Promo April 2015 ~ Lebih Hebat & Lebih Jimat!

Alhamdulillah, bersua kembali setelah hampir dua minggu tak menaip di blog.. Eh, cam rancangan khas la plak… 🙂  1 April 2015, tarikh keramat kut untuk semua orang di Malaysia nih, ya… bermulanya episod baru GST dalam kebanyakkan barang keperluan hidup kita. Sedih, terkilan semua terasa tapi kita sebagai rakyat terpaksa menerima dengan hati terbuka.

Apa pendapat KakNgah tentang GST?

Mahu atau tidak perlu jugalah menerimanya dan kita sebagai pengguna perlu lebih berusaha untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik, mungkin berat tapi demi masa depan dan kehidupakan anak-anak, kita sebagai ibu-bapa perlu lebih bekerja keras. Nak merungut pun cam tak der gunanya, semua dah disyaratkan sebegini kan… Apa yang perlu, positifkan diri! InsyaAllah mungkin secara tak langsung kehidupan kita lebih baik dari yang ada sekarang, Allah itu kan sebaik-baik perancangnya… percaya padaNYA dah cukup baik untuk kita… 😀

Hahha… dah stop pasal GST, kita tengok promo bulan nih, nak beli mai rogers KakNgah kay… #GST GET SHAKLEE TODAY!

image

★★★★★★★★★★

image


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Saya Sentiasa Ingin Sihat!

image

Siapa sependapat dengan KakNgah? KakNgah ni memang cerewet dengan kesihatan, seboleh-bolehnya KakNgah sentiasa ingin sihat untuk keluarga. Kalau diri tak sihat, macam mana nak jaga keluarga kan… 🙂

Bagi KakNgah kesihatan itu satu anugerah yang tak terhingga buat kita semua, tanpa kesihatan yang baik banyak benda yang akan terhalang, ibadah kita pun mungkin akan tercicir, betul tak.?

Shaklee!

Ya, KakNgah memilih untuk amalkan gaya hidup sihat dengan memilih makanan tambahan dari suplemen Shaklee untuk KakNgah dan juga keluarga. Alhamdulillah, memang selama KakNgah mencuba beberapa suplement Shaklee ni, rata-ratanya memang memuaskan hati. Sebagai seorang Thalassaemia, nutrein tambahan untuk diri memang diperlukan. Ok, KakNgah kongsikan beberapa suplemen yang telah KakNgah consume selama dua tahun ++ ini. Antaranya :

VitaLea (multivitamin)

image

VitaLea Shaklee engkap dengan iron, biotin dan nutrein lengkap untuk badan KakNgah bagi proses membina sel darah merah. Seperti diketahui umum, seorang thalassaemia terlibat dengan kekurangan darah merah seakan anemia gtu. Jadi pengamvilan VitaLea sangat membantu KakNgah kekal cergas dan sihat.

Info Produk
Retail Price : RM88.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (2~4 bulan pengambilan)

Sustained Release Vita-C

image

Vita-C Shaklee ni dah cukup popular di semua peringkat umur tidak kira lelaki dan wanita, bangsa dan agama. Yang sebenarnya KakNgah kurang gemar dengan rasa asam limaunya sebab al-maklumlah KakNgah memang tak gemarkan LIMAU… 😀 Namun Vita-C ini juga sangatlah membantu masalah KakNgah berkaitan jerawat, gusi berdarah, stress, thalassaemia dan kulit.

Info Produk
Retail Price : RM92.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 180 tabs (3~6 bulan pengambilan)

B Complex

image

Hahha… B Complex ni sangat membantu dalam membina sel darah merah yang sihat bila di ambil bersama VitaLea dan SR Vita C. Stress! alhamdulillah B Complex juga sedikit sebanyak membantu KakNgah menangani stress dalam menguruskan 3 heros yang memang boleh dikategorikan agak lasak. 🙂  

Info Produk
Retail Price : RM53.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (4 bulan pengambilan)

