Promo Jan 14′ ~ BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex

Bismillah.. walhamdulillah…

PROMO Jan 14′

BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex kini KEMBALI!!!

Dan anda juga boleh membuat pilihan dengan SET COMBO ALFALFA COMPLEX mengikut masalah kesihatan anda dengan harga yang lebih jimat berganda…

Order???

 
 
Name Card
 
 

Omega Guard ~ Kenapa Ikan Air Laut Dalam?

Hahha… last post KakNgah kongsikan Omega Guard Shaklee ~ Minyak Ikan Terbaik di Dunia, harini seperti yang dijanjikan, Kenapa Ikan Laut Air Dalam yang di pilih Shaklee untuk dijadikan Omega Guard? Jom layannnn….

Minyak ikan yang terbaik perlulah diekstrak dari ikan itu sendiri, bukannya hanya dari hati ikan. Kaedah penyulingan semasa mengekstrak minyak ikan juga perlu diambil kira bagi menghasilkan kualiti minyak ikan yang terbaik. Kaedah penyulingan dengan tekanan tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB [polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik].

Kenapa Ikan Air Laut Dalam [Ikan Air Sejuk]?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia dimana Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapai masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Berlainan pula orang Eskimo yang menetap di Amerika Utara yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Tahukah Anda? Makan ikan laut air dalam yang mengandungi paras asid lemak Omega-3 dalam 2x seminggu bersaiz sebesar playing cards akan membantu mengurangkan penyakit jantung sebanyak 44%. Ianya telahpun disyorkan oleh Amerika Public Health Association.

Hahha… dah tau kan kenapa? Sebab tu lah Omega Guard Shaklee terbaik di dunia, sudah semestinya pilihan KakNgah sekeluarga.. Anda bagaimana?

Retail Price RM136.00, nak lagi murah berganda? Moh2 roger ngan KakNgah segera.. kne dengan promo bulan nih.. BUY 6 FREE 1… sapa nak bagi kannn?

 
 
 
Name Card
 
 

Alfalfa Complex

Medicago sativaAishhhh…. macam-macam nak kongsi tapi entah apa yang nak KakNgah kongsikan pun kadang-kadang mati akal.. hahha, dulu masa sekolah tak belajar betul-betul, hah! pastu nak buat karangan dah terkial-kial, ngeh..ngeh..ngeh… 🙂 Jom kita kenal sket…

Apakah Alfalfa?

Alfalfa [Medicago Sativa] adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak berkurun lamanya. Akarnya yang tunjang sehingga kedalaman akar mencapai 2~4 meter dapat memberikan kandungan yang tinggi dengan protein, vitamin, dan mineral.

23 Manfaat Alfalfa Yang Perlu Anda Ketahui.

  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam tubuh
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
  21. Membantu dalam masalah anemia
  22. Mengurangkan keasidan dalam badan
  23. Bertindak sebagai anti-kanser.
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Kaya dengan asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia
  • Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
alfalfa2
Mengantuk sudah… huhhu, cukuplah setakat ini untuk dikongsikan, next time lebih banyak info akak KakNgah up-date yer.. mata ni dah tak larat nak buka lagi hah… 🙂 Selamat malam semua… OPS! bagi yang nak order leh roger ngan KakNgah kay..
 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Alfalfa Complex ~ Mengurangkan Masalah Keputihan Anda.

Ermmm… teringat plak KakNgah masa mula2 consume Alfalfa nih… semuanya gara-gara nak menyusukan anak kecil KakNgah, Alhamdulillah… sangat2 membantu. Tapi apa yang buat KakNgah lagi berpuas hati apabila masalah keputihan KakNgah dapat di atasi dengan Alfalfa Complex, sebenarnya KakNgah pun tak tahu Alfalfa Complex dapat membantu dalam masalah keputihan. Selepas join member baru KakNgah tahu manfaatnya, selepas tu lah baru sedar yang masalah keputihan KakNgah memang dah lama hilang, Alhamdulillah.

