Balik Kampung ~ Part V – Bukit Bendera.

Bukit Bendera! >__< seumur hidup tak pernah pun sampai, hihhi… Yang ingat pun masa kecik-keci dulu arwah ayah selalu bawa ke satu taman nih tapi tak tau la apa nama tamannya, banyak dengan monyet yang berkeliaran… Dan satu lagi KakNgah ni bukan jenis nak berjalan-jalan atau nak meronda-ronda. Lepak rumah tolong mak meniaga, itulah KakNgah…

Ni dah nikah beranak pinak nih, mr. hubby ajak jenjalan so sampai la ke penang dengan bantuan GPS yang tak seberapa, hahha… hp je pun, tu pun jalan mati yang ditunjukkan bila Google cari Bukit Bendera, last² ikut GPS sampai bulatan akhir pastu sambung ikut signboard.

Syioknya naik bukit bendera nih sebab dapat naik train, unik sket trainnya macam anak tangga, mungkin ciptaannya untuk memudahkan mendaki dan turun bukit.. hihhi…

image

Banyak sangat parking yang berdekatan Bukit Bendera nih, kitaorang ikut parking yang masuk simpang kanan tuh dan terus naik atas bukit sket dan parking. Kalau tak silap RM4.00 dikenakan untuk sekali parking, murah jerk…

image

Bleh tahan juga panjangnya orang beratur nak amek tiket, RM10.00 untuk dewasa & RM4.00 untuk kanak-kanak 4 tahun sehingga 12 tahun. Si Muhammad Arsyad free sebab blom cukup matang, hahha…. Ops, pastikan masa korang beratur nak beli tiket tu, ready siap² IC korang anak beranak kay, nanti sampai kaunter diaorang nak nengok…

Ermmm, ada sedikit salah faham masa bersesak nak naik train, mungkin disebankan uncle tu tak tahu cara pengendalian kru yang yang bertugas, uncle tu bising konon kami dah potong barisan dia sedangkan kru yang bertugas sendiri meminta kami terus menghimpit ke bahagian tepi bagi memenuhi ruang yang kosong. KakNgah cakaplah kru tu yang suruh dan tak pasal² kru tu plak yang disalahkan. Untuk memuaskan hati uncle tu, mr. hubby pesan siap², nanti kalau train dah sampai biar uncle tu dan gengnya naik dulu.

Kitaorang pun tak de la nak kisah sangat, cuma uncle tu patutnya tanya la dulu sebab musababnya kan… ini tak, terus marah orang sesuka hati… Sian plak pada kru yang bertugas tuh.

image

Debabommmm…. Hahha, kitaorang tak merayau sangat masa kat atas Bukit Bendera tu, kawasan yang berbukit dan bertangga agak mencabar untuk kami suami isteri nak bawa anak-anak jenjalan, dah lagi dengan cuaca teriknya, si Arsyad pula jenis nak berdukung lagi, mr. hubby plak kakinya terseliuh so ermmm, jalan-jalan sekitar kawasan yang berdekatan train jelah…

image

★★★★★★★★★★

image

Dah penat merayau kat atas tu, kitaorang pun baliklah sekali jumpa plak ngan mr. bunny, okeh… bergambar dululah… 😀 suka gambar nih…

image

Eh, ada orang tu drive train arrr… hahha… Peace yooo…

image

Nak balik dah…..

image

★★★★★★★★★★

image

★★★★★★★★★★

image

TAMMAT…. 😀

Apapun bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat yer! Jangan lupa promo bulan nih di SINI.


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Balik Kampung ~ Part IV – Nukilan buat adik

Orang kampung : Eh, hang ni anak kak ruby ka?
KakNgah : Ya, saya… 🙂
Orang kampung : laaaa…. ingatkan Siti ja sorang pompuan, ada lagi sorang pompuan noh….?
KakNgah : 😀  (nampak sangat jarang balik kampung, kalau balik pun 2 atau 3 hari jerk…. >__< )

image

Dia…. Siti Mardziah, eh betul ke ejaannya eay, hihhi… ke Mardhiah? Sorry deq, jarang-jarang kakak nak menulis nama adik sampai lupa ejaannya, 😦  Ops, abaikan keserabaian KakNgah yer, B-)

Satu-satunya adik perempuan KakNgah juga merangkap adik bongsu dari 7 orang adik beradik. Kami keluarga yang besar, meriah dengan lelaki, anak KakNgah pun 3 orang semuanya heros, hahhhh…. meriah dengan lelaki kan? Lahirnya adik KakNgah ni masa tahun 1998 kut, masa tu tahun untuk KakNgah amek SPM, klu tak silaplah, hihhi.