OsteMatrix (kalsium)

image

Setiap biji OsteMatrik agak kecil, licin dan mudah untuk ditelan juga sesuai bagi kanak-kanak seawal usia 4 tahun. KakNgah amalkan OsteMatrix sebagai kalsium utama KakNgah bagi menjaga kesihatan tulang. Mungkin semua dah mengetahui bahawa wanita yang makin meningkat umurnya, makin ia memerlukan kalsium untuk kesihatan tulang. Wanita amat perlukan kalsium kerana kalsium wanita lebih cepat hilang semasa hamil dan menyusukan bayi, semua sumber kalsium dari badan akan diserap ke bayi anda jadi jaga-jaga… Oste juga sangat membantu memudahkan penghadaman dan dapat mengurangkan magrain KakNgah, Alhamdulillah…

Info Produk
Retail Price : RM61.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (sebulan pengambilan)

ESP (Energizing Soy Protein)

image

Hahha… ini lagi satu produk paling hot dikalangan ibu-ibu hamil dan menyusu. Sangat membantu dalam memberikan protein lengkap dan tenaga kepada si ibu yang sering keletihan dan kelaparan, hehheww… Ya memang sangat diakui, KakNgah sendiri pun memang tak lepaskan peluang menikmati minuman seringkas ESP. Mudah mengenyangkan orang macam KakNgah yang sering lapar dan lapar.. KakNgah kuat makan tau 😀  . ESP non-gmo adalah pilihan terbaik buat KakNgah, KakNgah memang gemarkan yang lebih semulajadi dan berkhasiat.

Pulak tu bulan ni Shaklee adakan promo untuk ESP so janganlah lepaskan peluang yang ada.

image

Info Produk
Retail Price : RM150.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 850g (sebulan pengambilan)

Vivix

image

Berani KakNgah katakan, kalau anda bertanya apakah vitamin paling istimewa dalam dari Shaklee, tentu sekali jawapan KakNgah adalah VIVIX. Boleh termimpi-mimpi bila tak dapat beli Vivix, angau tau… 😛  info lanjut boleh click ke LINK INI.

Info Produk
Retail Price : RM475.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 150ml (sebulan pengambilan)

GLA Complex

image

GLA ini KakNgah try masa anak kecil KakNgah berusia setahun 8 bulan, itu pun sebab “P” belum berteman… risau takut sangkut 😀  so KakNgah consume GLA dan selepas seminggu consume, dengan relanya “P” pun datang… Alhamdulillah, GLA Complex ni membantu menstabilkan hormone kita, elok juga untuk masalah jerawat yang tak tahu nak hilang-hilang. Masalah kegemukan akibat hormone yang kurang stabil pun boleh consume GLA.

Info Produk
Retail Price : RM91.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 60 capsules (sebulan pengambilan)

HerbLax

image

KakNgah ni jenis ada masalah sket nak membuang jika berubah tempat, jadi kalau nak balik kg ke, pergi jenjalan jauh sampai 2 3 hari gtu, memang KakNgah bawakan sekali HerbLax. Kalau biar najis bersarang kat dalam kan, tak baik untuk usus, boleh jadi buasir tau. Salah satunya fungsi herblax ni adalah DETOX! Terbaik sangat tau… kengkawan KakNgah yang try pun memang akan repeat order baliklah… 🙂

Info Produk
Retail Price : RM52.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (3 ~ 7 bulan pengambilan)

NutriFeron

image

NutriFeron! Alhamdulillah, setiap kali badan ni rasa tak sihat, cepat-cepat ambil NutriFeron, insyaAllah badan cepat recover balik.. Takder nak berlarutan lelama, ini salah satu suplemen yang wajib ada di rumah untuk satu keluarga. NutriFeron ni merupakan interferon semulajadi yang dicipta dan hanya terdapat dari Shaklee jer, siap dipatenkan pun..

