Sakit gigi!

image

Sudah beberapa hari nak berkongsi hal berkenaan sakit gigi nih tapi bila dah sakit gigi memang mood ke laut ler nak berkongsi, yer dok? Siapa pernah sakit gigi? semua kan… termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas sekali pun.. Aishhhh, kalau diingat ingatkan, sakit gigi dan sakit bersalin, memang sakit lagi bersalin cuma sekejap. Tapi kalau dah sakit gigi, mau makan minggu ooooo… 😦

Kakngah ni liat nak makan pil, bila dah sakit baru terhegeh-hegeh nak mencari, hahha… nak kongsi nih, masa sakit gigi 4 hari lepas KakNgah teringat la plak OsteMatrik & Vita C. Eh, apa pulak kena mengena dengan OsteMatrik dan Vitamin C nih? ada le sebabnya… jom KakNgah kongsikan…

image

OsteMatrik™ Shaklee membekalkan nutrein harian termasuk kalsium yang membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi. Ia juga termasuk vitamin D, magnesium, zinc, tembaga dan mangan. OsteMatrik™ Shaklee adalah kalsium yang lengkap dan seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.

Info Produk
Retail Price : 61.00
Size : 120 tablet

Vitamin C
image
Badan kita kehilangan vitamin C dalam kegiatan sehari-hari. Vitamin C membantu dalam pembentukkan kolagen dengan melindungi gigi kerana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gigi, rangka dan tulang rawan.

Info Produk
Sustained Release Vita C
Retail Price : RM92.00
Size : 180 tablets

Chewable Vita C
Retail Price : RM37.00
Size : 90 tablets

Hahha… anda perasan tak, OsteMatrik dan Vitamin C sangat berperanan untuk kesihatan gigi. So memang sesuai sangat-sangat kalau anda memilih untuk consume 2 jenis supplement tersebut bagi mengurangkan rasa sakit gigi tuh. Alhamdulillah memang berkurang banyak rasa sakit gigi nih dan tindakkan selanjutnya anda bolehlah berjumpa doktor gigi untuk merawat gigi anda. Hihhi… KakNgah paling malas nak pergi menempek kat klinik… ops! 😀

Untuk harga yang lebih jimat dan konsultasi percuma, jangan segan jangan malu untuk hubungi Kakngah… 😉

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Jahit-Jahit | OsteMatrix

wpid-img_20140707_070803.jpg“Jahit-Jahit | OsteMatrix”… apa kaitannya nih, takper jom… sekali sekala update minat sampingan KakNgah plak. KakNgah bukan pakar menjahit cuma bila dah kena paksa dek suami belajar menjahit so ikutkan jelah.. Bila dah belajar cam ketagih plak tetapi still kene belajar lagi untuk mahirkan skill menjahit… Alhamdulillah bolehlah kalau nak buat baju sendiri dan keluarga, sekarang nih upah baju pun dah mahal… Kalau menjahit mahal tu kene dengan penat lelah kita berjaga malam hari nak potong kain…

KakNgah ni malas sket nak ambil tempahan, almaklumlah dengan 3 hero remaja kat umah ni yang kejap menembak, berperang segala bagai membuatkan KakNgah hilang fokus nak memotong, sekadar menjahit baju kenalan rapat, jiran-jiran dan jiran tetangga bolehlah… hihhi..

OPS!!! ni baju kenalan rapat KakNgah, dah setengah tahun berkampung kat umah nih, hahha… disebabkan anak KakNgah yang kuat melekat dah stop BF dan lagipun dah nak raya nanti so KakNgah usaha siapkan juga baju kenalan nih… hihhi… ada lagi 2 pasang tau, yang sepasang dah salah potong, yang sepasang lagi kat kedai jahit tepi, lupa nak amek… InsyaAllah, mlm karang nak singgah amek kain tuh…

