandungan multivitaminnya yang terbaik memberikan kesihatan ibu-ibu lebih sihat.

B-Complex membantu ibu-ibu dalam mengawal stress dimana emosi ibu-ibu semasa berpantang agak terganggu dengan kehadiran cahaya mata. Kebarangkalian ibu-ibu mudah letih apabila rehat dan tidur yang tidak cukup untuk menjaga diri juga bayi. Dengan pengambilan B. Complex ibu-ibu akan lebih bertenaga, InsyaAllah walhamdulillah… KakNgah sendiri dah pun merasainya [sangat2 membantu untuk pesakit Thalassaemia Trait cam KakNgah].

Sustained Release Vita-C ~ Ini lagi satu supplement yang terbaik kerana SR Vita C sangat2 membantu dalam pertahanan imum badan dari demam, selsema dan sakit, InsyaAllah… Biasalah kan ibu-ibu yang tidak cukup kuat semasa berpantang memang mudah demam dan sakit, almaklumlah bila badan dalam keadaan “kotor”, penyakit pun senanglah nak hinggap yer…

Zinc ~ Hahhahaha…. Zinc adalah sebuah mineral penting dengan belbagai fungsi untuk tubuh manusia dengan mengaktifkan lebih 200 enzim di dalam tubuh kita. Diulangi… lebih 200 enzim maka sememangnya zinc sangat2 membantu dalam membaik pulih luka dengan lebih baik dan sempurna. Tak kisahlah samada luka bersalin secara normal atau pembedahan.

Ini baru asas berpantang, harga untuk set asas ni hanya RM268.75 [nak lagi murah??? leh PM di SINI, jangan lupa LIKE yer…]

61564_490745390981325_1679932169_nESP [Energizing Soy Protein] ~ Ibu-ibu juga boleh memilih untuk ambil bersama ESP bagi memberikan tenaga segera serta membantu dalam penyerapan lain-lain vitamin dengan lebih cepat dan efektif.

ESP juga membantu susu ibu-ibu menjadi pekat dan bayi akan mudah kenyang serta tidak mudah meragam di waktu malam. Jadi ibu-ibu boleh berehat dan tidur dengan lebih baik agar diri lebih bertenaga, sihat dan cergas ~ cam KakNgah… 😛 ~ Sedap juga bila dicampur dengan blackcurrent.. dengan plain water pun bestttt!!!

Vita-E

Vita E Shaklee ~ Ibu-Ibu juga boleh add on sekali Vita E Shaklee dimana Vita E Shaklee juga amat membantu dalam baik luka bersalin dengan lebih pantas. Sebenarnya manfaatnya sama sahaja dengan zinc namun keberkesanan Vita E lebih pantas umpama naik motor dengan naik kereta untuk ke mana-mana destinasilah… hehhe…

osteOsteMatrix ~ OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kalsium ni baik untuk kesihatan ibu-ibu selepas bersalin kerana semakin usia wanita itu meningkat, kalsium akan turut berkurang. Selain membantu ibu-ibu, kalsium juga penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang bayi serta gigi bayi kelak. ~ Cam anak bongsu KakNgah, umur baru 5 bulan setengah tapi dah pandai berdiri sendiri sebab KakNgah amalkan kalsium sejak mengandungkan dia lagi… KakNgah sendiri tak percaya, tapi itulah hakikatnya… Di usia 9 bulan dah pun pandai berjalan, lebih cepat dari abg sulungnya yang berjalan seawal 10 bulan dan abg ke-2 nya seawal 11 bulan… Alhamdulillah.

omegaOmega Guard ~ Ni lagi satu supplement yang sangat sessuai untuk ibu2 semasa berpantang. Sangat baik untuk minda ibu juga bayi anda dan mungkin juga ibu-ibu belum mengetahuinya bahawa Omega Guard juga sessuai utk ibu-ibu yang ingin DIET! ~ Sesssuaiiii sangat2 dengan bulan PROMO BUY 6 FREE 1 December ini kan…

alfalfa2

Alfalfa Complex ~ OPS!!! hampir terlupa.. Ibu-ibu yang bekerjaya atau yang mempunyai masalah penyusuan boleh add on bersama Alfalfa Complex sebagai penggagalak susu badan. Sesuai diambil selepas dua minggu berpantang…

**************************************************

Hahha… dah panjang lebar perkongsian dari KakNgah malam ni yer.. semuanya untuk pilihan ibu-ibu. Untuk bajet, ibu-ibu boleh tengok di PRICE LIST yer, boleh buat kira2.. nak lagi jimat berganda roger2 ngan KakNgah jer… special price KakNgah boleh bagi, siap free gift lagi…

 
 
 
Name Card
 
 