Info Produk
Retail Price : RM181.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 30 sachets (7 bulan pengambilan)

Ini antara yang di ambil KakNgah lah, next time lebih lagi tapi tunggu untuk result yang terbaik akan KakNgah kongsikan lagi. Pilihan suami KakNgah pun ada, next time akan dikongsikan yer…

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Supplement Shaklee Penyebab Kanser?

image

Ermmm… nampaknya masih ramai yang berada di luar sana mengatakan atau hanya “dengar-dengar” kononnya Supplement Shaklee penyebab kanser! Kelakar bila seorang sahabat berwhatsapp KakNgah bertanyakan hal demikian. Tapi untunglah dia bertanya, kalau tak… mati point lah KakNgah nak menulis kan… 😛

Apakah yang di maksudkan Cancer (kanser)?

Cancer adalah juga dikenali sebagai tumor malignan, sekumpulan penyakit yang melibatkan pertumbuhan sel tidak normal yang berpotensi untuk menyerang atau merebak ke bahagian badan yang lain. Tidak semua tumor adalah kanser. ; tumor benigna tidak merebak ke bahagian badan yang lain. Tanda-tanda dan gejala-gejala yang mungkin termasuk: . . ketulan baru, pendarahan yang tidak normal, batuk yang berpanjangan, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, dan perubahan dalam pergerakan usus, antara lain. Sementara gejala-gejala ini mungkin menunjukkan kanser mereka juga boleh berlaku disebabkan oleh isu-isu lain. Terdapat lebih 100 jenis kanser yang berbeza yang memberi kesan yang diketahui manusia.

Apakah Penyebab Cancer?

Sebahagian besar kanser, sebanyak 90-95 % kes adalah disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar. Baki 5-10% adalah disebabkan oleh genetik diwarisi. Alam Sekitar, seperti yang digunakan oleh penyelidik kanser, ertinya apa-apa sebab yang tidak diwarisi secara genetik, seperti gaya hidup, ekonomi dan faktor-faktor tingkah laku, dan bukan semata-mata pencemaran. Biasanya faktor-faktor alam sekitar yang menyumbang kepada kematian kanser termasuk tembakau ( 25-30 %) , pemakanan dan obesiti ( 30-35 %) , jangkitan (15-20 %) , radiasi (kedua-dua mengion dan bukan mengion , sehingga 10 %) , tekanan, kurangnya aktiviti fizikal, dan pencemaran alam sekitar.

Ia adalah hampir mustahil untuk membuktikan apa yang menyebabkan kanser di mana-mana individu, kerana kanser mempunyai beberapa sebab yang mungkin. Sebagai contoh, jika seseorang yang menggunakan lebih tembakau akan mendapat kanser paru-paru, maka ia mungkin disebabkan oleh penggunaan tembakau, tetapi  kerana semua orang mempunyai peluang kecil untuk mendapat kanser paru-paru akibat daripada pencemaran udara atau radiasi, maka ada kemungkinan kecil bahawa kanser tersebut dibangunkan kerana pencemaran udara atau radiasi. Canser sebenarnya adalah tidak diwarisi atau berjangkit.

Hahha…. nampak tak? tak plak tertulisnya supplement penyebab canser, nak-nak supplement Shaklee. hihhi… Kebanyakan supplement membantu dalam mengurangkan sedikit demi sedikit penyakit yang dihidapi dan peringkat demi peringkat akan membantu memulihkan penyakit, InsyaAllah dan alhamdulillah boleh membantu. Antara supplement Shaklee yang sangat membantu dalam masalah kanser adalah :

1) Carotomax ~ RM74.00

image

• Beta Carotene Carotomax adalah tinggi dengan anti-oksidan yang mampu menyekat aktiviti bahan kanser dengan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Baik untuk menurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, prostat dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

2) Vitamin E ~ RM149.00

image

• Pengambilan lebih daripada 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser dengan menghalang dan melawan tumor. Juga membantu dalam mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas.
• Juga baik untuk masalah katarak & masalah penglihatan.

3) Omega Guard ~ RM136.00

image

• Kajian juga telah menunjukan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser payudara, prostat, paru-paru dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas kanser pesakit untuk berfungsi dengan lebih effektif.

