10 Manfaat Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu Daripada Teh Rooibos.

image

Manfaat kesihatan daripada teh Rooibos atau juga dikenali sebagai teh merah belukar kerana ianya tumbuh dengan banyak dan luar biasa. Ia berkembang daripada pokok renek kecil, yang hanya hidup subur di kawasan Cedarberg terdekat Cape Town, Afrika Selatan.

10 Faedah Kesihatan Teh Rooibos

1. Bebas kafein
• Tumbuhan teh Rooibos tumbuh secara semulajadi tanpa kafein. Ini adalah penting kerana ia bermakna ia tidak perlu menjalani proses kimia untuk menghapuskan kafein. Ia juga bermakna bahawa sesiapa sahaja boleh minum termasuk mereka yang tidak sukakan kafein seperti kanak-kanak & wanita hamil. Manfaat utama yang lain apabila ianya bebas kafein, teh Rooibos boleh diambil dalam jumlah yang tidak terbatas . Kebanyakkan penduduk Afrika Selatan akan mengambil 5-6 cawan sehari.

2. Mengandungi antioksidan yang berkuasa
• Teh Rooibos mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu untuk melindungi badan dalam beberapa cara. Dua polifenol antioksidan dipanggil aspalathin dan nothofagin didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam teh Rooibos. Antioksidan melindungi badan dengan memerangi radikal bebas. Ini adalah sel-sel yang tidak stabil yang menyerang sel-sel yang sihat untuk menstabilkan diri mereka sendiri. Polifenol yang juga mempunyai ciri-ciri anti – radang dan boleh melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah terhadap beberapa jenis kanser
• Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara penggunaan teh Rooibos dan pengurangan penyebab kanser bahan kimia. Ini adalah kerana tahap dominan antioksidan yang tinggi membantu ia membina pusat anti- mutagen (anti- kanser). Ini bermakna bahawa ianya dapat mempertahankan sel-sel & DNA daripada kerosakan dan menghalang kerosakkan sel-sel & DNA daripada berkembang menjadi kanser.

4. Kandungan mineral yang tinggi
Salah satu faedah kesihatan utama teh Rooibos ialah ia mengandungi beberapa mineral yang penting untuk kesihatan. Ini termasuk: magnesium (yang penting untuk sistem saraf ), kalsium dan mangan (penting untuk tulang dan gigi yang kuat) , zink (penting untuk metabolisme) dan besi (kritikal untuk membantu darah & otot mengedarkan oksigen).

5. Melancarkan peredaran
Salah satu daripada banyak antioksidan kuat dalam teh Rooibos dipanggil Chysoeriol. Ia boleh meningkatkan peredaran dengan menghalang aktiviti enzim yang mencetuskan penyakit kardiovaskular. Minuman teh Rooibos juga dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol.

6. Melegakan ketidakselesaan  perut
• Sebagai teh Rooibos mengandungi tahap flavonoid, terutama dipanggil quercetin. Ia mempunyai keupayaan untuk melegakan banyak penyakit berkaitan perut seperti kekejangan, diarrhea dan senak. Flavonoid diketahui membantu mengurangkan kekejangan, keradangan dan alahan. Ia juga telah diakui secara meluas bahawa manfaat kesihatan teh Rooibos meliputi mengurangkan kolik di kalangan bayi. Ia benar-benar bebas kafein, ia adalah selamat bagi mereka untuk minum teh Rooibos.

7. Bantu penyerapan zat besi
• Tidak seperti kebanyakkan teh hitam yang menghalang badan daripada menyerap zat besi dengan berkesan kerana ia mengandungi tanin, teh Rooibos menyokong badan menyerap zat besi. Teh Rooibos mengandungi kurang daripada separuh tanin teh hitam.

8. Membantu masalah kulit
• Kajian baru-baru ini mendapati bahawa teh Rooibos boleh membantu anda untuk kelihatan lebih cantik! Teh Rooibos mengandungi asid phenylpyretic, yang membantu mengurangkan jerawat, psoriasis dan ekzema. Anda boleh jadikan beg teh segar dan disejukkan pada kawasan yang terjejas dan ia akan menenangkan dan menyembuhkan mana-mana keradangan.

