Ada Apa Dengan Lecithin?

Alhamdulillah… selamat juga sampai ke rumah di Jalan Kebun, Shah Alam selepas menempuh 2jam perjalanan dari Batu Kikir, Negeri Sembilan [kg. suami]. Ikut2 tu besok pagi baru nak gerak balik ke rumah tapi disebabkan suami ada urusan kerja yang perlu diselesaikan terpaksalah berangkat balik ke Shah Alam malam ni juga selepas selesai Majlis Perkahwinan ibu saudara di Kampung.

Tahniah buat pasangan, moga Allah memberkati pasangan sehingga berkekalan ke akhir hayat..

***************************************************************

Sementara anak2 dah tidur keletihan… bolehlah KakNgah sharing2 sket sebelum KakNgah pun pengsan dek keletihan… hahha..

Malam ni KakNgah kongsikan plak tentang Lecithin, kene bebenorlah… dalam dok nak kongsi ni dapat plak sms dari jiran yang consume Lecithin.. “Kak… tadi saya pergi timbang, berat saya turun 6kg dalam sebulan nih… biar betul, cam tak percaya jerk…” tu diahhh… Apapun jom kita kenal ada apa dengan Lecithin?

Apa itu Lecithin?

Pada asasnya, lecithin berfungsi sebagai ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

UNTUK WARGA TUA

  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

UNTUK SEL

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

credit: Adaa

Ada apa dengan Lecithin? dah jelas kan, so pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal (lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik… dimana anda akan cepat berasa lapar…. .. 🙂

Selalunya orang kenal lecithin untuk diet jer… sebenarnya ianya lebih daripada manfaat diet, semesti hanya dari Shaklee… berminat? jom order.. dan dapatkan dengan harga yang mampu milik hanya dari KakNgah.. 🙂

 
 
 
Name Card
 
 
 
Advertisements

Omega Guard ~ Kenapa Ikan Air Laut Dalam?

Hahha… last post KakNgah kongsikan Omega Guard Shaklee ~ Minyak Ikan Terbaik di Dunia, harini seperti yang dijanjikan, Kenapa Ikan Laut Air Dalam yang di pilih Shaklee untuk dijadikan Omega Guard? Jom layannnn….

Minyak ikan yang terbaik perlulah diekstrak dari ikan itu sendiri, bukannya hanya dari hati ikan. Kaedah penyulingan semasa mengekstrak minyak ikan juga perlu diambil kira bagi menghasilkan kualiti minyak ikan yang terbaik. Kaedah penyulingan dengan tekanan tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB [polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik].

Kenapa Ikan Air Laut Dalam [Ikan Air Sejuk]?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia dimana Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapai masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Berlainan pula orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Tahukah Anda? Makan ikan laut air dalam yang mengandungi paras asid lemak Omega-3 dalam 2x seminggu bersaiz sebesar playing cards akan membantu mengurangkan penyakit jantung sebanyak 44%. Ianya telahpun disyorkan oleh Amerika Public Health Association.

Hahha… dah tau kan kenapa? Sebab tu lah Omega Guard Shaklee terbaik di dunia, sudah semestinya pilihan KakNgah sekeluarga.. Anda bagaimana?

Retail Price RM136.00, nak lagi murah berganda? Moh2 roger ngan KakNgah segera.. kne dengan promo bulan nih.. BUY 6 FREE 1… sapa nak bagi kannn?

 
 
 
Name Card
 
 

Kini Vivix™ Shaklee Telahpun Dipatenkan!

Alhamdulillah… seronok dengan promo bulan nih… berlumba-lumba pakat dok order Vivix™ Shaklee, ada yang beli untuk diri sendiri, ada yang beli untuk mak ayah dan juga mentua, berbaloi-baloi manfaatnya…

Lapan tahun yang lalu, Roger telah membeli beberapa bidang tanaman Anggur Muscadine untuk diproses kepada Vivix™ Shaklee! Beliau ingin membuktikan bahawa Vivix™ Shaklee berkesan dalam memperbaiki tahap kesihatan seseorang dengan lebih baik. Berita baiknya Vivix™ Shaklee ternyata berkesan dan hasilnya kini Vivix™ Shaklee di patenkan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat pada awal August 2013 ini!

Apa yang istimewanya Aggur Muscadine?

Anggur Muscadine / anggur muskat ini dikatakan adalah sejenis anggur liar yang istimewa, yang mana ianya mempunyai 20 kromosom dan saiznya adalah sebesar sebiji bola golf. Oleh kerana ia mempunyai lebihan pasangan kromosom ni, bermakna ia menyediakan lebih banyak manfaat pada kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksida terbaik. Anggur ini hidup di kawasan ekstrem dan tumbuh liar, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandungi asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Selain Anggur Muscadine, Vivix™ Shaklee juga diperkaya dengan Purple carrot, Elderberry [Sambucus Nigra] dan Polygonum Cuspidatum. Jom kita tengok khasiat dan manfaat setiap bahan kandungannya…

Lobak Ungu [Purple carrot]

Lobak ungu memang bukan kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia. Lobak ungu ini adalah sumber terbaik VITAMIN A dan mengandungi PHYTOKIMIA termasuk CAROTENOID, PHENOLIC, POLYACETYLENES, ISOCOUMARINS dan SESQUITERPENES.

Lobak ungu juga mengandungi ANTHOCYANINS iaitu antioksida yang mustajab. dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Anthocyanins adalah antioksida utama dalam lobak ungu-kuning dan ungu oren, tetapi kandungan antioksidan yang paling tinggi wujud dalam lobak ungu-kuning. Dan asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid klorogenik inilah yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry [Sambucus Nigra]

Elderberries mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan. Ianya juga membantu dalam mengurangkan bengkak, melawan keradangan, dan meningkatkan sistem imun.

Kajian telah mendapati bahawa elderberry dapat meredakan gejala selesema seperti demam, sakit kepala, sakit tekak, keletihan, batuk, dan sakit badan. Beberapa kajian telah mencadangkan bahawa elderberry boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis.

Kesimpulannya elderberry membantu dalam menangani masalah jantung, strok, stress, memperbaiki masalah penghadaman dan penglihatan.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum atau lebih dikenali sebagai knotweed Jepun, adalah tumbuhan berbunga invasif. Polygonum cuspidatum digunakan untuk menghasilkan makanan tambahan resveratrol kerana ianya mudah didapati dan cepat membesar. Antara manfaat utama polygonum cuspidatum adalah :

  • Kawalan kolesterol ~ Masyarakat saintifik percaya bahawa ekstrak polygonum cuspidatum boleh mengurangkan paras kolesterol yang tinggi pada manusia , sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan trombosis. Makanan yang kaya dengan resveratrol boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , merendahkan jumlah kolesterol , dan menurunkan kolesterol LDL. “
  • Kesan antioksidan ~ Resveratrol adalah antioksidan. Antioksidan mencegah kerosakan kepada sel-sel oleh radikal bebas. Resveratrol dipercayai dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan meningkatkan stamina seseorang atlet.

Jika anda ingin dapatkan Vivix™ Shaklee dengan harga yang extra murah, November inilah masanya… Anda juga layak mendapat keahlian PERCUMA+Cash Money… sapa nak bagi kan..kan..kan.. moh buat order sekarang!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.