Talasemia Trait & Supplement yang Bersesuaian.

Bismillah..Walhamdulillah dan Assalamualaikum semua… Seperti yang dijanjikan di post Pengidap Talasemia [Thalassaemia] & Supplement Bersesuaian, malam ini KakNgah kongsikan pula supplement yang bersesuaian untuk Thalassemia Trait consume. Antara supplement yang bersesuaian adalah:

ESP

ESP [Energizing Soy Protein]

Agak2 kan, kenapa ESP ini penting untuk talasemia trait? ermmm, yang sebenar2nya ESP nih membantu vitamin2 lain yang diambil agar penyerapan lebih efektif dan kesan dengan lebih baik. Selain berfungsi sebagai “penyerap vitamin2 ianya juga dapat memberikan tenaga kepada pengamalnya, xcely… talasemia trait memang kurang tenaga, sering keletihan dan lemau!!! Alhamdulillah KakNgah dah pun mencubanya dan ianya sangat2 membantu.

VitaLea [Multivitamin]

Kombinasi vitamin2 di dalam VitaLea Shaklee sangat2 membantu dalam menangani masalah talassemia dimana setiap pesakit talasemia akan mengalami masalah HB rendah dan lebih terul lagi dikalangan ibu2 yang hamil. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

B Complex

Pengambilan B Complex bersama VitaLea membantu dalam pembinaan sel-sel darah merah. B Complex juga berperanan dalam memberikan tenaga dengan menggantikan makanan kepada tenaga dimana pesakit talasemia mudah dan sering keletihan.

Sustained Released Vita C

SR Vita C bermanfaat dalam membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dimana kekurangan zat besi akan menyebabkan keletihan dan anemia.

Photo: Hanya dengan sesudu teh setiap hari, Vivix Shaklee membantu KakNgah...» lebih luar biasa bertenaga [thalassaemia trait selalu lemah2 badan],» merawat masalah sembelit,» mengurangkan stress,» awet muda,» mengawal gemuruh,» menghilangkan sengal2 badan,» merawat sakit sendi..Ini apa yg KakNgah rasa pada diri Kakngah lah... Alhamdulillah.. Sangat2 berbaloi2 mencubanya..Jika anda mempunyai masalah seperti KakNgah, bolehlah mencubanya. Pasti berpuas hati..Whatsapp018-664 5415KakngahSID 885414

Vivix™

Jeng…jeng…jeng…. hahha Vivix™ adalah yang terbaik untuk di consume sebab KakNgah pun dah sebulan consume Vivix™ nih, Alhamdulillah terasa sangat khasiatnya terhadap KakNgah.. apa yang KakNgah rasa??? leh baca DISINI! 🙂

Cukuplah kut untuk malam ni, moga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk anda, keluarga dan sahabat2 yang berdekatan anda… Bagi anda yang ingin dapatkan supplement ini dengan harga yang lebih jimat, bolehlah menghubungi KakNgah… jangan segan2 yer…

 
 
 
Name Card
 
 

I am Beta Thalassaemia Trait!!!

Tahukah Anda!!! Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

*****************************************************

KakNgah tergolong dalam 5% daripada penduduk Malaysia yang dikenali sebagai pembawa dan KakNgah adalah Beta Thalassaemia Trait!!! Entry kali nih macam suka plak bila dikenali sebagai Beta Thalassaemia Trait (minor), hahha… tidak sama sekali, KakNgah just nak kongsikan agar kawan2 di luar sana kenal dan aware dengan penyakit talasemia nih… Semakin hari, semakin ramai yang call dan tanya dengan KakNgah berkenaan penyakit talasemia. Dari situ KakNgah rasa tak salahkan untuk KakNgah kongsikannya dan kebanyakkannya penduduk luar bandar masih kurang arif berkenaan penyakit talasemia.. harap dengan perkongsian ini kita sama2 dapat membantu diri kita, keluarga dan kawan2 yang berdekatan dengan kita… InsyaAllah…

https://kakngahsihat.files.wordpress.com/2014/01/1898c-minor.gif

Apakah Talasemia Minor [Beta Thalassaemia Trait]?

Dalam Talasemia minor, gen hemoglobin yang diwarisi semasa conception, salah satu daripada ibu (telur) dan seorang dari bapa (sperma). Mereka yang mempunyai sifat Talasemia dalam satu gen yang dikenali sebagai pembawa atau dikatakan mempunyai Talasemia minor. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika anda membawa sifat Talasemia adalah untuk menjalani ujian darah khas yang dipanggil hemoglobin elektroforesis yang boleh mengenal pasti gen. Pembawa Talasemia minor menghidap anemia atau sedikit kekurangan darah.

