Insomnia

10 Manfaat Kesihatan Yang Perlu Anda Tahu Daripada Teh Rooibos.

Posted on Updated on

image

Manfaat kesihatan daripada teh Rooibos atau juga dikenali sebagai teh merah belukar kerana ianya tumbuh dengan banyak dan luar biasa. Ia berkembang daripada pokok renek kecil, yang hanya hidup subur di kawasan Cedarberg terdekat Cape Town, Afrika Selatan.

10 Faedah Kesihatan Teh Rooibos

1. Bebas kafein
• Tumbuhan teh Rooibos tumbuh secara semulajadi tanpa kafein. Ini adalah penting kerana ia bermakna ia tidak perlu menjalani proses kimia untuk menghapuskan kafein. Ia juga bermakna bahawa sesiapa sahaja boleh minum termasuk mereka yang tidak sukakan kafein seperti kanak-kanak & wanita hamil. Manfaat utama yang lain apabila ianya bebas kafein, teh Rooibos boleh diambil dalam jumlah yang tidak terbatas . Kebanyakkan penduduk Afrika Selatan akan mengambil 5-6 cawan sehari.

2. Mengandungi antioksidan yang berkuasa
• Teh Rooibos mengandungi pelbagai antioksidan yang membantu untuk melindungi badan dalam beberapa cara. Dua polifenol antioksidan dipanggil aspalathin dan nothofagin didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam teh Rooibos. Antioksidan melindungi badan dengan memerangi radikal bebas. Ini adalah sel-sel yang tidak stabil yang menyerang sel-sel yang sihat untuk menstabilkan diri mereka sendiri. Polifenol yang juga mempunyai ciri-ciri anti – radang dan boleh melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah terhadap beberapa jenis kanser
• Beberapa kajian telah menunjukkan hubungan antara penggunaan teh Rooibos dan pengurangan penyebab kanser bahan kimia. Ini adalah kerana tahap dominan antioksidan yang tinggi membantu ia membina pusat anti- mutagen (anti- kanser). Ini bermakna bahawa ianya dapat mempertahankan sel-sel & DNA daripada kerosakan dan menghalang kerosakkan sel-sel & DNA daripada berkembang menjadi kanser.

4. Kandungan mineral yang tinggi
Salah satu faedah kesihatan utama teh Rooibos ialah ia mengandungi beberapa mineral yang penting untuk kesihatan. Ini termasuk: magnesium (yang penting untuk sistem saraf ), kalsium dan mangan (penting untuk tulang dan gigi yang kuat) , zink (penting untuk metabolisme) dan besi (kritikal untuk membantu darah & otot mengedarkan oksigen).

5. Melancarkan peredaran
Salah satu daripada banyak antioksidan kuat dalam teh Rooibos dipanggil Chysoeriol. Ia boleh meningkatkan peredaran dengan menghalang aktiviti enzim yang mencetuskan penyakit kardiovaskular. Minuman teh Rooibos juga dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol.

6. Melegakan ketidakselesaan  perut
• Sebagai teh Rooibos mengandungi tahap flavonoid, terutama dipanggil quercetin. Ia mempunyai keupayaan untuk melegakan banyak penyakit berkaitan perut seperti kekejangan, diarrhea dan senak. Flavonoid diketahui membantu mengurangkan kekejangan, keradangan dan alahan. Ia juga telah diakui secara meluas bahawa manfaat kesihatan teh Rooibos meliputi mengurangkan kolik di kalangan bayi. Ia benar-benar bebas kafein, ia adalah selamat bagi mereka untuk minum teh Rooibos.

7. Bantu penyerapan zat besi
• Tidak seperti kebanyakkan teh hitam yang menghalang badan daripada menyerap zat besi dengan berkesan kerana ia mengandungi tanin, teh Rooibos menyokong badan menyerap zat besi. Teh Rooibos mengandungi kurang daripada separuh tanin teh hitam.

8. Membantu masalah kulit
• Kajian baru-baru ini mendapati bahawa teh Rooibos boleh membantu anda untuk kelihatan lebih cantik! Teh Rooibos mengandungi asid phenylpyretic, yang membantu mengurangkan jerawat, psoriasis dan ekzema. Anda boleh jadikan beg teh segar dan disejukkan pada kawasan yang terjejas dan ia akan menenangkan dan menyembuhkan mana-mana keradangan.

