Rindu…

Assalamualaikum alls… dah lama KakNgah tak menjenguk blog nih, hampir 4 bulan lamanya… 😰 Agak sibuk dengan business baru yang dijalankan namun Shaklee tetap di hati, masih setia. Dah hampir 4 bulan juga KakNgah mula berniaga nasi lemak, alhamdulillah… jualan laris, rezeki dariNYA.

Semua idea adik KakNgah, KakNgah ni pula memang tak pandai masak, lagi-lagi sambal.. hancus… Bila adik (lelaki kay) ajak niaga dan ajar cara masak semua, KakNgah pun dari tak pandai dan tak minat jadi pandai (angkat bakul nih 😁😁😁) dan minat, en. somi pun menyokong penuh… alhamdulillah.

Namun… KakNgah masih setia sebagai pengedar sah Shaklee di Jalan Kebun dan sambil-sambil itu juga KakNgah menjahit pakaian lelaki… Serious lama tak berblog, rasa rindu teramat… rindu untuk sharing alla about Shaklee.. banyak yang terlepas.. :'(:'(

Apapun tqs kepada semua cust yang masih bersabar dan setia bersama KakNgah walaupun KakNgah agak sibuk.. 😘😘 InsyaAllah bila berkelapangan KakNgah akan kongsikan mana-mana testimonial Shaklee yer… 🙂

Jam dah pukul 11pm, mata pun dah layu nih, nite yer…

Order supplement 👇

📲 👉 018-6645 415
💻 👉 #Page_Kakngah_Sihat  #FB_Nafiza_Shuib
👉 #COD ⇨ Kg. Jalan Kebun, Bukit Rimau, Kota Kemuning, Shah Alam.

Advertisements

Muhammad Aqil takut jarum..

Ermmm… tajuk untuk santai-santai pagi ahad ” Muhammad Aqil takut jarum”. Anak sulung dan abang yang kuat menyakat dan sering kene buli di sekolah… 😀 Kalau tengok muka dia, uishhhhh dah macam gangster kata orang tapi dalam hati bertaman-taman… 😛

image

Jumaat malam rtu Aqil menangis terisak-isak, terkejut pulak tengok dia nangis, bila ditanya jawabnya sakit gigi. Ermmm, gigi dia yang rosak tu dah bertahun tak bercabut sebab tak jumpa klinik yang servicenya tanpa injection.

Nak bawa pergi klinik kerajaan, KakNgah sendiri fobia sebab pernah dulu cabut gigi bongsu yang tumbuhnya ke sisi menikam pipi so jumpa doct dan kene cabut… Tapi dari pagi jam 8.30pagi cabut gigi, darah tak berhenti-henti keluar sampai jam 6 petang tu baru berhenti! Selimut, tuala dan 3 kain batik habis dengan darah… Serious KakNgah dah serik nak pergi klinik kerajaan untuk cabut gigi.

Berbalik pada Aqil tadi nih, sabtu pagi semalam KakNgah ikut si hubby kejap pagi tu pastu sambil berborak tanya hubby mana klinik gigi yang terdekat. Eh, elok pula seberang lot kedai jer ada klinik gigi so saje pergi tanya. Ermmm, alhamdulillah ada service cabut gigi tanpa injection dan dah alang-alang tuh terus la cabut gigi dia sebab gigi depan pun dah bergoyang sekali..

image

Masa kat bilik doct untuk cabut gigi tu pun bermacam ragam dan aksi Aqil ni, betul-betul buat KakNgah geli hati, takutnya dek jarum tak boleh blah betul! Nak naik hantu pun ada gak rasanya dengan dia…

Gara-gara doct. nak tampal gigi dia yang sedikit berlubang tu dia dah terus bangun dari kerusi sebab ingat doct. nak cucuk dia. Alat yang digunakan untuk tampal gigi tu nampak cam jarum yang bengkok. Banyak juga soal jawab dia ngan doct. tu sedangkan doct. tu dah gtau awal-awal lagi itu bukan jarum… Doct. pun fening ngan gelagat si Aqil… Sorry doct. 🙂

