Masalah Kulit Berminyak?

Ermm… sebut kulit berminyak ni, memang terasa sangat-sangat tak selesa… jerawat senang-senang jer naik, pastu mulalah bertompok penuh dengan parut jerawat dan jeragat… 😦

KakNgah sendiri mengalami masalah kulit berminyak so terpaksalah KakNgah consume beberapa jenis supplement untuk mengelakkan jerawat penuh di muka gara-gara masalah kulit berminyak. Xcely KakNgah tak suka makan sebarang pills tapi nak elakkan masalah terus berlarutan, kenelah consume… 🙂 Antara 2 supplement yang diperlukan untuk masalah kulit berminyak adalah SR Vitamin C dan B Complex…

Kulit BerminyakPeranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya,
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit,
  • Mencerahkan kulit serta memudarkan kesan parut jerawat dan jeragat,
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress).
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap,
  • Mencegah pigmentasi,
  • Melambatkan tanda penuaan,
  • Mengubati jerawat.
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress)

Jika anda mempunyai budget lebih, bolehlah add on sekali dengan ESP dimana ESP merupakan protien yang membantu dalam menbentuk sel-sel kulit yang baru serta mencerahkan kulit dan menampakkan kesan yang lebih cepat dengan membantu menyerap vitamin-vitamin lain dengan lebih baik.

Bagi anda yang tidak mengalami masalah kulit berminyak pula, amat digalakkan consume bersama Vita E dimana Vitamin E membantu anda nampak lebih muda dari usia anda dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.

Vita-EKita lihat plak testimonial beberapa orang pengguna yang telah pun berjaya menangani masalah kulit berjerawat mereka…

Kawan kita nih consume B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan ESP, full set untuk kecantkan kulit.

Nak ker? Roger2lah… 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

AWAS, Stress Punca Jerawat!

Jerawat!!! huh, bila sebut jer jerawat, mulalah tak senang duduk. Ermmm… nak share pasal jerawat plak pas seminggu tak dapat nak meng”up-date” blog gara-gara WIFI ku buat hal…

Seingat-ingat KakNgah, masa belajar dulu muka KakNgah penuh dengan jerawat, bernanah-nanah tapi taklah seteruknya cam sesetengah orang yang penuh muka bernanah-nanah sampai kalau KakNgah terpandang jerk muka orang tu, memang terasa seram sejuknya, takut dan ngeri jerk rasa… Last, sahabat KakNgah suggest kan supaya stop makan ayam, minuman ber”gas” dan seafood, seriously… 2 tahun KakNgah tak hadap semua tu dan hasilnya memang terbaik… hahha.. tapi, ramai yang tak boleh nak berpantang nampak makanan sedap-sedap kan so takderlah nak pantang bagai, pantang nampak adalah… 🙂

Bila diingat-ingatkan, jerawat ni terjadi akibat terlalu stress, biasalah stress dengan homework dan suasana pembelajaran serta keadaan sekelililng. Sekarang ni stress plak dengan melayan 3 hero yang bagaikan askar menembak-nembak kat dalam umah nih… makin menjadi-jadi plak rasanya jerawat nih pastu nak pantang makan pun tak dapat, biasalah masak ikut selera anak dan suami, nak taknak sekali KakNgah pun hadap…

TAHUKAH ANDA!!! Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C.

Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Maka, bertambah-tambahlah jerawat kat muka ni akibat kekurangan Vitamin C yang membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Ermmm… kat sini KakNgah suggestkan untuk anda semua supaya mengamalkan atau jadikan Vitamin C sebagai supplement wajib anda agar kulit wajah anda kekal sihat dan bebas jerawat & jeragat. Jangan lupa add on B Complex untuk mengurangkan tahap stress anda.. 🙂 Bagi yang kurang gemar dengan pills, bolehlah memilih Shaklee Collagen Powder dan sudah semestinya ianya pilihan yang terbaik! Vitamin C & B Complex ni kira set bajet murahlah untuk anda, tak sampai rm150.00 pun… Vitamin C tahan selama 6 bulan consume dan B Complex pula tahan selama 4 bulan consume. OPS!! kalau anda nak tahu, pengambilan B Complex pun boleh menurunkan berat badan anda. Bagaimana? nantikan di post yang akak KakNgah kongsikan, InsyaAllah…. bagi yang nak order, silah roger2 ngan KakNgah… 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

Talasemia Trait & Supplement yang Bersesuaian.

Bismillah..Walhamdulillah dan Assalamualaikum semua… Seperti yang dijanjikan di post Pengidap Talasemia [Thalassaemia] & Supplement Bersesuaian, malam ini KakNgah kongsikan pula supplement yang bersesuaian untuk Thalassemia Trait consume. Antara supplement yang bersesuaian adalah:

ESP

ESP [Energizing Soy Protein]

Agak2 kan, kenapa ESP ini penting untuk talasemia trait? ermmm, yang sebenar2nya ESP nih membantu vitamin2 lain yang diambil agar penyerapan lebih efektif dan kesan dengan lebih baik. Selain berfungsi sebagai “penyerap vitamin2 ianya juga dapat memberikan tenaga kepada pengamalnya, xcely… talasemia trait memang kurang tenaga, sering keletihan dan lemau!!! Alhamdulillah KakNgah dah pun mencubanya dan ianya sangat2 membantu.

VitaLea [Multivitamin]

Kombinasi vitamin2 di dalam VitaLea Shaklee sangat2 membantu dalam menangani masalah talassemia dimana setiap pesakit talasemia akan mengalami masalah HB rendah dan lebih terul lagi dikalangan ibu2 yang hamil. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

B Complex

Pengambilan B Complex bersama VitaLea membantu dalam pembinaan sel-sel darah merah. B Complex juga berperanan dalam memberikan tenaga dengan menggantikan makanan kepada tenaga dimana pesakit talasemia mudah dan sering keletihan.

