Keperluan Ibu & Anak

Persediaan Ibu & Anak untuk ke Labour Room

Posted on Updated on

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. lagi 5 hari seisi persekolahan akan bermula, ibu-ibu masing2 dah sibuk sediakan keperluan anak ke sekolah, ada juga ibu2 yang sedang menunggu hari. Ermmm… ada juga yang baru nak bergelar ibu, tahniah yer..

Kebanyakkan post KakNgah kongsikan manfaat supplement, harini lain sket… nak kongsikan keperluan ibu-ibu untuk ke labour room, ada juga ibu-ibu yang akan bersalin anak ke-2 tapi belum cukup mahir dengan keperluan yang diperlukan. So harini KakNgah nak share dari pengalaman KakNgah melahirkan 3 superhero.. hahha..

Keperluan Ibu

Disposable Panties ~ Banyak terdapat di mana-mana Pasara Raya. Jika anda yang selalu pakai panties saiz S, tolong beli 3 atau 4x lebih besar dari saiz S cth anda boleh beli saiz L atau XL.

avail

PAD ~ Dari bersalin anak sulung sehingga kini KakNgah memang guna PAD HERBA brand Avail Beauty tetapi kini lambakan Pad Herba memang banyak so ibu-ibu boleh jer pilih mana yang berkenan. 🙂 Seelok-eloknya sediakan pad untuk penggunaan malam kerana minggu pertama ~ minggu ke-2 darah nifas akan keluar dengan banyaknya. Pad herba sangat membantu mengeluarkan darah nifas yang berketul-ketul.

Keperluan Anak

Kain Lampin ~ sediakan 2 helai lampin untuk ke labour room, 1 helai untuk bedung bayi dan 1 helai akan digunakan sebagai lampin.

NOTE : Tak perlu bawa lampin pakai buang (Drypers/Pampers) semasa ke labour room sebab doktor  n nurse takkan pakaikan pampers selagi bayi anda tidak buang air kecil dan besar.

Tuala ~ 1 helai.

Baju ~ bawa sehelai baju bayi sahaja, tak perlu seluar (gambar sekadar contoh).

baby bath

Mandian Bayi ~ bawa botol kecil yer… (gambar sekadar contoh).

Sekalikan semua keperluan yang disenaraikan di atas dalam beg kecil, tak kisahlah beg kertas atau beg plastik, janji bawa bersama ke dalam labour room.

Diingatkan yer… senarai di atas adalah keperluan untuk ke labour room bukan keperluan lengkap untuk ke hospital.. next time KakNgah kongsikan keperluan ibu dan anak untuk ke hospital pula yer… InsyaAllah…

Keperluan untuk ke labour room sudah.. makanan tambahan untuk berpantang bagaimana pula? hahha… untuk berpantang leh tengok2 kat SINI.. moga bermanfaat dan jangan lupa LIKE page KakNgah.. 🙂 🙂 🙂

Sebarang pertanyaan, leh roger2 KakNgah.. KakNgah sedia membantu ibu-ibu baru seperti anda semua. InsyaAllah…

 
 
 
Name Card