Mujur Ummi Tak Mati…

image

Entah kenapa semalam hingga ke harini kepala terasa sakit ya amat… pikior punya pikior baru terasa yang sebenarnya KakNgah ni tak cukup rehat dengan tak cukup tidur. Seminggu jugalah gara-gara anak kecil KakNgah diarrhea dan muntah-muntah, terjelepok lemah badan si kecilku.. huhhu… Alhamdulillah semalam dah nampak aktif siap boleh bergaduh ngan abang-abangnya, memang dah sihat sangatlah…

Berbalik kepada sakit kepala, malam tadi memang tak tahan sakitnya sakit kepala so secara tiba-tiba teringat plak nak mati.. huhhu.. Boleh berwhatsapp cakap kat hubby nak mati, marah kemain hubby I, hihhi… Pastu cakap plak kat si Along dan sajer tanya dia, kalau ummi mati Along nak kene buat apa?

“Mana Along tahu ummi… jangan la mati, ummi mana boleh mati.. mana ada orang culik ummi pun…”

Kita ni kan along… mesti mati tak kira macam manapun, tak payah tunggu orang culik ummi dan potong pun, time ummi baring dan tidur pun boleh mati.. Kalau ummi mati Apa yang Along kene buat.? sajer diulang persoalan itu semula..

“Along kene jadi anak yang baik.. Along kene jadi abang yang baik… Along kene jaga adik-adik…”

Pandai Along… Along pun tak boleh gaduh-gaduh dengan adik-adik… tambah KakNgah pastu KakNgah tidur sebab dah tak tertahan dengan sakitnya kepala dan sempat juga ngap NutriFeron sepeket. Sebelum tidur sempat KakNgah pesankan Along supaya tutupkan paip mesin basuh kalau mesin dah siap proses… hihhhi…

Subuh tadi bangun dengan terhuyung hayang sakit kepala walaupun dah berkurang…Kejutkan Along untuk solat dan ke sek. Dalam tengah iron kan baju sek. tu dia datang dekat dengan KakNgah dan dengan spontan dia bercakap… “mujur ummi tak mati…” Tergelak besar KakNgah dengar dia bercakap…

image

Inilah Along cinta KakNgah… ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk Along dan adik-adik Along, moga Allah sentiasa melindungi anak-anak ummi dari bahaya dan khianat!

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Jenis-Jenis Kanser Kanak-Kanak | Retinoblastoma

image

Retinoblastoma! Pertama kali KakNgah dengar tentang penyakit nih. Di Malaysia pun hanya dalam 5% ~ 10% sahaja so memang kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Kesannya juga boleh menjadi parah dan berisiko! Dari hasil google, kat Malaysia nih ada satu kes yang dijumpai, tu pun dah lama, tengok kat SINI yer.

Apakah Retinoblastoma?

Retinoblastoma adalah kanser mata yang berlaku hanya pada kanak-kanak. Ia adalah kanser kanak-kanak yang sangat muda. Dua pertiga daripada pesakit retinoblastoma didiagnosis sebelum mereka berumur 2 tahun dan lebih daripada 90 peratus didiagnosis sebelum usia 5.

Retinoblastoma boleh terjadi dalam dua bentuk:

• Kira-kira 75 peratus daripada kanak-kanak yang retinoblastoma mempunyai satu tumor pada sebelah mata. Ini dipanggil retinoblastoma satu pihak dan ia selalunya berlaku sekitar 2 tahun.
• Kira-kira 25 peratus daripada kanak-kanak yang mempunyai tumor retinoblastoma dalam kedua-dua mata. Ini dipanggil retinoblastoma dua hala atau multifocal dan ia selalunya berlaku sebelum usia 1.

PUNCA

1) Punca daripada keterunan

• Peluang untuk menghidap retinoblastoma lebih tinggi iaitu sebanyak 50 peratus.
• Biasanya kedua-dua mata kanak-kanak terbabit akan dijangkiti oleh ketumbuhan yang banya.
• Ketumbuhan tersebut akan mula ketara pada usia kanak-kanak berkenaan 18 bulan ataupun lebih awal.
• Lebih terdedah kepada risiko untuk menghidap kanser pada bahagian anggota badan yang lain.

