Cara Mudah Untuk Cantik!

image

Cantik! semua wanita memang nak cantik selalu kan… bohonglah kalau taknak cantik, hihhi… “Cara Mudah Untuk Cantik” tajuk ini kalilah, memang mudah sesangat.. bukan hanya kelihatan cantik, sihat pun dapat tau. Bagaimana caranya? jeng…jeng..jeng…

Shaklee Sustained Release Vita-C Plus

image

Ermmm… kalau korang nak tau Sustained Released Vita-C Shaklee ni adalah Vitamin paling popular kat Malaysia nih, tak percaya? cer google… cer google… hihhi. Kenapa ianya terlalu istimewa? ni yang KakNgah nak kongsi nih… 🙂

Vitamin C Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa 5 jam.

Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrein yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

Testimonial diri plak..

Antara manfaat yang KakNgah rasa selepas mengamalkan Vitamin C Shaklee adalah :

Gusi berdarah
• Korang pernah alaminya? bukan semasa memberus gigi tetapi secara tiba-tiba. Itulah yang KakNgah alami, tetiba rasa semacam kat mulut, sekali tengok… owh gusiku berdarah! bila dah consume Vitamin C ni, memang susah nak berdarah kay.
• Antara faktor lain jika kekurangan Vitamin C adalah seperti kulit mudah lebam, pemulihan luka yang lambat, kulit kering, kulit kasar & ruam.

Masalah Jerawat
• Semua takut kalau ada jetawat kan, huhhu… cacat jer nampak muka nih, tak cantik! Alhamdulillah, sejak consume vitamin C dengan konsisten, Jerawat yang bernanah-nanah tu dah malu-malu nak menumpang, xcely… kalau makan ayam, telur ayam.. jerawat dengan bangganya menonjolkan diri di mukaku ini, tak suka tau, tak suka…
Macam mana vitamin C membantu masalah jerawat? Vitamin C membantu pembentukkan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kulit dan menghalang otot menjadi lembik.

Mencantikkan Kulit
• Dengan consume Vitamin C, kulit akan kelihatan lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigment adalah penyebab utama kejadian jeragat! hahha… ni yang korang nak tau sangat kan… 😀

Info Produk 
Retail Price : RM92.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 180 tabs (3~6 bulan pengambilan)

Vitamin C juga membantu menguatkan imun badan kita dan kalau korang nak tahu, sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 1/2 biji orange. Rasanya masam-masam manja gtu hah. Ops! ada lagi kay..

Shaklee Herblax

image

Ni pun penting tau kalau nak cantik! Herblax adalah detox untuk korang sebelum nak nampak lagi anggun gtu.. 🙂  Tak kisah la kalau korang nak slim melim pun tapi detox penting bagi mengeluarkan sisa-sisa bahan yang tak bermanfaat kat dalam badan tuh, kalau benda-benda tak bermanfaat tu tak keluar dulu dari badan, nak cantik pun susah tau… huhhu…  Nak tau info berkenaan detox ni, korang bolehlah menjengah DISINI.

Info Produk 
Retail Price : RM52.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (3 ~ 7 bulan pengambilan)

Senang tak? senang jerk…Eh, camna nak consume dua-dua supplement nih? hahha…. konsultasinya akan diberi selepas anda selesai order kay… 🙂

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Saya Sentiasa Ingin Sihat!

image

Siapa sependapat dengan KakNgah? KakNgah ni memang cerewet dengan kesihatan, seboleh-bolehnya KakNgah sentiasa ingin sihat untuk keluarga. Kalau diri tak sihat, macam mana nak jaga keluarga kan… 🙂

Bagi KakNgah kesihatan itu satu anugerah yang tak terhingga buat kita semua, tanpa kesihatan yang baik banyak benda yang akan terhalang, ibadah kita pun mungkin akan tercicir, betul tak.?

Shaklee!

Ya, KakNgah memilih untuk amalkan gaya hidup sihat dengan memilih makanan tambahan dari suplemen Shaklee untuk KakNgah dan juga keluarga. Alhamdulillah, memang selama KakNgah mencuba beberapa suplement Shaklee ni, rata-ratanya memang memuaskan hati. Sebagai seorang Thalassaemia, nutrein tambahan untuk diri memang diperlukan. Ok, KakNgah kongsikan beberapa suplemen yang telah KakNgah consume selama dua tahun ++ ini. Antaranya :

VitaLea (multivitamin)

image

VitaLea Shaklee engkap dengan iron, biotin dan nutrein lengkap untuk badan KakNgah bagi proses membina sel darah merah. Seperti diketahui umum, seorang thalassaemia terlibat dengan kekurangan darah merah seakan anemia gtu. Jadi pengamvilan VitaLea sangat membantu KakNgah kekal cergas dan sihat.