Hahha… selalunya kalau tukang jahit dah salah potong kain memang kene gantilah, itulah risiko seorang TAILOR. Time raya memang masyuklah tailors kita, hihhi… tapi jangan pandang yang masuk jer pada tailors ni, penat diaorang kne amek kira… 😀 Kesiannya tailor ni kalau dapat pelanggang yang cerewet, berkira dan tak reti nak bayar, kesian la diaorang so jangan la buat gtu ngan diaorang…

Dah nama pun tukang jahitkan, so bila dah lama sangat duduk, sakitnya pinggang kan… ermmm, itu sebab pentingnya OsteMatrixTM

*******************************************

Apa ke benda OsteMatrixTM tu yer? Kenapa pulak bersesuaian kepada TAILORS? ni yang nak share nih, hihhi…

Shaklee OsteMatrixTM adalah kalsium yang lengkap keluaran Shaklee dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi :

  • kalsium
  • magnesium
  • fosforus
  • vitamin D
  • zinc
  • kuprum
  • manganes
  • boron

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan yang lebih optimum oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengan mineral. Kajian telah membuktikan kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan, hahha… itulah pointnya yang nak KakNgah kongsikan, kebanyakkan tailor terdiri di kalangan wanita kan… 🙂 Tailor ni kejernyer kejap membongkok, kejap bangun, kejap duduk yang lama untuk menjahit so mulalah terasa lenguh, kejang, sakit-sakit badan dan sengal-sengal badan, tak gitu mak-maknya… hihhi…

Pengambilan OsteMatrix sangat sesuai ler untuk tailors kat luar sana, memang sangat-sangat membantu tau… Antara kebaikkan OsteMatrixTM adalah :

  1. Menguatkan tulang
  2. Memperbaiki kebas-kebas dan kejang
  3. Meringankan stress
  4. Memeperbaiki masalah haid
  5. Pengalkalian tubuh
  6. Merawat penyakit rickrets
  7. Membantu sistem saraf dalam pengecutan saraf dan otot
  8. Menghalang artrstis

Hahha… selalunya tailors akan hadapi beberapa kes seperti di atas kan, so OsteMatrixTM memang sessssuailah…

Bagaimana pula Memilih Kalsium Premium @ Terbaik?

  • Pilih produk yang mengandungi Vitamin D & Magnesium,
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum,
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Selain TAILORS, siapa lagi perlukan OsteMatrixTM nih?

  • Kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas yang sudah tidak minum susu,
  • Ibu hamil,
  • Ibu berpantang,
  • Ibu menyusu,
  • Wanita,
  • remaja yang pertama kali haid/ period,
  • Lelaki,
  • Osteoporosis.

Lelaki dan wanita sebenarnya sama-sama perlukan kalsium apabila umur mula meningkat. Kalsium perlu diambil apabila masing-masing memasuki fasa akhil baligh. So anda bagaimana?

wpid-img_20140715_074415_wm.jpg

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Kalsium Untuk Anak

Bismillah..Walsalamualaikum kepada pengunjung yang dikasihani, Ermmm… sekarang ni memang jarang sesangat KakNgah nak meng”update” blog kesayangan nih, apa taknya, anak kecil KakNgah nak melekat setiap masa tak kira masa dan tempat, makin kita cuba untuk hentikan BF makin nak melekat plak kejernya, banyak sangat kerja-kerja yang tertangguh… huhhu… sorry yer yang menempah baju tapi tak siap-siap lagi.. Dah-dah, sementara datang idea nih, nak berkongsi sket tentang KALSIUM! Erm… semua dah tau kut bulan ni APRIL 2014 PROMO OsteMatrik @ Kalsium BUY 6 FREE 1.

