PROMO HEBAT UNTUK IBU HAMIL & BERPANTANG!

Alhamdulillah, sebenarnya bulan ni adalah bulan yang paling banyak offer yang menarik dari Shaklee dan antara yang menarik dan hebat untuk dikongsi buat ibu-ibu adalah set PreNatal juga PostNatal. 1st time Shaklee buat promo nih, memang rugi jika dilepaskan peluang yang ada.

wpid-201505051338.png

Set Kehamilan lengkap ini sangat baik untuk ibu-ibu hamil, KakNgah sendiri amalkan semasa hamil anak ke-3 dulu, Alhamdulillah berbeza rasanya semasa hamilkan anak sulung dan anak ke-2 dulu. Alahan yang teruk pada awal-awal kehamilan memang memenatkan badan, nak makan pun takut-takut. Bila amalkan set hamil nih, alhamdulillah badan tidaklah seteruk mana penatnya walaupun kurang tidur dan kurang makan sebab supplemeent lengkap dari Shaklee ini sangat membantu KakNgah lebih bertenaga dan sedikit cergas dari kehamilan pertama dan ke-2. Masalah sukar membuang air besar pun tak perlu dirisaukan lagi dengan konsisten amalkan supplement lengkap ini.

wpid-201505051337.png

PostNatal Set ni pun baik untuk proses pemulihan selepas kelahiran anak, sungguh bertenaga dari biasa sampai kene tegur dengan jiran gara-gara terlebih cergas… hihhi tapi amatlah berpuas hati tau. Sembelit semasa dalam pantang pun tidak timbul, kalau tak jenoh menangis gara-gara sembelit dalam berpantang, Alhamdulillah.

Disebabkan bulan nih Promo Hebat dengan dua set kegemaran ibu-ibu, jadi rugi jugalah jika anda tidak mendaftar sebagai ahli dimana anda akan memperoleh DISKAUN yang lebih hebat sehingga 30% juga PERCUMA SEBOTOL VITALEA sempenan sambutan 100 TAHUN Multivitamin Shaklee dan PERTAMA di dunia!

Jangan lepaskan peluang hebat MEI 2015 ini, hubungi KakNgah untuk order dan konsultasi secara PERCUMA!

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Pengalaman “BERCINTA” dengan ESP.

Alhamdulillah, semangat tengahari ni nak up-date blog bila ada kengkawan yang sudi share kisah mereka bersama ESP, rata-ratanya di kalangan ibu-ibu juga anak-anak muda yang mahu kelihatan lebih menawan, ewahhh… 🙂 Mata ni mengantuk sesangat, tadi pergi hantar anak ke sekolah pun terhuyung hayang bawa motor, huhhu… Mr. hubby tak nak belikan kereta, takut wife nya merajuk bawa diri plak, kihkihkih…. Ok, tengahari ni, KakNgah share poster jerk, tu pun pinjam poster kawan Shaklee yang memang rajin bebenor buat poster, KakNgah pun rajin la juga 😛 tapi tak cretive cam papaglamz.com nih.. hihhi..

wpid-img_20150305_100736.jpgKakNgah punya pengalaman bersama ESP pun dia buatkan poster, rajin kan papaglamz nih.. 🙂

wpid-img_20150305_131613.jpgwpid-img_20150305_131616.jpgwpid-img_20150305_131623.jpgwpid-img_20150305_131628.jpgwpid-img_20150305_131632.jpgwpid-img_20150305_131635.jpgHahha.. amacam, puas hati dengan sharing dari kengkawan yang menggunakan ESP sebagai minuman tambah tenaga, diet, memekatkan susu ibu, tambah berat badan (macam KakNgah), kulit halus mulus, kulit cerah dan baik juga semasa anda sedang hamil… Alhamdulillah, semuanya hasil usaha dan berkat kesabaran dan pilihan ibu-ibu, apapun semuanya dengan izin Allah jua.

Ok, sedikit info ESP yang anda perlu tahu :

  • ESP (Energizing Soy Protein) adalah soya yang berkualiti tinggi yang berjaya dihasilkan.
  • Merupakan protin kacang soya pertama dicipta.
  • Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif.
  • Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Kacang soya yang diunakan adalah “non GMO” yang mana ia di proses pada kadar suhu yang rendah.
  • Turut diperkaya dengan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Rendah Glisemik Indeks iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan mereka yang inginkan diet seimbang.
  • Setiap 850g (setin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama.

TAHUKAH ANDA?

Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apapun TQs yer Faizal kerana sudi share poster yang cantik cam wife awak tuh, 😀 Kepada anda yang berada sekitar Kuantan dan inginkan supplement terbaik untuk anda, bolehlah menghubungi sahabat saya Faizal papaglamz.com yer, dia boleh COD kan..

Pada anda yang berdekatan KakNgah pula, jom kita roger-roger, apa supplement yang anda mahukan, insyaAllah KakNgah cuba membantu anda untuk dapatkan supplement yang sudah semestinya SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI!

✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 (KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Tak Suka Ambil Pil Untuk Masalah HB Rendah? MealShake Boleh Membantu!

image

Bila sebut pasal MealShake nih, semua dah tahu kan, ianya adalah minuman perasa vanilla kegemaran anak-anak yang picky eater, sembelit, kurang selera makan dan terlalu kurus. Namun, tahukah anda bahawa MealShake juga adalah multivitamin untuk ibu-ibu hamil yang kurang gemarkan tablet sebagai makanan tambahan mereka semasa hamil?

Ya! so buat ibu-ibu hamil yang kurang gemar dengan sebarang multivitamin berbentuk tablet bolehlah mencuba MealShake [Resepi akan disertakan ~ eksklusif dari KakNgah]. Tapi jangan lupakan Vitamin C, B Complex dan ESP untuk kesan yang lebih baik untuk ibu-ibu.

Kelebihan MealShake Shaklee Untuk Ibu Hamil

• Menyediakan 19 jenis vitamin lengkap, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.
• Membekalkan nutrisi penuh kepada sel tubuh – kaya dengan protin [tidak mengandungi laktosa], membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
• Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik dan biotin yang diperlukan ibu hamil, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat dan sel-sel untuk proses membesar [sesuai untuk tumbesaran bayi anda]
• Mengembalikan seri wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap dengan 8 kompenan B, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel darah merah yang sihat [atasi masalah HB rendah] sekali gus memberikan wajah/kulit yang lebih cantik.. ala-ala awet muda gtu… 🙂

Apa Cerita Ibu Hamil Kita…

image

Dapatkan MealShake anda bulan ini dengan harga PROMO yang lebih jimat berganda dengan BUY 3 FREE sebelum 1 November 2014.

image

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sembelit Ketika Hamil.

image

Sembelit ketika hamil… euwww, menyeramkan! Semua ibu-ibu pasti pernah merasakan, ye tak? Seperti yang diketahui umum, sembelit adalah masalah biasa semasa hamil. Sebanyak separuh daripada wanita hamil pasti merasakannya sewaktu hamil.

Bagaimana Sembelit Dikalangan Wanita Hamil Terjadi?

Salah satu punca adalah peningkatan hormon progesteron yang melegakan otot licin di seluruh tubuh, termasuk saluran penghadaman. Ini bermakna bahawa makanan melalui usus dengan lebih perlahan. Dan masalah itu boleh dikompaun akhir kehamilan oleh tekanan rahim yang sedang membesar pada rektum anda. Suplemen zat besi , terutama dalam dos yang tinggi, boleh membuat sembelit lebih teruk.

Apa Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengelak Sembelit?

Berikut adalah beberapa tips untuk mencegah dan mengurangkan sembelit :

• Makan makanan tinggi serat seperti bijirin gandum dan roti, beras perang, kacang-kacangan, dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari. Menambah beberapa sudu dedak gandum yang belum diproses (boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan) untuk bijirin anda pada waktu pagi dan mengikutinya dengan segelas air boleh membantu, walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda perasan perubahan.

• Minum banyak air – sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Segelas jus buah-buahan setiap hari, terutama jus prune, juga boleh membantu. Sesetengah orang mendapati bahawa meminum air suam selepas bangun tidur, juga dapat membantu yang perlu.

• Berolahraga secara teratur – Berjalan , berenang , menunggang basikal pegun , dan yoga boleh mengatasi sembelit dengan mudah dan membuat anda merasa lebih cergas dan sihat.

• Perut anda yang paling mungkin untuk menjadi aktif selepas makan, jadi meluangkan masa untuk menggunakan bilik air selepas anda makan. Dengar badan anda. Jangan sekali-kali menunda pergi ke bilik air apabila anda merasa perlu ke tandas dengan segera.

• Jika multivitamin pranatal anda mengandungi dos zat besi yang besar (dan anda tidak mengalami anemia), minta pembekal penjagaan kesihatan anda agar beralih kepada makanan tambahan dengan kurang zat besi.

• Jika langkah-langkah di atas tidak membantu , bercakap dengan doktor anda tentang mengambil suplemen serat over-the- kaunter atau pelembut najis.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu?