4) Vitamin C ~ RM92.00

image

• Vitamin C merupakan satu-satunya anti-oksidan yang tinggi dan mampu menghadilkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untu melawan sel-sel kanser dan membuang kimia merbahaya dari tubuh dengan berkesan.
• Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5) GLA Complex ~ RM91.00

image

• Juga terkenal dengan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, membantu menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6) Cinch Energy Tea ~ RM131

image

• Kandungan Red Tea Extract yang terdapat di dalam Cinch Energy Tea merupakan anti-oksidan yang kuat dimana ianya dikenali sebagai ‘polifenol’ – pejuang kanser yang kuat.
• Pilifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas.
• Dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebgai agen yang boleh menghalang daripada merebak.

7) Nutiferon ~ RM181.00

image

• Merupakan antiferon semulajadi yang mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunologlobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
• Dapat menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.
• Berfungsi untuk membunuh T-cells, B-cells dan makrofag.
• Selain daripada itu juga, ia mapu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu kemoterapi.

8) Garlic ~ RM47.00

image

• Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.

9) Alfalfa Complex ~ RM53.00 (S), RM97.00 (L)

image

• Memakan 30~50 tablet untuk mengurangkan kealkalian badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

10) Vivix™ ~ RM475.00

image

• Kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pasda tahap sellular.

TESTIMONIALS

image

image

image

image

image

KakNgah rasa anda boleh menilai dengan sendiri tahap keberkesanannya Supplement Shaklee dalam masalah kesihatan. Alhamdulillah dan insyaAllah, kita ikhtiar dan semuanya datang dari Allah juga untuk memulihkannya dan tak salah untuk anda mencubanya…

Hubungi KakNgah yer…. 😀

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

GLA Sesuai Bagi Pembelajaran Anak…

image

Bismillah walhamdulillah… walaupun result kurang memuaskan tetapi KakNgah bersyukur kerana sedikit sebanyak dengan memberikan GLA kepada anak sulung KakNgah, dia dapat memberikan fokus dalam pembelajaran dan alhamdulillah juga ada peningkatan dalam peperiksaannya. Saje nak uji pengetahuannya KakNgah bersoal jawab sedikit dengan apa yang dia jawab dalam exam.

Ummi : Ni semua, along buat sendiri ke? ke cikgu bagitau jawapan? ke along tiru kawan?

Along : Along buat sendiri la ummi… kan tiap-tiap hari masa periksa ummi cakap kat along, pikir dengan otak… guna otak untuk jawab periksa…

Tersenyum KakNgah dengar jawapan dari dia, memang KakNgah agak tegas dengan dia dalam pelajaran. Tapi itu pun kekadang terlalai juga mengajarnya di rumah dengan homework nya.

Sesuaikah GLA untuk Pembelajaran Anak-Anak?

Jawapannya YA, memang sessuai, nak-nak anak yang hyperaktif & Autisme. Anak KakNgah ni bleh tahan aktifnya, dalam tengah makan nasi pun dia boleh sulam lagi dengan bermain, penat nak bercakap ngan dia 😀

Bagaimanakah GLA Membantu Dalam Pembelajaran Anak-Anak?
image
GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang mengandungi 2x ganda GLA dalam EPO. Gabungan dengan minyak sunflower dan vitamin E dapat meningkatkan keberkesanan dan kestabilan GLA.

Apakah Omega-6?

Omega-6 adalah asid lemak penting yang diperlukan tubuh untuk kesihatan badan namun ianya tidak dapat membina dengan sendirinya oleh badan. Ianya juga dikenali sebagai asid lemak politaktepu (PUFA).

Along with omega-3 fatty acids, omega-6 fatty acids play a crucial role in brain function, as well as normal growth and development.

Seperti yang sedia maklum, Omega-6 memainkan peranan penting dalam fungsi otak apabila dikombinasi dengan Omega-3. Antara lain, peranan GLA juga membantu dalam :
• merangsang kulit dan pertumbuhan rambut,
• mengekalkan kesihatan tulang,
• mengawal metabolisma,
• mengekalkan kesihatan pembiakan.

Berapakah Harga Sebotol GLA?

