B-Complex

Brain Health

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan selamat petang semua, ermm sementara anak KakNgah dok main-main kat luar sana, KakNgah nak berkongsi sket apa yang KakNgah belajar masa pergi talk untuk brain health rabu haritu. Untuk permulaannya, ada soalan yang perlu untuk anda pikirkan..

1) Bolehkah kita memaksimumkan tahap ingatan serta meningkatkan tumpuan?

2) Bolehkah kita mengurangkan risiko penyakit berkaitan mental apabila semakin berusia?

Jawapan untuk persoalan di atas adalah TIDAK dengan hanya mengharapkan ianya berlaku dengan sediri! kenapa? Seperti sedia maklum, kehidupan seharian kita sering terdedah dengan beberapa faktor yang menyebabkan otak kita semakin lemah dan antaranya adalah :

  • Kecederaan otak,
  • Kurang tidur,
  • Ubat-ubatan dan alkohol,
  • Obesiti,
  • Merokok,
  • Tekanan darah tinggi,
  • Kencing manis,
  • Kurang bersenam,
  • Tekanan hidup kronik.

YA jika anda mampu untuk hidup dengan gaya hidup yang sihat di samping membantu kesihatan otak yang lebih baik dan antara cara yang bersesuaian adalah :

  • Hubungan sosial (menyertai kem, bengkel dan majlis),
  • Pembelajaran baru (membaca dan belajar sesuatu yang baru),
  • Aktiviti fizikal,
  • Cukup tidur,
  • Senaman,
  • Kerisauan yang sihat,
  • Meditasi,
  • Rasa syukur,
  • Pemakanan & Supplement.

Sebut pasal supplement, terdapat 5 jenis supplement dari Shaklee yang dapat membantu otak kita sihat dan cergas, ianya adalah;

  • Vivix
  • image

Vivix® Shaklee kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pada tahap sellular. Vivix dapat mengekalkan pertumbuhan neuran yang sihat, neuron (juga dikenali sel-sel saraf dan gentian saraf) adalah elektrik yang dapat dirangsang sel dalam sistem saraf yang berfungsi untuk memproses dan menyampaikan maklumat.

  • Lecithin
  • image

Lecithin soya ialah sumber utama kolina yang menghasilkan lebih neurotransmitter – acetylcholine yang menyokokng komunikasi dan signal transmisi antara sel-sel otak sehingga meningkatkan ingatan otak & fungsi.

  • Omega Guard (Omega 3)
  • image

Omega-3 membatu mengaktifkan otak anda untuk membuat hubungan yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah di otak dan memperkuat sinapsis otak. Mengandungi Docosahexonoic acid (DHA) yang membantu meningkatkan pembelajaran dan fungsi ingatan otak.

  • Vitamin B
  • image

B-kompleks terlibat dalam penghasilan neurotransmitter dan mengubah gula menjadi tenaga. Neurotransmitter adalah bahan kimia otak yang menyampaikan maklumat di seluruh otak dan badan kita. ianya menyampaikan isyarat antara sel-sel saraf, yang dipanggil “neuron.” Otak menggunakan neurotransmitter untuk memberitahu hati anda untuk mengalahkan, paru-paru untuk bernafas, dan perut untuk mencerna.

  • Performance Drink
  • image

Hahha… elektrolit penting seperti ion sodium dan potassium sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf! yang ni memang 1st time KakNgah tau, sebelum ni hanya 4 supplement di atas sahaja yang KakNgah tau untuk kesihatan otak nih so anda bagaimana?

Okeh, sebelum menutup entry kali ini, ewah… sila check balik, adakah anda benar-benar mempunyai otak yang sihat?

  1. Lupa nama seseorang yang anda kenal lama (10 tahun lalu)?
  2. Lupa apa yang anda akan mengatakan dalam tengah bercakap?
  3. Lupa apa yang anda ingin lakukan ketika pergi ke tempat lain?
  4. Mencari barang yang baru saja anda letakkannya?
  5. Tidak dapat mengingat kata tertentu yang anda inginkan?

Jika anda mempunyai 5 tanda-tanda seperti di atas, segeralah lakukan yang terbaik untuk kesihatan otak anda. Jika anda berminat untuk dapatkan sebarang supplement bolehlah menghubungi KakNgah yer, special price KakNgah bagi…

✆ Call/SMS/WhatsApp : 018-6645415 (KakNgah)

➲ COD Area : Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Anak Sihat, Minda Cergas!