Ermmm… tahun ni adik KakNgah dah 17 tahun so tahun untuk dia la plak amek SPM namun ianya hanya harapan 😥

Tak rugi ker?
Rugi, memang rugi tapi kehendak manusia ni tak sama, pikiran kita semua pun berbeza… Harapan kakak, moga suatu hari nanti, adik sedar dengan keputusan adik sendiri… Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa juga yang menghalang adik dengan pilihan adik. Baik buruk nantinya, nak tak nak afik perlu belajar untuk menanggungnya… 😦

Adik…
Kakak terlalu berharap adik dapat buat lebih dari kakak tapi ianya hanya harapan. Harapan yang mungkin tak kan berubah…

Adik…
Jika satu saat adik memilih untuk bekerja, pikirlah samada adik benar-benar layak atau tidak… Jika tidak, adik perlu memilih untuk mencari sebarang kemahiran yang boleh membina hidup adik sendiri… Mungkin lebih baik dari kakak…

Adik…
Jika satu saat adik ingin mendirikan rumah tangga, binalah ia dengan seseorang lelaki yang boleh membimbing adik, bukan hanya untuk kononnya “cinta sejati” kerana “cinta sejati” itu hanya layak untuk-NYA. Jadilah isteri yang menenangkan suami, jadilah isteri solehah, patuh pada suami dan pada-NYA…

Adik…
Jika satu ketika adik sudah menjadi ibu, jadilah ibu yang menjadi penyejuk anak-anak, bimbinglah mereka dengan dekatkan diri mereka pada-NYA…

Adik…
Ingat, kakak sayangkan adik, kakak nak selalu adik bahagia tapi adik juga perlu tahu yer, siapa adik, bagaimana adik semuanya pada diri adik, salah kiraannya, salahlah jalan yang dipilih… Memang kita yang merancang, Allah yang menentukannya tapi setiap hal itu adalah dari diri kita sendiri seperti firman-NYA…

ﺫَٰﻟِﻚَ ﺑِﺄَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻢْ ﻳَﻚُ ﻣُﻐَﻴِّﺮًا ﻧِّﻌْﻤَﺔً ﺃَﻧْﻌَﻤَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﻗَﻮْﻡٍ ﺣَﺘَّﻰٰ ﻳُﻐَﻴِّﺮُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺑِﺄَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ۙ ﻭَﺃَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, (Al-Anfal – 8:53)

Ingat yer deq pesan kakak… 🙂

★★★★★★★★★★

image

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part II – Pusara Ayah…

image

Kosong! pasti itu yang anda perasan, tiada yang istimewanya gambar di atas… Lain bagi KakNgah, ianya sungguh bermakna dan istimewa. Sungguh istimewa kerana di situlah terletaknya pusara arwah ayah KakNgah. Hanya dari halaman kedai mak, dah boleh nampak pusara ayah, setiap hari dan setiap masa macam terasa jer ayah bersama kami sekeluarga.

Ayah, dah 4 tahun lebih perginya.. Setiap kali KakNgah balik kampung, KakNgah suka lepak di halaman kedai mak, siang malam, pagi petang bleh tengok pusara ayah… tenang sangat rasanya.

Ermmm, Allah itu maha kuasa, dari kecil sejak tinggal berhadapan kubur, tabiat KakNgah tu dah sangat sebati sampai arwah ayah dikebumikan di situ… Tak tahu nak cakap macam mana, KakNgah ada tabiat pelik sket, suka tengok kubur sebelum tidur, bangun pagi pun tengok kubur, hihhi… Tapi tabiat nih buat KakNgah rasa tenang dan insaf… 🙂

Ops, nanti KakNgah share cerita lain plak, takut plak yer korang ngan tabiat KakNgah… Hihhi, sorry yer… Apapun kalau nak order supplement leh rogers ngan KakNgah kay…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part I – Majlis Adik.

