Promo April 2015 ~ Lebih Hebat & Lebih Jimat!

Alhamdulillah, bersua kembali setelah hampir dua minggu tak menaip di blog.. Eh, cam rancangan khas la plak… 🙂  1 April 2015, tarikh keramat kut untuk semua orang di Malaysia nih, ya… bermulanya episod baru GST dalam kebanyakkan barang keperluan hidup kita. Sedih, terkilan semua terasa tapi kita sebagai rakyat terpaksa menerima dengan hati terbuka.

Apa pendapat KakNgah tentang GST?

Mahu atau tidak perlu jugalah menerimanya dan kita sebagai pengguna perlu lebih berusaha untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik, mungkin berat tapi demi masa depan dan kehidupakan anak-anak, kita sebagai ibu-bapa perlu lebih bekerja keras. Nak merungut pun cam tak der gunanya, semua dah disyaratkan sebegini kan… Apa yang perlu, positifkan diri! InsyaAllah mungkin secara tak langsung kehidupan kita lebih baik dari yang ada sekarang, Allah itu kan sebaik-baik perancangnya… percaya padaNYA dah cukup baik untuk kita… 😀

Hahha… dah stop pasal GST, kita tengok promo bulan nih, nak beli mai rogers KakNgah kay… #GST GET SHAKLEE TODAY!

image

★★★★★★★★★★

image


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

DTX Complex™ Detok Terbaik Untuk Organ Dalaman Anda

syukurAlhamdulillah… bersyukur ke hadrat Ilahi, dapat lagi KakNgah nak berkongsikan kebaikan suplemen Shaklee untuk semua yang mencari-carinya, ada yang melalui FB KakNgah, Page dan ada juga yang sudi sms dan call KakNgah… terima kasih di atas kepercayaan anda semua, terharu… 

Sebelum nih KakNgah ada kongsikan di post yang lalu iaitu Hepatitis C Pembunuh Dalam Senyap, hari ini KakNgah kongsikan pula manfaat lain DTX Complex untuk anda semua. Semoga sama-sama kita memperoleh manfaatnya… InsyaAllah…

DTX Complex™ 

Shaklee DTX ComplexTM merupakan supplement yang dirumuskan untuk kesihatan hati – organ penting yang selalu tidak diambil berat oleh kita. Tahukah anda bahawa hati adalah pembersih racun dalam tubuh kita. Tugasnya adalah melakukan detoksifikasi setiap hari untuk memastikan seluruh organ tubuh kita berfungsi secara normal. Kita selalu sibuk untuk menjaga kebersihan usus namun tidak tahu untuk membersihkan hati dari sisa-sisa yang tidak berkenaan…

Seperti mesin basuh, setelah bersusah payah melakukan tugas pembersihan setiap hari, kualiti pembersihannya akan makin merosot jika tidak diservis. Begitu juga dengan hati kita. Pengambilan junk food, processed food, rokok, minuman beralkohol, menghidu asap kenderaan atau kilang, bahan kimia, ubat-ubatan yang berterusan akan membebankan hati kita untuk memprosesnya. 

Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksin dalam badan akan menyerang organ tubuh yang lain. Anda akan mudah jatuh sakit, malah kegagalan fungsi hati juga boleh menyebabkan kematian. Bantulah hati anda untuk menjalankan tugasnya dengan lebih efektif.

credit: Beyond Mama

Kandungan & Manfaat DTX Complex™  :

 wpid-dtx-complex.png

Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)

Pokok Susu Tisel

  • Ekstrak dari biji benih Pokok Susu Tisel menghasilkan 80% silymarin yang tinggi dengan antioksida.
  • Melindungi hati daripada bahan toksin termasuk dadah, racun dan bahan kimia.
  • Merawat masalah hati seperti Hepatitis dan Sirosis.
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol.
  • Membantu dan mencegah dan merawat masalah batu karang.
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema.

Articok (Artichoke)

articok

  • Membina semula sel-sel hati.
  • Merangsang pengaliran hempedu.

Dandelion

dandelion

  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (Hepatitis) dan jaundis.
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu ; membantu mencegah batu karang.
  • Membantu merawat endrometriosis, bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia.
  • Melawan tumor dan kanser.
  • Merendahkan gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.

Kunyit

kunyit

  • Mengandungi curcumin ; bahan antioksida.
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.