Bagi yang tak tahu atau lupa sudah… kalsium nih penting tau, bukan jerk bila dah tiba masa akil baligh baru kene amek kalsium, no..no…no… salah tuh. Kalsium ni penting sejak kita dalam perut mak kita lagi, sebab tu bila mak-mak yang mengandung ni kerap sakit gigilah, kejang kakilah, lenguh sana, lenguh sini, sakit pinggang, sakit kepala, uisshhhh macam-macam. Apataknya, bayi kat dalam tu dok tarik kalsium dari badan mak-mak ni untuk tumbesaran diri dia.. hahha…

Erm… ada yang bertanya, “kalau anak dah tak minum susu ATAU tak gemar minum susu, boleh tak kalau saya bagi anak saya yang baru berusia 4 tahu consume OsteMatrik?” Hahha… soalan cepu emas tuh..”BOLEH!” itu jawapannya.

TAHUKAH ANDA???

Kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 8 tahun memerlukan kalsium sebanyak 800mg hingga 1000mg setiap hari.

Pendek dan ringkas jerk… anak-anak yang dah pandai makan pil ni bolehlah consume OsteMatrik. Mudah jerk nak telan OsteMatrik nih, kecil jer tabletnya.. Antara manfaat lain selain membantu tumbesaran anak anda, OsteMatrik juga membantu dalam :

  • masalah pembuangan,
  • kesihatan gusi dan gigi,
  • mengelakkan osteoporosis di kalangan kanak-kanak,

Itu jerk yang nak KakNgah kongsikan, penting tau kalsium untuk anak-anak nih, untuk pengetahuan anda juga, Osteoporosisi pun boleh menyerang kanak-kanak yer so pastikan keperluan kalsium anak anda mencukupi… Moga enjoy dengan perkongsian ini.

OPS! sebotol OsteMatrik baru rm61.00, tak mahal pun… kesihatan tu lagi mahal, sukar sebenarnya nak dapatkan kesihatan yang baik, erm… emas berlian, gadget semua boleh dibeli, kesihatan mana boleh beli… 😀

 
 
 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Kemuning.
 
 

Anda Hamil… ~ Susu @ OsteMatrik?

Siapa tak suka minum susu sila angkat tangan? ngeh..ngeh…ngeh… KakNgah pun tak suka minum susu kecuali MariGold HL Milk… Kenangan sungguh dengan susu HL nih, masa ngandungkan anak ke-2 tiap-tiap hari KakNgah akan minum susu MariGold HL nih, tak dapat kotak besar, kotak kecil pun jadi, macam dah jadi wajip plak. Sekotak besar dalam rm4.95 kotak besar dan rm1.95 kotak kecil (4 tahun ++ yang lepaslah), kini kalau tak silap sekotak besar dah rm6.20. Rasa susunya yang sangat seimbang walaupun rendah lemak sungguh sedap, tinggi dengan kalsium dan protien juga. Aishhhh… cam nak promote MariGolg HL Milk plak… 🙂 hakikatnya memang KakNgah sukakannya dan lahirlah anak ke-2 KakNgah dengan tulang yang kuat, serious u…

Sebut pasal kalsium, susu dan tulang nih, KakNgah nak kongsikan plak OsteMatrik, KakNgah kenal OsteMatrik ni pun masa ngandungkan anak ke-3 KakNgah, I baru kenal ngan Shaklee u… 🙂 , OsteMatrik ni kalsium yang lagi terbaik yang boleh KakNgah katakanlah… KENAPA??? Jom kita layan sket…

Seperti yang sedia maklum, kalsium penting dalam tumbesaran tulang dan gigi kita, selain itu juga kalsium sebenarnya penting  dalam :

  • Mengeluarkan hormon dan enzim dalam badan,
  • Mengawal muscle contraction (kejang @ kebas2 kaki tangan),
  • Menstabil dan membantu dalam proses penyerapan oleh sel,
  • Membantu pengeluaran tenaga,
  • Memungkinkan pembekuan dalam darah,
  • Mengelak insomnia,
  • Mencegah osteoporosis,
  • Mengawal sakit senggugut,
  • Mencegah gusi berdarah,
  • Membantu dalam membina tulang dan gigi bayi dalam kandungan,

Beberapa sumber lain yang tinggi dengan kalsium selain susu adalah :

  • Yogurt,
  • Keju,
  • Sayuran hijau,
  • Ikan Salmon,
  • Buah-buahan kering,
  • Tofu,
  • Kacang Soya,
  • OatMeal,
  • Almond,
  • Pisang,

Hahha… Peranan OsteMatrik ni pun tak kurang hebatnya cam susu, OsteMatrix dari Shaklee nih adalah kalsium yang seimbang untuk ibu-ibu yang sedang hamil.