Info Produk
Retail Price : RM88.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (2~4 bulan pengambilan)

Sustained Release Vita-C

image

Vita-C Shaklee ni dah cukup popular di semua peringkat umur tidak kira lelaki dan wanita, bangsa dan agama. Yang sebenarnya KakNgah kurang gemar dengan rasa asam limaunya sebab al-maklumlah KakNgah memang tak gemarkan LIMAU… 😀 Namun Vita-C ini juga sangatlah membantu masalah KakNgah berkaitan jerawat, gusi berdarah, stress, thalassaemia dan kulit.

Info Produk
Retail Price : RM92.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 180 tabs (3~6 bulan pengambilan)

B Complex

image

Hahha… B Complex ni sangat membantu dalam membina sel darah merah yang sihat bila di ambil bersama VitaLea dan SR Vita C. Stress! alhamdulillah B Complex juga sedikit sebanyak membantu KakNgah menangani stress dalam menguruskan 3 heros yang memang boleh dikategorikan agak lasak. 🙂  

Info Produk
Retail Price : RM53.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (4 bulan pengambilan)

OsteMatrix (kalsium)

image

Setiap biji OsteMatrik agak kecil, licin dan mudah untuk ditelan juga sesuai bagi kanak-kanak seawal usia 4 tahun. KakNgah amalkan OsteMatrix sebagai kalsium utama KakNgah bagi menjaga kesihatan tulang. Mungkin semua dah mengetahui bahawa wanita yang makin meningkat umurnya, makin ia memerlukan kalsium untuk kesihatan tulang. Wanita amat perlukan kalsium kerana kalsium wanita lebih cepat hilang semasa hamil dan menyusukan bayi, semua sumber kalsium dari badan akan diserap ke bayi anda jadi jaga-jaga… Oste juga sangat membantu memudahkan penghadaman dan dapat mengurangkan magrain KakNgah, Alhamdulillah…

Info Produk
Retail Price : RM61.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (sebulan pengambilan)

ESP (Energizing Soy Protein)

image

Hahha… ini lagi satu produk paling hot dikalangan ibu-ibu hamil dan menyusu. Sangat membantu dalam memberikan protein lengkap dan tenaga kepada si ibu yang sering keletihan dan kelaparan, hehheww… Ya memang sangat diakui, KakNgah sendiri pun memang tak lepaskan peluang menikmati minuman seringkas ESP. Mudah mengenyangkan orang macam KakNgah yang sering lapar dan lapar.. KakNgah kuat makan tau 😀  . ESP non-gmo adalah pilihan terbaik buat KakNgah, KakNgah memang gemarkan yang lebih semulajadi dan berkhasiat.

Pulak tu bulan ni Shaklee adakan promo untuk ESP so janganlah lepaskan peluang yang ada.

image

Info Produk
Retail Price : RM150.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 850g (sebulan pengambilan)

Vivix

image

Berani KakNgah katakan, kalau anda bertanya apakah vitamin paling istimewa dalam dari Shaklee, tentu sekali jawapan KakNgah adalah VIVIX. Boleh termimpi-mimpi bila tak dapat beli Vivix, angau tau… 😛  info lanjut boleh click ke LINK INI.

Info Produk
Retail Price : RM475.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 150ml (sebulan pengambilan)

GLA Complex

image

GLA ini KakNgah try masa anak kecil KakNgah berusia setahun 8 bulan, itu pun sebab “P” belum berteman… risau takut sangkut 😀  so KakNgah consume GLA dan selepas seminggu consume, dengan relanya “P” pun datang… Alhamdulillah, GLA Complex ni membantu menstabilkan hormone kita, elok juga untuk masalah jerawat yang tak tahu nak hilang-hilang. Masalah kegemukan akibat hormone yang kurang stabil pun boleh consume GLA.

Info Produk
Retail Price : RM91.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 60 capsules (sebulan pengambilan)

HerbLax

image

KakNgah ni jenis ada masalah sket nak membuang jika berubah tempat, jadi kalau nak balik kg ke, pergi jenjalan jauh sampai 2 3 hari gtu, memang KakNgah bawakan sekali HerbLax. Kalau biar najis bersarang kat dalam kan, tak baik untuk usus, boleh jadi buasir tau. Salah satunya fungsi herblax ni adalah DETOX! Terbaik sangat tau… kengkawan KakNgah yang try pun memang akan repeat order baliklah… 🙂

Info Produk
Retail Price : RM52.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (3 ~ 7 bulan pengambilan)

NutriFeron

image

NutriFeron! Alhamdulillah, setiap kali badan ni rasa tak sihat, cepat-cepat ambil NutriFeron, insyaAllah badan cepat recover balik.. Takder nak berlarutan lelama, ini salah satu suplemen yang wajib ada di rumah untuk satu keluarga. NutriFeron ni merupakan interferon semulajadi yang dicipta dan hanya terdapat dari Shaklee jer, siap dipatenkan pun..