9. Bolehkah melindungi Parkinson / Alzheimers penyakit
Minum teh Rooibos secara teratur dapat melindungi daripada proses yang dikenali sebagai peridoxation lipid. Ini berlaku apabila radikal bebas merosakkan sel-sel otak dan tisu saraf. Jika ini berpanjangan, ia boleh membawa  kepada penyakit otak yang progresif dan semakin buruk, seperti Alzheimer.

10. Menggalakkan tidur yang lebih baik
• Teh Rooibos adalah unik kerana ia boleh digunakan sekerap yang anda mahu dan pada bila-bila masa. Ramai orang memilih untuk minum sebelum tidur kerana ia boleh membantu dengan masalah insomnia. Oleh kerana kandungan mineral yang tinggi dan kekurangan kafein, ia dikenali untuk membantu orang ramai untuk berasa tenang dan santai.

Ahhaaa… tak sangka Teh Rooibos ni banyak manfaatnya! Macam sessuai jerk untuk dijadikan minuman kesihatan KakNgah yang kurang sangat nak ambil pil sebagai makanan kesihatan, KakNgah lebih suka yang berbentuk serbuk dan cecair… 🙂 Eh! Shaklee ada keluarkan Teh Rooibos ker? adooooo…. mana? mana?

image

Tatttadaaaa….. Cinch Energy Tea Mix! Kalau anda nak tahu, salah satu campuran yang terkandung di dalam Cinch Energy Tea Mix adalah Teh Rooibos. 3 bahan utama lain adalah Red Tea Extract, Daun Teh Putih dan Matcha Green Tea Powder. Info lanjut boleh lihat ke link INI. Cinch Tea nih boleh diminum untuk semua peringkat umur walaupun kanak-kanak!

Ada yang berminat? Sekotak RM131.00/ 28 sticks. Nak dengan harga yang lebih jimat? call me kay… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Shaklee Effect ~ Masalah HB Rendahku Berjaya dengan Set Hamil Shaklee

image

Tattadaa….. rasanya KakNgah pernah share pasal masalah hb rendah ni di blog lama tapi kali ni KakNgah share je lah semula di blog nih, senang anda nak tinjau-tinjau kan. Masalah HB rendah semasa hamil memang KakNgah tak boleh nak elakkan kerana sebagai seorang Thalassaemia, HB rendah ni ibarat “teman mesra” yang tak boleh dipisahkkan, 🙂 tetapi masa ni memang KakNgah belum tau diri ni bermasalah dengan Thalassaemia.

“Shaklee Effect”! satu kemestian untuk dikongsi bagi KakNgah sendiri yang dah dulu mencuba dan merasai manfaatnya sebelum bergelar SID. Kalau anda perasan pada gambar di atas, tarikh yang tertera adalah Dec 22, 2011. Kalau tak silap masa ni kandungan KakNgah dah 4 bulan ++ gtu. KakNgah join Shaklee sebagai SID plak pada Julai 2012.

Shaklee Effect

Apa yang KakNgah dapat semasa consume Set Hamil ni sungguh bermakna buat KakNgah untuk dikongsi dan antara manfaatnya :

• HB normal,
• Tiada masalah sembelit,
• Tiada masalah kejang kaki,
• Lebih relax,
• Lebih bertenaga namun sekali sekala ada letihnya, adatlah ibu hamilkan…

Bagaimana Set Hamil Shaklee Membantu?

image

Vitalea (Multivitamin & Multimineral) ~ RM88.00
• Membantu mencukupkan keperluan nutrein dalam badan yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil.
• Lengkap dengan iron untuk membentuk hemoglobin bagi mengelakkan masalah HB rendah.

image

B Complex ~ RM53.00
• Membantu menukarkan makanan kepada tenaga.
• Mengurangkan tekanan.
• Mencegah anemia (HB rendah) dengan membentuk sel darah merah yang sihat.
• Membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

image

Sustained Release Vita C ~ RM92.00
• Meningkatkan sistem imun badan.
• Membantu membina sel darah yang sihat untuk penyerapan zat besi.

image

OsteMatrix ~ RM61.00
• Melengkap keperluan kalsium untuk ibu dan anak.
• Mengurangkan masalah kejang kaji.
• Membantu penghadaman lebih lancar.

