Balik Kampung ~ Part III – Tokong Ular, Penang.

Ok semalam KakNgah dah cerita Balik kampung Part I dan Part II, harini kita masuk Part III plak, hihhi… macam drama plak yer, ada part nya… Kali ni KakNgah nak share cerita jalan-jalan di Penang. Seronok la juga sebab KakNgah ni dari kecil bukan jenis berjalan sana sini, ni dah bekerluarga baru nak tau berjalan, itu pun sebab si hubby KakNgah ni memang kaki berjalan, 😀

Destinasi pertama kami semasa di Penang adalah Tokong Ular, ermmm… tempatnya tak der lah besar sangat tapi puas hati jugalah sebab kene dengan bayarannya RM3.00 untuk dewasa (Pemegang My Card) dan RM1.00 untuk kanak-kanak (Pemegang My Card). Anak-anak pun seronok sebab sebelum ni ada bawa ke Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk pegang ular tapi bila dah ada depan mata, memasing pakat lari so kali ni KakNgah dan hubby buat perjanjian, kalau tak pegang ular, lain kali dah taknak bawa tengok ular lagi, hihhi… so, memasing pun tunjuk berani la sebab lain kali nak jenjalan tengok ular lagi…

wpid-img-20150323-wa0006.jpg

wpid-img-20150323-wa0002.jpgMuka cam teruja yang cam cuak jerk, hahha… dah berani sampai nak pegang lagi sekor ular sawa, huihhh… besar sangat! tapi tak dibenarkan… silap-silap hari bulan bleh kene ngap! >__<

wpid-img-20150323-wa0016.jpgAntara gambar semasa di Tokong Ular…

wpid-img-20150323-wa0014.jpg

wpid-img-20150323-wa0011.jpgwpid-img-20150323-wa0007.jpgwpid-img-20150323-wa0003.jpgwpid-img-20150323-wa0008.jpg

Next time kita sambung lagi yer… 🙂

******************************************************************************

Sakit sendi? sukar untuk aktif bersukan? Minat melancong namun sakit sendi, lengoh-lengoh kaki menyukarkan impian anda? Sukar untuk solat? Kami ada penawarnya DI SINI

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Result Peperiksaan Akhir Tahun Along!

Ermmm… malam ni just nak share result anak sulung KakNgah… rasa sedikit sedih dengan resultnya… al-maklumlah, banyak main game masa nak exam aritu so bila jawab exam, sah-sah kepala ligat pikirkan game kan… huhhu…

image

Beza tak banyak tapi agak kecewa jugalah… peperiksaan akhir tahun ni A & B pun atas urat jer namun Alhamdulillah jugalah semua subject lulus… peratus pun drop.. ikut result UPSR pun 1A, 2B, 1C. Memang kene buat jadual la lepas nih, perlu bahagi-bahagikan masa untuk bermain, belajar dan hafazan… Kakngah dan suami memang tekankan hafazan untuk along nih… cuma biasalah, budak seusia dia kan… mainnnnnn je yang dipikirkan…. huhhu…

Buku-buku untuk next year dah dapat so sedikit-sedikit tu dah boleh buat ulang kaji, cuti ni memang kene buat ulang kaji juga, memang la bercuti sek. tapi kalau leka dengan bermain pun tak elok juga… budak-budak sekarang memang perlu lebih dipantau setiap kerja dan aktivitinya… Banyak sangat kes yang tak terjangka sekarang nih, moga dijauhkan dari segala kes dan masalah yang memudaratkan diri dan keluarga… Allah… takut!

Moga Allah memberikan kekuatan untuk KakNgah dan suami dalam mendidik anak-anak… sesungguhnya KakNgah amat menyayangi anak-anak walaupun kadang kala marah KakNgah terlalu melampau terhadap kenakalan mereka…

============================================

Untuk pembelian sebarang suplemen, sila lihat senarai harga pasaran di SINI. Hubungi KakNgah untuk mendapatkan order anda dengan harga yang lebih istimewa beserta konsultasi secara PERCUMA.


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Pelajar Sekolah Maut Jatuh Dari Siling Dewan Sekolah.

image

Ya Allah… malam tadi KakNgah tumbang susah hati dengan masalah anak di sekolah. Baru kejap tadi perasan kes ni dalam FB plak, buat KakNgah lagi risau. KakNgah takut benda-benda macam ni terjadi, jadi memang KakNgah selalu berpesan-pesan dengan anak-anak.

KakNgah tak tau nak settlekan masalah anak KakNgah (Aqil) dengan kes buli dan ambil wang… Setiap hari KakNgah selalu pesan dan ingatkan dia berkali-kali, pergi sek. untuk belajar jadi orang yang berguna, jangan sesekali ambil wang atau pinjam wang kengkawan.. Jangan ambil wang kengkawan walaupun diaorang bagi. Jangan pukul orang atau bergusti dengan kengkawan…

Tapi sebaliknya pulak yang berlaku… seminggu 2 atau 3 kali memang dia akan mengadu kene buli dengan anak cikgu, mula2 tak layan sangat cuma gtau dia supaya elakkan diri dari duduk sekali dengan budak yang sering buli dia… kekadang, budak tu masukkan pasir dlm pencil box dia… Hilang juga kesabaran nih…

Petang semalam macam biasa ambil dia dr sek. dari jauh dh perasan dia tersadai monyok.. selalu melompat berlari sampai tak sedar KakNgah datang.. Bila ditanya kenapa? “Along rasa macam demam”.. Yer, memang demam bila dipegang kepalanya.