Shaklee menawarkan OsteMatrik untuk ibu-ibu hamil yang bermasalah dengan sembelit ketika hamil. OsteMatrik merupakan kalsium lengkap yang diperlukan tubuh. Kandungan Alfalfa di dalamnya yang membantu masalah penghadaman setiap orang jadi memang tidak hairanlah jika pengamal OsteMatrik merasakan manfaatnya.

Testimonials.

image

image

Hahha, untuk pengetahuan anda, KakNgah pun amalkan osteMatrik semasa hamilkan si kecil, memang melawaskan. Selalunya 2 @ 3 hari sekali membuang tetapi dengan osteMatrik sehari boleh 2 @ 3 kali plak… T_T. Tak rugilah kalau anda nak mencubanya. 🙂

image

Info Produk

Retail Price : RM61.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

image

Holla…holla…holla… erm, rasanya KakNgah blom pernah  berkongsi info berkenaan PCOS kan, ke dah yer? hahha… disebabkan laptop KakNgah dah buat hal so bila update hanya dengan tab, agar sukar untuk KakNgah share dan check info yang lama-lama… tak pe lah, KakNgah cuba share mana yang boleh dikongsi, InsyaAllah. Rasanya PCOS ni dah pun dikenali dan diketahui umum kan tetapi apa yang KakNgah nak kongsikan ni hanya pengenalan dan info buat peringatan untuk diri dan anda diluar sana, tak lupa juga kepada follower KakngahSihat.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah penyakit yang berkaitan hormon yang kurang stabil di kalangan wanita walaupun berlaku di umur kesuburan mereka. Ketidaksuburan adalah salah satu gejala PCOS yang paling biasa. Oleh kerana tanda-tanda PCOS adalah seolah-olah tidak berkaitan maka ianya diabaikan dan tidak diambil peduli. Penyebab utama PCOS masih tidak jelas namun kebanyakkan pakar perubatan memberitahu bahawa PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetik.

Gambaran PCOS

image

PCOS menyebabkan kitaran haid yang tidak stabil, obesiti, bulu di muka dan ovari polisistik sebagai gejala utama PCOS. Pilisistik bermaksud “banyak sista (cysts)”, dan PCOS sering menyebabkan kelompok kecil cysts sebesar mutiara di dalam ovari. Cysts merupakan ketulan kecil yang mengandungi cecair dan telor yang tidak matang. Wanita yang bermasalah PCOS mengandungi hormon lelaki yang dikenali androgen dan menyumbang kepada beberapa gejala keadaan.

Sesetengah wanita dengan PCOS adalah kurang sensitif terhadao insulin berbanding mereka yang normal, keadaan dimana ianya dipanggil “rintangan insulin”. Rintangan insulin boleh menyebabkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki. PCOS tiada mempunyai penawar namun pelbagai rawatan PCOS boleh membantu mengurangkan gejala penyakit termasuk kemandulan.

PCOS adalah penyakit sindrom ditakrifkan oleh beberapa tanda dan gejala. Tanda dan gejala pada setiap pesakit PCOS adalah berbeza. Jika anda mempunyai dua atau tiga gejala berikut, anda perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan anda pesakit PCOS atau tidak:

image

1) Haid yang tidak teratur atau kehilangan haid,
2) Ketidaksuburan,
3) Pertumbuhan di muka,
4) Obesiti atau kegemukkan di bahagia pinggang,
5) Penipisan rambut di kepala,
6) Masalah kulit yang teruk samada jerawat, kulit gelap fan tags kulit.

Komplikasi PCOS

Kebiasaannya gejala PCOS adalah cukup sukar bagi kebanyakkan wanita tetapi ada yang mempunyai komplikasi lanjut seperti :
image
1) Kencing manis, tahap insulin tinggi atau rintangan insulin,
2) Jantung dan masalah saluran darah,
3) kanser rahim,
4) Apnea tidur,

Setiap satu daripada masalah-masalah ini boleh mengancam nyawa, itulah sebabnya rawatan untuk PCOS adalah sangat penting.

Rawatan PCOS

Rawatan bagi sindrom ovari polisistik bermula dengan diagnosis yang detail. Rawatan kemudian dijalankan berdasarkan gejala, umur dan perancangan untuk menghadapi kehamilan. Rawatan kehamilan PCOS mungkin termasuk :

1) Pil kawalan kelahiran untuk mengawal haid,
2) Ubat insulin kepekaan,
3) Induksi ovulasi untuk merawat ketidaksuburan,
4) Ubat adrogen menyekat ubat-ubatan,
5) Ubat-ubatan tropikal anti-pertumbuhan rambut,
6) Lain-lain rawatan rambut yang berlebihan,
7) Rawatan untuk keguguran rambut kepala,
8) Rawatan jerawat,
9) Rawatan kulit yang tidak sekata.

