Pengalaman “BERCINTA” dengan ESP.

Alhamdulillah, semangat tengahari ni nak up-date blog bila ada kengkawan yang sudi share kisah mereka bersama ESP, rata-ratanya di kalangan ibu-ibu juga anak-anak muda yang mahu kelihatan lebih menawan, ewahhh… 🙂 Mata ni mengantuk sesangat, tadi pergi hantar anak ke sekolah pun terhuyung hayang bawa motor, huhhu… Mr. hubby tak nak belikan kereta, takut wife nya merajuk bawa diri plak, kihkihkih…. Ok, tengahari ni, KakNgah share poster jerk, tu pun pinjam poster kawan Shaklee yang memang rajin bebenor buat poster, KakNgah pun rajin la juga 😛 tapi tak cretive cam papaglamz.com nih.. hihhi..

wpid-img_20150305_100736.jpgKakNgah punya pengalaman bersama ESP pun dia buatkan poster, rajin kan papaglamz nih.. 🙂

wpid-img_20150305_131613.jpgwpid-img_20150305_131616.jpgwpid-img_20150305_131623.jpgwpid-img_20150305_131628.jpgwpid-img_20150305_131632.jpgwpid-img_20150305_131635.jpgHahha.. amacam, puas hati dengan sharing dari kengkawan yang menggunakan ESP sebagai minuman tambah tenaga, diet, memekatkan susu ibu, tambah berat badan (macam KakNgah), kulit halus mulus, kulit cerah dan baik juga semasa anda sedang hamil… Alhamdulillah, semuanya hasil usaha dan berkat kesabaran dan pilihan ibu-ibu, apapun semuanya dengan izin Allah jua.

Ok, sedikit info ESP yang anda perlu tahu :

  • ESP (Energizing Soy Protein) adalah soya yang berkualiti tinggi yang berjaya dihasilkan.
  • Merupakan protin kacang soya pertama dicipta.
  • Diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif.
  • Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Kacang soya yang diunakan adalah “non GMO” yang mana ia di proses pada kadar suhu yang rendah.
  • Turut diperkaya dengan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Rendah Glisemik Indeks iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan mereka yang inginkan diet seimbang.
  • Setiap 850g (setin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama.

TAHUKAH ANDA?

Satu hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apapun TQs yer Faizal kerana sudi share poster yang cantik cam wife awak tuh, 😀 Kepada anda yang berada sekitar Kuantan dan inginkan supplement terbaik untuk anda, bolehlah menghubungi sahabat saya Faizal papaglamz.com yer, dia boleh COD kan..

Pada anda yang berdekatan KakNgah pula, jom kita roger-roger, apa supplement yang anda mahukan, insyaAllah KakNgah cuba membantu anda untuk dapatkan supplement yang sudah semestinya SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI!

✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 (KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sihat & Cergas Dengan Set Berpantang Shaklee

Bismillah..

Walhamdulillah…. masih diberi ruang untuk KakNgah berkongsikan manfaat juga sebarang info kesihatan untuk anda diluar sana pada malam ini. Moga dengan sedikit perkongsian dari KakNgah akan memberikan manfaat untuk anda semua.

Suami dan anak2 dah pun melayang ke “London” so sket2 tu bolehlah untuk KakNgah kongsikan apa yang terlintas untuk malam nih… Dalam FB bukan main lagi yg dok “update” status menunggu hari, berkira hari, nak makan apa masa berpantang dan bla…bla…bla… bukan main lagi ibu-ibu yer.. masing-masing gumbira menantikan cahaya mata. Eh! ada juga yang sedang berpantang… TAHNIAH!!!

================================================

Yea.. yea.. yea… “Sihat & Cergas dengan Set Berpantang Shaklee” ~ Tajuk untuk entry ini kalilah, hehhe…Soalan yang lazim KakNgah dapat apabila ada yang nak dapatkan Set Berpantang ni adalah :

  • Apa yang ada dalam set berpantang ni?
  • Berapa harga set berpantang nih?
  • Kalau saya nak ambil ini..ini..ini sahaja boleh?
  • Saya bajet dalam rm2xx jer, ada tak untuk bajet saya nih?

Hahha… banyak pilihan sebenarnya yang ibu-ibu boleh buat, jadi disini KakNgah sediakan senarai set berpantang bermula daripada yang asas sehingga yang mampu dengan bajet ibu-ibu diluar.

