Emping Padi

Hahha, emping padi adalah makanan yang paling famous kat utara tanah air tau. Di buat dari padi yang separuh masak dimana ianya ditumbuk sehingga menjadi nipis. Rasanya agak keras, lenguh jugalah mulut ni kalau mengunyahnya, hihhi tapi itulah kesukaan KakNgah masa kecik-kecik dulu.

image

Emping padi nih, makannya kene campur ngan kelapa muda yang di parut pastu letak gula dan garam bagi rasa manis secukup rasa. Dah lama sangat tak makan emping padi nih, haritu masa balik kampung dan nak balik ke sini, kitaorang singgah ke Tanjung Dawai beli ikan masin dan emping padi nih, harini baru teringat nak buat, hahha…

Yang kelakarnya, sebab dah lama tak makan, ingat-ingat lupa cara nak makannya sampaikan tengah sediakan kelapa parut, gula dan garam pun bleh Google gak cara-cara nak makannya, tak puas hati tuh… 😀

Sebut pasal padi nih, teringat plak kat arwah ayah, 😦  dah 4 tahun lebih arwah tinggalkan KakNgah tapi rasa cam baru je lagi, arwah ayah dulu pesawah yang hebat! Jiran-jiran sawah arwah kagum sangat ngan arwah yang pandai bersawah namun anak-anak sorang pun tak tau, hahha… Dulu pernah KakNgah nak ikut arwah buat sawah tapi arwah tak bagi, 🙂  aishhh… Lain plak citenya, hihhi…

Tak per lah, nak tido dah hah… Kalau ada yang berminat nak dapatkan sebarang produk kesihatan Shaklee, bolehlah menghubungi KakNgah yer… 🙂  Jangan lupa juga dengan promo bulan nih…

image

★★★★★★★★★★★

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Resepi ayam gunting…

Haiii… sejak akhir-akhir ni kakngah banyak share resepi jerk kan… Bukan apa, seronok rasanya kalau dapat share sesuatu untuk ibu-ibu yang pening memikirkan resepi untuk anak-anak. Harini KakNgah share resepi kegemaran anak-anak KakNgah dan semestinya dah jadi rebutan diaorang. KakNgah yang tak makan ayam ni pun rasa terliur nak makan.., huhhu…

image

Bahan-bahan

1) Dada ayam (dipotong kepingan),
2) Susu segar (beli susu kotak rm1 pun dh cukup),
3) 1 biji telur ayam,
4) Tepung goreng/ tepung gandum ~ jika ibu-ibu memilih untuk menggunakan tepung gandum (campurkan sesudu teh rempah kari & sesudu teh serbuk cili jika gemarkan rasa pedas, jangan lupa letak juga garam dan perasa secukupnya.., 🙂 )

Cara-caranya

1) Pukul telur ayam dan campur 1/2 cwn susu segar,
2) Celurkan kepingan ayam ke dalam bancuhan telur & susu, kemudian salutkan ke dalam tepung dan terus digoreng apabila minyak sudah sedia panas,
3) Selesai menggoreng, bolehlah mengunting ayam tersebut sekecil/ sebesar mengikut senangnya untuk anak-anak ibu makan… 🙂

Owh… ya, KakNgah gunakan tepung goreng ayam Aroma yang mengandungi perasa pedas & original. Disebabkan anak-anak KakNgah tak gemar pedas so KakNgah gunakan tepung goreng ayam yang original seperti di bawah, lagi mudah dan pantas. 🙂

image

Apapun, nak juga KakNgah bagitau promo untuk bulan ini… 🙂

image

Dan…

image

Anda berminat untuk mendapatkan supplement? Hubungi kakngah untuk order & konsultasi percuma yer… Pastinya ianya lebih berbaloi.

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Resepi Ringkas untuk Anak-Anak

image

Sarapan ringkas semudah A.B.C. untuk minda anak-anak, ringkas namun penuh khasiatnya!

