Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

Semalam punya cerita, hihhi… al-kisahnya KakNgah ni dah 3 minggu kene kencing kotor, kejap ok kejap k.o. Yang tertangguh nak ke klinik tu sebab risaukan anak yang tak sihat badan, muntah dan cirit-birit, huhhu… pastu anak sulung plak exam dan yang paling KakNgah tertangguh tu sebab KakNgah tak suka makan ubat! “ter” la sangat… 😀

Ahad baru-baru nih dah cam tak tahan sangat tetiba sakit sangat masa membuang air kecil, tak pasal-pasal stress.. huhhu.. so gtau hubby ajak g Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Semalam jam 8pg pas lepaskan anak ke-2 ke PASTI [selang 5buah umah jer] kitaorang pun bersiap keluar, Sebelum ke Klinik tu singgah sarapan dulu.. tup-tup dah sarapan gerak ke Klinik tengok jam dah hampir jam 9pg. Sampi terus ambil no. giliran dan buka kad, al-maklumlah tak pernah sampai pun…

image

Selesa sangat dengan Klinik Kesihatan nih, parking pun banyak, ruang pun besar dan tersusun. Kaunter pun sampai 10 so semua orang tak perlulah nak menunggu lebih lama walaupun hanya 4 kaunter yang dibuka namun service tip top.

image

Atas ni ruang pendaftaran, sampai terus beratur ambil no dan tunggu pula untuk pendaftaran, tak lama pun, dalam 5 minit dah siap… pastu ke ruang menunggu untuk check-up plak [gambar bawah].

image

Eh, cam kenal plak mamat berbaju oren ngan budak kecik tu.. owh my hubby n anak I lah… T_T. Alamak! xcely sebelah kanan tu ada 12 bilik atau mungkin lebih. Bilik-bilik doktor merawat pesakit kecuali bilik no. 12 adalah bilik check tekanan darah. Semua yang berdaftar akan dipanggil beratur dalam 10 orang untuk diambil tekanan darah. [gambar bawah adalah bilik no. 12].

image

So beratur jugalah KakNgah menunggu giliran untuk ambil tekanan darah, alhamdulillah… normal. Selesai mengambil tekanan darah, tunggu pula dipanggil doktor untuk dirawat. Akhirnya jam 10pagi tiba jugalah giliran KakNgah, berjumpa doktor di bilik no. 10, dah bersoal jawab tak sampai 4 minit, doktor mintak KakNgah ke makmal pula untuk urin test beserta rekod kad. [makmal-gambar bawah].

image

Menunggu di makmal pun taklah lama mana pun, service bagus, terasa berpuas hati sangat! Pas ke makmal terus ke bilik no. 10 semula berjumpa dengan doktor yang merawat KakNgah. Ermmmm… pas diteliti memang ada sedikit jangkitan kuman di dalam urin so dapatlah azimat yang awal-awal lagi memang KakNgah taknak sesangat… huhhu tapi nak sihat punya pasal, ku gagahi juga menelanya!

image

1) Potassium Citrate Mixture,
2) Amoxicillin 250mg [antibiotic]

Wokeh… bagi yang nak order sebarang suplement dengan harga kasih sayang, boleh roger² dengan KakNgah yer.. FREE konsultasi lagi kay.


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

KakNgah Pengedar Sah Shaklee Anda di…

Bismillah..Aduhh… dah lama ber’blog’ tapi lupa nak kenalkan diri sebagai Shaklee Independent Distributor, aptb… hahha.

KakNgah atau boleh jer nak panggil Fieza (Nafiza Binti Shuib) adalah Shaklee Independent Distributor ATAU Pengedar Sah Shaklee anda sekitar kawasan Shah Alam (Kg. Jalan Kebun, Bukit Rimau, Bukit Naga, Kg. Johan Setia, Kota Kemuning, Mutiara Bukit Kemuning, Seksyen 18 dan kawasan sekitar)  Klang (Bandar Botanic, Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Puteri) dan Negeri Sembilan (Nilai, Pajam dan Kuarters KLIA).

KakNgah menawarkan khidmat COD* di kawasan yang berkenaan seperti di atas bila-bila masa kecuali di Negeri Sembilan hanya setiap rabu selepas jam 1ptg.

OPS!! perkhidmatan pos secara Pos Laju juga KakNgah sediakan agar anda mendapar service yang terbaik dan cepat untuk seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Moga perkenalan ini dapat memudahkan anda semua mencari KakNgah untuk mendapatkan service bagi kesihatan anda dan keluarga anda… YES! “Kesihatan itu Satu Anugerah” 🙂

*Sebarang COD akan dikenakan cas sebanyak RM10.00 kecuali sekitar Kg. Jalan Kebun…

 
 
Name Card