Bila ada cust call gtau ada masalah keputihan, KakNgah cepat2 suggestkan Alfalfa Complex… yang seronoknyer, pas sebulan cust tu call KakNgah…”Akak, saya nak daftar member bleh? baguslah Alfalfa ni, berkesan! Sebelum ni nak bersama suami pun segan..” Hah!..tu dia, bocor rahsia… 🙂

“Tahukah anda masalah keputihan ini disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tidak dirawat, tidak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ2 penting dalam badan…”

Ramai yang memandang rendah dengan masalah keputihan, namun jika hanya lendir putih, jernih, cair dan tidak berbau maka ianya selamat. TETAPI jika ianya bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, di iringi rasa gatal2.. ianya mungkin berbahaya! dan kemungkinan besar akan merebak ke pasangan kita dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal, melecet dan kemerahan…

Kita tengok plak, apa kata sahabat yang mengamalkan Alfalfa untuk masalah keputihannya…

credit : mamafaiz

Panjang lebar sahabat ni bercerita, sangat2 berpuas hati.. anda bila lagi??? jangan malu2 nanti melarat dah susah nak merawatnya, ingat! “Kesihatan Itu Satu Anugerah”.. Jika anda ingin mencubanya, leh roger2 ngan KakNgah yer, BYE dan Selamat malam… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Gout dan Pencegahannya

goutGout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

  • Rawatan serangan akut
  • Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

  • ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
    • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
    • Ikan bilis, kembung, sardin
    • Daging cincang
    • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
    • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
    • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
    • Peanuts, lentil, beans and peas
    • Poultry
    • Roti jagung dan bijirin

Pencegahan

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.  Click di SINI >> untuk info supplement yang bersesuaian…

sumber : mummynemo

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 
 
 

Supplement Untuk Gout

Sedang meng’goggle’ mencari idea untuk dikongsikan, tiba-tiba ada sahabat PM bertanya.. “Salam sis… ada tak supplement yang membantu dalam masalah sakit gout?”… Terus jerk KakNgah meng’goggle’ mencari info yang berkaitan, Alhamdulillah dengan bantuan En. goggle ni KakNgah dapat berkongsi lebih banyak lagi info kesihatan kepada anda semua… moga sama-sama kita beroleh manfaat, InsyaAllah…

Dari soalan sahabat tadi kat sini KakNgah kongsikan 4 supplement yang diperlukan oleh pesakit Gout dan antaranya adalah :

set gout

  1. Alfalfa Complex ~ Berfungsi sebagai detox bagi membuang toksin dari dalam badan serta melegakan rasa kebas dan sakit sendi.
  2. Performance Drink ~ Mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan penyahhidratan serta memberikan tenaga segera bagi tubuh. Air yang mengcukupi di dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik.
  3. Omega Guard ~ Membantu dalam mengurangkan keradangan sendi, mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah.
  4. Advance Joint Health Tablet [AJHT] ~ Membantu dalam menjaga ketidakselesaan sendi dengan lebih optimun.

Di atas adalah set budget dan jika anda mempunyai budget yang lebih, KakNgah syorkan supaya anda ambil bersama Vivix™ untuk kesihatan keseluruhan… Sempena Vivix™ promo di bulan November 2013 ni kan, BUY 6 FREE 1… 🙂

Sekilas fakta untuk dikongsikan…

Apa itu Gout?
Gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik (uric acid) di dalam darah yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout , asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama-kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat . Asid urik ini kemudian akan mendap di bahagian sendi terutama di bahagian sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di bahagian sendi yang lain seperti di bahagian belakang, kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terlibat.

Selesai sudah dikongsikan set untuk pesakit gout, next time KakNgah kongsikan lebih terperinci tentang gout, InsyaAllah… Bagi yang ingin mendapatkan set gout dengan harga yang lebih extra jimat, roger2lah KakNgah yer…

 


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.