Asthma dan Perokok

Bismillah..

Walhamdulillah, sementara anak kecil KakNgah tidur… bolehlah sharing2 di petang harini. Dalam dok mencari idea untuk di kongsikan petang ni, terpikir untuk singgah di blog Dr. Azwan. Terjumpalah artikel berkaitan “Asthma dan Perokok”, agak menarik untuk KakNgah copy paste jerk, boleh sharing mana yang patut untuk anda semua… Banyak benda yang KakNgah belajar sejak join Shaklee nih, dulu kalau bab2 kesihatan ni, sakit demam biasa je lah yang KakNgah tahu. Makan minum mana yang baik dan mana yang kurang elok, tak pulak KakNgah pedulikan.. just dengar2 apa yang orang tua2 pesan jerk. 🙂

Berbalik kepada “Asthma dan Perokok” tadi.. kat bawah ni KakNgah kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh Dr. Azwan di blog beliau. Moga sama2 kita beroleh manfaat yer…

************************************************

Assalamualaikum.

Ramai pesakit saya jumpa yang merupakan penghidap Asthma adalah seorang perokok.

Asthma adalah satu penyakit alahan yang berulang yang menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan oleh salur penafasan yang menjadi sempit.

Dua sebab utama saluran nafas ini menyempit ialah yang pertama tindakan otot kecil yang mengecut dan menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan kedua ialah pengeluaran mukus atau lendir yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kecil.

Pada kebiasannya kejadian asthma berlaku kerana pesakit terdedah kepada beberapa perkara yang menyebabkan alahan atau allergy berlaku. Perkara yang memnyebabkan alahan ini dipanggil ALLERGEN.

Allergen boleh terdiri daripada makanan seperti makanan laut, ubat-ubatan, gigitan serangga, debunga, habuk, kutu halus (dust mites), bulu kucing dan asap.

Serangan asthma juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca, samada terlalu sejuk atau terlalu panas, jangkitan virus atau bakteria pada saluran penafasan dan stress keterlaluan seperti kerja berlebihan atau menghadapi peperiksaan boleh juga memulakan asthma.

Apabila berlaku serangan asthma, pernafasan akan menjadi sukar. Ini disebabkan oleh pengecutan saluran pernafasan sehinggakan ada ketikanya ia tertutup terus dan menyebabkan kematian. Ya, asthma yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Udara yang memasuki saluran pernafasan yang sempit ini akan menyebabkan bunyi seperti seruling atau wisel yang diistilahkan sebagai WHEEZING. Mereka juga akan kerap batuk-batuk yang menghasilkan kahak yang banyak.

Pernafasan yang sukar ini menyebabkan otot-otot pada leher dan dada terpaksa digunakan secara berlebihan daripada biasa untuk “memaksa” pernafasan. Ini menyebabkan otot leher dan dada kelihatan ketara, manakala dada pula menjadi berombak-ombak.

Kekurangan oksigen di dalam badan dan peningkatan karbon dioksida berlebihan menyebabkan mulut penghidap asthma teruk boleh bertukar menjadi biru. Badan yang kekurangan oksigen menyebabkan jantung terpaksa berdegup lebih laju. Ini adalah senario yang sungguh menakutkan.

Apabila pesakit yang datang ini (biasanya lelaki dewasa) menghadapi masalah asthma dan memberitahu bahawa mereka adalah perokok tegar, rawatan menjadi sukar. Ini adalah kerana salah satu penyebab asthma adalah asap. Sekiranya mereka merokok berbatang-batang sehari, bagaimana pula asthma dapat dikurangkan?

Asthma dan rokok tidak boleh duduk semeja….

Salam.

************************************************

Alhamdulillah… bersyukur KakNgah kerana dikurniakan seorang suami yang bukan seorang perokok, kalau diikut-ikutkan keluarga KakNgah terdiri daripada keturunan asthma so bila-bila masa sahaja KakNgah dan anak-anak pasti terkena. Sebagai langkah berjaga2 KakNgah dan keluarga amalkan makanan tambahan dan juga pemakanan yang seimbang agar tidak terkena asthma dan alhamdulillah selama ini KakNgah dan keluarga belum pernah kene asthma.. Untuk anak2 KakNgah berikan Omega Guard dan MealShake, KakNgah dan suami plak consume B Complex kerana kandungan B Complex Shaklee lengkap dengan B6 dimana B6 membantu dalam mengurang WHEEZING dan simptom asthma.

Bagi masalah anda yang seorang perokok… erm, leh roger2 ngan KakNgah, KakNgah ada penawar untuk anda dalam masalah ketagihan merokok nih, InsyaAllah… kita cuba yang terbaik untuk anda.

 
 
Name Card
 
 

Advertisements

Promo Jan 14′ ~ BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex

Bismillah.. walhamdulillah…

PROMO Jan 14′

BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex kini KEMBALI!!!

Dan anda juga boleh membuat pilihan dengan SET COMBO ALFALFA COMPLEX mengikut masalah kesihatan anda dengan harga yang lebih jimat berganda…

Order???

 
 
Name Card
 
 

MealShake & Omega Guard Pilihan Terbaik Untuk Persekolahan Anak-Anak.

Bismillah..

