Kekeluargaan

Raya dulu-dulu dan sekarang…

Posted on Updated on

Alhamdulillah, petang tadi dah sampai Shah Alam selepas 3 hari 3 malam bermalam di kampung mentua di Sg. Talan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Eh, cam bermalam kat hotel plak kan… 😀 Setiap kali raya KakNgah tak berapa kesah untuk beraya di mana-mana pun janji sepakat… InsyaAllah ada rezeki, Raya Korban nanti KakNgah nak balik Kedah pula.

Ermmm… sebut raya nih, terasa lain sangat, dulu kalau raya seronoknya dapat balik kampung, nak-nak kalau kampung tu btul-btul tempat jin bertendang, hikhik… nikmat rasanya tapi lain dengan sekarang. Tak perlu pandang orang lain, cukuplah dengan gelagat anak-anak KakNgah sendiri terutama anak sulung KakNgah. Tak seronok katanya balik kampung, kejap-kejap mintak buka game, memang tak dapatlah nak buka game kalau balik kampung babah eay, nak-nak game yang perlukan line internet. Kampung en. somi memang jauh ke dalam, line telefon susah nak dapat, line internet lagilah…

Tapi di sebalik bosannya mereka dapatlah merasa durian kat depan umah atok, tunggu jatuh jer, berlarilah mencari buah durian gugur… 🙂 Alhamdulillah… KakNgah sendiri rasa cukup bahagia bersama mentua dan ipar duai, masing-masing sporting dan masa-masa begini kami sering bertukar-tukar pendapat dan perbincangan mengenai anak-anak dan masa depan.

Moga ikatan antara KakNgah dengan keluarga suami kekal erat untuk selama-lamanya, KakNgah sayang semuanya… :-* :-* :-*

image

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin dari KakNgah dan keluarga…

Pesanan Sihat ; jaga makan yer raya-raya nih, jangan over sangat dengan hidangan yang melazatkan, kolesterol sedang menanti anda!


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part VI – Gunung Keriang.

Posted on Updated on

Hahha… Last port kitaorang merayau masa balik kampung aritu, Gunung Keriang! Kat Gunung keriang ni korang leh g melawat Pusat Sains Negara, Wilayah Utara & Muzium Padi, best tau…

• Pusat Sains Negara, Wilayah Utara.

image

★★★★★★★

image

Luas dan selesa untuk bergerak di bahagian dalamnya, anak-anak pun seronok berlari mendapatkan permainan yang ada, kebanyakkannya amat menguji minda kita…

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

Ni permainan apa eay? Hihhi, buta muzik I ni tau… Selalunya permainan ni ada talinya kan tapi ini tidak, hanya dengan kecapi udara, lalukan aje tangan kita di sekitar bahagian dalam nya, berbunyilah ia mengikut rentak alunan tangan kita.

image

Ni lagi satu, best pula anak KakNgah pusing stereng tuh, makin laju kita pusing stereng ke kiri dan kanan, makin laju jugalah ia bergerak, macam ular kene bedal jerk bila laju pusingannya… Hihhi…

image

Apakah ini? Hahha, nanti KakNgah buat entry khas untuk benda alah nih yer… 🙂

• Muzium Padi

image

Selamat datang…… 😀

image

Dari jauh nak masuk muzium padi dah perasan seekor kuda tertegak ia kat situ tak bergerak². Mula² tu ingatkan patung (kuda yang diawetkan), KakNgah pun sajelah datang dekat dan pegang, ops! terasa lembut la plak, owh… hidup rupanya, jinak & pemalu gtewww, hahha… Bergambar sakanlah kitaorang dengan si kuda nih, lupa nak tanya namanya, kihkihkih…

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

Hahhhhh, dah tak pasal² kene ngap dengan harimau, eh… singa! 😀

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

★★★★★★★

image

Kitaorang oun tak nak lepaskan peluang yang ada… Hahha..,

image

Cam comeyyyy jerk!

image

★★★★★★★

image

Dah habis merayau kat dalam Muzium Padi, kitaorang pun yang keletihan, baliklah… Ops, xcely ada lagi gambar² dalam muzium padi, ala² wayang gitewww tapi tak syiok plak kalau share, lagi seronok kalau korang dapat g tengok sendiri.

Nak masuk Muzium padi ni kene bayar tau, rm5.00 untuk dewasa & rm2.00 pula untuk kanak-kanak. Dibuka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

~~ TAMMAT ~~

Nak tambah berat badan? Click SINI untuk info lebih lanjut.