Alhamdulillah, malam tadi dah sampai Shah Alam, selesai sudah majlis pernikahan adik KakNgah. 8 hari jugalah di kampung Sg. Yan,  tu pun terpaksa pontengkan anak sekolah pada hari jumaat sebab majlis adik jatuh pada 14 Mac 2015 bersamaan hari sabtu. So…. nak tak nak memang kene balik awal seharilah. Jam 9pm kami sekeluarga bergerak dari Shah Alam, alhamdulillah… jam 2am dah selamat sampai ke kampung halaman…

Kakngah pun dah takde kerja pun yang nak di tolong kat kampung tuh, semua dah pun diuruskan oleh adik-adik dan ibu-ibu saudara. Konon… hihhi, petang jumaat tengah nak menolong mak mengopek bawang untuk majlis besok, terus teringat meja makan untuk pengantin.., hoihhh adik ku sayang boleh cakap ‘entah’… parah sungguh si pengantin nih… Tak jadi nak mengopek bawang, la-la tu juga ku ukur keluasan meja untuk beli kain pelapik n hiasan.

Start kereta terus berdesup ke Gurun keluarkan duit dan beli hiasan (bunga untuk meja). Pastu ke kedai kain bersebelahan Cita Jaya Guar Chempedak. Beli mana yang ingat di kepala hotak… Hihhi…

Malam tengah siapkan meja, kawan adik pula yang ingatkan kerusi pengantin… Hahhhhh! Gelabah lagi KakNgah dibuatnya, mana nak cari? Aiyoooo…. Mujur jiranku (kawan jugalah) memang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dengan kerusi pengantin, hiasan, jug, cawan dan lain-lain. KakNgah pun sewalah kerusi pengantin, sarung kerusi dan jug… Akhirnya, selesai juga walaupun last minute pengantin datang untuk makan beradap… Hahha, ekspres rakyat jadinya…

image

Selamat pengantin baru buat adik KakNgah Hasbullah & Ekin, kakak sentiasa doakan kebahagian korang, moga kekal hingga ke Jannah… Love korang rapat-rapat… Ops, sedikit pesanan lagi dari Kakak, tolong diet! 😀

Nak order set diet, boleh tanya KakNgah, nanti KakNgah suggestkan yang terbaik untuk korang… atau korang boleh tengok kat SINI..


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Business hubby…

Assalamualaikum, 🙂 … Petang ni nak share business hubby plak, asyik citer pasal business Shaklee jer kan… sekali sekala kita tukar topik plak, hihhi…

Ermmm, xcely… kami berdua memasing bekerja sendiri so alhamdulillah banyak masa untuk enjoy dengan anak-anak, enjoy la sangat… 🙂 Walaupun kerja sendiri, suami KakNgah lebih suka keluar bekerja ikut time yang ditetapkan. Isnin hingga khamis, dia akan keluar seawal jam 9am, jumaat pula selalunya dia akan keluar selepas solat jumaat manakala sabtu dan ahad seawal jam 8am. Balik? Paling awal pun sebelum maqrib dah sampai rumah, kalau lambat sket jam 9pm ~ 10.30pm dan paling lewat mau jam 1am… 😀

KakNgah jenis tak kisah sangat, faham dengan kerja suami yang kekadang naik dan kekadang ada turunnya. Jadi memasing sepakat untuk cuba yang ternaik untuk business memasing.

Owh ya, antara business suami KakNgah adalah :

image

image

Okeh… my hubby dengan kerjanya sebagai penjual wiper dan car perfume. Anda boleh jumpa dia untuk beli dan terus pasang di Seksyen 18 Shah Alam berhadapan CIMB 😀 .

image

Business sampingan suami KakNgah adalah sebagai Pengedar Sah Stevia di kawasan Shah Alam. Jika anda berminat untuk membeli wiper, car perfume dan Stevia, anda boleh terus menghubungi JEPP 018666 5056

Apapun jangan lupa promo Shaklee bulan nih… 🙂

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Muhammad Arsyad dah tinggal pampers!

image

Alhamdulillah, anak KakNgah yang kecil dah tinggal pampers, ermmm… memang dah wajar sangat tinggalkan pampers, May nanti dah nak masuk 3 tahun pun. Bila di ingat-ingatkan balik, anak sulung KakNgah lagi cepat tinggalkan pampers, umur setahun setengah dah tak pakai pampers. Anak ke-2 pun sama ngan anak ke-3 nih, bila dah 2, 3 orang anak, agak kekangan masa nak mengajar itu ini, mana nak uruskan anak-anak, kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan lain-lain. Nama pun ibu, housewife… memang padat dengan kerja.