Dua minggu ni KakNgah terlalu sibuk sampai nak meng’update’ blog pun sempat tak sempat jerk… Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir 8tahun usia perkahwinan KakNgah bersama suami tercinta Mohd Jafni Adnan, banyak pahit kelat, manis kulit kayu manis, masam cuka bagai dilalui dalam tempoh 8 tahun ini… hahha, adatlah berumah tangga kan. Sedar-sedar anak sulong KakNgah akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan di SK Bukit Rimau, Shah Alam. Dah besar rupanya anak ummi ni yer… moga Along boleh jadi contoh kepada adik-adik along..

Orientasi

============================================

Alang-alang dah nak buka sekolah ni eloklah sangat KakNgah kongsikan supplement yang bersesuaian untuk anak-anak sekolah nih.. Apa yang nak KakNgah suggestkan adalah pengambilan MealShake dan Omega Guard dalam membantu anak-anak agar lebih fokus dan peka dalam pembelajaran mereka kelak.. InsyaAllah…

msSedikit info untuk anda ketahui tentang MealShake

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

omegaOmega Guard ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

Rasanya dah banyak KakNgah kongsikan kebaikan Omega Guard pada bulan nih.. almaklumlah bulan ni kan promo Omega Guard so sesuailah untuk ibu-ibu dapatkan Omega Guard untuk anak-anak bagi memulakan persekolahan tak lama lagi, tak lama dah kan… 5 hari je lagi hah…

Sempena persekolahan yang hanya berbaki 5 hari lagi.. KakNgah menawarkan pembelian MEALSHAKE+OMEGA GUARD dengan harga mampu milik untuk anda semua.  Moh cepat roger2 ngan KakNgah dan anda memang layak mendapatkan yang terbaik!

 
 
 
Name Card
 
 

Omega Guard ~ Bau Hanyir Ikan?

Hahha… meletup2 yang order Omega Guard sempena bulan promo ni.. saper nak bagi BUY 6 FREE 1, dapat plak FREE MEMBER, pastu tengah bulan depan tu dapat plak BONUS dari shaklee.. berbaloi2. Sekarang takyah nak kalut2 berkejar ke Shaklee.. on9 pun dah boleh. Senang, jimat masa dan jimat minyak motor dan kete. 🙂 Cukup-cukup sudah… sampi disini saja… ops!!!

Okey… malam ni askar2 melayu KakNgah masing2 dah tido so leh kita sharing sket kan.. Ada yang bertanya dan ada yang bagitau “minyak ikan ni bau eay hanyir…” ramai di kalangan anak2 tak suka disebabkan bau hanyir minyak ikan nih tapi Omega Guard tidaklah berbau seteruk yang disangka-sangkakan… Kenapa KakNgah katakan begitu?? cer tengok… cer tengok pict kat bawah nih, nampak? hehhe… cam kunyah gula2 jerk dibuatnyer diaorang..

“ermmmm…. dapnyer ummi..”
 

Sekarang ni musin hujan, anak2 KakNgah tak terlepas daripada kene selsema so Omega Guard lah jawapannya, selain masalah selsema diaorang, Omega Guard juga sesssuaiiii sebagai antibodi diaorang, bukan untuk diaorang jer… kita2 pun boleh. Minda pun cergas dan yang paling KakNgah suka sebab dapat kawal daripada kene asthma, InsyaAllah..

Pendek jerk perkongsian KakNgah malam nih.. apapun pilihan ditangan anda.. Pilihlah yang terbaik untuk kesihatan keluarga anda. Jika anda ingin mendapatkan Omega Guard dengan harga mampu milik di bulan ini… silalah roger2 ngan KakNgah yer.. 🙂

 
 
 
Name Card
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Omega Guard Shaklee ~ Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

PROMO DECYES! Promo Omega Guard kini kembali…

Kalau sebut jerk omega, semua tahu ianya minyak ikan yang kaya dengan EPA, DHA dan Omega-3 namun sejauh mana manfaat sesuatu minyak ikan itu juga perlu kita ketahui. Jom kita berkenal-kenalan…

Apakah itu Asid Lemak Omega 3?

Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.

Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega-3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan.

Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Shaklee Omega Guard diektsrak dari ikan laut air sejuk [sardin, mackerel, herring, anchovies] dari perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan yang dikatakan tinggi dengan DHA dan EPA. Omega Guard Shaklee adalah 3 kali ganda lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrumpenuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrein, malah tidak dapat menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB [polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat bertoksik].

Manfaat Utama Omega Guard Shaklee

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita,
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan,
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat,
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok,
  5. Mengekalkan tekanan normal darah,
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher,
  7. Mengurangkan sakit kepala,
  8. Merendahkan kolestrol,
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan,
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,
  11. Mengawal masalah obesiti,
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung,
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin,
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak,
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak,
  16. Membantu menyihatkan paru-paru,
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus),
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang,
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon,
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan,
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik,
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi,
  24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi,
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan,
  • Membantu memperbaiki masalah autisme,
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive,
  • Mengurangkan masalah schizophrenia,
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

Alhamdulillah, cukuplah perkongsian untuk malam ini, untuk post akan datang KakNgah akan kongsikan pula Kenapa Ikan Laut Air Dalam? yang di pilih Shaklee untuk dijadikan Omega Guard…

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. Jadilah pengguna yang bijak dalam memilih Omega-3 untuk anda sekeluarga kerana “Kesihatan itu Satu Anugerah”.

 
 
Name Card