Vitalea for Children dah jadi pilihan anak-anak…

wpid-fb_img_1422772058162.jpg

Bismillah walhamdulillah, dapat sharing lagi pagi nih… ermm, harini nak share pasal VitaLea for Children plak, bukan apa pun, just nak bagitau lah, anak-anak KakNgah dah memang suka sangat dengan VitaLea nih. Ops, bagi anda yang belum tau, Vitalea for Children adalah multivitamin untuk kanak-kanak. Kita sebagai ibu bapa jangan sangka multivitamin hanya perlu untuk kita yang dewasa ini, kanak-kanak pun perlukan multivitamin. Anak-anak kecil seawal usia 1 hari pun perlukan vitamin tapi melalui susu ibulah kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk mereka.

Namun bagi anak-anak yang telah berhenti susu badan dan susu botol, mereka sangat mudah terdedah dengan penyakit berjangkit. Jadi pengambilan multivitamin sedikit sebanyak sangat membantu mereka agar kekal sihat dan cergas serta tidak mudah teruk melawan penyakit jika mereka sakit kelak, InsyaAllah…

Alhamdulillah, kalau tak silap dah 3 bulan Vitalea for children muncul kembali setelah 2 tahun juga menghilang, hihhi… dan Alhamdulillah selama 3 bulan ni, KakNgah dapat lihat perkembangan positif anak-anak KakNgah terutama Muhammad Idraki (anak ke-2) dan Muhammad Arsyad (anak ke-3). Mereka berdua anak Thalassaemia, macam kakNgah, anak ke-2 KakNgah mudah berdarah hidung dan demam sebab hemaglobin dia hanya dalam lingkungan 8 ~ 11. Anak ke-3 KakNgah pula memang sering demam, sebulan sekali tu memang sah-sah la demamnya datang.

Dan… yang paling bestnya, Vitalea for Children juga membantu anak-anak berselera makan, hahha… Anak sulung KakNgah agak cerewet makannya sampai kekadang tu memang kene paksa suruh makan siap pegang hanger lagi tau. Tapi sejak consume Vitalea for Children ni, memang dia agak selera nak makan, bertambah suka pula KakNgah nak masak… hihhi.. Apapun jom kenal-kenal sket dengan Vitalea for Children..

wpid-wp-1425949470550.png

Kenali VitaLea for Children

  • Lengkap dengan vitamin B, C,D, E, Kalsium, Magnesium, Zinc & Copper.
  • Membantu anak-anak untuk pertumbuhan yang sihat.
  • Membantu menguatkan tulang dan gusi.
  • Membantu anak-anak memberikan selera makan.
  • Membantu memberikan anak-anak nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh.
  • Menyokong sistem imun anak.
  • Mengelakkan anemia.
  • Mengawal hb rendah.
  • Membantu penghadaman anak-anak.

… dan Promo Buy 3 Free 1 Vitalea for Children masih berlangsung sehingga bulan ini!

wpid-img_106978979998038.jpeg

Hubungi KakNgah jika anda berminat untuk dapatkan Vitalea for Children hari ini dengan harga yang lebih istimewa serta konsultasi secara PERCUMA! Ops, jangan lupa next month dah GST jadi harganya mengkin jauh berbeza dengan bulan ini…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

2 tahun menghilang, kini sudah kembali!

image

VitaLea for Children, 2 tahun menghilang, mati-mati KakNgah ingatkan dah tak dikeluarkan lagi, rupa-rupanya dah di formulakan dengan yang lebih baik. Sekali je sempat beli VitaLea for Children nih, tu pun masa mula-mula kenal dengan Shaklee. Kini ianya lebih baik, mungkin ia yang ditunggu-tunggu oleh semua?

Apa khasiatnya?