Nak didik anak tinggalkan pampers ni pun boleh dikatakan agak mencabar la juga, kita sebagai ibu perlu banyak bersabar dan rajin! Rajin pun perlu yer ibu-ibu, kalau kita sebagai ibu pun malas camna anak tu nak segera tinggalkan pampers… Sabar, lagilah… 🙂 KakNgah ni pun bukan penyabar sangat, tapi memandang anak dah nak besar so kene jugalah jadi ibu yang kuat, tabah, sabar dan rajin semua, hihhi… Ok lah, KakNgah share sket cara KakNgah ajar anak tinggalkan pampers, harap perkongsian ni, dapatlah membantu ibu-ibu semua…

1) Langkah pertama.

Beli seluar dalam untuk anak bebanyak, jangan beli jenis boxing tu yer, tak sesuai untuk train anak tinggal pampers.

image

Hahha… seksa u, hihhi… beli cam tu, bila dia terbabas ’emas’ tak yah nak risau sangat, elok jer ’emas’ tu bertakung dalam tuh, hihhi… tapi cepat² lah angkat anak masuk toilet. Ops! mulakan dari rumah yer, jangan biasakan ke luar rumah dulu. Agak-agak kalau ibu-ibu dah berani, boleh cuba masa berjalan-jalan, biasakan anak pakai seluar dalam bila ke luar dari rumah yer. 🙂

2) Langkah kedua.

Biasakan anak ke tandas, untuk permulaan setengah jam sekali, pas 2 3 hari… sejam sekali dan seterusnya naik setengah jam dan akhir sekali pastikan 2 jam sekali di bawa ke tandas.

3) Langkah ketiga.

Ajar bercakap, mintak anak-anak beritahu jika nak buang air kecil or air besar, mula-mula anak tak pandai lagi nak bezakan buang air kecil/ besar so ibu-ibu kene peka sket, kalau anak tu cakap nak kencing tak semestinya dia nak kencing, bleh jadi dia buang ketul ’emas’ 🙂 . Kena rajin ingatkan anak untuk bercakap yer ibu-ibu…

4) Langkah keempat.

Pesan! Pesan juga dengan anak masuk ke tandas bila berada di rumah jika mereka rasa nak buang air kecil/ besar tapi ibu-ibu masih kene pantau yer…

5) Langkah kelima.

Ermmmm, selalunya langkah kelima ni ibu-ibu agak sukar untuk melaksanakannya, hihhi… Ok, apapun cuba biasakan anak-anak buang air kecil dulu sebelum tidur kemudian pastikan ibu-ibu angkat anak ke toilet diwaktu puncak malam jam 12am ~ 1am dan waktu pagi diantara jam 4am ~ 6am.

Agak-agak susah tak? Kalau ibu-ibu rasa susah, agaknya kalau anak dah masuk tadika pun ber pampers lagi kut, huhhu… Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pastikan ibu-ibu memilih pengasuh atau nursery yang boleh mendidik anak-anak ibu untuk ke tandas! InsyaAllah, Allah pasti permudahkan urusan ibu-ibu jika ibu-ibu sendiri yang berkehendak, tak cuba tak tau kan… 🙂 Selamat Berjaya!

Promo March 2015

Buy 6 Free 1 ESP
ESP Twin Pack (5% disc,)
Buy 3 Free 1 Zinc Complex
Buy 3 Free 1 Vitalea for Children

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bila rindu yang bertamu… :'(

Ayah! Hari ini 3hb Februari genap 4 tahun ayah tingggalkan kakak, rindu sangat hati ini kepada ayah, tak terkata rindunya, sebak dada kakak ayah… 😥 kakak simpan memori bersama ayah di blog lama kakak, bila kakak rindukan ayah, kakak tengok gambar ayah… Hanya gambar lama ayah pengubat rindu kakak. Ayah tak suka bergambar sejak usia ayah makin meningkat…

image

02 Jan 2011 (Ahad)

“Assalamualaikum kak”. Kedengar suara emak di hujung talian.