Vita-E Complex ~ KakNgah Suka… KakNgah Suka…

Huhh! over plak title ni yer??? hahha… naper KakNgah suka? Al-kisahnya yang buat KakNgah jatuh chenta dengan Vita-E Shaklee ni semasa berpantang anak ke-3.. Ops! jangan salah faham yer, zinc juga membantu dalam baik luka bersalin tapi KakNgah sajer jerk add on Vita-E sekali untuk kesan baik pulih dengan lebih cepat… Iyerlah, anak dah masuk 3, mana nak uruskan rumah tangga ngan anak2 lagi, suami plak kje sendiri, tak kje xder lah duitnyer.. hehhe… Alhamdulillah, masa hari ke-8 berpantang, luka bersalin KakNgah baik sepenuhnya [mungkin kurang daripada 8 hari, cuma KakNgah lambat sedar]. Jom kita kenal-kenal dengan Vita-E Complex Shaklee nih…

Kenali Vitamin E anda!Vita-EVitamin E terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alpha, beta, gamma dan d-alpha tocopherol. Gamma adalah jenis vitamin E yang paling kurang aktif. Manakala d-alpha tocopherol adalah jenis vitamin E yang paling aktif dan paling hebat.

Seperti yang diketahui ramai, suplemen-suplemen Shaklee adalah terdiri daripada suplemen semulajadi ya bukan sintetik..begitu juga halnya dengan Vita E Complex ini yang sememangnya terhasil dari sumber Vitamin E yang semulajadi. TAPI bagaimanakah caranya untuk anda pastikan Vitamin E yang anda ambil dan consume setiap hari adalah terdiri daripada sumber yang semulajadi dan bukannya Vitamin E sintetik?? Mudah sahaja…anda lihat di label Vitamin E anda dan pastikan yang tertulis ialah bermula dengan d-alpha  sebagai contoh : d-alpha tocopherol bukannya bermula dengan dl- sebagai contoh: dl-alpha tocopherol. Jadilah pengguna yang bijak ya!

Perlukah Selenium bersama Vitamin E??selenium di dalam vita e complex shaklee

Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Selenium adalah penting sebagai sumber untuk proses badan dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, Selenium juga amat penting dalam diet harian seseorang dan dianggap sebagai meningkatkan tindakan antioksidan (dalam situasi ini dapat tingkatkan tindakan Vitamin E).

Vita E Complex Shaklee kini diperkayakan pula dengan ekstrak biji anggur? Apa pula kelebihan esktrak biji anggur ini ya? Jom kita lihat bersama:

ekstrak biji anggur dalam vita e complex shaklee

  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih bersifat antioksida dari Vitamin E dan 20x lebih power dari Vitamin C.
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi.
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya.
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah.

Tahukah anda bahawa seorang dewasa perlukan dalam 400IU Vitamin E setiap hari??

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keperluan Vitamin E sebanyak itu?? Anda hanya perlu mengamalkan sebiji Vitamin E daripada Shaklee untuk mencukupkan keperluan Vitamin E anda setiap hari ATAU jika anda lebih senang memilih untuk mengambil lebih kurang 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam setiap hari???
1 capsule Vita E mengandungi 400 IU Vita E

Credit Picture: nooraidamymdnoor

Berikut disenaraikan antara manfaat yang boleh diperolehi daripada pengambilan Vitamin E secara konsisten:

♥ Penting untuk melindungi jantung dan paru-paru kita.

♥ Antipenuaan — menjadikan anda tampak lebih muda kerana Vitamin E merupakan antioksidan yang sangat power untuk melawan semua radikal bebas..dan ditambah pula lagi dengan kehadiran ekstrak biji anggur yang seperti telah saya nyatakan tadi 20 x lebih power dari Vitamin C.

♥ Juga berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun, dan berupaya melawan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan tumor.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif baik bagi lelaki dan wanita dan bagi lelaki jika diamalkan setiap hari dipercayai dapat mempertingkatkan lagi kualiti serta kiraan sperma.

♥ Dikenali juga sebagai “Vitamin Cinta” yg mampu memperbaiki hubungan intim suami dan isteri. Lebih bagus jika diamalkan bersama Alfalfa Complex.

♥ Untuk kecantikan kulit di mana dapat memudarkan parut, stretchmark dan lain-lain. Pengambilan bersama B Complex, Sustained Release Vita C Plus dan ESP dapat memberikan anda kulit wajah yang cerah, licin dan bebas cela jika diamalkan secara konsisten.

♥ Bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah, membantu pembekuan darah yang normal dan memberi manfaat pada saraf.

♥ Juga dikatakan dapat mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

credit : MyLittle Yaya

Vitamin E adalah sumber anti-oksidan yang diperlukan dalam pemakanan seharian. Dengan pengambilan Vitamin E yang mencukupi setiap hari mampu membantu anda mengawal daripada penyakit jantung yang menjadi PEMBUNUH NO. 1 di MALAYSIA dimana ia akan menyerang tidak kira waktu samada semasa anda tidur, makan dan beriadah. Jagalah Kesihatan anda kerana “Kesihatan itu Satu Anugerah”.

Next time KakNgah kongsikan pulak testimonial dikalangan pengguna Vitamin E Shaklee yer, insyaAllah…. Have a nice day~~

 
 
 
Name Card