TAHUKAH ANDA? Dos kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 1,000 miligram (mg) setiap hari.

Perbezaan kalsium (OsteMatrix) Shaklee dari kalsium lain di pasaran.

  • Mempunyai kadar serapan yang tinggi sebanyak 99%,
  • Formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati,
  • Nutrein lengkap yang perlu diambil bersama yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron bagi penyerapan yang baik dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan lebih berkesan.

Ermmm… agak-agak u olls lah, mana lebih elok? Susu @ OsteMatrix? Sebenarnya, dua-dua penting!!! tetapi jika anda kurang gemar minum susu, anda boleh memilih OsteMatrix dan jika sebaliknya pula, pilihlah MariGold HL Milk, hahha… pasti anda suka.. 🙂

Dengan pengambilan 4biji OsteMatrix sebelum tidur akan membantu anda dan bayi anda mendapatkan kalsium yang secukupnya… InsyaAllah, anda pasti tidak akan menyesal memilih OsteMatrix dari Shaklee..

 
 
Name Card
 
 
 

Sihat & Cergas Dengan Set Berpantang Shaklee

Bismillah..

Walhamdulillah…. masih diberi ruang untuk KakNgah berkongsikan manfaat juga sebarang info kesihatan untuk anda diluar sana pada malam ini. Moga dengan sedikit perkongsian dari KakNgah akan memberikan manfaat untuk anda semua.

Suami dan anak2 dah pun melayang ke “London” so sket2 tu bolehlah untuk KakNgah kongsikan apa yang terlintas untuk malam nih… Dalam FB bukan main lagi yg dok “update” status menunggu hari, berkira hari, nak makan apa masa berpantang dan bla…bla…bla… bukan main lagi ibu-ibu yer.. masing-masing gumbira menantikan cahaya mata. Eh! ada juga yang sedang berpantang… TAHNIAH!!!

================================================

Yea.. yea.. yea… “Sihat & Cergas dengan Set Berpantang Shaklee” ~ Tajuk untuk entry ini kalilah, hehhe…Soalan yang lazim KakNgah dapat apabila ada yang nak dapatkan Set Berpantang ni adalah :

  • Apa yang ada dalam set berpantang ni?
  • Berapa harga set berpantang nih?
  • Kalau saya nak ambil ini..ini..ini sahaja boleh?
  • Saya bajet dalam rm2xx jer, ada tak untuk bajet saya nih?

Hahha… banyak pilihan sebenarnya yang ibu-ibu boleh buat, jadi disini KakNgah sediakan senarai set berpantang bermula daripada yang asas sehingga yang mampu dengan bajet ibu-ibu diluar.

Set Asas Berpantang

Set asas berpantangSet asas berpantang terdiri daripada Vitalea, Sustained Release Vita C, B-Complex dan Zinc

Bagaimanakah set ini membantu ibu-ibu berpantang?

Vitalea & B. Complex ~ Gabungan Vitalea dan B. Complex membantu dalam membina sel darah merah yang baru di mana ibu-ibu banyak kehilangan darah semasa proses bersalin.

Vitalea juga membantu ibu-ibu dalam memenuhi keperluan nutrien kerana kandungan multivitaminnya yang terbaik memberikan kesihatan ibu-ibu lebih sihat.