“Waalaikumsalam mak”. Berfikir…

“Kak, baliklah kak, mak rasa tak sedap hatilah, makin hari ayah makin tak sihat nampaknya”. Kak/kakak adalah panggilan dalam keluarga saya kerana saya merupakan  anak perempuan sulung dalam keluarga.

“InsyaAllah mak, esok kakak akan mintak kebenaran dengan majikan”. Ringkas sahaja jawapan yang saya berikan kepada emak, saya nekad untuk pulang ke kampung bagi menjaga ayah yang telah 2 bulan sakit.

03 Jan 2011 (Isnin)

Di pejabat, saya memaklumkan kepada Ketua HR untuk bercuti selama 2 minggu bagi menjaga ayah dan Alhamdulillah cuti saya diluluskan.

04  Jan 2011 (Selasa) ~ 16 Jan 2011 (Ahad)

Di kampung, saya lihat ayah terlalu lemah hinggakan terpaksa dipapah untuk ke bilik air. Ayah hanya mampu berbaring, ayah langsung tidak dapat untuk duduk sendiri kerana dirinya terlalu lemah. Makan dan minum pun dalam keadaan berbaring, ayah hanya dapat bergerak sedikit ke kiri dan sedikit ke kanan.

Nazrul adik saya ke-5 atau atih telah berhenti kerja sejak sebulan lalu untuk menguruskan ayah yang sakit. Dia yang bekerja di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan gajinya RM1500.00 sanggup berhenti kerja untuk menjaga ayah sepenuhnya. Saya kagum dengan kekuatan atih dalam menjaga ayah, dia tidak kenal penat dan jemu menjaga ayah. Dia menjaga ayah seperti dialah seorang ayah yang menjaga anak dengan memandikan dan mencuci najis ayah.  Terima Kasih atih…

Mak jang adik ke-4 ayah juga banyak membantu dalam menjaga makan minum ayah, dia akan bangun awal menyiapkan sarapan untuk ayah walaupun ayah tidaklah selera manapun untuk makan dan minum. Ayah mula sakit sejak akhir Oktober 2010, telah 3 kali emak membawa ayah untuk medical check-up namun dari pemeriksaan tersebut doktor tidak dapat mengesan penyakit ayah. Mak cik juga adik ayah yang ke-6 pula tinggal 30 meter dari rumah mak jang akan datang pada awal pagi membantu ayah memicit dan mengurut badan ayah yang kadang-kadang lengoh dan kebas akibat terlalu lama berbaring.

Ayah tidak tinggal di rumah kedai tempat kami tinggal kerana dengan keadaan rumah kedai yang tidak teratur menyukarkan atih sukar menguruskan ayah. Ayah dan atih tinggal dirumah mak jang yang jauhnya 3 kilometer dari rumah kedai, tidaklah jauh, 5 minit perjalan sudahpun sampai. Emak akan datang sebelah petang selepas berniaga untuk menjaga ayah dan akan pulang semula ke kedai jam 10.00 malam. Emak terpaksa pulang kerana keesokkan paginya emak akan berniaga kerana itulah satu-satunya sumber pendapatan ayah dan emak sekeluarga.

Kadang-kadang ayah akan terasa amat sakit diwaktu malam, apabila dalam keadaan begitu ayah meminta emak datang ke rumah mak jang untuk menemaninya kerana ayah takut ayah akan pergi meninggalkan kami, itulah yang sering dikatakan kepada emak. Emak akan datang tidak kira waktu bila ayah memerlukan emak, kadang-kadang pukul 12.00am, kadang-kadang 2.00 am, 3.00 am. Saya membantu ayah sedaya yang boleh kerana dengan 2 anak yang masih kecil, agak terbatas untuk saya menguruskan ayah dengan sepenuhnya.

Pada 14hb Januari 2011 ayah meminta saya membawanya menjengok ibu saudaranya yang koma selepas jatuh dari katil, saya menurut sahaja kemahuannya kerana saya hanya dapat membantu ayah dalam 2 minggu cuti ini sahaja, dengan keadaan ayah sebegitu membuatkan saya risau jika saya tidak dapat membantunya pada masa akan datang.

Pada 16hb Januari 2011 saya terpaksa pulang untuk menyambung kerja kerana cuti pun telah cukup 2 minggu.