Harga sebotol GLA adalah RM91.00 dengan kuantiti 60 kapsul sebotol.

Untuk harga yang lebih jimat dan konsultasi percuma, jangan segan jangan malu untuk hubungi Kakngah… 😉

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

image

Holla…holla…holla… erm, rasanya KakNgah blom pernah  berkongsi info berkenaan PCOS kan, ke dah yer? hahha… disebabkan laptop KakNgah dah buat hal so bila update hanya dengan tab, agar sukar untuk KakNgah share dan check info yang lama-lama… tak pe lah, KakNgah cuba share mana yang boleh dikongsi, InsyaAllah. Rasanya PCOS ni dah pun dikenali dan diketahui umum kan tetapi apa yang KakNgah nak kongsikan ni hanya pengenalan dan info buat peringatan untuk diri dan anda diluar sana, tak lupa juga kepada follower KakngahSihat.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah penyakit yang berkaitan hormon yang kurang stabil di kalangan wanita walaupun berlaku di umur kesuburan mereka. Ketidaksuburan adalah salah satu gejala PCOS yang paling biasa. Oleh kerana tanda-tanda PCOS adalah seolah-olah tidak berkaitan maka ianya diabaikan dan tidak diambil peduli. Penyebab utama PCOS masih tidak jelas namun kebanyakkan pakar perubatan memberitahu bahawa PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetik.

Gambaran PCOS

image

PCOS menyebabkan kitaran haid yang tidak stabil, obesiti, bulu di muka dan ovari polisistik sebagai gejala utama PCOS. Pilisistik bermaksud “banyak sista (cysts)”, dan PCOS sering menyebabkan kelompok kecil cysts sebesar mutiara di dalam ovari. Cysts merupakan ketulan kecil yang mengandungi cecair dan telor yang tidak matang. Wanita yang bermasalah PCOS mengandungi hormon lelaki yang dikenali androgen dan menyumbang kepada beberapa gejala keadaan.

Sesetengah wanita dengan PCOS adalah kurang sensitif terhadao insulin berbanding mereka yang normal, keadaan dimana ianya dipanggil “rintangan insulin”. Rintangan insulin boleh menyebabkan ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki. PCOS tiada mempunyai penawar namun pelbagai rawatan PCOS boleh membantu mengurangkan gejala penyakit termasuk kemandulan.

PCOS adalah penyakit sindrom ditakrifkan oleh beberapa tanda dan gejala. Tanda dan gejala pada setiap pesakit PCOS adalah berbeza. Jika anda mempunyai dua atau tiga gejala berikut, anda perlu membuat pemeriksaan untuk memastikan anda pesakit PCOS atau tidak:

image

1) Haid yang tidak teratur atau kehilangan haid,
2) Ketidaksuburan,
3) Pertumbuhan di muka,
4) Obesiti atau kegemukkan di bahagia pinggang,
5) Penipisan rambut di kepala,
6) Masalah kulit yang teruk samada jerawat, kulit gelap fan tags kulit.

Komplikasi PCOS

Kebiasaannya gejala PCOS adalah cukup sukar bagi kebanyakkan wanita tetapi ada yang mempunyai komplikasi lanjut seperti :
image
1) Kencing manis, tahap insulin tinggi atau rintangan insulin,
2) Jantung dan masalah saluran darah,
3) kanser rahim,
4) Apnea tidur,

Setiap satu daripada masalah-masalah ini boleh mengancam nyawa, itulah sebabnya rawatan untuk PCOS adalah sangat penting.

Rawatan PCOS

Rawatan bagi sindrom ovari polisistik bermula dengan diagnosis yang detail. Rawatan kemudian dijalankan berdasarkan gejala, umur dan perancangan untuk menghadapi kehamilan. Rawatan kehamilan PCOS mungkin termasuk :

1) Pil kawalan kelahiran untuk mengawal haid,
2) Ubat insulin kepekaan,
3) Induksi ovulasi untuk merawat ketidaksuburan,
4) Ubat adrogen menyekat ubat-ubatan,
5) Ubat-ubatan tropikal anti-pertumbuhan rambut,
6) Lain-lain rawatan rambut yang berlebihan,
7) Rawatan untuk keguguran rambut kepala,
8) Rawatan jerawat,
9) Rawatan kulit yang tidak sekata.