Sama jer cam VitaLea yang dirumus khas untuk anda sekarang cuma bezanya sudah semestinya ianya untuk anak-anak anda! ermmm… sebelum ni KakNgah selalu share multivitamin yang terbaik untuk anak-anak adalah MealShake, kini VitaLea for Children pun tak kurang hebatnya. Ingat lagi dulu, anak-anak berebut nak bulan dan bintang… hihhi… kita tengok sket fungsi VitaLea for Children…

• Memberikan nutrein secukupnya kepada badan,
• mengelakkan anemia,
• membantu tumbesaran,
• membantu kesihatan tulang yang sihat,
• membantu anak-anak dengan kesihatan yang lebih baik.

image

Owh, ya… bulan ini juga promo untuk VitaLea for Children, almaklumlah baru kembali so nak diperkenalkan lagi khasiatnya untuk anak-anak… BUY 3 FREE 1 dengan hanya RM333.00 exclude postage. Harga lebih mampu milik jika anda terus membuat order dari KakNgah…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

5 Tip Atasi Masalah Anak “Picky Eater”

image

“Picky Eater”… KakNgah tahu, ramai ibu-ibu di luar sana pernah rasa agak tertekan apabila anak-anak kurang gemar mengamalkan pemakanan sihat. KakNgah juga tak pernah lari dalam menghadapi situasi serupa di mana anak sulung KakNgah sendiri juga “Picky Eater”.

Seperti yang diketahui umum, Shaklee menawarkan pemakanan seimbang khas bagi anak-anak sedemikian iaitu MealShake yang merupakan protein lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh untuk membesar. Selain dengan makanan tambahan ini, anda juga boleh mencuba beberapa tip bagi menarik minat anak-anak untuk turut serta dalam mengamalkan pemakanan sihat.

# Tip Pertama

Cuba sediakan sekurang-kurangnya satu makanan kesukaan mereka semasa makan. Sama ada ianya sekeping roti atau semangkuk anggur.

# Tip Ke-2

Untuk mendapatkan lebih banyak daripada apa yang mereka gemari seperti (satu lagi biskut, lebih strawberi dan sebagainya) mereka perlu makan semua yang kita letakkan di atas pinggan mereka, yang jujur ​​hanya beberapa gigitan sahaja dari apa yang kami hidangkan … 😀

# Tip Ke-3

Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan. Biarkan mereka membantu mengambil hidangan utama, veggie sampingan dan pencuci mulut. Membantu mereka memahami bahawa ini adalah untuk menggalakkan mereka untuk mencuba perkara-perkara baru yang mungkin menarik kepada mereka. Melihat melalui buku masakan dengan mereka dan melayari resipi dalam talian agar mereka dapat memilih atau mencadangkan sesuatu yang menarik rasa selera mereka.

# Tip Ke-4

Bersyukur! ajar mereka agar sentiasa bersyukur dengan makanan yang disediakan supaya mereka dapat menghabiskan makanan mereka. KakNgah sering melayari internet bersama mereka dengan menunjukkan mereka beberapa image dan info yang berkaitan kurang makanan yang berkhasiat dan kebuluran di luar negara supaya mereka dapat belajar untuk “jangan tak makan & bersyukur” dengan makanan yang ada.

# Tip Ke-5

Upah.. katakan kepada mereka jika mereka boleh makan makanan berkhasiat sehingga habis, mereka akan dibawa bermain atau boleh bermain di luar rumah… atau mungkin ibu-ibu boleh sediakan upah seperti mainan baru? atau mungkin buku baru? terpulang…

Ya… Alhamdulillah, dengan tip ini KakNgah telah berjaya memupuk anak-anak dalam makan makanan sihat di samping memberikan mereka makanan tambahan lain seperti MealShake setiap hari.

Kebetulan promo MealShake berlangsung dari Sep. sehingga Okt. bulan ini dimana dengan pembelian 3 canister MealShake, anda akan menerima 1 lagi canister MealShake secara PERCUMA!

image

Untuk order dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Jenis-Jenis Kanser Kanak-Kanak | Retinoblastoma

image

Retinoblastoma! Pertama kali KakNgah dengar tentang penyakit nih. Di Malaysia pun hanya dalam 5% ~ 10% sahaja so memang kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Kesannya juga boleh menjadi parah dan berisiko! Dari hasil google, kat Malaysia nih ada satu kes yang dijumpai, tu pun dah lama, tengok kat SINI yer.

