NutriFeron™ ~ Penemuan Pertama InterFeron.

nutriSekilas fakta yang anda perlu tahu tentang NutriferonTM

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Hanya boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

***********************************************

InterFeron merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi dimana ianya merupakan satu-satunya yang mula ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.

Apakah InterFeron?

Interferon adalah protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh sel di dalam tubuh untuk melindungi tubuh daripada serangan pelbagai penyakit, contohnya pada sel-sel darah putih, sel-sel pembunuh alami, fibroblast-fibroblast, dan sel-sel epithelial.

Tubuh secara semulajadi dapat membentuk tiga macam interferon, iaitu interferon alfa, beta, dan gamma. Dilihat dari struktur tiga dimensinya, interferon alfa dan beta mempunyai persamaan (homology) yang tinggi dan sering dinamakan interferon I. Sementara itu, interferon gamma mempunyai struktur yang berbeza dan biasanya juga disebut interferon II.

Interferon dihasilkan oleh tubuh apabila mendapat serangan dari pelbagai agen penyakit . Namun, umumnya jumlah yang dihasilkan tidak mencukupi untuk melawan agen penyakit yang berkembang biak dengan cepat . Kerana itu, bekalan interferon dari luar diperlukan dan kemudian dijadikan sebagai jenis terapi yang termasuk ke dalam jenis imunoterapi ( imunoterapi ). Inilah yang menjadi idea awal penggunaan interferon sebagai ubat .

Apakah Manfaat Nutriferon?
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satu interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells and makrofag.
  • Melawan kanser & Tumor – Inteferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsangdan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. dapat mengurangkan ketidakselesaan sewaktu rawatan terapi.
  • Melindungi dari Influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan stress dan kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan – Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru sel-sel juga akan jadi sihat.
  • Mengurangkan infeksi oleh pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual muntah dan lain-lain kepada pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, imsomnia dan mood swing.

Banyakkan manfaatnya… nak tahu lagi tentang manfaat-manfaat lain, kene lah mencubanya… Tak kenal maka tak chennnta kan.. Bagi anda yang ingin mencuba, moh roger2 nga KakNgah, jangan malu2 kay…

 
 
 
Name Card
 
 
 
Advertisements

Hepatitis C Pembunuh Dalam Senyap!

Dalam dok pikior memikior apa yang nak dikongsikan, teringat plak ngan seorang sahabat nih gtau husband dia ada Hepatitis C. Kemungkinan besar persekitaran kerja suami sahabat di kilang [pembuatan benda tajam] menjadikan faktor utama menghidap Hepatitis C. Goggle punya goggle jumpa satu artikel yang boleh dikongsikan. Alhamdulillah, belek membelek dalam buku nutrisi Shaklee jumpa plak suplemen yang boleh membantu mengawal masalah Hepatitis nih, apapun jom kenal dulu…

Apa itu hepatitis C?

Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis C ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Anda boleh dijangkiti virus ini melalui darah seseorang yang telahpun dijangkiti.

Bagaimana Hepatitis C Boleh Tersebar?

Anda boleh dijangkiti hepatitis C melalui:

  • perkongsian jarum suntikan jika anda menyuntik dadah ke dalam badan. Ini merupakan cara yang paling biasa hepatitis C tersebar. Dianggarkan separuh daripada penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan menghidap hepatitis C.
  • pendedahan kepada darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, ada kemungkinan kulit anda terluka terkena jarum suntikan secara tidak sengaja.
  • jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.
  • mendapat rawatan perubatan atau pergigian di sesetengah negara di mana penyakit ini banyak berlaku dan peralatan mungkin tidak disteril dengan betul.
  • anda juga boleh mendapat hepatitis C melalui hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Virus hepatitis C boleh hidup selama beberapa minggu dalam darah kering. Ini bermakna anda boleh dijangkiti melalui pencukur, gunting, pengetip kuku atau berus gigi yang anda kongsi dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Apakah Cara untuk Mengetahui Samada Anda Penghidap Hepatitis C?

Satu-satunya cara untuk memastikan sekiranya anda menghidap hepatitis C ialah dengan membuat ujian darah. Jika anda menghidap hepatitis C, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom, atau barangkali simptom-simptomnya sangat ringan atau kabur, atau disalahertikan sebagai sesuatu yang lain. Tetapi virus ini boleh merosakkan hati secara senyap. Jika tidak dirawat, hepatitis C akhirnya boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga.

Pertama kali anda dijangkiti, anda mungkin rasa sangat letih dan tidak sihat, seolah-olah anda mendapat demam selesema. Agak jarang bagi mereka yang menghidap hepatitis C untuk mendapat jaundis, yang mana merupakan satu tanda bahawa hati tidak berfungsi dengan betul.

Jika anda menghidap hepatitis kronik, anda mungkin mempunyai simptom-simptom yang sukar dipastikan. Ini termasuk:

  • keletihan yang amat sangat
  • sakit-sakit otot
  • loya
  • kemurungan atau keresahan
  • kesakitan pada bahagian atas kanan perut anda (di mana hati anda berada)
  • lemah daya ingatan atau penumpuan.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Menghidap Hepatitis C?

  • Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan,
  • Penghidap kencing manis,
  • Pesakit darah tinggi.

Okeh.. dah tahu serba sedikit info Hepatitis C, KakNgah kongsikan suplemen yang bersesuai plak dengan masalah kesihatan berikut :

DTX Complex

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex : ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana sel-sel hati.

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan melindungi organ dalaman lain daripada rosak.

NutriFeron

NutriFeron membantu mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan NutriFeron dlam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

Jika anda sayangkan keluarga anda, jagalah hati anda, kebahagian keluarga adalah satu kehidupan yang amat bermakna… Hubungi KakNgah jika anda inginkannya, jangan segan2 yer…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.