Gaya hidup dan Pencegahan
image
Salah satu rawatan yang terbaik untuk PCOS adalah gaya hidup yang sihat. Diet yang sihat dalam mengawal pengambilan karbohidrat yang berlebihan adalah sangat penting bagi mengawal paras gula dalam darah. Senaman juga boleh membantu badan mengawal insulin dan mengekalkan berat badan yang berlebihan. Bagi pesakit PCOS, untuk mengawal berat badan adalah terlalu sukar bagi wanita namun kehilangan berat badan membantu mengurangkan hormon lelaki dalam badan dan dapat membantu ovulate wanita secara semulajadi. Dengan diagnosis yang detail, perubahan gaya hidup dan rawatan PCOS, keadaan pesakit lebih baik dengan kesihatan yang amat menggalakkan daripada penyebabnya.

Bagaimana Shaklee Membantu Pesakit PCOS?

Owh… InsyaAllah, tak salah kalau kita ingin mencuba kan.. jadi Shaklee menawarkan 3 jenis supplement agar membantu masalah PCOS anda iaitu GLA Complex, Alfalfa dan Omega Guard.

1) GLA COMPLEX
image

Shaklee GLA Complex diektrak daripada Borage yang mengandungi lebih dari 2x ganda GLA dalam EPO (Evening Primrose Oil) dimana kebanyakkan GLA di pasaran adalah daripada EPO. Borage juga adalah 3x ganda lebih dari bioavaibiliti dan 3x ganda lebih berkesan dari EPO. Gabungan Omega-6, minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan keberkesanan dan kestabilan. Merupakan anti-oksidan yang dipatenkan. Bioavaibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Bagaimana GLA membantu PCOS?

• GLA membantu untuk mengawal selia hormone wanita juga lelaki.
• GLA tinggi dengan anti-oksidan dan dapat membantu menghalang pertumbuhan tumor dan kanser serta meningkatkan sistem imun.
• Baik untuk pelangsingan dan pengawalan berat badan dengan menurunkan kolesterol LDL.
• Membantu dalam mendapatkan tone kulit yang sekata.
• Membaiki tekstur rambut kering dan keguguran rambut.
• Menormalkan period wanita.

Info Produk
Retail Price : RM91.00
Size : 60 capsules

2) Alfalfa Complex
image

Dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan” dimana Alfalfa Complex kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Bagaimana Alfalfa membantu PCOS?

• Alfalfa membantu dalam proses pembuangan toksin dari dalam badan.
• Membantu kaum wanita dalam masalah keputihan yang melampau dimana keputihan juga merupakan faktor kesukaran untuk hamil.
• Pengambilan yang berterusan membantu dalam mengurangkan kolesterol dimana ianya telah terbukti secara klinikal.
• Mengurangkan keletihan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

Info Produk
Retail Price : RM53.00 (S), RM97.00 (L)
Size : 330 tablets (S), 700 tablets (L)

3) Omega Guard
image
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia dimana ianya mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Bagaimana Omega Guard membantu PCOS?
• Omega Guard Shaklee membantu dalam menguatkan sistem imun.
• Menentang kanser.
• Mengawal obesiti.
• Memecahkan lemak-lemak termendap.
• Mengawal kolesterol.
• Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita.
• Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.

Info Produk
Retail Price : RM136.00
Size : 90 capsules

Testimonial
image

Berapa Harga Set PCOS?

•Jumlah Set dengan Alfalfa (S) RM290.00 termasuk post atau COD.
• Jumlah Set dengan Alfalfa (L) RM334.00 termasuk post atau COD.

Untuk harga yang lebih jimat dan konsultasi percuma, jangan segan jangan malu untuk hubungi Kakngah… 🙂

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

GLA Complex ~ untuk Anak-Anak ADHD

wpid-fotos_20140302034735.jpgSuatu hari selepas lunch…

Along : Ummi… along nak GLA,

Ummi : Along nak buat apa makan GLA?

