Shaklee Collagen Powder

Kolagen [collagen]… satu makanan tambahan yang sangat-sangat digilai oleh wanita-wanita dan tak kurang juga lelaki-lelaki yang ingin kelihatan cantik dan kacak dimata semua orang. Sejauh mana pemilihan dan manfaat kolagen itu juga perlu kita ketahui, sudah semestinya manfaat kolagen itu perlu dinilai bukan hanya untuk kelihatan cantik dan kacak namun juga bermanfaat untuk kesihatan kita kelak.

Apakah Kolagen?

Kolagen merupakan protien yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah ia menyumbangkan kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain seperti:

  • Kulit berkedut, kering dan melayut,
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh,
  • Rambut halus dan gugur.

Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat mengantikan kolaen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Kenapa Perlu Memilih Shaklee Collagen Powder?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS [Red Snapper Scale] Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

TAHUKAH ANDA!!! badan kita ini hanya memerlukan 2.5g-5g sahaja (2500mg-5000mg) setiap hari sebagai proses untuk meningkatkan sintesis kolagen dalam badan.

Walaupun mengambil 2500mg setiap hari, ia adalah cukup untuk mengekalkan kesihatan anda, 5000mg akan menggalakkan kesihatan anda. Jika pengambilan secara berlebihan, Collagen yang selebihnya akan dibuang menjadi najis.

Bagaimana pilihan anda sekarang??? Jika anda memilih untuk Shaklee Collagen Powder, silalah roger dengan KakNgah untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder dengan harga yang lebih istimewa hanya dari KakNgah. 🙂

 
 
 
Name Card
 
 
Advertisements

Vita-E Complex ~ KakNgah Suka… KakNgah Suka…

Huhh! over plak title ni yer??? hahha… naper KakNgah suka? Al-kisahnya yang buat KakNgah jatuh chenta dengan Vita-E Shaklee ni semasa berpantang anak ke-3.. Ops! jangan salah faham yer, zinc juga membantu dalam baik luka bersalin tapi KakNgah sajer jerk add on Vita-E sekali untuk kesan baik pulih dengan lebih cepat… Iyerlah, anak dah masuk 3, mana nak uruskan rumah tangga ngan anak2 lagi, suami plak kje sendiri, tak kje xder lah duitnyer.. hehhe… Alhamdulillah, masa hari ke-8 berpantang, luka bersalin KakNgah baik sepenuhnya [mungkin kurang daripada 8 hari, cuma KakNgah lambat sedar]. Jom kita kenal-kenal dengan Vita-E Complex Shaklee nih…

Kenali Vitamin E anda!Vita-EVitamin E terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alpha, beta, gamma dan d-alpha tocopherol. Gamma adalah jenis vitamin E yang paling kurang aktif. Manakala d-alpha tocopherol adalah jenis vitamin E yang paling aktif dan paling hebat.

Seperti yang diketahui ramai, suplemen-suplemen Shaklee adalah terdiri daripada suplemen semulajadi ya bukan sintetik..begitu juga halnya dengan Vita E Complex ini yang sememangnya terhasil dari sumber Vitamin E yang semulajadi. TAPI bagaimanakah caranya untuk anda pastikan Vitamin E yang anda ambil dan consume setiap hari adalah terdiri daripada sumber yang semulajadi dan bukannya Vitamin E sintetik?? Mudah sahaja…anda lihat di label Vitamin E anda dan pastikan yang tertulis ialah bermula dengan d-alpha  sebagai contoh : d-alpha tocopherol bukannya bermula dengan dl- sebagai contoh: dl-alpha tocopherol. Jadilah pengguna yang bijak ya!

Perlukah Selenium bersama Vitamin E??selenium di dalam vita e complex shaklee

Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Selenium adalah penting sebagai sumber untuk proses badan dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, Selenium juga amat penting dalam diet harian seseorang dan dianggap sebagai meningkatkan tindakan antioksidan (dalam situasi ini dapat tingkatkan tindakan Vitamin E).

Vita E Complex Shaklee kini diperkayakan pula dengan ekstrak biji anggur? Apa pula kelebihan esktrak biji anggur ini ya? Jom kita lihat bersama:

ekstrak biji anggur dalam vita e complex shaklee

  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih bersifat antioksida dari Vitamin E dan 20x lebih power dari Vitamin C.
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi.
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya.
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah.