Posted on Updated on

Salam uolls… aishhh, dah seminggu kut tak berkongsi nih, angau bila tak dapat nak berkongsi.. Huhhu… Ermmm, ramai di kalangan ibu dan bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tak kira dalam pemakanan dia orang ataupun pembelajaran dia orang… xcely, aritu [DISINI] KakNgah ada berjanji nak share set untuk study anak-anak, bukan setakat untuk study malah untuk kesihatan mereka…

KakNgah ni agak cerewet bab-bab makan dan pembelajaran mereka, jadi KakNgah memang berikan mereka suplemen dari Shaklee. Ianya bukan sekadar suplemen malah lebih dari itu. Kenapa? jom KakNgah kongsikan…

image

Sesuai dengan tajuk kita hari ini “Anak Sihat, Minda Cergas”… Antara suplemen Shaklee yang sangat membantu kesihatan dan kecergasan otak mereka adalah :

Meal Shakes

Jika dikalangan dewasa, VitaLea dikenali sebagai multivitamin lengkap untuk mereka yang mementingkan kesihatan diri. Meal Shakes pula adalah multivitamin yang sangat baik untuk anak-anak kecil sehingga dewasa, antara manfaat utama Meal Shake adalah :

• Lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh dimana badan tidak dapat menghasilkannya.
• Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrein untuk kanak-kanak.
• Sumber makanan serat untuk penghadaman,
• Kaya dengan sumber kalsium untuk kesihatan gugi, ghigi dan tulang anak-anak.
• Glisemik indeks yang rendah.
• Kaya dengan zinc bagi membantu fokus anak-anak dalam pelajaran.
• Rasa Vanilla yang enak.
• Sumber protein yang terbaik untuk tumbesaran dan sel darah merah.

Chewable Vita-C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.

Jika 1 tablet Vitamin C Plus Shaklee bersamaan dengan 7½ biji buah oren, 1 tablet Chewable Vita-C™ pula setara 1½ buah oren. Antara manfaat Chewable Vita C adalah :

• Menyokong sistem pertahanan, antioksidan semulajadi dalam tubuh,
• Membantu memelihara sel badan,
• Membantu menjaga kesihatan tulang, gigi, gusi, mata, otot dan salur darah,
• Rasa sitrus yang hebat,
• Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami kesukaran menelan tablet.

Selain daripada manfaat yang tersenarai di atas, seperti yang kita tahu Vitamin C adalah sangat berfaedah untuk kesihatan, antaranya ialah:

• Untuk menjamin kecantikan kulit agar kelihatan cantik,
• Sebagai anti penuaan untuk awet muda,
• Untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan,
• Memperbaiki insomnia,
• Mengekalkan kolestrol sihat,
• dan lain-lain lagi.

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 kompenan penting vitamin B yang diperlukan tubuh termasuk 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 kompenan tersebut perlu ada bersama bagi mendapatkan keseimbangan dan kebersanan yang sempurna. Antara manfaat B Complex untuk anak-anak bersekolah adalah :

• Membantu tumbesaran,
• Menangani stress,
• Merangsang fungsi otak, 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia dimana ianya mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. Dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan. Antara manfaatnya adalah :

• Omega-3 adalah lemak struktur utama di dalam otak dan retina dimana ia menyumbang sehingga 97 % daripada lemak omega-3 dalam otak dan sehingga 93 % daripada lemak omega-3 di retina.
• Menyokong fungsi mental kanak-kanak dan orang dewasa sepanjang hayat.
• Bantu mengurangkan tekanan.
• EPA membantu menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
Mempertingkatkan sistem imun dan melawan kanser.

Banyak kajian mengesahkan bahawa semua orang, dari bayi hingga orang dewasa, manfaat daripada bekalan yang mencukupi DHA.

Lecithin

Apa itu Lecithin?

Pada asasnya, lecithin berfungsi sebagai ‘pemecah lemak’ (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

• Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
• Kolin – satu komponen neurotransmitter.
• Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
• Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Bagaimana Lecithin Membantu Dalam Perkembangan Otak?

• Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.
• Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

Hahha… cukup 5 item wajib nih, memang sessuai untuk anak-anak kita bijak dalam pelajaran dan kekal cergas! Pelaburan hari ini pasti menjadikan masa depan anak anda lebih terjamin! Ops… KakNgah juga sedia berkongsi suplemen mengikut bajet anda! 🙂

Bagi melihat senarai harga pasaran, sila click di PRICE LIST. Hubungi KakNgah untuk mendapatkan item dengan harga yang lebih istimewa beserta konsultasi secara PERCUMA.

Untuk membuat pesanan dengan menggunakan DEBIT CARD/ CREDIT CARD, sila click image di bawah…

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Saya Sentiasa Ingin Sihat!

Posted on Updated on

image

Siapa sependapat dengan KakNgah? KakNgah ni memang cerewet dengan kesihatan, seboleh-bolehnya KakNgah sentiasa ingin sihat untuk keluarga. Kalau diri tak sihat, macam mana nak jaga keluarga kan… 🙂

Bagi KakNgah kesihatan itu satu anugerah yang tak terhingga buat kita semua, tanpa kesihatan yang baik banyak benda yang akan terhalang, ibadah kita pun mungkin akan tercicir, betul tak.?

Shaklee!

Ya, KakNgah memilih untuk amalkan gaya hidup sihat dengan memilih makanan tambahan dari suplemen Shaklee untuk KakNgah dan juga keluarga. Alhamdulillah, memang selama KakNgah mencuba beberapa suplement Shaklee ni, rata-ratanya memang memuaskan hati. Sebagai seorang Thalassaemia, nutrein tambahan untuk diri memang diperlukan. Ok, KakNgah kongsikan beberapa suplemen yang telah KakNgah consume selama dua tahun ++ ini. Antaranya :

VitaLea (multivitamin)

image

VitaLea Shaklee engkap dengan iron, biotin dan nutrein lengkap untuk badan KakNgah bagi proses membina sel darah merah. Seperti diketahui umum, seorang thalassaemia terlibat dengan kekurangan darah merah seakan anemia gtu. Jadi pengamvilan VitaLea sangat membantu KakNgah kekal cergas dan sihat.

Info Produk
Retail Price : RM88.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (2~4 bulan pengambilan)

Sustained Release Vita-C

image

Vita-C Shaklee ni dah cukup popular di semua peringkat umur tidak kira lelaki dan wanita, bangsa dan agama. Yang sebenarnya KakNgah kurang gemar dengan rasa asam limaunya sebab al-maklumlah KakNgah memang tak gemarkan LIMAU… 😀 Namun Vita-C ini juga sangatlah membantu masalah KakNgah berkaitan jerawat, gusi berdarah, stress, thalassaemia dan kulit.

Info Produk
Retail Price : RM92.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 180 tabs (3~6 bulan pengambilan)

B Complex

image

Hahha… B Complex ni sangat membantu dalam membina sel darah merah yang sihat bila di ambil bersama VitaLea dan SR Vita C. Stress! alhamdulillah B Complex juga sedikit sebanyak membantu KakNgah menangani stress dalam menguruskan 3 heros yang memang boleh dikategorikan agak lasak. 🙂  

Info Produk
Retail Price : RM53.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (4 bulan pengambilan)

OsteMatrix (kalsium)

image

Setiap biji OsteMatrik agak kecil, licin dan mudah untuk ditelan juga sesuai bagi kanak-kanak seawal usia 4 tahun. KakNgah amalkan OsteMatrix sebagai kalsium utama KakNgah bagi menjaga kesihatan tulang. Mungkin semua dah mengetahui bahawa wanita yang makin meningkat umurnya, makin ia memerlukan kalsium untuk kesihatan tulang. Wanita amat perlukan kalsium kerana kalsium wanita lebih cepat hilang semasa hamil dan menyusukan bayi, semua sumber kalsium dari badan akan diserap ke bayi anda jadi jaga-jaga… Oste juga sangat membantu memudahkan penghadaman dan dapat mengurangkan magrain KakNgah, Alhamdulillah…

Info Produk
Retail Price : RM61.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (sebulan pengambilan)

ESP (Energizing Soy Protein)

image

Hahha… ini lagi satu produk paling hot dikalangan ibu-ibu hamil dan menyusu. Sangat membantu dalam memberikan protein lengkap dan tenaga kepada si ibu yang sering keletihan dan kelaparan, hehheww… Ya memang sangat diakui, KakNgah sendiri pun memang tak lepaskan peluang menikmati minuman seringkas ESP. Mudah mengenyangkan orang macam KakNgah yang sering lapar dan lapar.. KakNgah kuat makan tau 😀  . ESP non-gmo adalah pilihan terbaik buat KakNgah, KakNgah memang gemarkan yang lebih semulajadi dan berkhasiat.