2) Punca bukan dari keturunan

• Ketumbuhan tersebut akan mula ketara ketika kanak-kanak itu berusia dua tahun.
• Biasanya hanya sebelah mata yang akan dijangkiti dan membabitkan satu ketumbuhan sahaja.
• Penyakit tersebut tidak akan diturunkan kepada anak-anak.

TANDA-TANDA

1) Terdapat tanda putih pada anak mata (leucocoria)

• Sebanyak 60 peratus pesakit mendapati anak mata mereka mempunyai tanda putih pada peringkat awal retinoblastoma.
• Pada peringkat awal, ibu bapa akan dapat mengesan sesekali tanda berkenaan contohnya dalam keadaan cahaya lampu yang malap atau melalui penglihatan kanak-kanak tersebut yang tidak tepat.
• Setelah ketumbuhan itu semakin membesar tanda putih akan lebih ketara pada mata kanak-kanak berkenaan.
• Kadangkala sekiranya dilihat pada gambar akan kelihatan tanda di kedua-dua mata pesakit tidak serupa iaitu sebelah mata yang normal akan merah dan mata dijangkiti didapati seperti normal.
• Ibu bapa yang mendapati anak mereka memiliki tanda tersebut dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar mata.

2) Mata juling

• Sebanyak 20 peratus pesakit mengalami tanda-tanda masalah mata juling.
• Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor pakar mata sekiranya mendapati anak mereka mengalami masalah mata juling.

3) Mata kemerahan dan membengkak (peringkat akhir).

• Pada peringkat ini pesakit terlewat untuk mendapatkan rawatan kerana ketumbuhan tersebut telah merebak.
• Ramai ibu bapa yang dapat mengesan tanda putih atau kejulingan pada mata anak mereka tetapi malangnya mereka tidak mendapatkan rawatan segera sehingga mata kanak-kanak terbabit membengkak selepas beberapa bulan.
• Ada juga pesakit telah mendapatkan rawatan diagnosis daripada doktor pakar tetapi ibu bapa menolak untuk meneruskannya sehingga ketumbuhan itu berada di tahap serius.
• Pada tahap seumpama ini, rawatan secara drastik diperlukan dan biasanya pesakit sukar untuk diselamatkan.

DIAGNOSIS

Rawatan diagnosis seperti ujian CT Scan dan ultra bunyi akan dilakukan terhadap pesakit yang disyaki menghidap retinoblastoma.

Tujuan rawatan:

• Untuk menyelamatkan penglihatan dan juga nyawa kanak-kanak terbabit.
• Rawatan juga bergantung kepada tahap dan saiz ketumbuhan.
• Ketumbuhan kecil boleh dirawat dengan menggunakan rawatan secara laser atau cryotherapy dan biasanya kaedah tersebut mampu melindungi penglihatan pesakit.
• Apabila kanser mula merebak hampir keseluruhan bahagian mata, pembedahan untuk membuang mata yang dijangkiti itu diperlukan.
• Dengan rawatan kimoterapi ia dapat mengurangkan kadar ketumbuhan dan seterusnya pesakit boleh menjalani rawatan secara laser atau cryotherapy. Rawatan tersebut juga diperlukan apabila barah telah merebak pada bahagian luar bola mata dan seluruh tubuh pesakit.
• Rawatan secara radiasi boleh dilakukan pada bahagian mata yang mengalami ketumbuhan. Bagaimanapun, rawatan itu boleh mendedahkan pesakit kepada komplikasi lain seperti kecacatan teruk pada muka, kerosakan pada bahagian lain struktur okular (ocular) dan terdedah kepada penyakit kanser yang lain.