Set Asas Berpantang

Set asas berpantangSet asas berpantang terdiri daripada Vitalea, Sustained Release Vita C, B-Complex dan Zinc

Bagaimanakah set ini membantu ibu-ibu berpantang?

Vitalea & B. Complex ~ Gabungan Vitalea dan B. Complex membantu dalam membina sel darah merah yang baru di mana ibu-ibu banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.

Vitalea juga membantu ibu-ibu dalam memenuhi keperluan nutrien kerana kandungan multivitaminnya yang terbaik memberikan kesihatan ibu-ibu lebih sihat.

B-Complex membantu ibu-ibu dalam mengawal stress dimana emosi ibu-ibu semasa berpantang agak terganggu dengan kehadiran cahaya mata. Kebarangkalian ibu-ibu mudah letih apabila rehat dan tidur yang tidak cukup untuk menjaga diri juga bayi. Dengan pengambilan B. Complex ibu-ibu akan lebih bertenaga, InsyaAllah walhamdulillah… KakNgah sendiri dah pun merasainya [sangat2 membantu untuk pesakit Thalassaemia Trait cam KakNgah].

Sustained Release Vita-C ~ Ini lagi satu supplement yang terbaik kerana SR Vita C sangat2 membantu dalam pertahanan imum badan dari demam, selsema dan sakit, InsyaAllah… Biasalah kan ibu-ibu yang tidak cukup kuat semasa berpantang memang mudah demam dan sakit, almaklumlah bila badan dalam keadaan “kotor”, penyakit pun senanglah nak hinggap yer…

Zinc ~ Hahhahaha…. Zinc adalah sebuah mineral penting dengan belbagai fungsi untuk tubuh manusia dengan mengaktifkan lebih 200 enzim di dalam tubuh kita. Diulangi… lebih 200 enzim maka sememangnya zinc sangat2 membantu dalam membaik pulih luka dengan lebih baik dan sempurna. Tak kisahlah samada luka bersalin secara normal atau pembedahan.

Ini baru asas berpantang, harga untuk set asas ni hanya RM268.75 [nak lagi murah??? leh PM di SINI, jangan lupa LIKE yer…]

61564_490745390981325_1679932169_nESP [Energizing Soy Protein] ~ Ibu-ibu juga boleh memilih untuk ambil bersama ESP bagi memberikan tenaga segera serta membantu dalam penyerapan lain-lain vitamin dengan lebih cepat dan efektif.

ESP juga membantu susu ibu-ibu menjadi pekat dan bayi akan mudah kenyang serta tidak mudah meragam di waktu malam. Jadi ibu-ibu boleh berehat dan tidur dengan lebih baik agar diri lebih bertenaga, sihat dan cergas ~ cam KakNgah… 😛 ~ Sedap juga bila dicampur dengan blackcurrent.. dengan plain water pun bestttt!!!

Vita-E

Vita E Shaklee ~ Ibu-Ibu juga boleh add on sekali Vita E Shaklee dimana Vita E Shaklee juga amat membantu dalam baik luka bersalin dengan lebih pantas. Sebenarnya manfaatnya sama sahaja dengan zinc namun keberkesanan Vita E lebih pantas umpama naik motor dengan naik kereta untuk ke mana-mana destinasilah… hehhe…

osteOsteMatrix ~ OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kalsium ni baik untuk kesihatan ibu-ibu selepas bersalin kerana semakin usia wanita itu meningkat, kalsium akan turut berkurang. Selain membantu ibu-ibu, kalsium juga penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang bayi serta gigi bayi kelak. ~ Cam anak bongsu KakNgah, umur baru 5 bulan setengah tapi dah pandai berdiri sendiri sebab KakNgah amalkan kalsium sejak mengandungkan dia lagi… KakNgah sendiri tak percaya, tapi itulah hakikatnya… Di usia 9 bulan dah pun pandai berjalan, lebih cepat dari abg sulungnya yang berjalan seawal 10 bulan dan abg ke-2 nya seawal 11 bulan… Alhamdulillah.