Along : Along nak jadi budak bijak, nak jadi budak baik, nak jadi bla..bla..bla…

Ummi: Ambiklah along… (dlm hati ni nk tergelak jerk, KakNgah ni selalu lupa nak bagi, sibuk jer dengan kerja umah pastu banyak la benda yang tak teringat, alonglah selalu ingat KakNgah…. 🙂 )

Mungkin ramai yang terkejut bila KakNgah berikan GLA Complex kepada anak KakNgah, Selalunya yang sering didengar oleh anda semua, GLA Complex berperanan dalam menstabilkan hormon, contoh untuk kaum remaja, wanita dan ibu-ibu yang belum kedatangan haid akibat hormon yang kurang stabil…

Sebut pasal hormon nih, bersebab jugalah KakNgah berikan GLA Complex untuk anak bujang besor nih, memang nak stabilkan hormon dia, lasak tak hingat sampai satu tahap menangis KakNgah dibuatnya, HERO kan… (Apapun ummi sayang along tau)… Bila ditelek-telek, Aqil ni boleh dikatakan anak yang ADHD…

************************************************

Credit: Adaa

Apakah ADHD?

Attention deficit hyperactivity disorder: Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. here

Punca dan faktor-faktor risiko

ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak. Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah warga tua. ADHD didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

ADHD mungkin disebabkan oleh masalah keturunan, tetapi punca yang lebih jelas masih belum dapat ditentukan. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika otak/minda sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak ADHD adalah berbeza dari orang-orang kanak-kanak lain.

Masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran, dan tingkah laku boleh dikelirukan dengan, atau muncul dengan ADHD. Tiap-tiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu.

Kebanyakan kanak-kanak dengan ADHD juga mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah pembangunan yang lain. Atau tingkah laku. Mereka juga mungkin mempunyai masalah psikiatri seperti kemurungan atau gangguan bipolar.

Simptom

Gejala-gejala ADHD terbahagi kepada tiga kumpulan:

  1. Kekurangan perhatian (inattentiveness)
  2. Hiperaktif
  3. Impulsif (lampauja)

Kanak-kanak  ADHD kebanyakannya dari kumpulan Inattentiveness dan selebihnya  mungkin mempunyai kombinasi jenis. Mereka yang tergolong dalam Inattentiveness ini lazimnya kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD.

  1. Kekurangan perhatian (inattentiveness)
  • Gagal untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah
  • Mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain
  • Sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung
  • Tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja-kerja atau tugas di tempat kerja
  • Mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti
  • Mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara berterusan (seperti kerja sekolah)
  • Sering kehilangan mainan, tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti
  • Mudah terganggu
  • Sering pelupa dalam aktiviti harian

2. Hiperaktif 

  • Selalu bermain-main dengan tangan atau kaki
  • Meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya
  • Berjalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai
  • Kesukaran bermain secara senyap-senyap
  • Sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor,” bercakap berlebihan

3. Lampauja

  • Memberi jawapan sebelum soalan selesai ditanya
  • Mengalami kesukaran menunggu giliran
  • Menyampuk atau mengganggu orang lain

Dari segi rawatan, Ibu bapa boleh membawa anak-anak ke sesi terapi, dan juga dengan pengambilan ubat-ubatan yang bersesuaian. Kali ini Adaa cuma focus kepada natural supplement yang boleh diambil oleh kanak-kanak ADHD.

Zinc for ADHD Symptoms

Some studies suggest that children with ADHD may have lower levels of zinc in their body. And some scientists have reported improved symptoms in children with ADHD who took zinc supplements along with traditional ADHD treatment.

Several studies have shown a reduction in hyperactivity and impulsivity with zinc supplementation. The same studies, though, report no change in inattentiveness, which is another key symptom of ADHD. A 2005 study in the Journal of Child and Adolescent Psychopharmacology, though, did show a correlation between zinc levels and teacher- and parent-rated inattention in children.