Pulak tu bulan ni Shaklee adakan promo untuk ESP so janganlah lepaskan peluang yang ada.

image

Info Produk
Retail Price : RM150.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 850g (sebulan pengambilan)

Vivix

image

Berani KakNgah katakan, kalau anda bertanya apakah vitamin paling istimewa dalam dari Shaklee, tentu sekali jawapan KakNgah adalah VIVIX. Boleh termimpi-mimpi bila tak dapat beli Vivix, angau tau… 😛  info lanjut boleh click ke LINK INI.

Info Produk
Retail Price : RM475.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 150ml (sebulan pengambilan)

GLA Complex

image

GLA ini KakNgah try masa anak kecil KakNgah berusia setahun 8 bulan, itu pun sebab “P” belum berteman… risau takut sangkut 😀  so KakNgah consume GLA dan selepas seminggu consume, dengan relanya “P” pun datang… Alhamdulillah, GLA Complex ni membantu menstabilkan hormone kita, elok juga untuk masalah jerawat yang tak tahu nak hilang-hilang. Masalah kegemukan akibat hormone yang kurang stabil pun boleh consume GLA.

Info Produk
Retail Price : RM91.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 60 capsules (sebulan pengambilan)

HerbLax

image

KakNgah ni jenis ada masalah sket nak membuang jika berubah tempat, jadi kalau nak balik kg ke, pergi jenjalan jauh sampai 2 3 hari gtu, memang KakNgah bawakan sekali HerbLax. Kalau biar najis bersarang kat dalam kan, tak baik untuk usus, boleh jadi buasir tau. Salah satunya fungsi herblax ni adalah DETOX! Terbaik sangat tau… kengkawan KakNgah yang try pun memang akan repeat order baliklah… 🙂

Info Produk
Retail Price : RM52.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 120 tabs (3 ~ 7 bulan pengambilan)

NutriFeron

image

NutriFeron! Alhamdulillah, setiap kali badan ni rasa tak sihat, cepat-cepat ambil NutriFeron, insyaAllah badan cepat recover balik.. Takder nak berlarutan lelama, ini salah satu suplemen yang wajib ada di rumah untuk satu keluarga. NutriFeron ni merupakan interferon semulajadi yang dicipta dan hanya terdapat dari Shaklee jer, siap dipatenkan pun..

Info Produk
Retail Price : RM181.00 [hubungi KakNgah untuk best price]
Size : 30 sachets (7 bulan pengambilan)

Ini antara yang di ambil KakNgah lah, next time lebih lagi tapi tunggu untuk result yang terbaik akan KakNgah kongsikan lagi. Pilihan suami KakNgah pun ada, next time akan dikongsikan yer…

Untuk order suplemen dan konsultasi secara PERCUMA, sila hubungi KakNgah yer… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Alhamdulillah… Berat Badan Sudah Bertambah

Posted on Updated on

image

Dah berapa hari nak share tapi terbengkalai dek kekalutan.. hihhi.. Alhamdulillah, memang KakNgah sendiri tak menyangka berat KakNgah dah naik 2 kg dari sebelum ni berat KakNgah 48kg (SINI). Happy tak terkata! So disebabkan kat luar sana sendiri dah ramai yang bertanya, bagaimana nak naikkan berat badan so kat sini KakNgah share sket untuk anda semua.. 🙂 Salah satunya adalah konsisten dengan pengambilan suplemen.

Apakah Suplemen Yang KakNgah Amalkan?

image

ESP (Energizing Soy Protein)

• ESP satu-satunya produk yang berada di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh.
• Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
• Tinggi dengan protein yang diperlukan tubuh dan memberikan sumber tenaga segera yang lama.
• non-GMO.
• Membekalkan protein lengkap untuk mereka yang kurang berat badan bagi membina otot yang sihat dengan cara pengambilan dan keperluan tubuh.

image

MealShake

• Kaya dengan nutrein lengkap untuk keperluan tubuh.
• Tinggi dengan vitamin dan mineral serta zat perlu.
• Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh.
• Membantu tumbesaran, mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan tubuh untuk membina tulang, dan sel-sel untuk membesar.

image

Vitalea (multivitamin)

• Merupakan multivitamin pertama di dunia yang dicipta.
• Mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
• Di formulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
• Sesuai untuk mereka yang mahukan diet seimbang – kurus atau gemuk!

image

B Complex

• Membantu mengurangkan stress – yang boleh menyebabkan obesiti ATAU kurang berat badan.
• Menukarkan makanan dan gula kepada tenaga.
• Lengkap dengan 8 kompenan B yang diperlukan tubuh seperti saranan RDA.