17 Jan. 2011 (Isnin) ~ 02 Feb 2011 (Rabu)

Saya mula bekerja seperti biasa setelah dua minggu bercuti, banyak juga kerja-kerja saya yang tertangguh namun semua ini tidak menjadi masalah besar bagi saya kerana ayah adalah lebih penting. Bila lagi saya perlu membalas budi ayah jika bukan dalam keadaan ayah yang sebegitu tetapi tidak bermakna saya tidak menghiraukan ayah semasa ayah sihat.

Dalam sehari dua saya akan menelefon emak juga atih untuk mengetahui perkembangan ayah. Bila saya teringatkan sesuatu untuk kesihatan ayah saya akan segera menelefon emak, saya memberitahu emak supaya dibelikan coklat badam atau kekacang untuk menambahkan tenaga dan kekuatan ayah dan Alhamdulillah ayah sedikit bertenaga dan mampu duduk untuk seketika. Tidak lama kemudian saya teringatkan khasiat Susu kotak HL yang tinggi kalsiumnya mungkin dapat membantu kekuatan tulang kaki ayah, terus sahaja aku memberitahu emak supaya dibelikan ayah Susu HL. Alhamdulillah ayah sudah berselera makan namun hanya makanan yang berkuah seperti mee, bihun, meetiaw sup/bandung/hailam yang dapat dijamahnya. Sejak ayah sakit ayah langsung tidak berselera untuk menjamah nasi , bila makan kuih atau minum pun ayah akan muntah kembali, kesian ayah….

03 Feb 2011 (Khamis)

Jam menunjukkan pukul 6.58 pagi, saya menerima panggilan telefon dari atam (adik saya yang ke-5) mengatakan ayah sedang nazak. Saya yang sedang menyiapkan pakaian untuk pulang ke rumah mentua  kerana cuti Tahun Baru Cina terus memberitahu suami dan segera pulang ke kampung, mujur saya menerima wang tabungan AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) sebanyak RM350.00, dari duit itulah saya bersama keluarga pulang ke kampung. Alhamdulillah ada sahaja rezeki yang masuk disaat-saat genting yang tidak dapat diduga. Apabila sampai di tol Sungai Besi, tiba-tiba saya teringat ayah yang mahu saya mengambil gambarnya semasa saya menjaganya 2 minggu lepas dengan kamera handphone tetapi handphone saya jenis tanpa kamera, terasa sedih hati jika ayah telah tiada apabila saya sampai ke kampung nanti.

Jam menunjukkan jam 10.00 pagi, dalam keadaan lebuhraya yang sesak akibat cuti perayaan Tahun Baru Cina menyebabkan kami mungkin lambat sampai ke kampung, saya hanya mampu berdoa dan saya memaklumkan kepada suami supaya singgah di R&R Tapah untuk sarapan pagi, mujur anak kecil saya tidak meragam. Selepas sarapan kami menyambung semula perjalanan namun keadaan bertambah sesak bermula Kuala Kangsar sehingga ke Sungai Perak. Kami terpaksa berhenti di R&R Sungai Perak untuk mengisi minyak, suamiku yang telah mula mengantuk menyuruh aku mengambil alih tempatnya memandu supaya dia dapat tidur untuk seketika kerana malam sebelum kami pulang kami ada mengikuti kelas pengajian Al-Quran untuk memantapkan ilmu Allah di dada, InsyaAllah semoga kami akan terus berusaha mencari ilmu-Nya yang diredhai dan dirahmati-Nya. Jam 2.30 petang baru kami sampai ke kampung, saya lihat banyak kenderaan yang terdapat disisi jalan sehinggakan kami terpaksa masuk jauh ke dalam untuk meletakkan kereta.

Saudara mara sebelah ayah dan emak serta kenalan ayah telah pun memenuhi rumah mak jang. Paksu adik ayah yang bongsu menyambut anak kecil saya supaya saya boleh melihat ayah dengan lebih dekat. Emak, abang dan adik-adik mengelilingi katil ayah sambil membaca yasin dan abang mengajarkan ucapan syahadah kepada ayah, sedih tidak terkata saya apabila melihat ayah yang sedang nazak, saya capai tangan ayah, saya kucup tangan ayah, saya membisikkan maaf ditelinga ayah, saya menangis… Ayah tidak dapat bercakap, ayah hanya mampu bernafas melalui mulut, kulihat buih-buih coklat berbau kepekatan darah keluar dari mulut ayah seperti perut ayah dipam-pam oleh sesuatu yang tidak diketahui puncanya. 