Foods high in zinc include oysters and other seafood, red meat, poultry, dairy products, beans, nuts, whole grains, and fortified cereals.

Fish Oil for ADHD Symptoms

There is some evidence that fish oil can help improve ADHD symptoms. Fish oil contains omega-3 fatty acids. There are some findings that suggest that, in children with ADHD who are 8 to 12 years old, fish oil supplementation may improve mental skills. For instance, it may help improve a child’s ability to organize activities.

In one study, a specific supplement of fish oil and evening primrose oil was used. Results showed that it improved hyperactivity, inattentiveness, an inability to think clearly, and overall behavior in children with ADHD who were 7 to 12 years old.

Fish high in omega 3 fatty acids include salmon, albacore tuna, herring, mackerel, trout, and sardines.

Shaklee?? Pastinya ada, bonus point: 100% natural!

Ostematrix– Membantu pertumbuhan yang sihat dan sebagai penenang

Bcomplex– Sangat penting untuk fungsi otak dan mempertingkatkan kelenjar adrenal (kesan penenang)

GLA– Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif (mempunyai fatty acid)

Omega guard- Membantu kanak-kanak autism dan hiperaktif (fatty acid)

Vitamin C- Sebagai anti-stress

Mealshake– Membekal kan nutrient yang seimbang untuk tumbesaran

Buat permulaan tak perlulah ambil sampai semua sekali..boleh beri satu atau dua jenis dahulu ..

Sharing is caring~

sumber:

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0002518/

http://www.webmd.com/add-adhd/guide/vitamins-supplements-adhd

 ************************************************

Selain GLA Complex, KakNgah berikan juga MealShake, Chew Vita C dan Omega Guard agar kesihatan along dan adik-adiknya terjaga di samping memperoleh keperluan nutrien dan bijak dalam pelajaran… InsyaAllah… Sebagai ibu, KakNgah cuba buat yang terbaik untuk anak-anak, moga besar kelak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan dapat berbakti di jalan Agama Allah…

Bagi anda yang masih mencari-cari supplement yang bersesuaian, inilah jawapannya… 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

Period & GLA Complex

Bismillah..

Pagi ni sambil-sambil mengemas umah, curi sket masa untuk berkongsi berkenaan “Teman Sejati”. Apa tu “Teman Sejati”, hahha… period lah. Kenapa plak KakNgah pilih topik ini untuk dikongsikan? Ermmm… al-kisahnya KakNgah ni blom-blom pun period selepas bersalinkan anak kecil KakNgah, perut pun rasa cam dah mengembang semacam, huhhu tapi tak pulak meragam ke apa.

Alhamdulillah.. pagi tadi semasa anak kecil KakNgah menangis nak menyusu KakNgah tersedar dan rasa semacam kurang enak gtu, 🙂 dalam hati dah rasa confirm period, terus ke bilik air dan memang tepatlah gerak hati nih… Sebenarnya KakNgah risau juga kalau mengandung, almaklumlah xder pakai “pedinding”, hahha… so mr. hubby suh amek GLA Complex.

27hb Januari 2013 KakNgah start consume GLA Complex, harini plak dah 4hb Februari so seminggu jugalah KakNgah consume GLA dan terus period, tu pun ada gak skip nya. Kalau nak tahu anak kecil KakNgah dah setahun 8 Bulan dan 10 hari baru bertemankan period!!! Apapun jom kita kenal-kenal sket tentang GLA Complex dari Shaklee.

************************************

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil [EPO], manakala GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul GLA mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya sumber terbaik Omega-6. Ianya gabungan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh Shaklee Guard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik. Hahhha… sebab mudah serap tu lah cepat jerk kesannya kepada diri KakNgah, Alhamdulillah… dari tak period dah pun period.

Cukup dah kut untuk pagi nih… next time KakNgah share lagi… nak g amek anak balik sek plak kay, kalau ada yang berkenan nak beli tu, moh regor2 ngan KakNgah yer…

 
 
 
Name Card