Ermmmm… 4 jenis suplemen ni lah KakNgah makan dengan teratur untuk naikkan berat badan. Set suplement ni baru RM406.00 dimana Vitalea dan B complex untuk pengambilan 4 bulan manakala ESP dan Mealshake untuk sebulan consume.

Apapun KakNgah perlu naikkan lagi 5 kg untuk dapatkan berat badan yg sessuai dengan ketinggian KakNgah… 🙂

image

Berminat? hubungi KakNgah ye untuk harga yang lebih jimat, nanti KakNgah kongsikan tip dan konsultasi untuk anda. 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Supplement Boleh Rawat Tulang Patah!

Posted on Updated on

image

Eh… Supplement pun boleh rawat tulang patah? Cam tak percaya jerk tapi itulah hakikatnya jika amalkan supplement Shaklee iaitu OsteMatrix, Advance Joint Heath Tablet dan B Complex.

Bagaimana 3 Supplement Tersebut Bertindak?

OsteMatrix
• Seperti yang diketahui umum, tulang memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membesar, kuat dan padat. Maka pengambilan OsteMatrix adalah sangat membantu.
• Membekalkan nutrein harian termasuk kalsium yang membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi.
• Lengkap dengan magnesium, manganes, Vitamin D, zinc, calcium, fosforus, kuprum dan boron yang seimbang dengan kadar penyerapan 99%.
• Formularnya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.

Advance Joint Heath Tablet
• Tulang belakang kita disokong dan diampu oleh pundi cecair diantara setiap cakera vertebra (vertebra-disc). Setiap disc menyokong setiap pergerakan dan impak kita seharai-hari.
• Kita bersenam dan melompat, dan tugas disc adalah mengampu sendi daripada sebarang kecederaan atau kejutan hasil daripada pergerakan tersebut. Maka jika tahap cecair di dalam tubuh rendah, tahap cecair di dalam tulang belakang akan berkurangan.
• Pengambilan bersama OsteMatrik membantu menguatkan tulang dan sendi.

B Complex
• Bertindak sebagai anti-stress. Bila seseorang stress, kesihatan akan lambat untuk baik pulih jadi B Complex membantu menstabilkan perasaan anda.
• B Complex juga membantu dalam kesihatan fungsi saraf bagi memperbaiki kesihatan diri.

TESTIMONIAL

image

Berapa Harga Untuk Set Tulang Patah?

Harga untuk set tersebut adalah RM248.00 including postage. B Complex untuk 4 bulan pengambilan, AJHT dan OsteMatrix untuk sebulan pengambilan.

Nak dengan harga yang lebih jimat berganda? Hubungilah KakNgah segera yer…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kenali Kesan Berlebihan & Kekurangan Niacin (B3)

Posted on Updated on

image

Niacin (B3) atau juga dikenali sebagai asid nikotonik merupakan kompenan B Complex yang diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga, terkandung di dalam makanan dalam bentuk NAD koenzim ( coenzymes nicotinamide adenine dinucleotide ) atau NADP (nicotinamide adenine dinucleotide phosphate). Kandungan Niacin yang mencukupi di dalam badan adalah penting untuk kesihatan umum.

Apakah Kesan Kekurangan Niacin?

Kekurangan bekalan B3 dalam tubuh mungkin akan mengakibatkan kepada beberapa faktor iaitu :

• Otot yang lemah,
• Keletihan kronik,
• Anemia,
• Sakit Kepala.

Dan mungkin akan membawa kesan yang lebih jauh kepada Pellagra. Pellagra adalah kekurangan niasin penting yang akan membawa kepada :

• diarrhea,
• dermatitis (perubahan ketara kulit),
• dementia (masalah mental),
• death (kematian).