9. Bolehkah melindungi Parkinson / Alzheimers penyakit
Minum teh Rooibos secara teratur dapat melindungi daripada proses yang dikenali sebagai peridoxation lipid. Ini berlaku apabila radikal bebas merosakkan sel-sel otak dan tisu saraf. Jika ini berpanjangan, ia boleh membawa  kepada penyakit otak yang progresif dan semakin buruk, seperti Alzheimer.

10. Menggalakkan tidur yang lebih baik
• Teh Rooibos adalah unik kerana ia boleh digunakan sekerap yang anda mahu dan pada bila-bila masa. Ramai orang memilih untuk minum sebelum tidur kerana ia boleh membantu dengan masalah insomnia. Oleh kerana kandungan mineral yang tinggi dan kekurangan kafein, ia dikenali untuk membantu orang ramai untuk berasa tenang dan santai.

Ahhaaa… tak sangka Teh Rooibos ni banyak manfaatnya! Macam sessuai jerk untuk dijadikan minuman kesihatan KakNgah yang kurang sangat nak ambil pil sebagai makanan kesihatan, KakNgah lebih suka yang berbentuk serbuk dan cecair… 🙂 Eh! Shaklee ada keluarkan Teh Rooibos ker? adooooo…. mana? mana?

image

Tatttadaaaa….. Cinch Energy Tea Mix! Kalau anda nak tahu, salah satu campuran yang terkandung di dalam Cinch Energy Tea Mix adalah Teh Rooibos. 3 bahan utama lain adalah Red Tea Extract, Daun Teh Putih dan Matcha Green Tea Powder. Info lanjut boleh lihat ke link INI. Cinch Tea nih boleh diminum untuk semua peringkat umur walaupun kanak-kanak!

Ada yang berminat? Sekotak RM131.00/ 28 sticks. Nak dengan harga yang lebih jimat? call me kay… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kenali Insomnia.

Posted on Updated on

image

Insomnia! 😥 boleh tangkap nangis kalau tak boleh tido malam nih… dah lama nak share info berkenaan insomnia, Alhamdulillah terjumpa dari blog Sihat Selalu untuk dikongsi. Jom kita layan…

Apakah Insomnia?
Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam.

Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Insomnia Sementara

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

Insomnia Jangka Pendek

Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.

Insomnia Kronik

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, gangguan fisiologi atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-tanda dan Gejala Insomnia

* Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
* Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
* Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. 

Faktor-faktor Insomnia

1. Faktor gaya hidup
image

Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau memburukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein dan merokok merupakan antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.

2. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja

3. Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh : angina pektoris,artritis, kanser, ulser peptik/refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan (contoh : asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh : penyakit kencing manis). Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

4. Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

5. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.

Bagaimana Mengatasi Insomnia

Elakkan :

* Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur
image
* Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu
* Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya
* Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
image
Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.

Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.

Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti :

* Mandi air suam
* Minum susu suam
* Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Mendengar muzik yang menenangkan

Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.

Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor

Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika masalah untuk tidur berlarutan atau mula mengganggu kerja/aktiviti harian anda terutamanya apabila anda menderita insomnia kronik (yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit. Doktor akan memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan bertanya tentang tabiat tidur anda yang biasa. Anda mungkin diberikan pil tidur atau dirujuk kepada pakar sakit jiwa.

Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor. Pil-pil tidur paling baik digunakan untuk menghilangkan masalah tidur yang sementara pada waktu-waktu tertentu sahaja. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh membawa kepada ketergantungan kepada ubat apabila badan mula menyesuaikan diri dengan pil-pil ini. Ini bermakna anda mesti mengambil lebih pil tidur untuk mencapai kesan yang diingini. 

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Julai 2014 | Bulan Keahlian Percuma

Posted on Updated on

wpid-img_20140715_113307_wm.jpgEhhh… betul ker Julai 2014 ni “Bulan Keahlian Percuma?”…

Betullah.. tak kan KakNgah nak bohong, bulan puasa nih.. tak baik tau berdosa.. 🙂 Lifetime Membership lagi korang hahhh.

Macam mana nak dapatkan Free Member nih?

