Makanan & Supplement untuk Hb Rendah

Hemoglobin adalah protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan anda melalui darah. Besi, folat dan vitamin B6 dan B12 yang diperlukan nutrien untuk pembuatan sel darah merah, jadi termasuk sumber makanan yang kaya dengan ini dalam diet harian anda untuk menjaga hemoglobin dalam julat normal. Tambahan mungkin diperlukan jika paras hemoglobin yang terlalu rendah; mendapatkan bimbingan pakar perubatan atau pakar diet berdaftar untuk dos yang betul. Tanda-tanda hemoglobin rendah termasuk keletihan, hal berkabur mental dan kecenderungan meningkat kepada jangkitan. Apabila, kesihatan keseluruhan yang teruk adalah dikompromi.

  • Iron (zat besi)

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, 2/3 daripada iron di dalam badan anda terdapat dalam hemoglobin. Apabila keperluan iron rendah, pengeluaran hemoglobin dan sel darah merah menjadi lambat dan mengakibatkan anemia. Makanan yang kaya dengan iron perlu diambil bagi mengelakkan anemia menjadi lebih parah. Antara makanan yang tinggi dengan iron adalah :

  1. Heme Iron (sumber haiwan) ~ adalah yang paling tinggi dan cepat diserap oleh badan terutama hati ayam goreng yang mengandungi 11.0 mg iron. Hati lembu pula sebanyak 5.2mg seperti yang dikatakan oleh Jabatan Petanian Amerika Syarikat Bahagian Nutrein Pangkalan Data. Heme iron lain yang membantu adalah hati ayam belanda.
  2. Non-Heme Iron (bukan sumber haiwan) ~ kurang cepat dalam menyerap zat besi namun masih berkesan dalam meningkatkan Hemoglobin. Sumber makanan yang baik dalam meningkatkan penyerapan iron adalah bijirin, kekacang, tauhu, bayam dan kismis. Makanan bersumber Vitamin C juga tergolong dalam meningkatkan Hb seperti tomato, oren, strawberry atau kentang. Institut Perubatan Mengesyorkan pengambilan harian sebanyak 18mg iron untuk ibu-ibu hamil dan 8mg untuk lelaki dewasa.
  3. Makanan tambahan iron juga diperlukan bagi mereka yang mengalami masalah anemia yang teruk.
  • Vitamin B6

Sumber makanan yang kaya dengan B6 adalah daging lembu, ikan, hati bijirin, kentang dan buah-buahan bukan sitrus. Ini termasuk dalam rangkaian diet anda untuk memenuhi Elaun Pemakanan yang disyorkan untuk orang dewasa iaitu sebanyak 1.3 mg setiap hari. Walaupun kekurangan B6 terang-terangan adalah jarang berlaku kerana nutrein itu didapati di dalam banyak makanan, pastikan pengambilan Vitamin B6 anda jika tahap Hb anda adalah rendah.

  • Folat

Kekurangan folat, atau anemia jahat mempunyai ciri-ciri yang besar, tidak matang, cacat sel-sel darah merah dengan kapasiti membawa oksigen terjejas. Sumber makanan folat atau juga dipanggil asid folik adalah termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, hati, beras, germa gandum, bijirin diperkaya, kacang, brokoli dan hati. Alkohol akan menjejaskan folat makan anda digalakkan mengurangkan atau mengelakkan mengambilnya untuk meningkatkan status folat. Institut Perubatan mengesyorkan pengambilan harian folat sebanyak 400mg folat setiap hari bagi wanita dan lelaki.

  • Vitamin B12

Menurut Institut Perubatan, Elaun Makanan yang disyorkan untuk Vitamin B12 adalah 2.4 mikrogram setiap hari untuk orang dewasa. Pengambilan yang tidak mencukupi boleh mengurangkan pengeluaran sel darah merah. Sumber makanan yang baik Vitamin B12 termasuk daging, susu, telur, hati, ayan dan kerang. Memberi tumpuan kepada sumber makanan haiwan untuk mendapatkan cukup Vitamin B12 dimana sumber tumbuh-tumbuhan kurang mencukupi dalam mebentuk sel darah merah.

=============================

Ermmm… rasanya sebelum-sebelum ni pun KakNgah dah share berkenaan masalah Hb rendah akibat anemia dan Thalassaemia. Apa-apa pun harap dengan serba sedikit info kesihatan ini dapat membantu anda dalam masalaha Hb rendah, InsyaAllah. Dalam Shaklee juga ada beberapa supplement yang membantu bagi mengatasi masalah Hb rendah, antaranya adalah B Complex, VitaLea dan Vitamin C. Ketiga-tiga supplement ini sering berkaitan bagi membantu dalam permasalah Hb rendah.

optimum set w/o ESP3 supplement wajip buat KakNgah kerana KakNgah sendiri adalah Beta Thalassaemia Trait. Alhamdulillah, sungguh2 membantu KakNgah dalam menjalani hidup lebih sihat, cergas dan bertenaga. Alhamdulillah semuanya dengan izin dah redho dari-NYA.