Masa terus berlalu, jam menunjukkan pukul 8.00 malam, semasa saya melayan kerenah anak kecil saya, atam memanggil supaya duduk disisi ayah, saya melihat nafas ayah semakin pendek, saya tahu ayah akan pergi menghadap Ilahi. Saya bersedia mengahadapi saat-saat akhir bersama ayah, sekali lagi saya menangis… akhirnya ayah pergi jua tepat jam 9.00 malam iaitu malam jumaat, kata orang malam yang baik, saya tidak seberapa pasti malam yang baik yang sebagaimana.  Saya segera memaklumkan kepada jiran-jiran yang berniaga berhampiran dengan kedai emak bahawa ayah telahpun tiada, mereka segera datang melawat jenazah ayah kerana mereka juga adalah kenalan rapat dengan kami sekeluarga.

04 Feb 2011 (Jumaat )

Jenazah ayah dimandikan oleh abang, adik-adik serta sahabat-sahabat ayah yang rapat dengannya. Tidak saya sangkakan ramai sahabat-sahabat ayah yang banyak menghulurkan bantuan dalam menguruskan jenazah ayah, syukur ke hadrat Allah. Semasa jenazah ayah dikapankan, emak, abang, adik-adik, nenek serta adik-adik ayah juga saya mengucup dahi ayah untuk kali terakhir, terasa sebak dihati tetapi saya kuatkan juga untuk menerima pemergian ayah. Nenek juga ibu kepada ayah menangis kerana kehilangan anak yang dikasihinya, baginya ayah adalah anak yang paling bertanggungjawab menguruskan keluarga sejak kematian atok 27 tahun yang lalu. Ayah banyak membantu nenek dan adik-adiknya diwaktu mereka dalam kesulitan dan kesusahan, ayah amat memahami keluarganya. Selepas mengucup ayah, saya dan mak cik memegang erat nenek dari terjatuh, dia merasa terlalu sedih dan sedih…

Alhamdulillah, dengan adanya tabungan untuk khairat kematian setiap tahun di kawasan tempat tinggal kami jenazah ayah dapat diuruskan oleh bahagian pengurusan yang dilantik, semua kelengkapan untuk memandikan jenazah ayah dan perkebumian ayah dapat dijalankan dengan lancar. Saya lihat sendiri jenazah ayah dimasukkan ke liang lahat hingga urusan perkebumiaan selesai, kini saya tidak menangis lagi, saya perlu redhai pemergian ayah, Alhamdulillah semuanya selamat dan terasa cepatnya pengurusan jenazah ayah.

Hari ini cukup 51 hari ayah pergi namun terasa seperti baru semalam, saya rindukan ayah, rindu sesangat…. Teringat detik-detik bersama ayah semasa menjaganya dulu, tidak sia-sia saya menjaga ayah kerana kini ayah telah pergi untuk selamanya. Perginya ayah tiada peganti kerana ayah hanya satu di dunia ini, tiada lagi kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah. Sempat juga saya ucapkan sayang kepada ayah semasa ayah dalam keadaan nazak, ayah… kakak sayang ayah…

Sudah hampir 3 tahun KakNgah sertai Shaklee, sedikit sebanyak KakNgah belajar tentang penyakit, ya… penyakit yang mungkin menjadi punca kematian ayah, kemungkinan besar ayah sakit kerana keracunan… Ayah seorang pesawah, sentiasa bergelumang dengan racun bila mula untuk menanam padi, Kedah kan negeri Jelapang Padi… Racun-racun itulah yang merosakkan organnya secara perlahan-lahan sehingga akhirnya ayah terus jatuh sakit. Lewat setahun KakNgah kenal Shaklee, terasa sedih bila diingatkan KakNgah tidak dapat membantunya. Mungkin dah ajal ayah, redho dengan ketentuan-NYA…

Kini KakNgah hanya boleh berbakti kepada emak jerk, KakNgah cuba untuk buat yang terbaik untuk emak, insyaAllah… nak bawa mak ziarah ke bumi Mekah…

Apapun sila hubungi KakNgah untuk info, order & konsultasi secara percuma dan pastinya lebih penjimatan dan jangan lupa dengan promo bulan nih yer… 🙂

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.