KESAN JANGKA PANJANG KEPADA PESAKIT RETINOBLASTOMA

• Pesakit mudah terdedah kepada lain-lain penyakit barah apabila mereka semakin meningkat dewasa.
• Biasanya pesakit yang pernah menghidap retinoblastoma akan terdedah kepada penyakit barah tulang.
• Ibu bapa perlu menerima kenyataan bahawa anak mereka mungkin akan hilang penglihatan sekiranya ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga memaksa doktor melakukan pembedahan untuk membuang mata kanak-kanak terbabit.

LANGKAH YANG PERLU DiAMBIL OLEH AHLI KELUARGA PESAKIT

• Semua ahli keluarga pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar.
• Pemeriksaan itu penting sekiranya retinoblastoma merupakan penyakit turun-temurun keluarga terlibat.
• Ibu bapa diminta supaya menerima nasihat doktor pakar demi keselamatan nyawa pesakit.

Adakah Suplement Shaklee Yang Membantu?

image

Alhamdulillah, ADA! ikhtiar dari sahabat kita ni dengan menggunakan Shaklee Vivix dan NutriFeron sangat membantu.

Bagaimana Vivix dan NutriFeron membantu?

Vivix
• Kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pada tahap sellular.
• Vivix juga kaya dengan Vitamin A yang membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

NutriFeron
• Merupakan antiferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunologlobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. • Dapat menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
• Berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
• Selain daripada itu juga, ia mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu kemoterapi.

Hahha… betullah tuh kan… Alhamdulillah, kita cuba berikhtiar namun Allah yang memberikan kesembuhan sepenuhnya… 🙂

Ada lagi, bagi memastikan anak kekal sihat dan cergas elok berikan MealShake. Bulan ni promo MealShake BUY 3 FREE 1 pula tuh, rugi tak borong bebanyak…

image

Lagi TESTIMONIALS Vivix

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/01/14/testimonial-diri-sendiri-consume-vivix-shaklee-memang-terbaik/

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/09/16/supplement-shaklee-penyebab-kanser/

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/04/19/shaklee-vivix-testimonial-collection-international-user/

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Supplement Shaklee Penyebab Kanser?

image

Ermmm… nampaknya masih ramai yang berada di luar sana mengatakan atau hanya “dengar-dengar” kononnya Supplement Shaklee penyebab kanser! Kelakar bila seorang sahabat berwhatsapp KakNgah bertanyakan hal demikian. Tapi untunglah dia bertanya, kalau tak… mati point lah KakNgah nak menulis kan… 😛

Apakah yang di maksudkan Cancer (kanser)?

Cancer adalah juga dikenali sebagai tumor malignan, sekumpulan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel tidak normal yang berpotensi untuk menyerang atau merebak ke bahagian badan yang lain. Tidak semua tumor adalah kanser. ; tumor benigna tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang mungkin termasuk: . . ketulan baru, pendarahan yang tidak normal, batuk yang berpanjangan, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, dan perubahan dalam pergerakan usus, antara lain. Sementara gejala-gejala ini mungkin menunjukkan kanser mereka juga boleh berlaku disebabkan oleh isu-isu lain. Terdapat lebih 100 jenis kanser yang berbeza yang memberi kesan yang diketahui manusia.

Apakah Penyebab Cancer?

Sebahagian besar kanser, sebanyak 90-95 % kes adalah disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar. Baki 5-10% adalah disebabkan oleh genetik diwarisi. Alam Sekitar, seperti yang digunakan oleh penyelidik kanser, ertinya apa-apa sebab yang tidak diwarisi secara genetik, seperti gaya hidup, ekonomi dan faktor-faktor tingkah laku, dan bukan semata-mata pencemaran. Biasanya faktor-faktor alam sekitar yang menyumbang kepada kematian kanser termasuk tembakau ( 25-30 %) , pemakanan dan obesiti ( 30-35 %) , jangkitan (15-20 %) , radiasi (kedua-dua mengion dan bukan mengion , sehingga 10 %) , tekanan, kurangnya aktiviti fizikal, dan pencemaran alam sekitar.