Anda berminat?

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 
 

 

Advertisements

Atasi HB Rendah.

Bismillah..“Puan, HB puan rendah nih… bla..bla..bla….”

Aduh… segala macam rasa bila diberitahu masalah HB rendah ni, nak-nak dah dekat due, lagi-lagilah pastu seminggu sekali nak kene check-up sebab HB rendah. Naik malas nak g spital or klinik.. huhhu, tangkap nanges u… Camna tak tangkap nanges kalau seminggu sekali nak kene g klinik atau spital, mana nak uruskan rumah tangga dengan anak-anak sekolah lagi.. Bagi isteri yang tak pandai drive atau takder transport lain, en. somi la jadi mangsa so nak taknak kene apply cuti bagai, huhhu… tapi kalau pandai drive n ada transport lebih sekalipun, terasa gak malas nak ke klinik, kadang-kadang rasa masa lebih banyak dihabiskan kat klinik.. yer tak???

Nurse atau doct pun dah pesan makan itu, makan ini, makan ubat gitu gini tapi HB tetap tak naik-naik… Camna tuh? Erm… sebelum nih KakNgah ada kongsikan berkenaan masalah Hb rendah, kali nih KakNgah share kan testimonial dari cust KakNgah sendiri, memang berpuas hati, nak-nak dari supplement yang semulajadi… berbaloi-baloi tau…

wpid-fotos_20140301063113.jpgPuan Mimie dari Kg. Johan Setia, dekat jerk ngan Kg, Jalan Kebun umah KakNgah… 😀

Puan Mimie mengambil Set Basic Ibu Hamil yang terdiri daripada VitaLea, Vitamin C dan B Complex. Semasa saya buat penghantaran ke rumah Puan Mimie, dia ada memberitahu HB dia turun ke 9 ++ jerk dan alhamdulillah selepas seminggu consume Set Basic nih HB naik dengan baik sampai Nurse pun terkejut…

wpid-fotos_20140307035423.jpgPuan Faizah dari Lorong Ehsan, Kg. Jalan Kebun… (depan umah jerk… ahaks!!)

Puan Faizah, jiran depan umah KakNgah plak hamil 9 bulan ++, memang tengah tunggu masalah, tiba-tiba plak HB turun ke 10. Selepas beberapa hari jerk consume VitaLea, HB dah naik ke 11.. Alhamdulillah.. seronok dapat membantu sabahat-sahabat yang memerlukannya… Semuanya bermula daripada kita yang ingin berusaha bagi mendapatkan yang terbaik untuk kesihatan kita, Alhamdulillah… dengan izin Allah semuanya menjadi semudah ABC… 😀

Anda bagaimana? ingin memilih Supplement Shaklee yang meletop di pasaran sekarang? Moh ler kita ber”whatsapp”…

NAFIZA SHUIB
ID 885414
nafizashuib@gmail.com
018-664 5415
COD : Sekitar Shah Alam, Klang & Pajam, Nilai dan Kuartes KLIA (RABU).
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Jenis-Jenis Thalassaemia…

Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.

Apa yang menyebabkan Thalassaemia?

globin chainDarah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.

Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.

Jenis-jenis Thalassaemia

Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.

Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:

  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.

Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:

  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!

Kesan-kesan Thalassaemia

Pesakit yang menghidapi jenis Thalassaemia yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, biasanya mengalami tanda-tanda dan gejala berikut:

Kurang darah: Pesakit kelihatan pucat, letih, sesak nafas, tidak dapat minum susu dengan baik, dan kurang berat badan, serta mudah dijangkiti kuman. Tanda-tanda ini muncul ketika bayi berumur 4 hingga 6 bulan.

Perubahan tulang: Badan pesakit cuba menghasilkan darah secara berlebihan, kerana badan kekurangan haemoglobin. Malangnya, ini tidak berkesan, kerana kebanyakan haemoglobin yang dihasilkan tidak normal. Oleh itu, bahagian badan yang mengandungi sumsum tulang, iaitu ‘kilang darah’ badan, bertambah besar, dan menyebabkan tulang dahi, rahang, hati dan limpa pesakit menjadi semakin besar.

Sekiranya tidak dirawat, pesakit menjadi semakin lemah dan pucat, dan mengalami jangkitan kuman dan kegagalan jantung dalam usia kanak-kanak. Pesakit ‘Beta Thalassaemia Major’ memerlukan rawatan transfusi darah secara berkala, dan juga rawatan perubatan yang lain.