Nak dapatkan sebarang produk dari Shaklee? Hubungi KakNgah untuk pembelian dengan diskaun hebat & konsultasi secara percuma!


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Balik Kampung ~ Part V – Bukit Bendera.

Posted on Updated on

Bukit Bendera! >__< seumur hidup tak pernah pun sampai, hihhi… Yang ingat pun masa kecik-keci dulu arwah ayah selalu bawa ke satu taman nih tapi tak tau la apa nama tamannya, banyak dengan monyet yang berkeliaran… Dan satu lagi KakNgah ni bukan jenis nak berjalan-jalan atau nak meronda-ronda. Lepak rumah tolong mak meniaga, itulah KakNgah…

Ni dah nikah beranak pinak nih, mr. hubby ajak jenjalan so sampai la ke penang dengan bantuan GPS yang tak seberapa, hahha… hp je pun, tu pun jalan mati yang ditunjukkan bila Google cari Bukit Bendera, last² ikut GPS sampai bulatan akhir pastu sambung ikut signboard.

Syioknya naik bukit bendera nih sebab dapat naik train, unik sket trainnya macam anak tangga, mungkin ciptaannya untuk memudahkan mendaki dan turun bukit.. hihhi…

image

Banyak sangat parking yang berdekatan Bukit Bendera nih, kitaorang ikut parking yang masuk simpang kanan tuh dan terus naik atas bukit sket dan parking. Kalau tak silap RM4.00 dikenakan untuk sekali parking, murah jerk…

image

Bleh tahan juga panjangnya orang beratur nak amek tiket, RM10.00 untuk dewasa & RM4.00 untuk kanak-kanak 4 tahun sehingga 12 tahun. Si Muhammad Arsyad free sebab blom cukup matang, hahha…. Ops, pastikan masa korang beratur nak beli tiket tu, ready siap² IC korang anak beranak kay, nanti sampai kaunter diaorang nak nengok…

Ermmm, ada sedikit salah faham masa bersesak nak naik train, mungkin disebankan uncle tu tak tahu cara pengendalian kru yang yang bertugas, uncle tu bising konon kami dah potong barisan dia sedangkan kru yang bertugas sendiri meminta kami terus menghimpit ke bahagian tepi bagi memenuhi ruang yang kosong. KakNgah cakaplah kru tu yang suruh dan tak pasal² kru tu plak yang disalahkan. Untuk memuaskan hati uncle tu, mr. hubby pesan siap², nanti kalau train dah sampai biar uncle tu dan gengnya naik dulu.

Kitaorang pun tak de la nak kisah sangat, cuma uncle tu patutnya tanya la dulu sebab musababnya kan… ini tak, terus marah orang sesuka hati… Sian plak pada kru yang bertugas tuh.

image

Debabommmm…. Hahha, kitaorang tak merayau sangat masa kat atas Bukit Bendera tu, kawasan yang berbukit dan bertangga agak mencabar untuk kami suami isteri nak bawa anak-anak jenjalan, dah lagi dengan cuaca teriknya, si Arsyad pula jenis nak berdukung lagi, mr. hubby plak kakinya terseliuh so ermmm, jalan-jalan sekitar kawasan yang berdekatan train jelah…

image

★★★★★★★★★★

image

Dah penat merayau kat atas tu, kitaorang pun baliklah sekali jumpa plak ngan mr. bunny, okeh… bergambar dululah… 😀 suka gambar nih…

image

Eh, ada orang tu drive train arrr… hahha… Peace yooo…

image

Nak balik dah…..

image

★★★★★★★★★★

image

★★★★★★★★★★

image

TAMMAT…. 😀

Apapun bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat yer! Jangan lupa promo bulan nih di SINI.


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part IV – Nukilan buat adik

Posted on Updated on

Orang kampung : Eh, hang ni anak kak ruby ka?
KakNgah : Ya, saya… 🙂
Orang kampung : laaaa…. ingatkan Siti ja sorang pompuan, ada lagi sorang pompuan noh….?
KakNgah : 😀  (nampak sangat jarang balik kampung, kalau balik pun 2 atau 3 hari jerk…. >__< )

image

Dia…. Siti Mardziah, eh betul ke ejaannya eay, hihhi… ke Mardhiah? Sorry deq, jarang-jarang kakak nak menulis nama adik sampai lupa ejaannya, 😦  Ops, abaikan keserabaian KakNgah yer, B-)

Satu-satunya adik perempuan KakNgah juga merangkap adik bongsu dari 7 orang adik beradik. Kami keluarga yang besar, meriah dengan lelaki, anak KakNgah pun 3 orang semuanya heros, hahhhh…. meriah dengan lelaki kan? Lahirnya adik KakNgah ni masa tahun 1998 kut, masa tu tahun untuk KakNgah amek SPM, klu tak silaplah, hihhi.