Reishi Mushrooms (Ling zhi)

reishi mushrooms

  • Membina imun – membantu dalam mencegah dan merawat kanser.
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis.
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik.
  • Membantu mencegah penyakit jantung.

Schizandra

schizandra

  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti oksida.
  • Ia juga berkait dalam merangsang sistesis protin, meningkatkan jumlah enzim di dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pembentukan toksin.

Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol [RM 155.00 (WM)/RM 160 (EM)]

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.

Dapatkan DTX Complex™ dengan harga mampu milik apabila anda membelinya dengan KakNgah… 🙂

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.

Hepatitis C Pembunuh Dalam Senyap!

Dalam dok pikior memikior apa yang nak dikongsikan, teringat plak ngan seorang sahabat nih gtau husband dia ada Hepatitis C. Kemungkinan besar persekitaran kerja suami sahabat di kilang [pembuatan benda tajam] menjadikan faktor utama menghidap Hepatitis C. Goggle punya goggle jumpa satu artikel yang boleh dikongsikan. Alhamdulillah, belek membelek dalam buku nutrisi Shaklee jumpa plak suplemen yang boleh membantu mengawal masalah Hepatitis nih, apapun jom kenal dulu…

Apa itu hepatitis C?

Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis C ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Anda boleh dijangkiti virus ini melalui darah seseorang yang telahpun dijangkiti.

Bagaimana Hepatitis C Boleh Tersebar?

Anda boleh dijangkiti hepatitis C melalui:

  • perkongsian jarum suntikan jika anda menyuntik dadah ke dalam badan. Ini merupakan cara yang paling biasa hepatitis C tersebar. Dianggarkan separuh daripada penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan menghidap hepatitis C.
  • pendedahan kepada darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, ada kemungkinan kulit anda terluka terkena jarum suntikan secara tidak sengaja.
  • jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.
  • mendapat rawatan perubatan atau pergigian di sesetengah negara di mana penyakit ini banyak berlaku dan peralatan mungkin tidak disteril dengan betul.
  • anda juga boleh mendapat hepatitis C melalui hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Virus hepatitis C boleh hidup selama beberapa minggu dalam darah kering. Ini bermakna anda boleh dijangkiti melalui pencukur, gunting, pengetip kuku atau berus gigi yang anda kongsi dengan seseorang yang mempunyai virus ini.

Apakah Cara untuk Mengetahui Samada Anda Penghidap Hepatitis C?

Satu-satunya cara untuk memastikan sekiranya anda menghidap hepatitis C ialah dengan membuat ujian darah. Jika anda menghidap hepatitis C, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom, atau barangkali simptom-simptomnya sangat ringan atau kabur, atau disalahertikan sebagai sesuatu yang lain. Tetapi virus ini boleh merosakkan hati secara senyap. Jika tidak dirawat, hepatitis C akhirnya boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga.

Pertama kali anda dijangkiti, anda mungkin rasa sangat letih dan tidak sihat, seolah-olah anda mendapat demam selesema. Agak jarang bagi mereka yang menghidap hepatitis C untuk mendapat jaundis, yang mana merupakan satu tanda bahawa hati tidak berfungsi dengan betul.

Jika anda menghidap hepatitis kronik, anda mungkin mempunyai simptom-simptom yang sukar dipastikan. Ini termasuk:

  • keletihan yang amat sangat
  • sakit-sakit otot
  • loya
  • kemurungan atau keresahan
  • kesakitan pada bahagian atas kanan perut anda (di mana hati anda berada)
  • lemah daya ingatan atau penumpuan.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Menghidap Hepatitis C?

  • Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan,
  • Penghidap kencing manis,
  • Pesakit darah tinggi.

Okeh.. dah tahu serba sedikit info Hepatitis C, KakNgah kongsikan suplemen yang bersesuai plak dengan masalah kesihatan berikut :

DTX Complex

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex : ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana sel-sel hati.

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan melindungi organ dalaman lain daripada rosak.

NutriFeron

NutriFeron membantu mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan NutriFeron dlam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.

Jika anda sayangkan keluarga anda, jagalah hati anda, kebahagian keluarga adalah satu kehidupan yang amat bermakna… Hubungi KakNgah jika anda inginkannya, jangan segan2 yer…

 
 
 
SID
KakNgah/ Fieza
SID : 885414
H/P No. : 018-664 5415 @ 012-664 4494
COD : Jalan Kebun, Bukit Rimau, Shah Alam & Kota Kemuning.