“ummi… kawan along amek duit along, dia ckp nanti dia bagi balik… pastu masa sukan td, anak cikgu tu baling pasir kat along, mata along sakit rasa pasir masuk mata…..” adohhh, again… and again…

Dah banyak kali sebenarnya konon kawan amek nanti bayar tapi bab duit memang KakNgah tak kisah sangat cuma bab membuli tu buat KakNgah hilang sabar!

Bab duit KakNgah selalu ckp dengan anak²… jangan ambil duit orang sbb kita tak tau mak ayah dia ada duit atau tidak… kalau orang tu susah pastu kita ambil duit dia, nanti mak ayah dia mungkin sedih.

Kekadang terpikir juga.. adakah mak atau ayah tak pernah pesan dan ingatkan kebaikkan untuk anak²… Anak-anak ni memang kene pesan dan ingatkan berulang² sampai sebati dengan diri dia, kalau pesan hanya nak lepaskan batuk ditangga, baik tak payah.

“alah… budak²…” KakNgah benci perkataan nih!

Memang budak², dari budak² lah kita sbg mak ayahnya kene bentuk diri diaorg. bukan tunggu budak tu dh besar panjang pastu bila ditegur mula nak memerontak… Kalau bawah 7 tahun KakNgah tak kisah sangat pun tetapi seboleh-bolehnya cuba terapkan dan kongsikan perkara² yang baik untuk anak-anak.

KakNgah sedar KakNgah bukan orang yang bagus sangat tapi KakNgah cuma tak nak anak KakNgah pun jadi tak bagus macam KakNgah!

image

Dan jangan sampai benda yang di share dari Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dah jadi kat anak-anak kita baru nak bentuk anak-anak… Dah terlambat! 😥  Moga anak itu beroleh ketenangan disana.. Innalillah..


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Anak Malas Mandi!

Hallo…hallo… saper ada masalah cam KakNgah? rasanya semua ibu-ibu ada masalah yang sama kan, hahha… Malam semalam punya cerita…

KakNgah : Angah… pergi mandi!

Idraki : Angah bosan la nak mandi…

KakNgah : Angah tahu tak? klu malas mandi nanti jadi cam gni… (lihat pic. di bawah…)
image

Dah… dengan muka cuak terus masuk bilik air mandi.. pas mandi tayang gigi dulu… hahha.. Kekadang kita sebagai ibu bapa kene juga saiko kan anak sket kan… 🙂

image

Bagi yang nak order supplement sila hubungi KakNgah yerr… 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sesungguhnya Kematian Itu Dekat!!!

Innalillah….. Rasa cam xder mood nak meng”update” blog malam nih… masih terperanjat, sedih dan xtau nak cakap camna rasanya, sungguh tak sangka selepas mendapat perkabaran anak kepada sahabat juga sama-sama dalam Shaklee meninggal lemas di dalam kolam renang. Kalau tak silap umur baru 5 6 tahun gtu tapi itulah janji Allah kan, dah tertulis meninggal di usia yang masih kanak-kanak 😥 …

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati….” (AQ ~ 3:185)

Sesungguhnya janji Allah itu benar… Terasa sangat seperti kematian itu terlalu dekat dengan kita. Ayuh teman-teman, ayuh saudara saudariku, ayuh seagamaku… ayuh dekatkan diri dengan Allah, moga diri tidak mensia-siakan kehidupan ini, kematian akan menjemput kita bila-bila masa sahaja, tidak kira dengan umur, tidak kira dengan tempat, tidak juga dikira siapa anda…

Moga sahabat dan suami redha dengan ketentuan Allah kerana sesungguhnya “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…. (AQ ~ 2:286)”

Bila KakNgah Sihat Bersantai Dengan Keluarga…

 

Dua basikal yang disewa…

Seronok tak terkata dapat santai2 bersama keluarga siang tadi di Bulit Cerakah a.k.a Taman Botani Seksyen 8 Shah Alam. Sebelum ni hanya dengar cerita dari kawan-kawan dan saudara mara tentang keseronokkan beriadah di Bukit Cerakah.. Semalam suami dah bagitau awai-awai nak bawa kami sekeluarga ke Bukit Cerakah.. happy tak terkata KakNgah dan anak2… Sekali sekali beriadah untuk kesihatan apa salahnya kan…

Di Taman Botani ini menyediakan basikal untuk pelawat-pelawat beriadah dengan kadar sewa diantara rm5.00 sehingga rm15.00 untuk 1 jam pertama dan seterusnya rm1.00 ditambah untuk setiap 1 jam berikutnya (siap dengan helmet lagi), untuk pelawat yang membawa anak2 kecil boleh menyewa basikal yang ada carrier di belakang… OPS!!! sebelum terlupa, bagi yang nak masuk ke Taman Botani nih, cas RM1.00 dikenakan untuk kanak-kanak atas 5 tahun dan cas RM3.00 untuk dewasa.

Muhammad Aqil… orang yang paling depan penuh semangat berbasikal, tertinggal ummi dan babah di belakang…

Selepas penat berbasikal kami bersantai2 pula di taman haiwan dalam kawasan sekitar dengan menaiki bas yang sedia ada (percuma ~ waktu bas beroperasi jam 8.30am sehingga jam 4.30pm), selepas waktu beroperasi tu, kalau lambat jawabnya jalan kakilah.. hehhe…

Nak bersantai2 di kawasan sekeliling pun boleh tapi jaga-jaga dengan “rakyat” yang tidak diundang, pastikan bekalan makanan anda dijaga.. hahha…

Jom… sementara masih cuti sekolah ni bolehlah bawa anak2 ke sana.. memang sungguh menyeronokkan… Pagi-pagi sebelum keluar umah tu masing dah ngap ESP, sekali dengan Muhammad Aqil sekali ngap ESP, tu dia yang lebih laju.. hehhe..

 
 
 
Name Card