omegaOmega Guard ~ Ni lagi satu supplement yang sangat sessuai untuk ibu2 semasa berpantang. Sangat baik untuk minda ibu juga bayi anda dan mungkin juga ibu-ibu belum mengetahuinya bahawa Omega Guard juga sessuai utk ibu-ibu yang ingin DIET! ~ Sesssuaiiii sangat2 dengan bulan PROMO BUY 6 FREE 1 December ini kan…

alfalfa2

Alfalfa Complex ~ OPS!!! hampir terlupa.. Ibu-ibu yang bekerjaya atau yang mempunyai masalah penyusuan boleh add on bersama Alfalfa Complex sebagai penggagalak susu badan. Sesuai diambil selepas dua minggu berpantang…

**************************************************

Hahha… dah panjang lebar perkongsian dari KakNgah malam ni yer.. semuanya untuk pilihan ibu-ibu. Untuk bajet, ibu-ibu boleh tengok di PRICE LIST yer, boleh buat kira2.. nak lagi jimat berganda roger2 ngan KakNgah jer… special price KakNgah boleh bagi, siap free gift lagi…

 
 
 
Name Card
 
 

Betul ker ESP Dapat Membantu Dalam Masalah Gastrik?

Ermmm… ramai yang dok bertanya, kenyataannya MEMANG BETUL dan Alhamdulillah, ramai yang memberikan feed-back yang positif setelah mencuba ESP untuk masalah gastrik masing2… jom KakNgah kongsikan beberapa testimonial untuk tatapan anda…

ESP ~ gastrik2

ESP ~ gastrik3

Hahha… ni baru sket, sebenarnya banyak lagi testimonial yang nak dikongsikan… Jom KakNgah kongsikan sket info2 yang berkaitan dengan gastrik plak.

Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Apakah Punca Utama Gastrik?

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Bagaimanakah Simptom-Simptom Gastrik?

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Apakah Komplikasi Daripada Masalah Gastrik?

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Bagaimana ESP Membantu Mengawal Gastrik Anda daripada Berulang?

ESP yang tinggi dengan sifat alkalinya dapat meneutralkan keasidan di dalam perut dan membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain ESP memberikan rasa kenyang yang lama, ESP juga memberikan tenaga segera kepada anda yang sering keletihan dan tidak bermaya.

Anda juga boleh menambahkan OsteMatrik dalam diet harian anda kerana OsterMatrik sumber kalsium yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid di dalam perut. Erm… next time KakNgah kongsikan plak manfaat OsteMatrik dengan lebih padat yer.

Bagi anda yang mempunyai masalah gastrik, tolong jangan biarkan ianya berlarutan kerana ianya akan lebih parah! Jika anda ingin dapatkan ESP dan OsteMatrik dengan harga yang lebih baik, leh roger2 KakNgah kay, KakNgah sedia membantu anda untuk kesihatan anda kerana “Kesihatan Itu Satu Anugerah”… Happy Lunch Hour… 🙂

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Sihat dan Cantik dengan ESP

Adakah anda mengalami masalah-masalah seperti berikut?

  1. Kulit kusam?
  2. Wajah berjerawat dan berjeragat?
  3. Sering keletihan?
  4. Lapar walaupun dah 3 pinggan nasi dihabiskan? 🙂
  5. Kurang berat badan @ berlebihan berat badan?
  6. Keguguran rambut?

Tahukah anda? ia adalah faktor bahawa anda kekurangan protein..

Secara umumnya risiko kekurangan protein akan menyebabkan anda mengalami masalah-masalah seperti berikut;

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Anda dah mula risau???

Apa kata anda mencuba ESP [Energizing Soy Protein], bukan hanya baik untuk kesihatan malah baik untuk kecantikan anda juga dengan merangsang pembentukan kulit, mengurangkan kedutan, menganjalkan kulit dan banyak lagi..

Jom order…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Vitamin Dan Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu adalah cara yang sihat untuk memberi makan kepada bayi anda kerana susu ibu secara umumnya adalah bentuk makanan yang paling lengkap bagi bayi disamping memberikan pelbagai manfaat dalam menjaga kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa virus perut, penyakit pernafasan dan meningitis berlaku kurang kerap pada bayi yang menyusu. Ini adalah kerana susu ibu mengandungi sel-sel imun semula jadi seperti antibodi yang melindungi bayi daripada kuman dan penyakit.

Diet yang sihat adalah penting untuk ibu menyusu bagi membantu mengekalkan  pengeluaran susu yang sihat serta memastikan kesihatan ibu terjaga. Perlu diketahui umum bahawa vitamin bukanlah salah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mempu membekalkan susu ibu kepada bayi anda.