Gaya hidup dan Pencegahan
image
Salah satu rawatan yang terbaik untuk PCOS adalah gaya hidup yang sihat. Diet yang sihat dalam mengawal pengambilan karbohidrat yang berlebihan adalah sangat penting bagi mengawal paras gula dalam darah. Senaman juga boleh membantu badan mengawal insulin dan mengekalkan berat badan yang berlebihan. Bagi pesakit PCOS, untuk mengawal berat badan adalah terlalu sukar bagi wanita namun kehilangan berat badan membantu mengurangkan hormon lelaki dalam badan dan dapat membantu ovulate wanita secara semulajadi. Dengan diagnosis yang detail, perubahan gaya hidup dan rawatan PCOS, keadaan pesakit lebih baik dengan kesihatan yang amat menggalakkan daripada penyebabnya.

Bagaimana Shaklee Membantu Pesakit PCOS?

Owh… InsyaAllah, tak salah kalau kita ingin mencuba kan.. jadi Shaklee menawarkan 3 jenis supplement agar membantu masalah PCOS anda iaitu GLA Complex, Alfalfa dan Omega Guard.

1) GLA COMPLEX
image

Shaklee GLA Complex diektrak daripada Borage yang mengandungi lebih dari 2x ganda GLA dalam EPO (Evening Primrose Oil) dimana kebanyakkan GLA di pasaran adalah daripada EPO. Borage juga adalah 3x ganda lebih dari bioavaibiliti dan 3x ganda lebih berkesan dari EPO. Gabungan Omega-6, minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan keberkesanan dan kestabilan. Merupakan anti-oksidan yang dipatenkan. Bioavaibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Bagaimana GLA membantu PCOS?

• GLA membantu untuk mengawal selia hormone wanita juga lelaki.
• GLA tinggi dengan anti-oksidan dan dapat membantu menghalang pertumbuhan tumor dan kanser serta meningkatkan sistem imun.
• Baik untuk pelangsingan dan pengawalan berat badan dengan menurunkan kolesterol LDL.
• Membantu dalam mendapatkan tone kulit yang sekata.
• Membaiki tekstur rambut kering dan keguguran rambut.
• Menormalkan period wanita.

Info Produk
Retail Price : RM91.00
Size : 60 capsules

2) Alfalfa Complex
image

Dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan” dimana Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Bagaimana Alfalfa membantu PCOS?

• Alfalfa membantu dalam proses pembuangan toksin dari dalam badan.
• Membantu kaum wanita dalam masalah keputihan yang melampau dimana keputihan juga merupakan faktor kesukaran untuk hamil.
• Pengambilan yang berterusan membantu dalam mengurangkan kolesterol dimana ianya telah terbukti secara klinikal.
• Mengurangkan keletihan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

Info Produk
Retail Price : RM53.00 (S), RM97.00 (L)
Size : 330 tablets (S), 700 tablets (L)

3) Omega Guard
image
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia dimana ianya mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Bagaimana Omega Guard membantu PCOS?
• Omega Guard Shaklee membantu dalam menguatkan sistem imun.
• Menentang kanser.
• Mengawal obesiti.
• Memecahkan lemak-lemak termendap.
• Mengawal kolesterol.
• Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita.
• Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.

Info Produk
Retail Price : RM136.00
Size : 90 capsules

Testimonial
image

Berapa Harga Set PCOS?

•Jumlah Set dengan Alfalfa (S) RM290.00 termasuk post atau COD.
• Jumlah Set dengan Alfalfa (L) RM334.00 termasuk post atau COD.

Untuk harga yang lebih jimat dan konsultasi percuma, jangan segan jangan malu untuk hubungi Kakngah… 🙂

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Anda Hamil… ~ Susu @ OsteMatrik?