Untuk kesan yang lebih baik dan effective, anda digalakkan untuk ambil bersama-sama :

image

ESP (Energizing Soy Protein) RM150.00
• Mengandungi protein lengkap yang diperlukan tubuh kerana protein adalah blok utama dalam badan untuk membina otot, organ-organ, tendon, sel darah merah dan kulit.

TESTIMONIAL

image

Alhamdulillah… KakNgah share apa yang KakNgah dah rasa dan dapat dengan mengamalkan supplement Shaklee untuk anda yang bermasalah seperti KakNgah. Jangan malu-malu nak buat order pulak… 🙂

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Julai 2014 | Bulan Keahlian Percuma

wpid-img_20140715_113307_wm.jpgEhhh… betul ker Julai 2014 ni “Bulan Keahlian Percuma?”…

Betullah.. tak kan KakNgah nak bohong, bulan puasa nih.. tak baik tau berdosa.. 🙂 Lifetime Membership lagi korang hahhh.

Macam mana nak dapatkan Free Member nih?

Bukan susah pun, BUY 6 FREE 1 Shaklee Vivix™ jer pun pada harga RM2850.00 bulan nih dan anda akan mendapat penjimatan sebanyak RM570.00 dan pada bulan hadapan senang-senang jer korang dapat bonus RM200.00 ++ dari Shaklee… Tak susah kan, sebotol Shaklee Vivix™ tahan selama sebulan ++ gtu, sehari sesudu teh pun dah cukup.

Apa Manfaat Shaklee Vivix™ nih?

Pada KakNgah, Shaklee Vivix™ ni cukup membantu KakNgah dalam :

  • Masalah penghadaman (buasir),
  • Masalah insomnia,
  • Masalah sakit-sakit badan,
  • Masalah kurang tenaga akibat Thalassaemia,
  • Masalah kesihatan keseluruhan…

Antara lain Manfaat Shaklee Vivix™?

  • Mengawal diabetes,
  • Mengawal darah tinggi,
  • Mengurangkan ketagihan merokok,
  • Menjaga kesihatan jantung,
  • Mengurangkan kolesterol,
  • Mengurangkan berat badan,
  • PCOS,
  • Resdung,
  • Rheumatoid Artritis,
  • Dan banyak lagi…

Bagaimana Vivix™ bertindak?

  1. Kerosakan DNA ~ Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu “typo” [kesilapan dari yang asal] yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
  2. Pengawalan Genetik ~ Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi [kemerosotan] umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix™ mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel ~ Mitochondria [penjana tenaga] di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix™ menggalakkan biogenesis [pembentukkan baru] Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  4. Penimbunan Protein AGE ~ Penimbunan berlebihan protein AGE [advance glycation end products]boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol [kandungan unik dalam anggur ‘muscadine’] untuk melambatkan pembentukkan protin AGE…

promo-julai-2014

Hahha…. rasanya dah cukup kut kan.. so bagi yang nak Free Member sambil-sambil menjaga kesihatan, boleh lah kita roger2.

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Anak Thalassaemia & Nutrein Secukupnya

Salam lovers… Maaf sesangat, KakNgah agak sibuk sejak akhir-akhir ni,dengan masalah line internet lagi dan segala macam plak masalah yang timbul tetapi semua dugaan yang datang tu mengingatkan bahawa Allah itu sangat-sangat menyayangi KakNgah… Segala dugaan ini adalah teguran dariNYA agar KakNgah tidak lupa dengan keesaan-NYA. 

Dalam 2 minggu lepas bertarikh 19th May 2014 ~ 26th May 2014, anak kecil KakNgah dimasukkan ke hospital akibat cirit birit, muntah dan demam berpanjangan, keadaanya yang terlalu lemah menyedihkan hati KakNgah. Cam mana tak sedih, anak-anak KakNgah masing-masing lasak tak hingat tapi bila dia orang sakit, naluri keibuaan pasti tersentuh…

Arsyad warded

Arsyad wad

Arsyad warded2

Satu yang KakNgah dapat belajar semasa di ward 7D (wad pengasingan) dari Pakar Nutrition Hospital Tuanku Ampuan Rahimah ~

Anak Thalassaemia perlu nutrein secukupnya… Sebagai Beta Thalassaemia Trait, Nutrein yang secukup membantu anak-anak untuk kekal sihat dan cergas. Tanpa nutrein yang secukupnya, heamoglobin tidak dapat membantu dalam menghasilkan darah dan ini menyukarkan oksigen bergerak ke seluruh badan dan otak. Apabila oksigen tidak sempurna, maka tumbesaran dan pemikiran mereka juga agak lambat.”