Apakah Retinoblastoma?

Retinoblastoma adalah kanser mata yang berlaku hanya pada kanak-kanak. Ia adalah kanser kanak-kanak yang sangat muda. Dua pertiga daripada pesakit retinoblastoma didiagnosis sebelum mereka berumur 2 tahun dan lebih daripada 90 peratus didiagnosis sebelum usia 5.

Retinoblastoma boleh terjadi dalam dua bentuk:

• Kira-kira 75 peratus daripada kanak-kanak yang retinoblastoma mempunyai satu tumor pada sebelah mata. Ini dipanggil retinoblastoma satu pihak dan ia selalunya berlaku sekitar 2 tahun.
• Kira-kira 25 peratus daripada kanak-kanak yang mempunyai tumor retinoblastoma dalam kedua-dua mata. Ini dipanggil retinoblastoma dua hala atau multifocal dan ia selalunya berlaku sebelum usia 1.

PUNCA

1) Punca daripada keterunan

• Peluang untuk menghidap retinoblastoma lebih tinggi iaitu sebanyak 50 peratus.
• Biasanya kedua-dua mata kanak-kanak terbabit akan dijangkiti oleh ketumbuhan yang banya.
• Ketumbuhan tersebut akan mula ketara pada usia kanak-kanak berkenaan 18 bulan ataupun lebih awal.
• Lebih terdedah kepada risiko untuk menghidap kanser pada bahagian anggota badan yang lain.

2) Punca bukan dari keturunan

• Ketumbuhan tersebut akan mula ketara ketika kanak-kanak itu berusia dua tahun.
• Biasanya hanya sebelah mata yang akan dijangkiti dan membabitkan satu ketumbuhan sahaja.
• Penyakit tersebut tidak akan diturunkan kepada anak-anak.

TANDA-TANDA

1) Terdapat tanda putih pada anak mata (leucocoria)

• Sebanyak 60 peratus pesakit mendapati anak mata mereka mempunyai tanda putih pada peringkat awal retinoblastoma.
• Pada peringkat awal, ibu bapa akan dapat mengesan sesekali tanda berkenaan contohnya dalam keadaan cahaya lampu yang malap atau melalui penglihatan kanak-kanak tersebut yang tidak tepat.
• Setelah ketumbuhan itu semakin membesar tanda putih akan lebih ketara pada mata kanak-kanak berkenaan.
• Kadangkala sekiranya dilihat pada gambar akan kelihatan tanda di kedua-dua mata pesakit tidak serupa iaitu sebelah mata yang normal akan merah dan mata dijangkiti didapati seperti normal.
• Ibu bapa yang mendapati anak mereka memiliki tanda tersebut dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar mata.

2) Mata juling

• Sebanyak 20 peratus pesakit mengalami tanda-tanda masalah mata juling.
• Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor pakar mata sekiranya mendapati anak mereka mengalami masalah mata juling.

3) Mata kemerahan dan membengkak (peringkat akhir).

• Pada peringkat ini pesakit terlewat untuk mendapatkan rawatan kerana ketumbuhan tersebut telah merebak.
• Ramai ibu bapa yang dapat mengesan tanda putih atau kejulingan pada mata anak mereka tetapi malangnya mereka tidak mendapatkan rawatan segera sehingga mata kanak-kanak terbabit membengkak selepas beberapa bulan.
• Ada juga pesakit telah mendapatkan rawatan diagnosis daripada doktor pakar tetapi ibu bapa menolak untuk meneruskannya sehingga ketumbuhan itu berada di tahap serius.
• Pada tahap seumpama ini, rawatan secara drastik diperlukan dan biasanya pesakit sukar untuk diselamatkan.

DIAGNOSIS

Rawatan diagnosis seperti ujian CT Scan dan ultra bunyi akan dilakukan terhadap pesakit yang disyaki menghidap retinoblastoma.

