Anak Sihat, Minda Cergas!

Salam uolls… aishhh, dah seminggu kut tak berkongsi nih, angau bila tak dapat nak berkongsi.. Huhhu… Ermmm, ramai di kalangan ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tak kira dalam pemakanan dia orang ataupun pembelajaran dia orang… xcely, aritu [DISINI] KakNgah ada berjanji nak share set untuk study anak-anak, bukan setakat untuk study malah untuk kesihatan mereka…

KakNgah ni agak cerewet bab-bab makan dan pembelajaran mereka, jadi KakNgah memang berikan mereka suplemen dari Shaklee. Ianya bukan sekadar suplemen malah lebih dari itu. Kenapa? jom KakNgah kongsikan…

image

Sesuai dengan tajuk kita hari ini “Anak Sihat, Minda Cergas”… Antara suplemen Shaklee yang sangat membantu kesihatan dan kecergasan otak mereka adalah :

Meal Shakes

Jika dikalangan dewasa, VitaLea dikenali sebagai multivitamin lengkap untuk mereka yang mementingkan kesihatan diri. Meal Shakes pula adalah multivitamin yang sangat baik untuk anak-anak kecil sehingga dewasa, antara manfaat utama Meal Shake adalah :

• Lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh dimana badan tidak dapat menghasilkannya.
• Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrein untuk kanak-kanak.
• Sumber makanan serat untuk penghadaman,
• Kaya dengan sumber kalsium untuk kesihatan gugi, ghigi dan tulang anak-anak.
• Glisemik indeks yang rendah.
• Kaya dengan zinc bagi membantu fokus anak-anak dalam pelajaran.
• Rasa Vanilla yang enak.
• Sumber protein yang terbaik untuk tumbesaran dan sel darah merah.

Chewable Vita-C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.

Jika 1 tablet Vitamin C Plus Shaklee bersamaan dengan 7½ biji buah oren, 1 tablet Chewable Vita-C™ pula setara 1½ buah oren. Antara manfaat Chewable Vita C adalah :

• Menyokong sistem pertahanan, antioksidan semulajadi dalam tubuh,
• Membantu memelihara sel badan,
• Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah,
• Rasa sitrus yang hebat,
• Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet.

Selain daripada manfaat yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan, antaranya ialah:

• Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik,
• Sebagai anti penuaan untuk awet muda,
• Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan,
• Memperbaiki insomnia,
• Mengekalkan kolestrol sihat,
• dan lain-lain lagi.

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 kompenan penting vitamin B yang diperlukan tubuh termasuk 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 kompenan tersebut perlu ada bersama bagi mendapatkan keseimbangan dan kebersanan yang sempurna. Antara manfaat B Complex untuk anak-anak bersekolah adalah :

• Membantu tumbesaran,
• Menangani stress,
• Merangsang fungsi otak, 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia dimana ianya mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan. Antara manfaatnya adalah :

• Omega-3 adalah lemak struktur utama di dalam otak dan retina dimana ia menyumbang sehingga 97 % daripada lemak omega-3 dalam otak dan sehingga 93 % daripada lemak omega-3 di retina.
• Menyokong fungsi mental kanak-kanak dan orang dewasa sepanjang hayat.
• Bantu mengurangkan tekanan.
• EPA membantu menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
Mempertingkatkan sistem imun dan melawan kanser.

Banyak kajian mengesahkan bahawa semua orang, dari bayi hingga orang dewasa, manfaat daripada bekalan yang mencukupi DHA.

Lecithin

Apa itu Lecithin?

Pada asasnya, lecithin berfungsi sebagai ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

• Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
• Kolin – satu komponen neurotransmitter.
• Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
• Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Bagaimana Lecithin Membantu Dalam Perkembangan Otak?

• Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.
• Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

Hahha… cukup 5 item wajib nih, memang sessuai untuk anak-anak kita bijak dalam pelajaran dan kekal cergas! Pelaburan hari ini pasti menjadikan masa depan anak anda lebih terjamin! Ops… KakNgah juga sedia berkongsi suplemen mengikut bajet anda! 🙂

Bagi melihat senarai harga pasaran, sila click di PRICE LIST. Hubungi KakNgah untuk mendapatkan item dengan harga yang lebih istimewa beserta konsultasi secara PERCUMA.

Untuk membuat pesanan dengan menggunakan DEBIT CARD/ CREDIT CARD, sila click image di bawah…

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

MealShake & Omega Guard Pilihan Terbaik Untuk Persekolahan Anak-Anak.

Bismillah..

Dua minggu ni KakNgah terlalu sibuk sampai nak meng’update’ blog pun sempat tak sempat jerk… Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir 8tahun usia perkahwinan KakNgah bersama suami tercinta Mohd Jafni Adnan, banyak pahit kelat, manis kulit kayu manis, masam cuka bagai dilalui dalam tempoh 8 tahun ini… hahha, adatlah berumah tangga kan. Sedar-sedar anak sulong KakNgah akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan di SK Bukit Rimau, Shah Alam. Dah besar rupanya anak ummi ni yer… moga Along boleh jadi contoh kepada adik-adik along..

Orientasi

============================================

Alang-alang dah nak buka sekolah ni eloklah sangat KakNgah kongsikan supplement yang bersesuaian untuk anak-anak sekolah nih.. Apa yang nak KakNgah suggestkan adalah pengambilan MealShake dan Omega Guard dalam membantu anak-anak agar lebih fokus dan peka dalam pembelajaran mereka kelak.. InsyaAllah…

msSedikit info untuk anda ketahui tentang MealShake

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

omegaOmega Guard ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

Rasanya dah banyak KakNgah kongsikan kebaikan Omega Guard pada bulan nih.. almaklumlah bulan ni kan promo Omega Guard so sesuailah untuk ibu-ibu dapatkan Omega Guard untuk anak-anak bagi memulakan persekolahan tak lama lagi, tak lama dah kan… 5 hari je lagi hah…

Sempena persekolahan yang hanya berbaki 5 hari lagi.. KakNgah menawarkan pembelian MEALSHAKE+OMEGA GUARD dengan harga mampu milik untuk anda semua.  Moh cepat roger2 ngan KakNgah dan anda memang layak mendapatkan yang terbaik!

 
 
 
Name Card