Sustained Released Vita C

SR Vita C bermanfaat dalam membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dimana kekurangan zat besi akan menyebabkan keletihan dan anemia.

Photo: Hanya dengan sesudu teh setiap hari, Vivix Shaklee membantu KakNgah...» lebih luar biasa bertenaga [thalassaemia trait selalu lemah2 badan],» merawat masalah sembelit,» mengurangkan stress,» awet muda,» mengawal gemuruh,» menghilangkan sengal2 badan,» merawat sakit sendi..Ini apa yg KakNgah rasa pada diri Kakngah lah... Alhamdulillah.. Sangat2 berbaloi2 mencubanya..Jika anda mempunyai masalah seperti KakNgah, bolehlah mencubanya. Pasti berpuas hati..Whatsapp018-664 5415KakngahSID 885414

Vivix™

Jeng…jeng…jeng…. hahha Vivix™ adalah yang terbaik untuk di consume sebab KakNgah pun dah sebulan consume Vivix™ nih, Alhamdulillah terasa sangat khasiatnya terhadap KakNgah.. apa yang KakNgah rasa??? leh baca DISINI! 🙂

Cukuplah kut untuk malam ni, moga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk anda, keluarga dan sahabat2 yang berdekatan anda… Bagi anda yang ingin dapatkan supplement ini dengan harga yang lebih jimat, bolehlah menghubungi KakNgah… jangan segan2 yer…

 
 
 
Name Card
 
 

I am Beta Thalassaemia Trait!!!

Tahukah Anda!!! Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

*****************************************************

KakNgah tergolong dalam 5% daripada penduduk Malaysia yang dikenali sebagai pembawa dan KakNgah adalah Beta Thalassaemia Trait!!! Entry kali nih macam suka plak bila dikenali sebagai Beta Thalassaemia Trait (minor), hahha… tidak sama sekali, KakNgah just nak kongsikan agar kawan2 di luar sana kenal dan aware dengan penyakit talasemia nih… Semakin hari, semakin ramai yang call dan tanya dengan KakNgah berkenaan penyakit talasemia. Dari situ KakNgah rasa tak salahkan untuk KakNgah kongsikannya dan kebanyakkannya penduduk luar bandar masih kurang arif berkenaan penyakit talasemia.. harap dengan perkongsian ini kita sama2 dapat membantu diri kita, keluarga dan kawan2 yang berdekatan dengan kita… InsyaAllah…

https://kakngahsihat.files.wordpress.com/2014/01/1898c-minor.gif

Apakah Talasemia Minor [Beta Thalassaemia Trait]?

Dalam Talasemia minor, gen hemoglobin yang diwarisi semasa conception, salah satu daripada ibu (telur) dan seorang dari bapa (sperma). Mereka yang mempunyai sifat Talasemia dalam satu gen yang dikenali sebagai pembawa atau dikatakan mempunyai Talasemia minor. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika anda membawa sifat Talasemia adalah untuk menjalani ujian darah khas yang dipanggil hemoglobin elektroforesis yang boleh mengenal pasti gen. Pembawa Talasemia minor menghidap anemia atau sedikit kekurangan darah.

Jika anda, ibu bapa, atau nenek moyang anda adalah dari ‘kalangan Talasemia’ (yang dikenal pasti dalam kumpulan talasemia), meminta agar anda menjalani ujian talasemia. Ia adalah amat penting untuk mengenal pasti diri anda yang berkemungkinan sebagai pembawa Talasemia minor. Memiliki sifat kecil Talasemia memberikan anda 25%, (1 dalam 4) peluang untuk mempunyai bayi dengan Talasemia utama. Oleh itu, dengan menjalani ujian Talasemia dengan segera dapat membantu anak anda selamat daripada penyakit talasemia. Kesedaran anda hari ini adalah kunci kepada pencegahan.

Apa yang KakNgah consume?

Sebelum ni KakNgah consume ESP, Vitalea, B.Complex dan Vita C tapi sekarang KakNgah consume Vivix Shaklee, lagi terbaik KakNgah rasakan pada diri KakNgah [testimonial consume Vivix], sungguh-sungguh membantu… next time InsyaAllah KakNgah share pula tentang Alpha Talassemia yer…

 
 
 
Name Card
 
 

Lagi Manfaat SR Vita-C Plus…

Baru balik dari merayau-rayau dengan hubby dan anak2, sekali sekala amik angin malam.. hahha. Malam ni takder banyak sangat pun yang nak KakNgah kongsikan, cuma sedikit lagi manfaat tambahan SR Vita-C Plus sebab sebelum ni dah pun dikongsikan kat SINI kan… Jom tengok apa lagi manfaat utamanya…

✂ Membentuk Kolagen – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

✂Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✂Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

✂ Memerangi kanser – Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✂ Mencantikkan Kulit – Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✂Mengekalkan kolestrol sihat – ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Ermmm… apa pulak yang menjadikan produk Shaklee berbeza dengan Vitamin C di luar sana? moh nengok sket…

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)

✎ Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.

✎ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.

Photo: ✿ INFO KESIHATAN ✿Tahukah anda pengambilan 1 biji Vit C Plus 500mg Shaklee adalah bersamaan dengan anda mengambil 7 biji Oren Segar.Order018-664 5415 KakNgah

✎ Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7 biji setengah oren.

✎ Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dari cepat teroksida dan merosakkan sel)

✎ Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan akan di lepaskan ke dalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Hahha… selesai sudah perkongsian untuk malam nih, kita jumpa lagi di lain post kay… bagi yang nak order leh roger2 KakNgah yer… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.