Resepi
1) 5 sudu oat,
2) 1 sudu teh MealShake,
3) 1 capsule Omega Guard,
4) 2 sudu susu tepung+300ml air untuk rasa manis @ anda boleh gantikan 300ml susu segar.

Mudahkan… sarapan yang berkhasiat ini juga sesuai untuk anda yang inginkan kesihatan jantung, menstabilkan kolesterol, diabetes dan diet sihat dengan 3~6 capsules omega guard setiap sehari…

Kene pula bulan ni promo Omega Guard, berbaloi jika anda ingin dapatkannya di bulan November ini.

image

Bagi melihat senarai harga pasaran, sila click di PRICE LIST. Hubungi KakNgah untuk mendapatkan item dengan harga yang lebih istimewa beserta konsultasi secara PERCUMA.

Untuk membuat pesanan dengan menggunakan DEBIT CARD/ CREDIT CARD, sila click image di bawah…

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Resepi Gulai Itik Campur Kulit Rambai.

image

Hollaaaaa… 🙂

Disebabkan kengkawan KakNgah dok mintak resepi “Gulai Itik + Kulit Rambai” maka sekali sekali kita share la makan-makan plak yer… ni kalau orang Kedah panggil masak lemak cili api, gulai kat Kedah sana sama ngan kari la. Orang Negeri Sembilan panggil gulai, al-maklumlah my hubby kan orang Negeri Sembilan so kena la belajar buat gulai cara diaorang..

Bahan-Bahan

• Seekor itik (potong ikut suka koranglah yer, KakNgah amek 3/4 sebab balance tu buat sup untuk anak-anak),
• 2 biji kelapa parut (makin lomak, makin sodap! 🙂 ),
• 2 inci kunyit hidup,
• cili padi / cili api – 20 ~ 30 biji (ikut kepedasan korang),
• 3 ~ 5 batang serai,
• kulit rambai (diricih / potong 4 bahagian dan dijemur kering, tak cukup kering pun boleh),

image

Cili api dan cili padi ni sama ke tak KakNgah pun tak tau… hahha tapi kalau orang Negeri Sembilan gunakan cili yang atas no. 1 tu, lain plak dengan orang Kedah yang jadikan cili yang no. 2 tu untuk buat masak lemak atau sambal belacan…

Kalau ikutkan cara orang Negeri Sembilan, cukup dah bahan-bahan kat atas tu tetapi kalau ikut cara Kedah, boleh tambah..
• seinci halia,
• 2 ulas bawang putih,
• 3 ulas bawang merah.

Cara-Cara Penyediaannya

1) Tumbuk kunyit hidup, kalau rasa cam susah nak hancur campur sedikit garam untuk memudahkannya hancur, diikuti cili api sehingga lumat, halia, bawang putih dan bawang merah.

2) Masukkan ke dalam kuali (orang Kedah selalu guna periuk setiap kali nak masak benda berkuah kan…) bersama serai yang diketuk. Masukkan secawan air dan biarkan mendidih sehingga hampir kering.

3) Masukkan itik yang dah siap di potong kemudian kacau rata bersama secawan air, biarkan sehingga tersalut dengan bahan-bahan kemudian perlahankan api.

image

4) Masukkan perahan santan yang kedua dengan api sederhana, kacau supaya santan tidak berketul sehingga hampir kering kemudian masukkan pula santan perahan pertama.

5) Masukkan kulit rambai kacau sehingga mendidih dan santan sebati (tidak berketul). Disebabkan kulit rambai KakNgah belum cukup kering so KakNgah rebuskan dahulu secara berasingan kemudian tos kan, baru masukkan bersama gulai itik.

6) Berulang-ulang tambahkan air supaya isi itik lembut, apabila isinya sudah lembut baru masukkan garam secukup rasa…

image

DONE! siap sedia untuk dimakan…. nyum… nyummm…. 🙂

Ops! ada yang nak order supplement? 🙂

 ⌨ Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.