B-Complex membantu ibu-ibu dalam mengawal stress dimana emosi ibu-ibu semasa berpantang agak terganggu dengan kehadiran cahaya mata. Kebarangkalian ibu-ibu mudah letih apabila rehat dan tidur yang tidak cukup untuk menjaga diri juga bayi. Dengan pengambilan B. Complex ibu-ibu akan lebih bertenaga, InsyaAllah walhamdulillah… KakNgah sendiri dah pun merasainya [sangat2 membantu untuk pesakit Thalassaemia Trait cam KakNgah].

Sustained Release Vita-C ~ Ini lagi satu supplement yang terbaik kerana SR Vita C sangat2 membantu dalam pertahanan imum badan dari demam, selsema dan sakit, InsyaAllah… Biasalah kan ibu-ibu yang tidak cukup kuat semasa berpantang memang mudah demam dan sakit, almaklumlah bila badan dalam keadaan “kotor”, penyakit pun senanglah nak hinggap yer…

Zinc ~ Hahhahaha…. Zinc adalah sebuah mineral penting dengan belbagai fungsi untuk tubuh manusia dengan mengaktifkan lebih 200 enzim di dalam tubuh kita. Diulangi… lebih 200 enzim maka sememangnya zinc sangat2 membantu dalam membaik pulih luka dengan lebih baik dan sempurna. Tak kisahlah samada luka bersalin secara normal atau pembedahan.

Ini baru asas berpantang, harga untuk set asas ni hanya RM268.75 [nak lagi murah??? leh PM di SINI, jangan lupa LIKE yer…]

61564_490745390981325_1679932169_nESP [Energizing Soy Protein] ~ Ibu-ibu juga boleh memilih untuk ambil bersama ESP bagi memberikan tenaga segera serta membantu dalam penyerapan lain-lain vitamin dengan lebih cepat dan efektif.

ESP juga membantu susu ibu-ibu menjadi pekat dan bayi akan mudah kenyang serta tidak mudah meragam di waktu malam. Jadi ibu-ibu boleh berehat dan tidur dengan lebih baik agar diri lebih bertenaga, sihat dan cergas ~ cam KakNgah… 😛 ~ Sedap juga bila dicampur dengan blackcurrent.. dengan plain water pun bestttt!!!

Vita-E

Vita E Shaklee ~ Ibu-Ibu juga boleh add on sekali Vita E Shaklee dimana Vita E Shaklee juga amat membantu dalam baik luka bersalin dengan lebih pantas. Sebenarnya manfaatnya sama sahaja dengan zinc namun keberkesanan Vita E lebih pantas umpama naik motor dengan naik kereta untuk ke mana-mana destinasilah… hehhe…

osteOsteMatrix ~ OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 

Kalsium ni baik untuk kesihatan ibu-ibu selepas bersalin kerana semakin usia wanita itu meningkat, kalsium akan turut berkurang. Selain membantu ibu-ibu, kalsium juga penting untuk tumbesaran dan kekuatan tulang bayi serta gigi bayi kelak. ~ Cam anak bongsu KakNgah, umur baru 5 bulan setengah tapi dah pandai berdiri sendiri sebab KakNgah amalkan kalsium sejak mengandungkan dia lagi… KakNgah sendiri tak percaya, tapi itulah hakikatnya… Di usia 9 bulan dah pun pandai berjalan, lebih cepat dari abg sulungnya yang berjalan seawal 10 bulan dan abg ke-2 nya seawal 11 bulan… Alhamdulillah.

omegaOmega Guard ~ Ni lagi satu supplement yang sangat sessuai untuk ibu2 semasa berpantang. Sangat baik untuk minda ibu juga bayi anda dan mungkin juga ibu-ibu belum mengetahuinya bahawa Omega Guard juga sessuai utk ibu-ibu yang ingin DIET! ~ Sesssuaiiii sangat2 dengan bulan PROMO BUY 6 FREE 1 December ini kan…

alfalfa2

Alfalfa Complex ~ OPS!!! hampir terlupa.. Ibu-ibu yang bekerjaya atau yang mempunyai masalah penyusuan boleh add on bersama Alfalfa Complex sebagai penggagalak susu badan. Sesuai diambil selepas dua minggu berpantang…