Info Produk
Retail Price : RM181.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 30 sachets (7 bulan pengambilan)

Ini antara yang di ambil KakNgah lah, next time lebih lagi tapi tunggu untuk result yang terbaik akan KakNgah kongsikan lagi. Pilihan suami KakNgah pun ada, next time akan dikongsikan yer…

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kenali Detox Anda

image

Kurang keinginan untuk bergerak dan badan terasa lemah? Bergelut dengan masalah kulit, sakit-sakit badan dan masalah penghadaman? Sukar untuk mengurangkan berat badan? Mungkin ini adalah masanya untuk anda DETOX diri anda dari toksin…

Diamalkan sejak berabad lamanya oleh budaya seluruh dunia – termasuk sistem perubatan ayurveda dan cina. Detoksifikasi adalah merehatkan diri, membuang dan memelihara diri dalam dan luar. Ianya adalah dengan membuang dan menghapuskan toksin dan mengambil makanan yang penuh nutrein sihat. Detoksifikasi boleh membantu melindungi anda daripada penyakit dan memperbaharui keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Bagaimana Detoksifikasi Berfungsi?

Pada asasnya, detoksifikasi bermakna membersihkan darah. Ini dilakukan dengan mengeluarkan kekotoran daripada darah di dalam hati, di mana toksin diproses untuk penyingkiran. Toksin juga menghilangkan toksin melalui buah pinggang, usus, paru-paru, limpa dan kulit. Walau bagaimana, apabila sistem ini dikompromi, kekotoran tidak terbuang dengan betul dan lancar maka mengakibatkan setiap sel dalam badan dengan mudahnya terus terjejas.

image

Satu program detox boleh membantu sistem pembersihan semulajadi badan mengikut :

• merehatkan badan dari makan berlebihan atau berpuasa,
• merangsang hati bagi membawa keluar toksin dari badan,
• menggalakkan penyingkiran toksin melalui usus, buah pinggang dan kulit,
• meningkatkan peredaran darah,
• mengambil bahan bakar dari nutrein sihat.

“Detoksifikasi bekerja kerana ia menangani keperluan sel-sel individu, unit-unit paling kecil dalam kehidupan manusia” ~ Peter Bennett, N.D., co-author of 7-Day Detox Miracle with Stephen Barrie, N.D., and Sara Faye.

Bagaimana Anda Perlu Tahu yang Anda Perlu untuk Detox?

Bannett menyarangkan agar kita menyingkirkan toksin dari dalam badan setahun sekali namun ianya juga bergantung kepada taraf kesihatan kita.

Pada hari ini toksin terlalu banyak di persekitaran kita, tanda-tanda yang mungkin menunjukkan diri terdedah dengan toksin adalah :

• Keletihan yang tidak dapat dijelaskan,
• kulit yang tidak sekata, bermasalah,
• allergik,
• jangkitan kecil,
• lingkaran pada mata, mata bengkak,
• kembung,
• masalah haid,
• keresahan/ kekeliruan.

Bagaimana untuk Mulakan Detox?

Pertama, meringankan beban toksin anda. Hapuskan alkohol, kopi, rokok, gula ditapis dan lemak tepu di mana semua yang bertindak sebagai toksin di dalam badan dan halangan kepada proses penyembuhan anda. Juga, mengurangkan penggunaan pembersih berasaskan kimia isi rumah dan produk penjagaan kesihatan peribadi (pencuci, syampu, deodoran dan ubat gigi ), dan alternatif semula jadi pengganti.

image

Satu lagi penghalang kepada kesihatan yang baik adalah tekanan, yang mencetuskan badan anda untuk melepaskan hormon tekanan ke dalam sistem anda. Walaupun hormon ini boleh memberikan “adrenalin rush” untuk memenangi perlumbaan atau memenuhi tarikh akhir, dalam jumlah yang besar mereka mewujudkan toksin dan melambatkan enzim detoksifikasi di dalam hati. Yoga, Qigong dan meditasi adalah cara mudah dan berkesan untuk melegakan tekanan dengan menetapkan semula reaksi fizikal dan mental anda untuk kehidupan tekanan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimana Shaklee Menawarkan Detox untuk Anda?