Ia adalah hampir mustahil untuk membuktikan apa yang menyebabkan kanser di mana-mana individu, kerana kanser mempunyai beberapa sebab yang mungkin. Sebagai contoh, jika seseorang yang menggunakan lebih tembakau akan mendapat kanser paru-paru, maka ia mungkin disebabkan oleh penggunaan tembakau, tetapi  kerana semua orang mempunyai peluang kecil untuk mendapat kanser paru-paru akibat daripada pencemaran udara atau radiasi, maka ada kemungkinan kecil bahawa kanser tersebut dibangunkan kerana pencemaran udara atau radiasi. Canser sebenarnya adalah tidak diwarisi atau berjangkit.

Hahha…. nampak tak? tak plak tertulisnya supplement penyebab canser, nak-nak supplement Shaklee. hihhi… Kebanyakan supplement membantu dalam mengurangkan sedikit demi sedikit penyakit yang dihidapi dan peringkat demi peringkat akan membantu memulihkan penyakit, InsyaAllah dan alhamdulillah boleh membantu. Antara supplement Shaklee yang sangat membantu dalam masalah kanser adalah :

1) Carotomax ~ RM74.00

image

• Beta Carotene Carotomax adalah tinggi dengan anti-oksidan yang mampu menyekat aktiviti bahan kanser dengan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Baik untuk menurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, prostat dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

2) Vitamin E ~ RM149.00

image

• Pengambilan lebih daripada 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser dengan menghalang dan melawan tumor. Juga membantu dalam mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.
• Juga baik untuk masalah katarak & masalah penglihatan.

3) Omega Guard ~ RM136.00

image

• Kajian juga telah menunjukan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser payudara, prostat, paru-paru dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas kanser pesakit untuk berfungsi dengan lebih effektif.

4) Vitamin C ~ RM92.00

image

• Vitamin C merupakan satu-satunya anti-oksidan yang tinggi dan mampu menghadilkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untu melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.
• Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5) GLA Complex ~ RM91.00

image

• Juga terkenal dengan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, membantu menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6) Cinch Energy Tea ~ RM131

image

• Kandungan Red Tea Extract yang terdapat di dalam Cinch Energy Tea merupakan anti-oksidan yang kuat dimana ianya dikenali sebagai ‘polifenol’ – pejuang kanser yang kuat.
• Pilifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas.
• Dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebgai agen yang boleh menghalang daripada merebak.

7) Nutiferon ~ RM181.00

image

• Merupakan antiferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunologlobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
• Dapat menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
• Berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
• Selain daripada itu juga, ia mapu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu kemoterapi.

8) Garlic ~ RM47.00

image

• Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.

9) Alfalfa Complex ~ RM53.00 (S), RM97.00 (L)

image

• Memakan 30~50 tablet untuk mengurangkan kealkalian badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

10) Vivix™ ~ RM475.00

image

• Kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pasda tahap sellular.

TESTIMONIALS

image

image

image

image

image

KakNgah rasa anda boleh menilai dengan sendiri tahap keberkesanannya Supplement Shaklee dalam masalah kesihatan. Alhamdulillah dan insyaAllah, kita ikhtiar dan semuanya datang dari Allah juga untuk memulihkannya dan tak salah untuk anda mencubanya…

Hubungi KakNgah yer…. 😀

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Shaklee Boy!

Selamat Hari Lahir Along! Semoga anak babah & ummi menjadi anak yang soleh… Kami semua sayang along, mmmuahhh…

Ummi doakan along berjaya di dunia dan akhirat.. InsyaAllah. 🙂

image

Alhamdulillah.. dah 7 tahun pun anak sulung KakNgah ni, tak sangka dah besar pun, dah boleh diharapkan pun… Dalam keluarga dialah yang susah nak sakit tetapi kerisauan tetap ada dalam hati nih… Kami sekeluarga masing-masing sakit mata tapi tak pulak dengan dia, Alhamdulillah…

Disebabkan semua pakat sakit mata so… KakNgah memang berikan anak-anak Nutriferon untuk imun badan diaorang… Alhamdulillah cepat je elok sakit mata diaorang semua, 4 hari jerk. Sakit mata KakNgah plak yang makan masa seminggu nak elok… hihhi…

image

Hahha… ni stock yang sentiasa ada dalam rumah, pengambilan seminggu sekali jer pun untuk ketahanan sistem badan kita. Kalau korang nak tahu, dalam kajian klinikal yang dijalankan telah menunjukan NutriFeron® telah memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semulajadi. NutriFeron merupakan sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun.