Ok, dah cukup pasal si Aqil… KakNgah just nak share untuk semua… Klinik Pergigian Shah Alam yang servicenya memang bagus walaupun kliniknya tidaklah secantik dan semewah mana pun, memang nampak kliniknya sedikit lama/ uzur. Servicenya memang sangat memuaskan beserta pula konsultasi dari doct. itu sendiri. Harganya pun berbaloi dan sangat murah… Staff pun mesra dan mudah senyum menyejukkan kita dan menyenangkan kita yang sakit nih… Tak ingat pula apa nama doct. tu, tak terpikir nak tengok nama dia…

Bagi anda yang memang punya anak yang sangat takut dengan jarum tu boleh bawa ke sana. Kliniknya bersebelahan McD Seksyen 18 Shah Alam di bahagian atas. Hanya sapukan gel berperisa strawberry pada bahagian gigi untuk rasa kebas dan cabut! Kos yang KakNgah perlu bayar rm115.00 sahaja, sebatang gigi rm40.00 x2, tampal+ubat rm20.00 dan daftar+konsultasi rm15.00. Bagi KakNgah ianya dah cukup murah, maaf jika anda rasa ianya mahal…

image

Lecithin BUY 6 FREE 1 bulan ini tinggal beberapa hari lagi, jom grab!

✆ Call/SMS/WhatsApp : 018-6645415 (KakNgah)

➲ COD Area : Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Adakah Shaklee juga mengenakan GST?

Bismillah…

Ermmm, dah mula kecoh dah sekarang ni pasal “Cukai Barangan & Perkhidmatan Malaysia ~ CBP ” atau GST. Bagi anda yang ingin tahu dan masih mencari-cari info berkenaan GST/ CBP nih, bolehlah terus ke laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Di bawah KakNgah tunjukkan cara-cara untuk anda check senarai harga yang dikenakan GST.

 wpid-screenshot_2015-03-08-18-53-28.pngClick bahagian PENGGUNA.

wpid-screenshot_2015-03-08-18-53-59.png

Kemudian click SENARAI BARANG SERBANEKA

wpid-201503081857.png

Seterusnya click Senarai Barang Serbaneka yang telah di garis merahkan oleh KakNgah, done!

Dari apa yang KakNgah lihat, kebanyakkan barangan semuanya dikenakan GST kecuali buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam kategori ubat-ubatan pula, hanya senarai panadol sahaja yang tidak dikenakan GST. Dan….. kategori Kesihatan & Kecantikkan pula, semuanya dikenakan GST. Untuk pengetahuan anda, supplement Shaklee tergolong dalam kategori Kesihatan & Kecantikkan jadi sudah semestinya semua produk yang berkaitan Shaklee juga dikenakan GST. Kepada anda yang masih tertanya-tanya, inilah jawapannya. Bermulanya April 2015 GST sebanyak 6% akan dikenakan pada setiap supplement, barang rumah & barang kecantikkan.

So… kenapa perlu tunggu lagi, GST akan bermula, mahu atau tidak untuk anda yang sememangnya pengguna tegar supplement, bolehlah menghubungi KakNgah untuk grab habis-habisan di bulan ini, pastinya lebih diskaun! 🙂

✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 (KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Business hubby…

Assalamualaikum, 🙂 … Petang ni nak share business hubby plak, asyik citer pasal business Shaklee jer kan… sekali sekala kita tukar topik plak, hihhi…

Ermmm, xcely… kami berdua memasing bekerja sendiri so alhamdulillah banyak masa untuk enjoy dengan anak-anak, enjoy la sangat… 🙂 Walaupun kerja sendiri, suami KakNgah lebih suka keluar bekerja ikut time yang ditetapkan. Isnin hingga khamis, dia akan keluar seawal jam 9am, jumaat pula selalunya dia akan keluar selepas solat jumaat manakala sabtu dan ahad seawal jam 8am. Balik? Paling awal pun sebelum maqrib dah sampai rumah, kalau lambat sket jam 9pm ~ 10.30pm dan paling lewat mau jam 1am… 😀

KakNgah jenis tak kisah sangat, faham dengan kerja suami yang kekadang naik dan kekadang ada turunnya. Jadi memasing sepakat untuk cuba yang ternaik untuk business memasing.