Kejayaan penyusuan antaranya adalah bergantung kepada tahap kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu:

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh displin dan konsisten.

  1. Ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang bekerjaya, membuat sesi perahan yang konsisiten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Ibu perlu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang daripada 3 liter air sehari dan memastikan dirinya mengambil makan seimbang dalam menjayakan penyusuan lengkap buat bayi anda.

Berikut adalah nutrien lengkap yang disyorkan oleh Shaklee untuk ibu-ibu bagi memastikan pertumbuhan yang sihat di kalangan bayi juga kesihatan ibu.

Photo: Set asas Ibu Menyusu + OsteMatrik + ESP ~ Set Triple M [3M] terdiri daripada;<3 Vita-Lea<3 B-Complex<3 Alfalfa Complex<3 Vita-C @ Chew Vita C<3 OsteMatrik<3 ESPSiapa perlukan set Triple M ini;~ Ibu2 yang mempunyai masalah penyusuan,~ Ibu2 yang ingin menyimpan stok apabila mula bekerja kelak,~ Ibu2 yang bekerjaya dan sentiasa perlukan lebih tenaga,~ Ibu2 yang mahukan anak2 mereka nyenyak di waktu malam,~ Ibu2 yang mementingkan kesihatan dan keperluan nutrisi utk diri dan anak,~ Ibu2 yang sedang relaktasi atau induce lactation..Dapatkan set menyusu mengikut bajet anda..KakNgah012-6644 494

  • Multivitamin ~ terdiri daripada Vitalea, B-complex dan Sustained Release Vita-C @ Chew Vita-C : menyediakan vitamin dan mineral penting bagi ibu-ibu yang tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kebaikan vitamin terutama vitamin C dan B membantu untuk menghasilkan susu ibu yang dipelihara dan menggalakkan kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan ibu serta bayi.

~ Vitamin C memainkan peranan dalam pertumbuhan tisu dan pembaikan, dan ia adalah penting untuk tumbesaran yang betul bayi menyusu.

~ Vitamin B complex membantu dalam mengekalkan sistem saraf yang sihat untuk bayi. Ia juga penting bagi pengeluaran hormon, sel-sel darah merah dan pengeluaran tenaga bagi badan.

  • ESP [Protein] ~ Bayi memerlukan banyak protein untuk membantu dalam menggalakkan dan mengekalkan tumbesaran yang betul dan keperluan protein adalah blok binaan asas badan. Sumber protein yang baik dalam diet penyusuan anda mungkin penting untuk penghasilan susu.
  • Calcium ~ Susu ibu terdiri daripada kira-kira 40% daripada kalsium. Kalsium diperlukan untuk tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi muda.
  • Alfalfa ~ Mengandungi banyak nutrien penting dan vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan besi. Vitamin-vitamin ini semua adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

omega

  • Add on Omega ~ Tambahan dengan omega-3 asid lemak semasa menyusu dapat membantu perkembangan otak dan mata kanak-kanak. Ia telah terbukti secara saintifik bahawa lebih omega-3 yang anda perlu di dalam otak, maka lebih baik neuron dapat berhubung.

Jika anda berminat untuk mencubanya dan membeli dengan harga mampu milik, leh roger2 ng KakNgah k…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Masalah HB Rendah Semasa Hamil? Kenali Punca Masalah Utama…

Kehamilan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita yang pertama kali akan menjadi ibu juga ke-2 kali, ke-3 kali juga seterusnya. Bagi wanita yang pertama kali hamil, keterujaan ingin memiliki cahaya mata yang amat bernilai mungkin akan terasa terkejut, takut atau tak tahu apa perlu dilakukan apabila nurse atau doktor mengatakan “HB puan rendah dan bla..bla..bla…” mungkin ada dikalangan anda yang kurang mengerti kenapa HB rendah dan sebab musababnya kan??? Kemungkinan besar ianya adalah disebabkan kekurangan sel darah merah atau lebih dikenali sebagai ANEMIA.

Apakah Anemia?

Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin.