Bukan susah pun, BUY 6 FREE 1 Shaklee Vivix™ jer pun pada harga RM2850.00 bulan nih dan anda akan mendapat penjimatan sebanyak RM570.00 dan pada bulan hadapan senang-senang jer korang dapat bonus RM200.00 ++ dari Shaklee… Tak susah kan, sebotol Shaklee Vivix™ tahan selama sebulan ++ gtu, sehari sesudu teh pun dah cukup.

Apa Manfaat Shaklee Vivix™ nih?

Pada KakNgah, Shaklee Vivix™ ni cukup membantu KakNgah dalam :

  • Masalah penghadaman (buasir),
  • Masalah insomnia,
  • Masalah sakit-sakit badan,
  • Masalah kurang tenaga akibat Thalassaemia,
  • Masalah kesihatan keseluruhan…

Antara lain Manfaat Shaklee Vivix™?

  • Mengawal diabetes,
  • Mengawal darah tinggi,
  • Mengurangkan ketagihan merokok,
  • Menjaga kesihatan jantung,
  • Mengurangkan kolesterol,
  • Mengurangkan berat badan,
  • PCOS,
  • Resdung,
  • Rheumatoid Artritis,
  • Dan banyak lagi…

Bagaimana Vivix™ bertindak?

  1. Kerosakan DNA ~ Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu “typo” [kesilapan dari yang asal] yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
  2. Pengawalan Genetik ~ Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi [kemerosotan] umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix™ mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel ~ Mitochondria [penjana tenaga] di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix™ menggalakkan biogenesis [pembentukkan baru] Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  4. Penimbunan Protein AGE ~ Penimbunan berlebihan protein AGE [advance glycation end products]boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix™ adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol [kandungan unik dalam anggur ‘muscadine’] untuk melambatkan pembentukkan protin AGE…

promo-julai-2014

Hahha…. rasanya dah cukup kut kan.. so bagi yang nak Free Member sambil-sambil menjaga kesihatan, boleh lah kita roger2.

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

July 2014 | BUY 6 FREE 1 PROMO VIVIX

Posted on Updated on

Alhamdulillah… yang ditunggu-tunggu muncul juga bulan nih, hihhi… manfaat Vivix yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan membuatkan KakNgah berasa teruja dengan promo Julai ini BUY 6 FREE 1  Shaklee Vivix kini kembali…

promo-julai-2014

 Siapa Perlukan Shaklee Vivix???

  • Pesakit diabetes,
  • Pesakit darah tinggi,
  • Sering keletihan,
  • Awet muda,
  • Perokok,
  • Kesihatan Jantung,
  • Insomnia,
  • Pesakit Buasir,
  • untuk kesihatan keseluruhan…

Lagi information dan testimonial Shaklee Vivix™ boleh ke LINK di SINI atau anda boleh rujuk di bawah… 🙂

 

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

ATAU anda boleh terus ke LINK di bawah…

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ae2a2db40a12ec0131d48acc1218d2ef

 

Testimonial Diri Sendiri Consume Vivix™ Shaklee… Memang Terbaik!!!

Posted on Updated on

Photo: Hanya dengan sesudu teh setiap hari, Vivix Shaklee membantu KakNgah...» lebih luar biasa bertenaga [thalassaemia trait selalu lemah2 badan],» merawat masalah sembelit,» mengurangkan stress,» awet muda,» mengawal gemuruh,» menghilangkan sengal2 badan,» merawat sakit sendi..Ini apa yg KakNgah rasa pada diri Kakngah lah... Alhamdulillah.. Sangat2 berbaloi2 mencubanya..Jika anda mempunyai masalah seperti KakNgah, bolehlah mencubanya. Pasti berpuas hati..Whatsapp018-664 5415KakngahSID 885414Bismillah walhamdulillah…. dari semalam badan kurang sihat.. demam akibat bengkak susu, anak kecil dah setahun 8 bulan pun kene bengkak susu… hahha, alhamdulillah rezeki anak.

Harini KakNgah kongsi sket jerk.. testimonial sendiri consume Vivix™ Shaklee.. memang terbaik.. Sebenarnya KakNgah consume ni sebab nak tengok dengan penerimaan badan, almaklumlah KakNgah ni kan thalassaemia trait… 🙂

Kenapa bagi KakNgah Vivix™ Shaklee terbaik?