Shaklee menawarkan HerbLax rumusan semuajadi dari Senna leaves, Buckhorn leaves, Licorice roots, Fennel seeds, Anise seeds, Rhubarb roots, Blue Malva flowers, Culver’s roots dan alfalfa leaves. Sifatnya yang menggalakkan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

image

HerbLax bermanfaat :

• membantu proses detoksifikasi,
• mengimbangi tekstur kulit,
• membantu proses pencernaan,
• melembutkan najis dan melancarkan pencernaan,
• memberikan lembapan kepada usus,
• membantu masalah sembelit,
• membersihkan usus, darah dan hati,
• mengempiskan perut.

Info Produk

Retail Price : RM52.00
Size : 120 tabs.

Testimonial

image

image

image

 Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Consume HerbLax Tetapi Tak Membuang? TIPS.

image

Ahhha… ramai bebenor rakyat Malaysia ni yang sukar membuang, ye dokkk? termasuk ler teman nih hah… 🙂 Disebabkan dah tak tahan dengan sembelit dan berdarah setiap kali membuang maka mau tak mau kita ngap HerbLax nih… senang nak membuang Kak Ton oiii…

“Eh, naper yer setiap kali saya ambil HerbLax, membuangnya pun rasa cam susah jerk….?”

Ni KakNgah nak pesan nih… air tu kene cukup pengambilannya, sehari 8 gelas air putih… Nak makan ubat ko, nak makan supplement ko… perlu diambil dengan air putih, bukan air yang bergula atau bergas! aiyooo…. klu itu macam consume tapi air putih kurang tak guna la Kak Ton oiii… hahhhh, kan KakNgah dah marah! Eh, mana marah… gtau jerk 😛

“Saya ni asyik tak teringat nak minum air putih…”

Ni satu penyakit nih, lupa+malas ye dok? 😉 Apa susah Kak Ton oiiii, standby siap-siap air tu sebekas, nak senang bawa jer jug tu g kojo (kerja), agak-agak la weih… kat kodai (kedai) banyak bokeh (bekas) air Kak Ton oiii.. 2 3 hinggit jer pun!

image

Camni pun dah kira ok, tak pun boli (beli) yo mineral water yang bosar (besar) tuh…apa susah! klu suri rumah pun asyik tak teringat jo, standby la sebekas lotak (letak) kat ateh (atas) TV, solosai (selesai)  masalah…

Ni KakNgah nak bagi tip sket… malam dah ngap HerbLax kan so pepagi selepas keluar dari tandas tu korang teguk ler sikit air dari bekas tu (agak-agak dalam secawan air). Nanti lagi copek (cepat) proses pengeluaran toksin dari badan korang tau… tak caya jom order n try buat. 😉

Info Produk
Retail Price : RM52.50
Size : 120 tabs

Harini kita belajar Bahasa Negeri Sembilan yer… ahaks! Ermmm, yg nak order moh mengorder…

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Metabolisme | Overweight VS Underweight

Assalamualaikum… ahha, jumpa lagi dalam entry kali nih “Metabolisme | Overweight VS Underweight” setelah beberapa hari tidak meng”update”, huhhu… Apa yang nak KakNgah kongsikan? entry kali nih berbeza sket dari entry sebelum-sebelum nih, apapun jom kita kenal lebih dekat dengan maksud sebenar “Metabolisme” dahulu…

kadar metaMetabolisme

Metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori, kebanyakkan mereka yang overweight memiliki kadar metabolisme yang rendah, sebaliknya orang yang underweight pula mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Setiap orang mempunyai kadar metabolisme yang berlainan walaupun mereka makan dan melakukan senaman yang sama namun pembakaran kalori adalah berbeza.

Faktor Metabolisme Yang Tidak Boleh Diubah

  • Usia ~ kadar metabolisme akan turun sebanyak 5% setiap 10 tahun setelah mencecah umur 40 tahun.
  • Jantina ~ Selalunya lelaki mempunyai kadar metabolisme yang tinggi kerana mereka mempunyai otot yang lebih.
  • Keturunan ~ mempunyai genetik rendah/ tinggi dalam generasi sebelumnya.
  • Masalah tyroid (hyper/hypo) yang menyebabkan kegemukkan.

Antara makanan yang membantu meningkatkan metabolisme adalah :

  • Halia
  • Teh cina
  • Kopi
  • Oats
  • Oren
  • Cili
  • Yogurt
  • Kari
  • Asparagus
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Brokoli
  • Almond
  • Telur
  • Kubis
  • Timun
  • dan lain-lain…

Wahhhh, senarai-senarai nih semua kegemaran KakNgah, patutlah KakNgah ni makin kering… 😀 . Nampak gayanya sebagai seorang yang underweight, perlulah jauhi atau kurangkan pengambilan seperti senarai di atas.