Antara tanda-tanda anemia adalah;

  • Ibu akan mengalami masalah cepat letih atau penat terutama apabila membuat kerja rutin.
  • Kulit, bibir dan kuku menjadi pucat.
  • Kerap berdebar atau nadi laju, sesak nafas dan lelah semasa mengandung.
  • Semasa melahirkan, ibu yang anemia berisiko tumpah darah berlebihan semasa dan selepas bersalin.
  • Kegagalan jantung.
  • Kelewatan kesembuhan luka atau jahitan.
  • Kurang pengeluaran susu.
  • Kesan pada bayi biasanya kandungan akan lebih kecil dari sepatutnya (IUGR) dan ada risiko lahir kecil atau tidak cukup bulan (pra-matang) dan bayi juga ada risiko kurang darah.

Antara rawatan yang diperlukan ibu hamil ;

  • Menganbil zat besi dan asid folik tambahan dengan membanyakkan makanan yang tinggi kandungan zat besi dan asid folik.
  • Menjalani pemeriksaan secara rutin.
  • Mengambil tambahan Vitamin B12.
  • Mengambil lebih makanan jenis “berdarah” seperti daging merah tanpa lemak, ayam dan ikan.
  • Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan kailan.
  • Makanan yang tinggi vitamin C seperti buah-buahan sitruc dan jus, strawberi, kiwi, tomato dan lada benggala.

Antara suplemen Shaklee yang bersesuaian adalah ;

  • Vita-Lea (Multivitamin) ~ membantu menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ia tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Pengambilan Vita-Lea bersama B-Compleks berfungsi dengan lebih efektif dalam penghasilan sel darah merah. Kandungan copper pula membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin (HB).
  • Vitamin B-Kompleks ~ Lengkap dengan 8 kompenan B termasuk biotin dan folat, membantu dalam penghasilan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Vitamin C ~ Penting bagi membantu menyerap zat besi ke dalam tubuh.
  • ESP (Protien) ~ Bayi memerlukan protien yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Protien membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh dengan membentuk sel-sel darah merah, tulang, gigi dan otot serta menguatkan rahim ibu.

NOTE: Thalassemia trait juga tidak dapat mengelak daripada masalah HB rendah semasa hamil atau tidak dan apa yang perlu diambilnya adalah sama dengan ibu hamil yang mengalami anemia semasa hamil. KakNgah juga seorang Thalassemia Trait… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

ESP ~ Sumber Protein Yang Terbaik

61564_490745390981325_1679932169_ntadaa…. my pebret drink ESP+Ribena, so nyummy….

Kenapa Kita Perlukan Protein???

Protein membantu membentuk struktur asas fizikal kita, iaitu otot, organ, kelenjar, tulang dan gigi. Kompenan protein juga diperlukan oleh tubuh untuk sintesis DNA, hormon, neurokimia dan biokimia lain termasuk yang terlibat dengan pro dan reaksi anti keradangan.

Protein penting untuk tumbesaran dan perkembangan. Ia membekalkan tenaga kepada tubuh dan diperlukan untuk pembuatan hormon, antibodi, enzim dan tisu. Ia juga berfungsi mengekalkan keseimbangan asid-alkali di dalam tubuh.

Apakah Asid Amino?

Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia, ianya dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.

Sekiranya kekurangan asid amino menjadi kronik yang mungkin berlaku apabila makanan tidak mengandungi asid amino, pembentukan protein di dalam tubuh akan terhenti dan tubuh akan menderita sakit.

Kenapa ESP Dikatakan Sumber Protein Yang Terbaik???

Kajian mengatakan sumber protein daripada kacang soya adalah sejenis protein lengkap. Kacang soya merupakan makanan tinggi dengan serat dan sumber protein yang paling menyihatkan dimana ianya jauh lebih baik daripada makanan lain.

Protein kacang soya membentuk 35% hingga 38% daripada jumlah kalori yang ada, menawarkan kesemua 8 asid amino penting dan sangat tinggi dengan vitamin B6.

  • Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.
  • Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO [non-Genetically Modified Organism] yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Setiap 850g [Satu tin ESP] dihasilkan daripada 30kg kacang soya dimana ESP dihasilkan dibawah kawalan IPP [Identity Preservation Program] bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air [bukan dengan bahan kimia] bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • ESP diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.
  • ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia yang turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Sangat sesuai untuk semua peringkat umur manakal Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Next time KakNgah kongsikan lagi kebaikan ESP yer… jemput order…

 
 
 
 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.