Ermmm… tahun ni adik KakNgah dah 17 tahun so tahun untuk dia la plak amek SPM namun ianya hanya harapan 😥

Tak rugi ker?
Rugi, memang rugi tapi kehendak manusia ni tak sama, pikiran kita semua pun berbeza… Harapan kakak, moga suatu hari nanti, adik sedar dengan keputusan adik sendiri… Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa juga yang menghalang adik dengan pilihan adik. Baik buruk nantinya, nak tak nak afik perlu belajar untuk menanggungnya… 😦

Adik…
Kakak terlalu berharap adik dapat buat lebih dari kakak tapi ianya hanya harapan. Harapan yang mungkin tak kan berubah…

Adik…
Jika satu saat adik memilih untuk bekerja, pikirlah samada adik benar-benar layak atau tidak… Jika tidak, adik perlu memilih untuk mencari sebarang kemahiran yang boleh membina hidup adik sendiri… Mungkin lebih baik dari kakak…

Adik…
Jika satu saat adik ingin mendirikan rumah tangga, binalah ia dengan seseorang lelaki yang boleh membimbing adik, bukan hanya untuk kononnya “cinta sejati” kerana “cinta sejati” itu hanya layak untuk-NYA. Jadilah isteri yang menenangkan suami, jadilah isteri solehah, patuh pada suami dan pada-NYA…

Adik…
Jika satu ketika adik sudah menjadi ibu, jadilah ibu yang menjadi penyejuk anak-anak, bimbinglah mereka dengan dekatkan diri mereka pada-NYA…

Adik…
Ingat, kakak sayangkan adik, kakak nak selalu adik bahagia tapi adik juga perlu tahu yer, siapa adik, bagaimana adik semuanya pada diri adik, salah kiraannya, salahlah jalan yang dipilih… Memang kita yang merancang, Allah yang menentukannya tapi setiap hal itu adalah dari diri kita sendiri seperti firman-NYA…

ﺫَٰﻟِﻚَ ﺑِﺄَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻢْ ﻳَﻚُ ﻣُﻐَﻴِّﺮًا ﻧِّﻌْﻤَﺔً ﺃَﻧْﻌَﻤَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﻗَﻮْﻡٍ ﺣَﺘَّﻰٰ ﻳُﻐَﻴِّﺮُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺑِﺄَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ۙ ﻭَﺃَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, (Al-Anfal – 8:53)

Ingat yer deq pesan kakak… 🙂

★★★★★★★★★★

image

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part III – Tokong Ular, Penang.

Posted on Updated on

Ok semalam KakNgah dah cerita Balik kampung Part I dan Part II, harini kita masuk Part III plak, hihhi… macam drama plak yer, ada part nya… Kali ni KakNgah nak share cerita jalan-jalan di Penang. Seronok la juga sebab KakNgah ni dari kecil bukan jenis berjalan sana sini, ni dah bekerluarga baru nak tau berjalan, itu pun sebab si hubby KakNgah ni memang kaki berjalan, 😀

Destinasi pertama kami semasa di Penang adalah Tokong Ular, ermmm… tempatnya tak der lah besar sangat tapi puas hati jugalah sebab kene dengan bayarannya RM3.00 untuk dewasa (Pemegang My Card) dan RM1.00 untuk kanak-kanak (Pemegang My Card). Anak-anak pun seronok sebab sebelum ni ada bawa ke Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk pegang ular tapi bila dah ada depan mata, memasing pakat lari so kali ni KakNgah dan hubby buat perjanjian, kalau tak pegang ular, lain kali dah taknak bawa tengok ular lagi, hihhi… so, memasing pun tunjuk berani la sebab lain kali nak jenjalan tengok ular lagi…

wpid-img-20150323-wa0006.jpg

wpid-img-20150323-wa0002.jpgMuka cam teruja yang cam cuak jerk, hahha… dah berani sampai nak pegang lagi sekor ular sawa, huihhh… besar sangat! tapi tak dibenarkan… silap-silap hari bulan bleh kene ngap! >__<

wpid-img-20150323-wa0016.jpgAntara gambar semasa di Tokong Ular…

wpid-img-20150323-wa0014.jpg

wpid-img-20150323-wa0011.jpgwpid-img-20150323-wa0007.jpgwpid-img-20150323-wa0003.jpgwpid-img-20150323-wa0008.jpg