TAHUKAH ANDA?
Setiap hari tubuh diserang oleh tekanan, pengambilan makanan yang tidak sihat, pencemaran dan kelesuan yang senantiasa menyerang sistem imun tubuh. Supplement NuriFeron® merupakan satu-satunya produk yang membantu menyokong sistem imun anda secara semulajadi dan selamat.

Info :
Price : RM181.25
Size : 30 sachets

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Batuk Berpanjangan? Petua dan Supplement.

SIREH!!! kenangan sungguh dengan daun sireh nih, masa kecik-kecik dulu, KakNgah memang tak lepaskan peluang makan sireh yang dah di gobek dek arwah atuk… sedap, merah menyala mulut dan gigi… hahha…

Apa pulak kene mengena sireh dan tajuk ini kali? hahha… kalau anda ingin tahu, sireh merupakan penawar batuk yang paling mujaraplah… Kenapa? Ermm… ni nak kongsi nih, dah lebih 2 minggu KakNgah batuk, bila malam dengan cuaca yang dingin dan kipas sejuk mulalah menyirap. Bila dah sejuk batuk sampai terkucil-kucil.. huarrrr… tak bleh tahan, tekak ni miang tak sudah. Siang malam bertahan ngan batuk, malamlah yang paling teruk.

UBAT??? bukan makin elok tapi makin teruk plak jadinya… lagilah buat KakNgah tak senang nak buat sebarang kejer, tidur pun tak cukup sampai satu tahap batuk sehingga nafas pun tersekat. Ngap NutriFeron, alhamdulillah elok tetapi bila malam dan sejuk mulalah tak berhenti batuknya…

Dah mati akal, sekali jiran syorkan kunyah sireh bersama sedikit gula… malamnya tidur tak sedar diri… hahha, kelat2 sireh tulah yang menghilangkan gatal-gatal tekak dan secara automatik batuk pun reda. 3 hari 3 malam KakNgah ngap sireh, lagipun memang KakNgah gemar makan sireh so tak menjadi masalah untuk KakNgah makannya.. hehhe…

NutriFeron ~ KakNgah amalkan NutriFeron juga agar antibodi terjaga dan mengelakkan terjangkit kepada anak kecil KakNgah, almaklumlah anak kecik masih menyusu badan so sedikit sebanyak akan berjangkit dengan anak. Alhamdulillah, dengan NutriFeron anak kecil KakNgah tidak terjangkit dimana mula-mulanya ada sedikit batuk…

Omega Guard ~ ni satu supplement yang banyak membantu mencairkan kahak, biasalah batuk ni selalunya mesti bersangkut ngan kahak kan…

Ini jer perkongsian dari KakNgah, saja nak share kebaikkan sireh yang membantu masalah batuk berpanjangan ini, moga perkongsian ini dapat membantu anda semua… Jom ler share jika anda rasakan ianya berbaloi dan berkesan untuk anda…

Jika anda ingin mencari supplement untuk kesihatan anda, silalah jengah-jengah dan jangan lupa hubungi KakNgah untuk order atau anda sendiri berminat untuk join member… 😀

 

 ⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;

✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Kemuning.

 

 

Selamat Hari Lahir Muhammad Idraki..

wpid-IMG_20140222_200946.jpg Muhammad Idraki Bin Mohd Jafni dilahirkan di Hospital Kuala Pilah @ Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan tanggal 23 Februari 2010 (selasa) bersamaan 09 Rabi’al-Awwal 1431, jam 5:12 minit petang… Anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik.