Siapa tak suka minum susu sila angkat tangan? ngeh..ngeh…ngeh… KakNgah pun tak suka minum susu kecuali MariGold HL Milk… Kenangan sungguh dengan susu HL nih, masa ngandungkan anak ke-2 tiap-tiap hari KakNgah akan minum susu MariGold HL nih, tak dapat kotak besar, kotak kecil pun jadi, macam dah jadi wajip plak. Sekotak besar dalam rm4.95 kotak besar dan rm1.95 kotak kecil (4 tahun ++ yang lepaslah), kini kalau tak silap sekotak besar dah rm6.20. Rasa susunya yang sangat seimbang walaupun rendah lemak sungguh sedap, tinggi dengan kalsium dan protien juga. Aishhhh… cam nak promote MariGolg HL Milk plak… 🙂 hakikatnya memang KakNgah sukakannya dan lahirlah anak ke-2 KakNgah dengan tulang yang kuat, serious u…

Sebut pasal kalsium, susu dan tulang nih, KakNgah nak kongsikan plak OsteMatrik, KakNgah kenal OsteMatrik ni pun masa ngandungkan anak ke-3 KakNgah, I baru kenal ngan Shaklee u… 🙂 , OsteMatrik ni kalsium yang lagi terbaik yang boleh KakNgah katakanlah… KENAPA??? Jom kita layan sket…

Seperti yang sedia maklum, kalsium penting dalam tumbesaran tulang dan gigi kita, selain itu juga kalsium sebenarnya penting  dalam :

  • Mengeluarkan hormon dan enzim dalam badan,
  • Mengawal muscle contraction (kejang @ kebas2 kaki tangan),
  • Menstabil dan membantu dalam proses penyerapan oleh sel,
  • Membantu pengeluaran tenaga,
  • Memungkinkan pembekuan dalam darah,
  • Mengelak insomnia,
  • Mencegah osteoporosis,
  • Mengawal sakit senggugut,
  • Mencegah gusi berdarah,
  • Membantu dalam membina tulang dan gigi bayi dalam kandungan,

Beberapa sumber lain yang tinggi dengan kalsium selain susu adalah :

  • Yogurt,
  • Keju,
  • Sayuran hijau,
  • Ikan Salmon,
  • Buah-buahan kering,
  • Tofu,
  • Kacang Soya,
  • OatMeal,
  • Almond,
  • Pisang,

Hahha… Peranan OsteMatrik ni pun tak kurang hebatnya cam susu, OsteMatrix dari Shaklee nih adalah kalsium yang seimbang untuk ibu-ibu yang sedang hamil.

TAHUKAH ANDA? Dos kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 1,000 miligram (mg) setiap hari.

Perbezaan kalsium (OsteMatrix) Shaklee dari kalsium lain di pasaran.

  • Mempunyai kadar serapan yang tinggi sebanyak 99%,
  • Formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati,
  • Nutrein lengkap yang perlu diambil bersama yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron bagi penyerapan yang baik dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan lebih berkesan.

Ermmm… agak-agak u olls lah, mana lebih elok? Susu @ OsteMatrix? Sebenarnya, dua-dua penting!!! tetapi jika anda kurang gemar minum susu, anda boleh memilih OsteMatrix dan jika sebaliknya pula, pilihlah MariGold HL Milk, hahha… pasti anda suka.. 🙂

Dengan pengambilan 4biji OsteMatrix sebelum tidur akan membantu anda dan bayi anda mendapatkan kalsium yang secukupnya… InsyaAllah, anda pasti tidak akan menyesal memilih OsteMatrix dari Shaklee..

 
 
Name Card
 
 
 

Omega Guard Shaklee ~ Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

PROMO DECYES! Promo Omega Guard kini kembali…

Kalau sebut jerk omega, semua tahu ianya minyak ikan yang kaya dengan EPA, DHA dan Omega-3 namun sejauh mana manfaat sesuatu minyak ikan itu juga perlu kita ketahui. Jom kita berkenal-kenalan…

Apakah itu Asid Lemak Omega 3?

Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega-3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Shaklee Omega Guard diektsrak dari ikan laut air sejuk [sardin, mackerel, herring, anchovies] dari perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan yang dikatakan tinggi dengan DHA dan EPA. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali ganda lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrumpenuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB [polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik].

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita,
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan,
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat,
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok,
  5. Mengekalkan tekanan normal darah,
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher,
  7. Mengurangkan sakit kepala,
  8. Merendahkan kolestrol,
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan,
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,
  11. Mengawal masalah obesiti,
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung,
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin,
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak,
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak,
  16. Membantu menyihatkan paru-paru,
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus),
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang,
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon,
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan,
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik,
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi,
  24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi,
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan,
  • Membantu memperbaiki masalah autisme,
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive,
  • Mengurangkan masalah schizophrenia,
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Alhamdulillah, cukuplah perkongsian untuk malam ini, untuk post akan datang KakNgah akan kongsikan pula Kenapa Ikan Laut Air Dalam? yang di pilih Shaklee untuk dijadikan Omega Guard…

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. Jadilah pengguna yang bijak dalam memilih Omega-3 untuk anda sekeluarga kerana “Kesihatan itu Satu Anugerah”.

 
 
Name Card