Tujuan rawatan:

• Untuk menyelamatkan penglihatan dan juga nyawa kanak-kanak terbabit.
• Rawatan juga bergantung kepada tahap dan saiz ketumbuhan.
• Ketumbuhan kecil boleh dirawat dengan menggunakan rawatan secara laser atau cryotherapy dan biasanya kaedah tersebut mampu melindungi penglihatan pesakit.
• Apabila kanser mula merebak hampir keseluruhan bahagian mata, pembedahan untuk membuang mata yang dijangkiti itu diperlukan.
• Dengan rawatan kimoterapi ia dapat mengurangkan kadar ketumbuhan dan seterusnya pesakit boleh menjalani rawatan secara laser atau cryotherapy. Rawatan tersebut juga diperlukan apabila barah telah merebak pada bahagian luar bola mata dan seluruh tubuh pesakit.
• Rawatan secara radiasi boleh dilakukan pada bahagian mata yang mengalami ketumbuhan. Bagaimanapun, rawatan itu boleh mendedahkan pesakit kepada komplikasi lain seperti kecacatan teruk pada muka, kerosakan pada bahagian lain struktur okular (ocular) dan terdedah kepada penyakit kanser yang lain.

KESAN JANGKA PANJANG KEPADA PESAKIT RETINOBLASTOMA

• Pesakit mudah terdedah kepada lain-lain penyakit barah apabila mereka semakin meningkat dewasa.
• Biasanya pesakit yang pernah menghidap retinoblastoma akan terdedah kepada penyakit barah tulang.
• Ibu bapa perlu menerima kenyataan bahawa anak mereka mungkin akan hilang penglihatan sekiranya ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga memaksa doktor melakukan pembedahan untuk membuang mata kanak-kanak terbabit.

LANGKAH YANG PERLU DiAMBIL OLEH AHLI KELUARGA PESAKIT

• Semua ahli keluarga pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar.
• Pemeriksaan itu penting sekiranya retinoblastoma merupakan penyakit turun-temurun keluarga terlibat.
• Ibu bapa diminta supaya menerima nasihat doktor pakar demi keselamatan nyawa pesakit.

Adakah Suplement Shaklee Yang Membantu?

image

Alhamdulillah, ADA! ikhtiar dari sahabat kita ni dengan menggunakan Shaklee Vivix dan NutriFeron sangat membantu.

Bagaimana Vivix dan NutriFeron membantu?

Vivix
• Kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pada tahap sellular.
• Vivix juga kaya dengan Vitamin A yang membantu mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

NutriFeron
• Merupakan antiferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunologlobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. • Dapat menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
• Berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
• Selain daripada itu juga, ia mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu kemoterapi.

Hahha… betullah tuh kan… Alhamdulillah, kita cuba berikhtiar namun Allah yang memberikan kesembuhan sepenuhnya… 🙂

Ada lagi, bagi memastikan anak kekal sihat dan cergas elok berikan MealShake. Bulan ni promo MealShake BUY 3 FREE 1 pula tuh, rugi tak borong bebanyak…

image

Lagi TESTIMONIALS Vivix

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/01/14/testimonial-diri-sendiri-consume-vivix-shaklee-memang-terbaik/

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/09/16/supplement-shaklee-penyebab-kanser/

https://kakngahsihat.wordpress.com/2014/04/19/shaklee-vivix-testimonial-collection-international-user/

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

PROMO SEPTEMBER 2014 ~ PANAS & GEMPAK

Bulan ni extra PANAS & GEMPAK! L0L… apesal? hahha, kalau anda nak tau, bulan ni Shaklee Malaysia bagi PROMO 2 produk sekali gus.

image

Untuk pengetahuan anda Collagen Shaklee adalah PROMO untuk bulan nih tetapi disebabkan ibu-ibu sering tak nak melepaskan peluang untuk shopping buat anak-anak juga maka Shaklee pun kasilah special sket PROMO MealShake nih. 🙂
image
Bukan senang Shaklee nak bagi PROMO 2 produk sekali gus. Nak-nak produk kegilaan semua wanita dan ibu-ibu termasuk lah KakNgah. 😀 Kena sangat ler, stock MealShake untuk KakNgah dan anak-anak pun dah clear. Ops! KakNgah consume untuk gemukkkk… 🙂