Owh ya, antara business suami KakNgah adalah :

image

image

Okeh… my hubby dengan kerjanya sebagai penjual wiper dan car perfume. Anda boleh jumpa dia untuk beli dan terus pasang di Seksyen 18 Shah Alam berhadapan CIMB 😀 .

image

Business sampingan suami KakNgah adalah sebagai Pengedar Sah Stevia di kawasan Shah Alam. Jika anda berminat untuk membeli wiper, car perfume dan Stevia, anda boleh terus menghubungi JEPP 018666 5056

Apapun jangan lupa promo Shaklee bulan nih… 🙂

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kecewa dengan ibu-bapa yang tidak menghantar anak sekolah.

image

Seminggu ni terasa membuak-buak jerk marah nih.. Bukan nak busy body tetapi rasa kecewa teramat sangat dengan jiran nih. Tak tahu nak cakap macam mana, masih ada ibu-bapa yang terlalu pentingkan kehidupan sosial mereka daripada menghantar anak ke sekolah rendah. KakNgah rasa tak kisah pun kalau taknak hantar anak ke sekolah Agama jika mereka sendiri mampu mendidiknya, tetapi… kenapa perlu berkira-kira pula untuk menghantar anak ke Sekolah Rendah?

Sibuk beritahu orang sana sini dia beli hp baru, tab baru, shopping beribu riban, enjoy habis duit beribu riban tapi nak sekolahkan anak? Tak sangka masih ada orang sebegini rupa dalam dunia nih. Kalau dikira-kira, 2 pasang baju sekolah, 2 pasang kasut, beg sekolah dan yuran serta duit buku, tak habis rm500.00 pun atau mungkin tak sampai rm300.00. Nak kata dia orang luar, tidaklah pula. Jiran yang asal Indonesia pun sibuk ke hulu ke hilir untuk sekolahkan anak tapi sayang tak diterima.

Semalam sajer KakNgah tegur dia tetapi mungkin dia takut sampai harini sehari tak nampak batang hidung diaorang sekeluarga… Setahu KakNgah kerajaan akan menghukum ibu-bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah… Agaknya dia tak kisah kut kalau ada yang me’report’ nanti…

Anak ke-2 KakNgah plak kene chickenpox, sibuk sangat nak pergi sekolah tetapi terpaksa tangguhkan dulu… Huhhu… Harap-harap masih ada harapan untuk mendaftar. 😦  Ermmm…. Jika anda sebagai ibu-bapa, ada tak rasa susah hati jika tak dapat mendaftar anak sekolah? Jom share sket pendapat anda…

Ok, itu jerk yang nak meroyan sebab rasa sangat-sangatlah gerammmm… Huhhu… Bagi yang nak order supplement sila hubungi KakNgah yer..

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bantuan Mangsa Banjir.

image

image

Alhamdulillah, rasanya cukuplah dengan gambar yang dikongsikan… “Shaklee Cares ~ Bantuan Nutrisi Kanak-Kanak Mangsa Banjir”… Sangat-sangat membantu mereka yang memerlukanya…

Order supplement dan konsultasi secara PERCUMA? Hubungi KakNgah untuk diskaun hebat dan jangan lepaskan promo hebat bulan ini…

image

Atau dengan lebih penjimatan?

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bookmark Blog, Cara Mudah Blog Walking.

Hahha… harini, KakNgah santai-santai jerk, santai nak gtau blog yang KakNgah selalu ikuti walaupun jarang tinggalkan komen… hehhe, xcely, banyak lagi tp bila line asyik buat hal, mulalah sifat “M” tu datang… 😀

image

Ni antara senarai blog yang KakNgah selalu ikut, ops! klu korang perasanlah, ada blog jahitan… KakNgah suka menjahit tapi selalunya jahit baju tido anak-anak lah. Lebih sket jahit baju sendiri dan mr. hubby juga adik-adik. Tak ambil tempahan? huhhu… KakNgah ni busy women, busy la sangat, hahha… abeh pun bersilat ngan anak-anak kat umah..

Dapur Tanpa Sempadan… blog masakan “Mat Gebu” rasanya, almaklumlah, KakNgah ni tak pandai masak, anak-anak pula dah lebih sangat suka makan so tiap-tiap hari memang keje KakNgah menggodek resepilah… 😉 Kepada abg Mat Gebu, terima kasih dengan resepi yang dikongsi, best belako…

Senang sebenarnya bila bookmark nih, tak payah nak goggle jer, click jer blog mana terus ke tempatnya hah… 🙂 senang nak blog walking. Ok, kalau korang yang memang suka berblog walking tuh, bleh try cara nih… yang dah tahu, ok! 🙂

Bagi yang nak order supplement moh roger ngan KakNgah moh… promo bulan ni hebat belaka!

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.