Tahukah anda bahawa seorang dewasa perlukan dalam 400IU Vitamin E setiap hari??

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keperluan Vitamin E sebanyak itu?? Anda hanya perlu mengamalkan sebiji Vitamin E daripada Shaklee untuk mencukupkan keperluan Vitamin E anda setiap hari ATAU jika anda lebih senang memilih untuk mengambil lebih kurang 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam setiap hari???
1 capsule Vita E mengandungi 400 IU Vita E

Credit Picture: nooraidamymdnoor

Berikut disenaraikan antara manfaat yang boleh diperolehi daripada pengambilan Vitamin E secara konsisten:

♥ Penting untuk melindungi jantung dan paru-paru kita.

♥ Antipenuaan — menjadikan anda tampak lebih muda kerana Vitamin E merupakan antioksidan yang sangat power untuk melawan semua radikal bebas..dan ditambah pula lagi dengan kehadiran ekstrak biji anggur yang seperti telah saya nyatakan tadi 20 x lebih power dari Vitamin C.

♥ Juga berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun, dan berupaya melawan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan tumor.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif baik bagi lelaki dan wanita dan bagi lelaki jika diamalkan setiap hari dipercayai dapat mempertingkatkan lagi kualiti serta kiraan sperma.

♥ Dikenali juga sebagai “Vitamin Cinta” yg mampu memperbaiki hubungan intim suami dan isteri. Lebih bagus jika diamalkan bersama Alfalfa Complex.

♥ Untuk kecantikan kulit di mana dapat memudarkan parut, stretchmark dan lain-lain. Pengambilan bersama B Complex, Sustained Release Vita C Plus dan ESP dapat memberikan anda kulit wajah yang cerah, licin dan bebas cela jika diamalkan secara konsisten.

♥ Bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah, membantu pembekuan darah yang normal dan memberi manfaat pada saraf.

♥ Juga dikatakan dapat mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

credit : MyLittle Yaya

Vitamin E adalah sumber anti-oksidan yang diperlukan dalam pemakanan seharian. Dengan pengambilan Vitamin E yang mencukupi setiap hari mampu membantu anda mengawal daripada penyakit jantung yang menjadi PEMBUNUH NO. 1 di MALAYSIA dimana ia akan menyerang tidak kira waktu samada semasa anda tidur, makan dan beriadah. Jagalah Kesihatan anda kerana “Kesihatan itu Satu Anugerah”.

Next time KakNgah kongsikan pulak testimonial dikalangan pengguna Vitamin E Shaklee yer, insyaAllah…. Have a nice day~~

 
 
 
Name Card
 

Kini Vivix™ Shaklee Telahpun Dipatenkan!

Alhamdulillah… seronok dengan promo bulan nih… berlumba-lumba pakat dok order Vivix™ Shaklee, ada yang beli untuk diri sendiri, ada yang beli untuk mak ayah dan juga mentua, berbaloi-baloi manfaatnya…

Lapan tahun yang lalu, Roger telah membeli beberapa bidang tanaman Anggur Muscadine untuk diproses kepada Vivix™ Shaklee! Beliau ingin membuktikan bahawa Vivix™ Shaklee berkesan dalam memperbaiki tahap kesihatan seseorang dengan lebih baik. Berita baiknya Vivix™ Shaklee ternyata berkesan dan hasilnya kini Vivix™ Shaklee di patenkan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat pada awal August 2013 ini!

Apa yang istimewanya Aggur Muscadine?

Anggur Muscadine / anggur muskat ini dikatakan adalah sejenis anggur liar yang istimewa, yang mana ianya mempunyai 20 kromosom dan saiznya adalah sebesar sebiji bola golf. Oleh kerana ia mempunyai lebihan pasangan kromosom ni, bermakna ia menyediakan lebih banyak manfaat pada kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksida terbaik. Anggur ini hidup di kawasan ekstrem dan tumbuh liar, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandungi asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Selain Anggur Muscadine, Vivix™ Shaklee juga diperkaya dengan Purple carrot, Elderberry [Sambucus Nigra] dan Polygonum Cuspidatum. Jom kita tengok khasiat dan manfaat setiap bahan kandungannya…

Lobak Ungu [Purple carrot]

Lobak ungu memang bukan kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia. Lobak ungu ini adalah sumber terbaik VITAMIN A dan mengandungi PHYTOKIMIA termasuk CAROTENOID, PHENOLIC, POLYACETYLENES, ISOCOUMARINS dan SESQUITERPENES.