Hahha.. dah faham dengan sepenuhnya berkenaan metabolisme nih?

Nak diet secara sihat tanpa merisikokan diri sendiri?

Selain menjaga pemakanan dan senaman dalam diet sihat, Shaklee menawarkan beberapa makanan tambahan untuk anda disamping keperluan nutrein secukupnya dalam tubuh anda. Jom kita lihat apakah supplement yang membantu anda untuk naikkan berat badan atau yang ingin mengurangkan berat badan.

****************************************

Overweight Supplement

wpid-img_20140710_103629_wm.jpg

  • HerbLax ~ Menyah toksin dari dalam badan bagi membantu proses diet lebih lancar.
  • Lecithin ~ Membakar lemak baru dan kolestrol jahat.
  • Cichh Energy Tea Mix ~ Memberikan tenaga disamping mengurangkan berat badan dan inci anda.
  • Cinch Shake Mix (Chocolate/ Vanilla & Coffee Late’) ~ Membina otot agar kulit anda tidak mengelebeh (berlebih) 😀

omega bakar lemakAdd on Omega Guard bagi membakar lemak-lemak termendap dalam badan anda!!! :-/

****************************************

Underweight Supplement

wpid-img_20140710_114511_wm_wm.jpg

  • ESP ~ Berperanan dam membina otot dan protein yang mencukupi untuk tubuh.
  • Mealshake ~ Multivitamin lengkap untuk anak-anak juga orang dewasa yang kekurangan nutrein.
  • VitaLea ~ Multivitamin lengkap untuk dewasa yang lebih gemar memilih pil dari minuman sebagai tambahan nutrein dalam badan.
  • B-Com ~ Membantu menaikkan selera makan disamping memberikan tenaga untuk anda.

Ermmm…. dah cukup info untuk masalah overweight/underweight anda? Sila click mengikut pilihan anda di bawah… 😀

Overweight / DIET 

wpid-img_20140715_074415_wm.jpg

Underweight 

wpid-img_20140715_074415_wm.jpg

Jika anda inginkan diet tetapi kurang berminat untuk consume lebih supplement anda bolehlah memilih Shaklee Vivix dimana bulan ini Julai 2014 adalah promo BUY 6 FREE 1 Vivix.

 

  Pertanyaan lanjut untuk order & Konsultasi boleh roger2 dengan KakNgah yer.. 😀

 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

 

 

 

Perlukah Detox untuk Usus Anda?

“If Your Colon Isn’t Clean, You’ll Never Get Well”

Erm… agak-agak u olls lah kan, perlu ke detox untuk diri kita nih?

Jawapannya sudah semestinya YA! Bila usus kotor penuh dengan toksin, sampai bila-bila pun kita sukar sihat sebab toksin yang dalam usus itulah yang mengganggu penyerapan vitamin, mineral dan nutrisi dalam badan.

KENAPA ANDA PERLU MENCUCI USUS??

Apa yang berlaku di dalam perut manusia ?

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :

  • mengurangkan daya imunisasi badan
  • kekembungan, perut berangin
  • mempercepatkan penuaan
  • sakit dada, sesak nafas
  • serangan angin ahmar
  • mulut & nafas berbau
  • buah pinggang mengecil
  • masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?

Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.

Apakah Sumber Semulajadi Pilihan KakNgah?

KakNgah memilih Herb-LaxTM dari Shaklee kerana ianya memang yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN.

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

TAHUKAH ANDA ? Usus adalah rumah penyakit…

Jika anda ingin kekal sihat dan cergas, pastikan usus anda senantiasa dibersihkan daripada makanan-makanan yang tercemar. Dengan pengambilan Herb-Lax sekali atau 2 kali setiap minggu akan memastikan anda lebih sihat dan bebas penyakit, InsyaAllah… dan jika ada kelapangan KakNgah akan kongsikan lagi info berkenaan HerbLax di post akan datang…

*****************************************

Harga Runcit : RM52.50
Kandungan per botol : 120 tablets
Tempoh Penggunaan : 3 Bulan ke 7 Bulan (mengikut pengambilan anda seminggu sekali atau 2 kali… )
 

Jika anda berminat untuk dapatkan nya dengan harga yang lebih jimat, join member jerk… RM65.00 (WM) RM75.00 (EM). Tak kisah la nak makan sendiri pun sebab join member ni seumur hidup tau… 😀

 
 
Name Card