Consume HerbLax Tetapi Tak Membuang? TIPS.

image

Ahhha… ramai bebenor rakyat Malaysia ni yang sukar membuang, ye dokkk? termasuk ler teman nih hah… 🙂 Disebabkan dah tak tahan dengan sembelit dan berdarah setiap kali membuang maka mau tak mau kita ngap HerbLax nih… senang nak membuang Kak Ton oiii…

“Eh, naper yer setiap kali saya ambil HerbLax, membuangnya pun rasa cam susah jerk….?”

Ni KakNgah nak pesan nih… air tu kene cukup pengambilannya, sehari 8 gelas air putih… Nak makan ubat ko, nak makan supplement ko… perlu diambil dengan air putih, bukan air yang bergula atau bergas! aiyooo…. klu itu macam consume tapi air putih kurang tak guna la Kak Ton oiii… hahhhh, kan KakNgah dah marah! Eh, mana marah… gtau jerk 😛

“Saya ni asyik tak teringat nak minum air putih…”

Ni satu penyakit nih, lupa+malas ye dok? 😉 Apa susah Kak Ton oiiii, standby siap-siap air tu sebekas, nak senang bawa jer jug tu g kojo (kerja), agak-agak la weih… kat kodai (kedai) banyak bokeh (bekas) air Kak Ton oiii.. 2 3 hinggit jer pun!

image

Camni pun dah kira ok, tak pun boli (beli) yo mineral water yang bosar (besar) tuh…apa susah! klu suri rumah pun asyik tak teringat jo, standby la sebekas lotak (letak) kat ateh (atas) TV, solosai (selesai)  masalah…

Ni KakNgah nak bagi tip sket… malam dah ngap HerbLax kan so pepagi selepas keluar dari tandas tu korang teguk ler sikit air dari bekas tu (agak-agak dalam secawan air). Nanti lagi copek (cepat) proses pengeluaran toksin dari badan korang tau… tak caya jom order n try buat. 😉

Info Produk
Retail Price : RM52.50
Size : 120 tabs

Harini kita belajar Bahasa Negeri Sembilan yer… ahaks! Ermmm, yg nak order moh mengorder…

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Perlukah Detox untuk Usus Anda?

“If Your Colon Isn’t Clean, You’ll Never Get Well”

Erm… agak-agak u olls lah kan, perlu ke detox untuk diri kita nih?

Jawapannya sudah semestinya YA! Bila usus kotor penuh dengan toksin, sampai bila-bila pun kita sukar sihat sebab toksin yang dalam usus itulah yang mengganggu penyerapan vitamin, mineral dan nutrisi dalam badan.

KENAPA ANDA PERLU MENCUCI USUS??

Apa yang berlaku di dalam perut manusia ?

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :

  • mengurangkan daya imunisasi badan
  • kekembungan, perut berangin
  • mempercepatkan penuaan
  • sakit dada, sesak nafas
  • serangan angin ahmar
  • mulut & nafas berbau
  • buah pinggang mengecil
  • masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?

Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.

Apakah Sumber Semulajadi Pilihan KakNgah?

KakNgah memilih Herb-LaxTM dari Shaklee kerana ianya memang yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN.

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

TAHUKAH ANDA ? Usus adalah rumah penyakit…

Jika anda ingin kekal sihat dan cergas, pastikan usus anda senantiasa dibersihkan daripada makanan-makanan yang tercemar. Dengan pengambilan Herb-Lax sekali atau 2 kali setiap minggu akan memastikan anda lebih sihat dan bebas penyakit, InsyaAllah… dan jika ada kelapangan KakNgah akan kongsikan lagi info berkenaan HerbLax di post akan datang…

*****************************************

Harga Runcit : RM52.50
Kandungan per botol : 120 tablets
Tempoh Penggunaan : 3 Bulan ke 7 Bulan (mengikut pengambilan anda seminggu sekali atau 2 kali… )
 

Jika anda berminat untuk dapatkan nya dengan harga yang lebih jimat, join member jerk… RM65.00 (WM) RM75.00 (EM). Tak kisah la nak makan sendiri pun sebab join member ni seumur hidup tau… 😀

 
 
Name Card