Keperluan harian sebenar vitamin B3 ( niasin ) bergantung kepada kuantiti asid amino ‘ tryptophan ‘ dalam diet dan kecekapan triptofan kepada niasin penukaran. Faktor penukaran ialah 60 mg tryptophan kepada 1 mg niasin, yang disebut sebagai 1 niasin bersamaan (NE ). Ini faktor penukaran digunakan untuk mengira kedua-dua sumbangan dari pemakanan tryptophan dan elaun disyorkan niasin. Walau bagaimanapun adalah penting untuk memberi perhatian bagi memastikan bekalan vitamin B3 yang mencukupi. Kerana tidak ada risiko dos berlebihan dan kerana ia dengan mudah boleh dikeluarkan , peraturan yang berikut terpakai: biar terlalu banyak vitamin B3 dalam badan anda daripada terlalu sedikit!

Kesan Niacin Yang Berlebihan?

Bentuk niasin dihasilkan dalam tubuh daripada tryptophan ( nikotinamida ) tidak boleh menyebabkan masalah kesan sampingan, tetapi penggunaan berlebihan makanan tambahan niasin boleh menghasilkan beberapa akibat seperti :

• Gatal-gatal,
• kerosakan hati,
• gula darah tinggi,
• gout.

Kesan-kesan sampingan biasanya berlaku pada dos yang lebih besar daripada 2 gram / ​​hari. Jumlah yang tinggi niasin kadang-kadang diarahkan oleh doktor untuk membantu merawat tahap kolesterol yang tinggi. Dalam kes ini, vitamin yang bertindak sebagai ubat. Niasin Tambahan perlu diambil pada perut penuh.

Berapakah Jumlah Pengambilan Niacin Setiap Hari?

Jumlah niasin yang diperlukan tubuh adalah berbeza mengikut tahap umur dan faktor-faktor lain :

• Kanak-kanak: antara 2-16 miligram setiap hari , bergantung kepada umur,
• Lelaki: 16 miligram setiap hari,
• Wanita: 14 miligram setiap hari,
• Wanita ( hamil) : 18 miligram setiap hari,
• Wanita ( penyusuan ) : 17 miligram setiap hari.
• Pengambilan maksimum harian untuk orang dewasa semua peringkat umur : 35 miligram setiap hari.

Namun, dos yang sesuai niasin bergantung kepada bagaimana anda menggunakannya. Sebagai contoh, dos yang lebih tinggi – 2 hingga 3 gram atau lebih – digunakan untuk merawat kolesterol tinggi.

Bolehkah anda mendapatkan niacin semulajadi dari makanan?

Niacin berlaku secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan terutama makanan yang tinggi protein dan antaranya adalah :

image

• daging tanpa lemak,
• hati,
• ikan,
• ayam,
• telur,
• kekacang,
• mentega kacang,
• bijirin.

Kesimpulannya vitamin B3 tidak boleh disimpan oleh badan dalam bentuk asalnya. Walau bagaimanapun ia bertukar dengan cepat ke dalam NAD coenzymes dan NADP.

Adakah Shaklee Menawarkan Niacin secukupnya?

Owh… pasti ada! Shaklee menawarkan niacin secukupnya dengan 7 kompenan B lain yang diperlukan tubuh di dalam setiap tablet B Complex. 🙂

image

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Sesuatu Yang Perlu Anda Tahu Jika Memilih Vitamin B Complex

Posted on Updated on

image

Jika anda memerlukan pilihan untuk memilih B-Complex, pastikan anda :

• JANGAN sesekali memilih “depot capsule” kerana ianya bertindak dengan perlahan dan ianya akan kekal selama 6 bulan di dalam badan anda.
• TIDAK berkira-kira dengan kualiti produk di mana ianya perlu lengkap dengan 8 kompenan B Complex bagi kesihatan yang lebih baik.
• MENGAMBIL B Complex sekurang-kurangnya 6 minggu utama untuk mengekalkanya dalam keadaan baik dari dalam badan anda.

Shaklee B Complex | Kenapa ianya Berbeza Dari Jenama Yang Lain?

• Lengkap dengan 8 kompenan B yang diperlukan tubuh seperti yang disarankan oleh RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).

image

• Harus mengandungi 100% untuk asid folik dan biotin.
• Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
• Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan sustained release.

Info Produk
Retail Price : RM53.00
Size : 120 tablets

Ringkas dan mudah untuk sharing malam nih, hahha… sebarang order boleh roger² yer… B-)

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.