Jika anda, ibu bapa, atau nenek moyang anda adalah dari ‘kalangan Talasemia’ (yang dikenal pasti dalam kumpulan talasemia), meminta agar anda menjalani ujian talasemia. Ia adalah amat penting untuk mengenal pasti diri anda yang berkemungkinan sebagai pembawa Talasemia minor. Memiliki sifat kecil Talasemia memberikan anda 25%, (1 dalam 4) peluang untuk mempunyai bayi dengan Talasemia utama. Oleh itu, dengan menjalani ujian Talasemia dengan segera dapat membantu anak anda selamat daripada penyakit talasemia. Kesedaran anda hari ini adalah kunci kepada pencegahan.

Apa yang KakNgah consume?

Sebelum ni KakNgah consume ESP, Vitalea, B.Complex dan Vita C tapi sekarang KakNgah consume Vivix Shaklee, lagi terbaik KakNgah rasakan pada diri KakNgah [testimonial consume Vivix], sungguh-sungguh membantu… next time InsyaAllah KakNgah share pula tentang Alpha Talassemia yer…

 
 
 
Name Card
 
 

Definisi Talasemia [Thalassaemia]

Bismillah..

Alhamdulillah… dapat juga untuk KakNgah berkongsi malam nih walaupun masih letih dengan aktiviti yang agak mencabar dari pagi tadi… Apakah aktivitinya? InsyaAllah.. KakNgah akan kongsikan di post akan datang..

Seperti sedia maklum… KakNgah selalu jer berkongsi tentang Talasemia tapi dalam berkongsi tu masih ramai yang kurang jelas dengan Talasemia so malam ni KakNgah kongsikan sket definisi Talasemia nih untuk anda semua agar lebih peka dengan masalah dan pesakit/ pembawa Talasemia.

3f79b-childthalaspage1Talasemia (Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Manakala mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia

  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Pembawa Talasemia

Biasanya pembawa Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia (talasemia major)

Pengidap Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

Tanda dan gejala penyakit Talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat, lemah, dan gelisah,
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas,
  • Jaundis,
  • Tumbesaran terbantut,
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa,
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal (tanda lewat),
  • Kerap demam dan hidung berdarah.

Rawatan penyakit Talasemia

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Saringan Talasemia

Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja (Wallahua’lam..)

Persatuan Talasemia Malaysia

Projek Persatuan Talasemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit talasemia, ibu bapa, dan penjaga dengan anggota komuniti terpinggir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang interaktif dengan mewujudkan pangkalan data yang memudahkan kajian dan pembentukan polisi.

============================================

KakNgah harap dengan perkongsian yang tidak seberapa ni dapat membantu anda semua.. moga sama2 memberikan manfaat untuk semua..

credit

 
 
 
Name Card
 
 

Pengidap Talasemia [Thalassaemia] & Supplement Bersesuaian

Bismillah..

Alhamdulillah… masih dipinjamkan Allah nafas untuk berkongsi kebaikan vitamin untuk anda yang memerlukannya.. Moga setiap perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Maaf jika perkongsian ini kurang jelas dan kurang memberikan anda maklumat lengkap untuk dimanfaatkan sepenuhnya. KakNgah sedia menerima teguran dan komen dari anda untuk memperbaiki setiap kekurangan.. InsyaAllah…

Seperti sedia maklum, KakNgah pernah berkongsi tentang Talasemia [Thalassaemia] untuk anda semua dengan post sebelum-sebelum ini. Pada hari ini seperti dijanjikan, KakNgah ingin kongsikan dahulu supplement/ vitamin yang bersesuaian dengan PENGIDAP TALASEMIA. Antaranya adalah B.Complex, MealShake dan Omega Guard dan manfaat-manfaatnya kepada pengidap adalah seperti di bawah:

PengidapB.Complex

  • Membantu dalam menangani masalah anemia/ HB rendah,
  • Membantu dalam memberikan tenaga,
  • Membantu dalam membina sel-sel darah merah yang baru.