Angah (panggilan dalam keluarga) pada hari ni genap 4 tahun usianya, bertubuh sederhana tetapi petah bercakap walaupun agak pelat. Gemar melukis dan mewarna, gemar beraktiviti lasak dan mencabar, berkeyakinan tinggi dan berkehendak apa yang dia nak kan… sungguh mencabar sket dengan yang sorang nih… 🙂 bukan KakNgah jer yang fening, babahnya pun kadang2 kurang bersabar jadinya…

Seorang Beta Thalassaemia Trait, tidak boleh terlalu lasak dan terlebih beraktiviti, silap2 demam dan hidung berdarah, xcely harini memang angah demam coz semalam seharian meronda2 (pict semalam di playground Giant, Shah Alam). Nak-nak dengan cuaca yang tak menentu sekarang, memang mudah dihinggap penyakit namun alhamdulillah KakNgah bekalkan Angah dan anak-anak yang lain dengan supplement Shaklee seperti MealShake, Chewable Vita C dan Omega Guard. Seminggu sekali KakNgah berikan NutriFeron agar mereka bebas daripada penyakit berjangkit.

Alhamdulillah sejak consume supplement tersebut hidung angah jarang berdarah, 2 atau 3 bulan sekali jer berdarah hidung, selalunya seminggu 2 atau 3 kali hidung angah pasti berdarah. Mungkin ada yang tak percaya namun itulah hakikatnya anak-anak thalassaemia termasuk KakNgah sendiri so supplement tu dah kira wajib untuk diambil…

wpid-IMG-20140223-WA0015.jpgAktiviti tengahari tadi.. (ingatkan dia lukis hantu, rupa-rupanya orang… hahha…)

Setiap orang mahukan zuriat yang beramal soleh, bijaksana dan mahir dalam mendalami ilmu agama mahukan ilmu dunia, begitu juga harapan KakNgah. Semoga anak ummi Muhammad Idraki boleh menjadi anak dan umat yang bertaqwa kepada Allah dan yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat dibanggakan oleh semua orang, InsyaAllah…. Ummi dan Babah sayangkan angah juga along dan Arsyad.. ❤ ❤ ❤

 
 
Name Card
 
 

NutriFeron™ ~ Penemuan Pertama InterFeron.

nutriSekilas fakta yang anda perlu tahu tentang NutriferonTM

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

***********************************************

InterFeron merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi dimana ianya merupakan satu-satunya yang mula ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.

Apakah InterFeron?

Interferon adalah protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh sel di dalam tubuh untuk melindungi tubuh daripada serangan pelbagai penyakit, contohnya pada sel-sel darah putih, sel-sel pembunuh alami, fibroblast-fibroblast, dan sel-sel epithelial.

Tubuh secara semulajadi dapat membentuk tiga macam interferon, iaitu interferon alfa, beta, dan gamma. Dilihat dari struktur tiga dimensinya, interferon alfa dan beta mempunyai persamaan (homology) yang tinggi dan sering dinamakan interferon I. Sementara itu, interferon gamma mempunyai struktur yang berbeza dan biasanya juga disebut interferon II.

Interferon dihasilkan oleh tubuh apabila mendapat serangan dari pelbagai agen penyakit . Namun, umumnya jumlah yang dihasilkan tidak mencukupi untuk melawan agen penyakit yang berkembang biak dengan cepat . Kerana itu, bekalan interferon dari luar diperlukan dan kemudian dijadikan sebagai jenis terapi yang termasuk ke dalam jenis imunoterapi ( imunoterapi ). Inilah yang menjadi idea awal penggunaan interferon sebagai ubat .

Apakah Manfaat Nutriferon?
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satu interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
  • Melawan kanser & Tumor – Inteferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsangdan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. dapat mengurangkan ketidakselesaan sewaktu rawatan terapi.
  • Melindungi dari Influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan stress dan kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru sel-sel juga akan jadi sihat.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing.

Banyakkan manfaatnya… nak tahu lagi tentang manfaat-manfaat lain, kene lah mencubanya… Tak kenal maka tak chennnta kan.. Bagi anda yang ingin mencuba, moh roger2 nga KakNgah, jangan malu2 kay…

 
 
 
Name Card