Baru dok cerita 3 hari lepas kan, Padah MealShake! sekali bertambah padah ler di bulan September dan Oktober nih… senyum kambing la daku jawabnya. 😛

Ehhh… anda jangan dok tunggu lelama sangat kay, order je terus mana set promo yang korang berkenan, bsok-bsok kalau dah out off stock.. jgn marah yer kak ton? 😛

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Smecta | Cirit Birit Di Kalangan Anak Kecil

wpid-img_20140612_091629.jpgErm… Entry kali nih just untuk santai-santai gtu, hihhi… SMECTA! pertama kali KakNgah kenal dengan Smecta ni masa anak kecil KakNgah ditahan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

Disebabkan anak KakNgah diarrhea (cirit birit) berlarutan sehingga seminggu lebih gtu, dengan tak bermaya, tambah pula dengan muntah-muntah, tidak berselera makan dan minum membuatkan dia bertambah lembik. Hari ke-4 berada di hospital Doct. suruh KakNgah dapatkan Smecta di mana-mana Farmasi untuk mengurangkan diarrhea nya… Ingatkan camna la rupanya, sekali beli tengok, eh.. cam ala-ala peket air garam jer pun, murah jerk… sepeket RM1.20.

Agak susah nak bagi dia makan sebab memang dia takut sangat bila nampak ubat nih.. nak taknak kena paksa, huhh… berpeluh ketiak berperang ngan dia semata-mata nak bagi Smecta… 😀 Okeh, kat bawah ni KakNgah kongsikan sedikit info Smecta yang KakNgah dapat dari Blog Dr. Zubaidi.

SMECTA:

  • Berfungsi untuk memekatkan najis supaya mengurangkan sedikit masalah diarrhea (cirit birit) kanak-kanak,
  • Sesuai untuk bayi seumur 6 bulan,
  • Kandungan Smecta yang mengandungi bahan diosmectite membantu menyerap beberapa jenis bakteria (Rotavirus, E-Coli & Streptococcus),
  • Mempunyai 2 perasa iaitu vanilla & oren,
  • Untuk bayi bawah satu tahun ~ sepeket Smecta sehari + 50ml,
  • Untuk bayi 2 tahun lebih ~ boleh berikan 2 hingga 3 peket sehari,
  • Untuk dewasa ~ campurkan sepeket Smecta dengan 200ml air an diambile sehari 3 peket.
  • Jarakkan satu jam sebelum atau selepas jika anda memberikan anak anda vitamin atau ubat-ubatan lain…

Disamping memberikan Smecta, untuk mengelakkan anak-anak kecil terus dihidrat anda boleh mencuba Performance Drink dari Shaklee.

pdPerformance Drink :

  • Membantu membekalkan bendalir dan elektronik yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara KLINIKAL dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Hahha… Performance Drink ni memang membantu dalam masalah dihidrat nih, nak-nak di bulan puasa, lagilah kita perlukan… tak lama lagi kan kita nak berpuasa. Okeylah, ada kelapangan nanti KakNgah kongsikan lebih lanjut info berkenaan Performance Drink yer… 🙂

 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
POS : Seluruh Malaysia, Singapore, Indonesia, Egypt, Qatar & Brunei.

 

 

Cerai Susu

cerai susuAssalamualaikum lovers… maaf sesangat sebab dah hampir dua minggu KakNgah tidak meng update, sibuk sangat dengan anak-anak dan aktiviti langsung dan tidak langsung. Minggu pertama May sibuk dengan anak sulung nak periksa dan kereta kejap masuk workshop kejap kuar workshop dan masuk balik… aishhhh…. mentang-mentanglah tahun ni dah nak abeh bayar, kereta tu mulalah nak abeh hayat… hehhe. Minggu ke-2 plak KakNgah train anak kecil KakNgah cerai susu badan… Erm, ni yang nak share nih… 🙂 Harini plak anak2 muntah-muntah dan demam bagai… dugaan btul.