YA, itu jugalah yang sering KakNgah kongsikan di LINK Thalassemia secara ringkasnya Nutrein yang secukupnya perlu untuk anak-anak Thalassaemia.

Apa yang dapat KakNgah berikan kepada anak KakNgah adalah MealShake yang mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh, antaranya adalah :

  1. Carbohydrate,
  2. Protein (tanpa laktosa)
  3. Calcium,
  4. Magnesium,
  5. Sodium,
  6. Vitamin C,
  7. Vitamin E,
  8. Niacin,
  9. Iron,
  10. Zinc,
  11. Vitamin B6,
  12. Thiamin,
  13. Riboflavin,
  14. Vitamin A,
  15. Folic Asid,
  16. Iodine,
  17. Vitamin B12,
  18. Vitamin D,
  19. Fat.

mealshake2

Ermmm… harapan KakNgah agar perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana yang sedang mencari-cari supplement yang bersesuaian untuk anda dan anak anda…

“Kesihatan Itu Satu Anugerah”

 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 

 

Makanan & Supplement untuk Hb Rendah

Hemoglobin adalah protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan anda melalui darah. Besi, folat dan vitamin B6 dan B12 yang diperlukan nutrien untuk pembuatan sel darah merah, jadi termasuk sumber makanan yang kaya dengan ini dalam diet harian anda untuk menjaga hemoglobin dalam julat normal. Tambahan mungkin diperlukan jika paras hemoglobin yang terlalu rendah; mendapatkan bimbingan pakar perubatan atau pakar diet berdaftar untuk dos yang betul. Tanda-tanda hemoglobin rendah termasuk keletihan, hal berkabur mental dan kecenderungan meningkat kepada jangkitan. Apabila, kesihatan keseluruhan yang teruk adalah dikompromi.

  • Iron (zat besi)

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, 2/3 daripada iron di dalam badan anda terdapat dalam hemoglobin. Apabila keperluan iron rendah, pengeluaran hemoglobin dan sel darah merah menjadi lambat dan mengakibatkan anemia. Makanan yang kaya dengan iron perlu diambil bagi mengelakkan anemia menjadi lebih parah. Antara makanan yang tinggi dengan iron adalah :

  1. Heme Iron (sumber haiwan) ~ adalah yang paling tinggi dan cepat diserap oleh badan terutama hati ayam goreng yang mengandungi 11.0 mg iron. Hati lembu pula sebanyak 5.2mg seperti yang dikatakan oleh Jabatan Petanian Amerika Syarikat Bahagian Nutrein Pangkalan Data. Heme iron lain yang membantu adalah hati ayam belanda.
  2. Non-Heme Iron (bukan sumber haiwan) ~ kurang cepat dalam menyerap zat besi namun masih berkesan dalam meningkatkan Hemoglobin. Sumber makanan yang baik dalam meningkatkan penyerapan iron adalah bijirin, kekacang, tauhu, bayam dan kismis. Makanan bersumber Vitamin C juga tergolong dalam meningkatkan Hb seperti tomato, oren, strawberry atau kentang. Institut Perubatan Mengesyorkan pengambilan harian sebanyak 18mg iron untuk ibu-ibu hamil dan 8mg untuk lelaki dewasa.
  3. Makanan tambahan iron juga diperlukan bagi mereka yang mengalami masalah anemia yang teruk.
  • Vitamin B6

Sumber makanan yang kaya dengan B6 adalah daging lembu, ikan, hati bijirin, kentang dan buah-buahan bukan sitrus. Ini termasuk dalam rangkaian diet anda untuk memenuhi Elaun Pemakanan yang disyorkan untuk orang dewasa iaitu sebanyak 1.3 mg setiap hari. Walaupun kekurangan B6 terang-terangan adalah jarang berlaku kerana nutrein itu didapati di dalam banyak makanan, pastikan pengambilan Vitamin B6 anda jika tahap Hb anda adalah rendah.