MealShake

  • Memberikan keperluan nutrein yang diperlukan tubuh dalam menjaga kesihatan keseluruhan,
  • Kandungannya yang tinggi protein membantu dalam pembinaan sel-sel darah,
  • Sebagai anti-oksidan dalam melawan penyakit.

Omega Guard

  • Kaya dengan anti-oksidan dengan menjaga saluran darah dan peredaran darah dengan sempurna.

Moga dengan perkongsian supplement ini anda dapat membuat pilihan dengan lebih bijak. KakNgah doakan anda sihat dan happy selalu.. ceriakan diri anda dengan orang tersayang… 🙂 InsyaAllah, KakNgah akan kongsikan pula supplement untuk pembawa talasemia di post yang akan datang.. mudah-mudahan kita bersua lagi…

Dapatkan tiga supplement ini dengan harga mampu milik dengan segera.

 
 
Name Card
 
 
 

All About Thalassaemia [Segalanya Tentang Talasemia]

Bismillah… disebabkan KakNgah sendiri seorang Beta Thalassaemia Trait, jadi KakNgah rasa ingin kongsikan segala maklumat yang berkaitan dengan Thalassaemia. Moga sama2 kita memperoleh manfaat.
 
SEGALANYA TENTANG TALASEMIA
OLEH

DR ANDROULLA ELEFTHERIOU
 
 
 
 
Hello! Nama saya Harry. Saya adalah kawan adik-adik
yang amat kecil. Saya tinggal di dalam badan adik-adik.
 
Pernahkah adik-adik terluka ketika bermain di taman?
Pernahkah adik-adik terlihat cecair kemerahan di bahagaian kulit
yang terluka itu? Ia adalah darah. Kita semua mempunyai darah.
Mereka semua seperti saya, kawan adik-adik yang amat kecil.
Kami semua kelihatan sama, kami berwarna merah.
Kami juga kelihatan seperti plate yang amat kecil.
Tugas kami adalah untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian
badan adik-adik. Oksigen didapati dari udara bilamana adik-adik
bernafas. Ia memberikan tenaga kepada setiap bahagian badan
adik-adik. Dengan itu adik boleh berlari, ketawa, melompat
dan bermain. 
Untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan adik-adik,
kami mendapat pertolongan dari haemoglobin. Setiap dari kami
iaitu Sel Darah Merah, mempunyai banyak blok-blok
haemogolobin yang membawa oksigen.
Keluarga kami, Sel Darah Merah bukan berseorangan
di dalam darah. Ada tiga keluarga lain yang ada bersama:
Mereka adalah keluarga Sel Darah Putih, keluarga Sel Platelets
dan juga keluarga Plasma.
Sel Darah Putih : Kawan kita ini berwarna keputihan.
Mereka adalah askar yang memerangi kuman-kuman.
Mereka memastikan adik-adik sentiasa sihat.
Platelets : Kawan-kawan di dalam keluarga Platelet kelihatan seperti
telur yang amat kecil. Bilamana adik-adik terluka, mereka akan
berkumpul dan bersama-sama membina tembok
untuk menghentikan pendarahan
Adik-adik tahu tak dari manakah darah dihasilkan?
Kami sebenarnya dihasilkan oleh kilang yang terletakcdi 
dalam tulang. Tapi, kadang kala kilang kita ini ada masalah.
Ia tidak  menghasilkan Sel Darah Merah bersama dengan 
pembantunya yang baik iaitu haemoglobin. 
 
Bila keadaan sebegini berlaku keluarga kami dan sel darah 
merah tidak berupaya membawa oksigen  ke seluruh bahagian badan. 
Tanpa nutrasi dan oksigen secukupnya, badan adik-adik akan mudah 
merasa letih. Adik akan kelihatan lemah dan tidak berupaya. Doktor 
mengatakan keadaan ini dikenali sebagai anameia ataupun talasemia.
 