Next time kita sambung lagi yer… 🙂

******************************************************************************

Sakit sendi? sukar untuk aktif bersukan? Minat melancong namun sakit sendi, lengoh-lengoh kaki menyukarkan impian anda? Sukar untuk solat? Kami ada penawarnya DI SINI

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part II – Pusara Ayah…

Posted on Updated on

image

Kosong! pasti itu yang anda perasan, tiada yang istimewanya gambar di atas… Lain bagi KakNgah, ianya sungguh bermakna dan istimewa. Sungguh istimewa kerana di situlah terletaknya pusara arwah ayah KakNgah. Hanya dari halaman kedai mak, dah boleh nampak pusara ayah, setiap hari dan setiap masa macam terasa jer ayah bersama kami sekeluarga.

Ayah, dah 4 tahun lebih perginya.. Setiap kali KakNgah balik kampung, KakNgah suka lepak di halaman kedai mak, siang malam, pagi petang bleh tengok pusara ayah… tenang sangat rasanya.

Ermmm, Allah itu maha kuasa, dari kecil sejak tinggal berhadapan kubur, tabiat KakNgah tu dah sangat sebati sampai arwah ayah dikebumikan di situ… Tak tahu nak cakap macam mana, KakNgah ada tabiat pelik sket, suka tengok kubur sebelum tidur, bangun pagi pun tengok kubur, hihhi… Tapi tabiat nih buat KakNgah rasa tenang dan insaf… 🙂

Ops, nanti KakNgah share cerita lain plak, takut plak yer korang ngan tabiat KakNgah… Hihhi, sorry yer… Apapun kalau nak order supplement leh rogers ngan KakNgah kay…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part I – Majlis Adik.

Posted on Updated on

Alhamdulillah, malam tadi dah sampai Shah Alam, selesai sudah majlis pernikahan adik KakNgah. 8 hari jugalah di kampung Sg. Yan,  tu pun terpaksa pontengkan anak sekolah pada hari jumaat sebab majlis adik jatuh pada 14 Mac 2015 bersamaan hari sabtu. So…. nak tak nak memang kene balik awal seharilah. Jam 9pm kami sekeluarga bergerak dari Shah Alam, alhamdulillah… jam 2am dah selamat sampai ke kampung halaman…

Kakngah pun dah takde kerja pun yang nak di tolong kat kampung tuh, semua dah pun diuruskan oleh adik-adik dan ibu-ibu saudara. Konon… hihhi, petang jumaat tengah nak menolong mak mengopek bawang untuk majlis besok, terus teringat meja makan untuk pengantin.., hoihhh adik ku sayang boleh cakap ‘entah’… parah sungguh si pengantin nih… Tak jadi nak mengopek bawang, la-la tu juga ku ukur keluasan meja untuk beli kain pelapik n hiasan.

Start kereta terus berdesup ke Gurun keluarkan duit dan beli hiasan (bunga untuk meja). Pastu ke kedai kain bersebelahan Cita Jaya Guar Chempedak. Beli mana yang ingat di kepala hotak… Hihhi…

Malam tengah siapkan meja, kawan adik pula yang ingatkan kerusi pengantin… Hahhhhh! Gelabah lagi KakNgah dibuatnya, mana nak cari? Aiyoooo…. Mujur jiranku (kawan jugalah) memang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dengan kerusi pengantin, hiasan, jug, cawan dan lain-lain. KakNgah pun sewalah kerusi pengantin, sarung kerusi dan jug… Akhirnya, selesai juga walaupun last minute pengantin datang untuk makan beradap… Hahha, ekspres rakyat jadinya…

image

Selamat pengantin baru buat adik KakNgah Hasbullah & Ekin, kakak sentiasa doakan kebahagian korang, moga kekal hingga ke Jannah… Love korang rapat-rapat… Ops, sedikit pesanan lagi dari Kakak, tolong diet! 😀

Nak order set diet, boleh tanya KakNgah, nanti KakNgah suggestkan yang terbaik untuk korang… atau korang boleh tengok kat SINI..


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.