Lobak ungu juga mengandungi ANTHOCYANINS iaitu antioksida yang mustajab. dan ia jugalah yang menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran. Jadi jika kita lihat warna buah berry, ia menunjukkan bahawa ia mengandungi banyak anthicyanins terutama buah beri biru yang mana ia mengandungi aktiviti antioksidan yang tertinggi.

Anthocyanins adalah antioksida utama dalam lobak ungu-kuning dan ungu oren, tetapi kandungan antioksidan yang paling tinggi wujud dalam lobak ungu-kuning. Dan asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam semua jenis lobak. Asid klorogenik inilah yang dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Kajian telah menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikribial dan anti carcinogen. Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platlet, dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Elderberry [Sambucus Nigra]

Elderberries mengandungi bahan semulajadi yang dipanggil flavonoid yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu mencegah kerosakan sel-sel badan. Ianya juga membantu dalam mengurangkan bengkak, melawan keradangan, dan meningkatkan sistem imun.

Kajian telah mendapati bahawa elderberry dapat meredakan gejala selesema seperti demam, sakit kepala, sakit tekak, keletihan, batuk, dan sakit badan. Beberapa kajian telah mencadangkan bahawa elderberry boleh membantu dengan jangkitan sinus bakteria atau bronkitis.

Kesimpulannya elderberry membantu dalam menangani masalah jantung, strok, stress, memperbaiki masalah penghadaman dan penglihatan.

Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum atau lebih dikenali sebagai knotweed Jepun, adalah tumbuhan berbunga invasif. Polygonum cuspidatum digunakan untuk menghasilkan makanan tambahan resveratrol kerana ianya mudah didapati dan cepat membesar. Antara manfaat utama polygonum cuspidatum adalah :

  • Kawalan kolesterol ~ Masyarakat saintifik percaya bahawa ekstrak polygonum cuspidatum boleh mengurangkan paras kolesterol yang tinggi pada manusia , sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan trombosis. Makanan yang kaya dengan resveratrol boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular , merendahkan jumlah kolesterol , dan menurunkan kolesterol LDL. “
  • Kesan antioksidan ~ Resveratrol adalah antioksidan. Antioksidan mencegah kerosakan kepada sel-sel oleh radikal bebas. Resveratrol dipercayai dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser selain membantu dalam mengurangkan berat badan dan meningkatkan stamina seseorang atlet.

Jika anda ingin dapatkan Vivix™ Shaklee dengan harga yang extra murah, November inilah masanya… Anda juga layak mendapat keahlian PERCUMA+Cash Money… sapa nak bagi kan..kan..kan.. moh buat order sekarang!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 

Vivix™ Membantu Melambatkan Penuaan dengan 4 Mekanisma pada Tahap Selular

vivix image Dup.. dap.. dup.. dap… menunggu promo Nov. 2013 ini, tup2 yang diumumkan adalah Vivix™, huh! lega  n syiok sungguh… Apa yang syiok sangat? hahha.. Disebabkan penangan hebat MAY 2013 [juga promo Vivix™], sekali lagi Shaklee Malaysia menawarkan promo Vivix™ di bulan Nov. nih, memang terbaik kan…

Promosi Nov. 2013 - Vivix

Semua nak cantekkk kan, tu yang berebut beli Vivix™… bulan ni promo lagi, jom rebut lagi peluang yang ada… hehhe… sapa nak bagi kan..kan..kan… Dah melalut sket2, jom kita layan camna Vivix™ membantu dalam melambatkan penuaan anda dengan 4 cara :

  1. Kerosakan DNA ~ Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu “typo” [kesilapan dari yang asal] yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
  2. Pengawalan Genetik ~ Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi [kemerosotan] umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix™ mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel ~ Mitochondria [penjana tenaga] di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix™ menggalakkan biogenesis [pembentukkan baru] Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  4. Penimbunan Protein AGE ~ Penimbunan berlebihan protein AGE [advance glycation end products] boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol [kandungan unik dalam anggur ‘muscadine’] untuk melambatkan pembentukkan protin AGE…

Dah jelas bagaimana Vivix™ membantu dalam melambatkan penuaan anda? Dapatkanlah sempena bulan promo ni… dengan pembelian 2 botol Vivix™ anda juga layak menerima keahlian secara percuma! Apa tunggu lagi… grab jerk!!!

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.