Gambar nih adalah malam ke-3 stop breastfeeding, mula-mula tu kesian jugalah, malam2 meraba-raba mintak susu… huhhu, tapi disebabkan 25hb Mei ni dah nak cukup 2tahun so nak taknak kena hentikan.. Penyebab lain menjadikan KakNgah nak stopkan dia BF sebab anak KakNgah ni kurang sangat nak makan, syiok sangat melekatnya sampai tak boleh nak buat keje lain KakNgah dibuatnya… nak berbaring dengan dia jer, hehhe.. sebenarnya manja jerk lebih… 😀

Cerai Susu

Cerai susu atau bayi anda berhenti menyusu dan mendapatkan keperluan nutrien dari sumber lain selain daripada payudara anda dianggap cerai susu.

Bercerai susu tidak bermaksud untuk menjauhkan bayi anda dari anda, kerana ianya boleh dipupuk dengan cara lain bagi mendekatkan anda dengan bayi anda seperti senantiasa memeluk bayi anda agar bayi tidak terasa kehilangan dengan secara mengejut bila dicerai susu.

Tip-Tip Cerai Susu

  • Lewatkan penyusuan dengan ajak anak anda bermain, menonton, bersiar-siar atau makan.
  • Berikan susu botol dan katakan padanya dengan baik bahawa dia sudah besar jadi perlu berhenti untuk menyusu terus dari anda.
  • Jika anda hamil dan mengalami masalah kesihatan, cuba katakan padanya bahawa susu anda kini sudah milik adiknya akan akan lahir kelak atau jika adiknya telah pun lahir, katakan padanya bahawa adiknya lebih memerlukannya.

Antara tip lain yang boleh diguna pakai…

  • Letakkan sesuatu yang pahit, masin atau sebarang jenis perasa yang kurang digemar oleh anak anda di bahagian nipple anda setiap kali anak anda ingin menyusu.
  • Letakkan lipstik pada nipple anda dan ermmmmm…. terpaksa menipu sedikit bahawa nipple anda sakit dan berdarah… (cara KakNgah adalah letakkan pewarna di atas kapas muka dan lekatkan pada kedua-dua nipple ~ sebab kat rumah tak der lipstik, KakNgah ellergik dengan lipstik… 🙂 )

Hehhe… cara KakNgah yang pertama sekali masa nak stopkan anak kecil KakNgah adalah dengan meletak garam, tapi dia dengan selamba terus menghisap sambil menjeling KakNgah sebab dia tau KakNgah letak sesuatu… 😀 seterusnya kopi dan akhir sekali mayonis dan memang berjaya tetapi mayonis akan hilang rasanya bila tersapu “bra” atau baju. Last try selepas sebulan lebih berhenti untuk stopkan dia berhenti breastfeeding adalah dengan letakkan pewarna di atas kapas muka. Sampi ke pagi KakNgah tidur-tidur ayam beritahu dia yang KakNgah sakit berdarah setiap kali dia nak menyusu.

Alhamdulillah, dalam 3 hari ini dia dah mula mintak susu botol siap mintak sekali MealShake di campur bersama susu dia… hehhe. 2 hari pertama KakNgah berikan susu badan sehari 2 kali dan 2 hari berikutnya KakNgah berikan sehari sekali susu badan dan seterusnya terus tak bagi lagi. Bukan apa, cuma tak nak dia rasa terlenih terkilan bila tak dapat langsung so cuba secara perlahan-lahan agar dia tenang untuk menerima botol.

Harini dah seminggulah dia berhenti breastfeeding… 😀 . Sedih sangat nak hentikannya tapi terpaksa jugalah demi kebaikkan bersama. huhhu… Apapun niat kita kenapa dan bila agaknya anda perlu hentikannya dengan segera atau dengan secara perlahan… jangan sampai anak sakit plak.. huhhu… lagi kesian kan…

OPS!!! kena sangat bulan ni promo MealShake kan… so tunggu apa lagi, borong sakanlah. Rugi tak borong sebab MealShake ni MULTIVITAMIN untuk anak-anak yer, jangan ingat orang dewasa jerk perlukan vitamin, anak-anak yang memilih-milih makan tu pun tak cukup nutrein dalam badan so MealShake ni sessuailah untuk diaorang.

 
 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.