**************************************************

Hahha… dah panjang lebar perkongsian dari KakNgah malam ni yer.. semuanya untuk pilihan ibu-ibu. Untuk bajet, ibu-ibu boleh tengok di PRICE LIST yer, boleh buat kira2.. nak lagi jimat berganda roger2 ngan KakNgah jer… special price KakNgah boleh bagi, siap free gift lagi…

 
 
 
Name Card
 
 

OsteMatrik [Kalsium] & Osteoporosis

tulang koroposHahha… ni lagi satu produk yang KakNgah jakun masa mula2 join member, ape ke benda lah OSTEMATRIK nih? 🙂 OSTE dipendekkan daripada perkataan Osteoporosis manakala MATRIK pula adalah maksud kepada kecukupan untuk ketumpatan tulang seseorang. Seperti yang dijanjikan pada post “Betul ker ESP Dapat Membantu Dalam Masalah Gastrik? KakNgah kongsikan pulak Apa itu OsteMatrix®?

OsteMatrix® membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Antara Manfaat OsteMatrix®

  • Terbukti secara klinikal dalam meningkatkan penyerapan kalsium.
  • Menguatkan tulang dan gigi.
  • Membantu masalah gejala ‘morning sickness’ dengan mengawal alergi.
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Membantu melawas dan mengatasi masalah sembelit.
  • Mengawal masalah gastrik.
  • Kurang berat badan akibat osteoporosis.
  • Membantu dalam masalah migrain.
  • Mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

Apakah Pula Osteoporosis?

Osteoporosis berasal dari bahasa Yunani osteo yang bermaksud tulang dan porosis yang penuh dengan lubang. Jadi Osteoporosis adalah satu keadaan  kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

“Tahukah Anda? Jisim Tulang Berkembang Ke Tahap Maksimum Pada Usia Umur 28 Tahun dan Akan Mengurang Selepas Itu ~ Wanita Lebih Berisiko.

Apa tunggu lagi? Order OsteMatrix untuk kesihatan tulang anda! dan dapatkan dengan harga yang lebih istimewa hanya dari KakNgah… 🙂

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.
 
 

Betul ker ESP Dapat Membantu Dalam Masalah Gastrik?

Ermmm… ramai yang dok bertanya, kenyataannya MEMANG BETUL dan Alhamdulillah, ramai yang memberikan feed-back yang positif setelah mencuba ESP untuk masalah gastrik masing2… jom KakNgah kongsikan beberapa testimonial untuk tatapan anda…

ESP ~ gastrik2

ESP ~ gastrik3

Hahha… ni baru sket, sebenarnya banyak lagi testimonial yang nak dikongsikan… Jom KakNgah kongsikan sket info2 yang berkaitan dengan gastrik plak.

Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Apakah Punca Utama Gastrik?

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Bagaimanakah Simptom-Simptom Gastrik?

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Apakah Komplikasi Daripada Masalah Gastrik?

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Bagaimana ESP Membantu Mengawal Gastrik Anda daripada Berulang?

ESP yang tinggi dengan sifat alkalinya dapat meneutralkan keasidan di dalam perut dan membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. Selain ESP memberikan rasa kenyang yang lama, ESP juga memberikan tenaga segera kepada anda yang sering keletihan dan tidak bermaya.

Anda juga boleh menambahkan OsteMatrik dalam diet harian anda kerana OsterMatrik sumber kalsium yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid di dalam perut. Erm… next time KakNgah kongsikan plak manfaat OsteMatrik dengan lebih padat yer.

Bagi anda yang mempunyai masalah gastrik, tolong jangan biarkan ianya berlarutan kerana ianya akan lebih parah! Jika anda ingin dapatkan ESP dan OsteMatrik dengan harga yang lebih baik, leh roger2 KakNgah kay, KakNgah sedia membantu anda untuk kesihatan anda kerana “Kesihatan Itu Satu Anugerah”… Happy Lunch Hour… 🙂

 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.