  • Folat

Kekurangan folat, atau anemia jahat mempunyai ciri-ciri yang besar, tidak matang, cacat sel-sel darah merah dengan kapasiti membawa oksigen terjejas. Sumber makanan folat atau juga dipanggil asid folik adalah termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, hati, beras, germa gandum, bijirin diperkaya, kacang, brokoli dan hati. Alkohol akan menjejaskan folat makan anda digalakkan mengurangkan atau mengelakkan mengambilnya untuk meningkatkan status folat. Institut Perubatan mengesyorkan pengambilan harian folat sebanyak 400mg folat setiap hari bagi wanita dan lelaki.

  • Vitamin B12

Menurut Institut Perubatan, Elaun Makanan yang disyorkan untuk Vitamin B12 adalah 2.4 mikrogram setiap hari untuk orang dewasa. Pengambilan yang tidak mencukupi boleh mengurangkan pengeluaran sel darah merah. Sumber makanan yang baik Vitamin B12 termasuk daging, susu, telur, hati, ayan dan kerang. Memberi tumpuan kepada sumber makanan haiwan untuk mendapatkan cukup Vitamin B12 dimana sumber tumbuh-tumbuhan kurang mencukupi dalam mebentuk sel darah merah.

=============================

Ermmm… rasanya sebelum-sebelum ni pun KakNgah dah share berkenaan masalah Hb rendah akibat anemia dan Thalassaemia. Apa-apa pun harap dengan serba sedikit info kesihatan ini dapat membantu anda dalam masalaha Hb rendah, InsyaAllah. Dalam Shaklee juga ada beberapa supplement yang membantu bagi mengatasi masalah Hb rendah, antaranya adalah B Complex, VitaLea dan Vitamin C. Ketiga-tiga supplement ini sering berkaitan bagi membantu dalam permasalah Hb rendah.

optimum set w/o ESP3 supplement wajip buat KakNgah kerana KakNgah sendiri adalah Beta Thalassaemia Trait. Alhamdulillah, sungguh2 membantu KakNgah dalam menjalani hidup lebih sihat, cergas dan bertenaga. Alhamdulillah semuanya dengan izin dah redho dari-NYA.

Anda berminat?

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 
 

 

Selamat Hari Lahir Muhammad Idraki..

wpid-IMG_20140222_200946.jpg Muhammad Idraki Bin Mohd Jafni dilahirkan di Hospital Kuala Pilah @ Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan tanggal 23 Februari 2010 (selasa) bersamaan 09 Rabi’al-Awwal 1431, jam 5:12 minit petang… Anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik.

Angah (panggilan dalam keluarga) pada hari ni genap 4 tahun usianya, bertubuh sederhana tetapi petah bercakap walaupun agak pelat. Gemar melukis dan mewarna, gemar beraktiviti lasak dan mencabar, berkeyakinan tinggi dan berkehendak apa yang dia nak kan… sungguh mencabar sket dengan yang sorang nih… 🙂 bukan KakNgah jer yang fening, babahnya pun kadang2 kurang bersabar jadinya…

Seorang Beta Thalassaemia Trait, tidak boleh terlalu lasak dan terlebih beraktiviti, silap2 demam dan hidung berdarah, xcely harini memang angah demam coz semalam seharian meronda2 (pict semalam di playground Giant, Shah Alam). Nak-nak dengan cuaca yang tak menentu sekarang, memang mudah dihinggap penyakit namun alhamdulillah KakNgah bekalkan Angah dan anak-anak yang lain dengan supplement Shaklee seperti MealShake, Chewable Vita C dan Omega Guard. Seminggu sekali KakNgah berikan NutriFeron agar mereka bebas daripada penyakit berjangkit.