Ramai kanak-kanak di dunia yang mempunyai talasemia 
 
Bila adik-adik mempunyai talasemia, keluarga Sel Darah 
Merah juga lemah. Bantuan doktor diperlukan. Doktor memberikan 
kita Sel Darah Merah yang baru dan sihat. Proses ini dipanggil 
transfius atau pemindahan darah. Ia dilakukan di hospital, 
dimana ramai akan membantu adik-adik.
Ianya dimana doktor dan jururawat akan menyuntik lengan
adik-adik menggunakkan jarum yang kecil. Tapi ia tidaklah
begitu menyakitkan.
Di hospital adik-adik dapat menghabiskan banyak masa untuk
melakukan aktiviti yang adik suka. Apa yang adik-adik suka lakukan?
Ada kawan-kawan kita yang suka mendengar cerita, berlawak jenaka atau
menonton televisyen. Adik-adik juga boleh berjumpa dan
berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Kita merasakan agak tidak selesa bila pertama kali pergi ke hospital.
Tetapi selepas pemindahan darah, adik-adik akan mendapat banyak
Sel Darah Merah yang baru. Ia akan membantu membawa oksigen
keseluruh badan. Dengan itu adik-adik akan merasakan lebih bertenaga.
Tapi…., Sel Darah Merah ini tidak bertahan lama.Setelah beberapa
ketika adik-adik akan rasa kembali penat. Doktor tahu…, oleh itu
setelah beberapa minggu, adik-adik diminta kembali ke hospital
untuk menambah Sel Darah Merah yang baru. Dengan itu adik-adik
akan kembali merasa kuat dan sihat. Hampir setiap bulan adik-adik
perlu mengulangi proses ini. Dengan itu adik-adik akan kembali lebih
bertenaga untuk berlari, melompat, ketawa dan bermain
bersama kawan-kawan
Sel Darah Merah yang baru ini amat membantu. Tapi badan
adik-adik memerlukan  bantuan tambahan. Adik-adik ingat tak
haemoglobin,  kawan kita yang menolong Sel Darah Merah dengan
membawa oksigen ke seluruh badan?
Ia dapat melakukan kerana haemoglobin mempunyai zat besi
yang terlekat padanya. Selepas beberapa minggu Sel Darah Merah 

pecah, zat besi juga turut pecah. Ia berlaku setiap kali selepas 
pemindahan darah dilakukan. 
Zat besi yang terhasil bilamana Sel Darah Merah pecah akan mencari
tempat  tinggal  didalam  badan. Seterusnya ia menyukarkan badan
adik-adik untuk bekerja secara baik. Kulit adik-adik bertambah gelap,
adik merasa lemah dan pembesaran tidak teratur. Oleh itu adik-adik
memerlukan bantuan untuk mengeluarkan zat besi berlebihan dari badan.
Oleh itu oktor memberikan ubatan untuk mengeluarkan
zat besi berlebihan tersebut. Ia umpama magnet yang
mengumpul zat besi berlebihan dan keluarkannya dari
badan setiap kali adik-adik ke bilik air. Pembungan zat
besi ini dinamankan Iron Chelation.
Ada pelbagai jenis ubatan untuk mengeluarankan lebihan zat besi
dari badan  kita.  Salah satunya menggunakan  jarum dan pam! Jarum
suntikan akan diletakkan di bawah kulit untuk beberapa jam diwaktu
siang dan malam. Ianya tidak berapa selesa. Tapi bila adik di biasa
melakukannya ianya tidaklah begitu sukar. Adik mungkin perlu memakai
pam tersebut pada waktu tidur atau dimana saja seperti di taman, di sekolah
atau di rumah kawan. Seperti saya pam adalah kawan baik adik-adik.
 
Ubatan lain untuk mengeluarkan zat besi berlebihan adalah
berbentuk pil. Adik-adik boleh memakannya seperti  
ubatan bertablet yang lain berserta dengan minuman.
Apa ajer jenis ubatan yang doktor beri, ibu dan bapa adik-adik 
akan memastikan  adik-adik mengambilnya dengan betul sehingga 
adik-adik dewasa dan pandai melakukannya sendiri. Adik jangan lupa, 
adik tidak keseorangan! Doktor dan jururawat sentiasa akan menjaga adik-adik, 
kawan-kawan lain juga akan membantu.
Kini adik-adik telah mengetahui tentang kami, Sel Darah 
Merah dan lawan-kawan kita lain di dalam darah. 
Adik-adik juga telah tahu apa itu talasemia. Adik boleh 
kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan talasemia lain 
dan mereka yang prihatin dan ingin tahu apa itu talasemia.
 
 

credit : Sahabat Thalassaemia

Note : Antara supplement yang membantu adalah…

  • Pembawa Talasemia >> ESP, VitaLea, Vita-C & B.Com
  • Pengidap Talasemia >> MealShake, B.Com & Omega Guard

Next time saya kongsikan manfaat setiap supplement untuk kemudahan anda membeli sesuai dengan masalah kesihatan anda.

 
 
 
Name Card