Vivix™ adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol; sekaligus menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Hahha… perasan tak bahawa Vivix™ ni mengandungi khasiat antioksidan so memang sessuailah dengan KakNgah untuk consume Vivix™ nih.. Walaupun baru 2 minggu consume KakNgah dapat merasakan perubahan yang sangat ketara dalam diri KakNgah, patutlah kawan-kawan KakNgah sibuk dok suh amek Vivix™ ni, terlebih-lebih khasiatnya… Alhamdulillah…

Apakah Perubahan Pada Diri KakNgah Selepas Consume Vivix™?

  1. Insomnia ~ Seriously KakNgah mengalami insomnia yang boleh dikatakan pada tahap teruk jugalah, kalau mengandung lagi-lagilah teruknya, huhhu.. Alhamdulillah sesangat, sekarang KakNgah senang jer tidur, dulu kalau tidur sejam dua dah terjaga pastu bukan main susah lagi nak nyenyak tidur sampai kadang-kadang bila siang tu sibuklah stress bagai…
  2. Memberikan Tenaga ~ Seseorang yang mengidap thalassaemia mudah letih tak bermaya, kadang2 boleh ke tahap kronik sampai pitam. KakNgah hanya sebagai pembawa jika pengidap risikonya setiap bulan perlu tukar darah. Tersentuh hati tengok anak-anak kecil pengidap thalassaemia yang kene tukar darah setiap bulan… 😦 Selepas consume Vivix™ KakNgah lebih bertenaga, macam tak percaya tetapi itulah hakikatnya khasiat Vivix™.
  3. Merawat Sakit Sendi & Lenguh-Lenguh Badan ~ Yang mengenali KakNgah tentu dah tahu KakNgah ni cam mana, hehhe… bukan kurus, bukan kecil tapi kering! hahha… bila dah kering ni mudah sangat sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh sakit badan so dengan Vivix™ segalanya tidak perlu dirisaukan lagi.
  4. Merawat Sembelit & Buasir ~ Huhhu… ini satu hal penyakit nih.. setiap kali selepas bersalin memang KakNgah akan kene sembelit teruk sampai tahap buasir, berdarah-darah penuh mangkuk tandas, alhamdulillah selepas consume set menyusu sembelit & buasir KakNgah hilang namun kadang-kadang tu sembelit ada jugalah berteman sekali sekali.. hahha… Apabila consume Vivix™ ni, sehari 2 3 kali plak membuangnya dengan mudah plak tu, Alhamdulillah…
  5. Mengurangkan Stress ~ Hahha… ni satu hal, KakNgah ni memang mudah stress, nak2 dengan 3 askar kat rumah, lagi2lah… hehhe… Dengan consume Vivix™, KakNgah lebih relax, sungguh terasa kelaianannya...
  6. Mengawal Rasa Lapar ~ KakNgah rasa kalau ada yang nak kurus bolehlah consume Vivix™ nih.. sebab apa??? hahha, sebelum consume Vivix™, badan KakNgah akan mengeletar dan perut pun mulalah memainkan lagu rindu serindu-rindunya… hahha, serious.. KakNgah jenis tak tahan kalau lambat makan, pagi kalau bangun tidur, nasi dululah yang KakNgah hadap, bukan nasi goreng yer, nasi berlauk.. kalau g kedai untuk ‘bekfes’, KakNgah akan order nasi lemak tambah tau… Tak Caya??? leh tanya my hubby kay… 🙂
  7. Bengkak Susu ~ Sakit sangat kalau bengkak susu tau, mau 3 hari baru baik, kadang-kadang tu menangis tahan sakit tapi sejak consume Vivix™ nih, sehari jer dah okeh…

Alhamdulillah sesangat… semuanya dengan izin Allah Yang Maha Esa kan… KakNgah sendiri rasa cam tak percaya tetapi itulah hakikatnya khasiat Vivix™ yang KakNgah dapat rasakan pada diri KakNgah… Sungguh2 berbaloi..

Berapa Harga Sebotol Vivix™?

Sebotol Vivix™ rm475.00 (Semenanjung) & rm499.00 (Sabah & Sarawak) kene sangat dengan khasiatnya yang pelbagai… OPS!!! nak lagi murah berganda dengan FREE POSTAGE??? leh roger2 ngan KakNgah… 🙂

 
 
 
Name Card