Alhamdulillah sejak consume supplement tersebut hidung angah jarang berdarah, 2 atau 3 bulan sekali jer berdarah hidung, selalunya seminggu 2 atau 3 kali hidung angah pasti berdarah. Mungkin ada yang tak percaya namun itulah hakikatnya anak-anak thalassaemia termasuk KakNgah sendiri so supplement tu dah kira wajib untuk diambil…

wpid-IMG-20140223-WA0015.jpgAktiviti tengahari tadi.. (ingatkan dia lukis hantu, rupa-rupanya orang… hahha…)

Setiap orang mahukan zuriat yang beramal soleh, bijaksana dan mahir dalam mendalami ilmu agama mahukan ilmu dunia, begitu juga harapan KakNgah. Semoga anak ummi Muhammad Idraki boleh menjadi anak dan umat yang bertaqwa kepada Allah dan yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat dibanggakan oleh semua orang, InsyaAllah…. Ummi dan Babah sayangkan angah juga along dan Arsyad.. ❤ ❤ ❤

 
 
Name Card
 
 

Jenis-Jenis Thalassaemia…

Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.

Apa yang menyebabkan Thalassaemia?

globin chainDarah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.

Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.

Jenis-jenis Thalassaemia

Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.

Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:

  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.

Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:

  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!

Kesan-kesan Thalassaemia

Pesakit yang menghidapi jenis Thalassaemia yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, biasanya mengalami tanda-tanda dan gejala berikut:

Kurang darah: Pesakit kelihatan pucat, letih, sesak nafas, tidak dapat minum susu dengan baik, dan kurang berat badan, serta mudah dijangkiti kuman. Tanda-tanda ini muncul ketika bayi berumur 4 hingga 6 bulan.

Perubahan tulang: Badan pesakit cuba menghasilkan darah secara berlebihan, kerana badan kekurangan haemoglobin. Malangnya, ini tidak berkesan, kerana kebanyakan haemoglobin yang dihasilkan tidak normal. Oleh itu, bahagian badan yang mengandungi sumsum tulang, iaitu ‘kilang darah’ badan, bertambah besar, dan menyebabkan tulang dahi, rahang, hati dan limpa pesakit menjadi semakin besar.

Sekiranya tidak dirawat, pesakit menjadi semakin lemah dan pucat, dan mengalami jangkitan kuman dan kegagalan jantung dalam usia kanak-kanak. Pesakit ‘Beta Thalassaemia Major’ memerlukan rawatan transfusi darah secara berkala, dan juga rawatan perubatan yang lain.

Seseorang yang mengalami jenis Thalassaemia ringan, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?

Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:

  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%

Ujian saringan untuk Thalassaemia

Kini, ujian saringan untuk Thalassaemia boleh dilakukan di kebanyakan klinik kesihatan dan hospital di Malaysia. Sebelum menjalani ujian saringan, seseorang akan diberikan kaunseling dan maklumat oleh doktor, mengenai ujian tersebut. Senarai klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan ini boleh dilihat di : http://fh.moh.gov.my/uploads/pend_kes/kk_talasemia.pdf

Thalassaemia dapat dikesan melalui ujian darah, yang melihat kandungan dan jenis haemoglobin dalam darah seseorang. Sekiranya ujian saringan menunjukkan seseorang mungkin menghidapi Thalassaemia, doktor mungkin mengesyorkan ujian lanjut, untuk menentukan jenis Thalassaemia secara terperinci. Sesiapa yang ingin menjalani saringan Thalassaemia boleh mendapat maklumat lanjut di klinik-klinik yang disenaraikan. Saringan adalah amat penting bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami Thalassaemia, atau sekiranya pasangan mengalami Thalassaemia. Ini adalah untuk membolehkan seseorang itu mengambil langkah positif dalam pengawalan dan pencegahan penyakit Thalassaemia, terutamanya Thalassaemia Major.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Thalassaemia, anda bolehlah melayari laman web berikut:

http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/search-for-medical-conditions/beta-thalassaemia-trait/beta-thalassaemia-trait-information/

http://www.mpaweb.org.my/file_dir/20755646044c43fcce36af5.pdf

http://www.nhlbi.nih.gov/health/healthtopics/topics/thalassemia/printall-index.html

credit : DoktorBudak

More & more info >> Thalassaemia.

 
 
Name Card