Seseorang yang mengalami jenis Thalassaemia ringan, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?

Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:

  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%

Ujian saringan untuk Thalassaemia

Kini, ujian saringan untuk Thalassaemia boleh dilakukan di kebanyakan klinik kesihatan dan hospital di Malaysia. Sebelum menjalani ujian saringan, seseorang akan diberikan kaunseling dan maklumat oleh doktor, mengenai ujian tersebut. Senarai klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan ini boleh dilihat di : http://fh.moh.gov.my/uploads/pend_kes/kk_talasemia.pdf

Thalassaemia dapat dikesan melalui ujian darah, yang melihat kandungan dan jenis haemoglobin dalam darah seseorang. Sekiranya ujian saringan menunjukkan seseorang mungkin menghidapi Thalassaemia, doktor mungkin mengesyorkan ujian lanjut, untuk menentukan jenis Thalassaemia secara terperinci. Sesiapa yang ingin menjalani saringan Thalassaemia boleh mendapat maklumat lanjut di klinik-klinik yang disenaraikan. Saringan adalah amat penting bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami Thalassaemia, atau sekiranya pasangan mengalami Thalassaemia. Ini adalah untuk membolehkan seseorang itu mengambil langkah positif dalam pengawalan dan pencegahan penyakit Thalassaemia, terutamanya Thalassaemia Major.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Thalassaemia, anda bolehlah melayari laman web berikut:

http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/search-for-medical-conditions/beta-thalassaemia-trait/beta-thalassaemia-trait-information/

http://www.mpaweb.org.my/file_dir/20755646044c43fcce36af5.pdf

http://www.nhlbi.nih.gov/health/healthtopics/topics/thalassemia/printall-index.html

credit : DoktorBudak

More & more info >> Thalassaemia.

 
 
Name Card
 
 
 

Adakah Anda Yang Memerlukan VitaLea (Multivitamin)?

Bismillah..

Walhamdulillah… xcely, KakNgah mengantuk sesangat malam nih tetapi disebabkan dah banyak hari tak meng’up-date’, nak taknak kene jugalah meng’update’ mana yang patut… huhhhu.. Susah juga nak membahagikan masa dengan anak2 yang dah sekolah pagi dan petang dan dengan anak kecil yang sedang melasak dan ligat nak ke sana sini… huhhu, memang agak kelam kelibut..

Dengan keadaan yang sebegini memang tak tentu masa jugalah makan dan minum KakNgah juga anak2, rasa terlalu cepat pula masa berjalan setiap hari.. masa nilah terasa pentingnya Multivitamin dan pilihan KakNgah semestinya VitaLea Shaklee. Kenapa KakNgah pilih VitaLea Shaklee? Jawapannya ada di SINI.

Okeh, selain diri KakNgah, jom KakNgah kongsikan siapakah lagi yang memerlukan VitaLea (Multivitamin) Shaklee.

Ibu Hamil

  • Perlu bagi membantu keperluan nutrein penting yang tidak dapat diperolehi secukupnya daripada pemakanan harian untuk ibu juga bayi di dalam kandungan.
  • HB rendah.
  • Anemia.
  • Keletihan dan lesu semasa hamil.

Ibu Berpantang

  • Perlu bagi mencukupkan keperluan nutrein ibu semasa berpantang kerana adat semasa berpantang, ibu2 yang sedang berpantang sangat disekat pemakanan mereka, jadi dari situ ibu2 kemungkinan mudah dihinggapi penyakit.
  • Membantu ibu2 berpantang dalam membina sel2 darah merah dimana ibu2 telah kehilangan banyak darah semasa proses bersalin.
  • Memberikan tenaga dan menguatkan imun badan si ibu.

Ibu Menyusu

  • Ibu2 menyusu perlu mengambil Multivitamin agar dapat disalurkan nutrein penting ke bayi melalui penyusuan susu ibu.
  • Membantu ibu2 kekal cergas dan sihat selain membantu bayi yang disusui membesar dengan lebih baik.

DIET

  • Ramai yang kurang mengetahui bahawa keperluan multivitamin penting semasa dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Multivitamin membantu memberikan keperluan nutrein secukupnya apabila anda mengawal pengambilan beberapa makanan yang tinggi protin dan karbohidrat.

Tambah Berat Badan

  • Jika anda ingin menambah berat badan, Multivitamin membantu dalam mencukupkan keperluan nutrein anda kerana anda sebenarnya memang kekurangan nutrein yang diperlukan.

Lelaki

  • Pengambilan Multivitamin dapat membantu kaum lelaki dalam mengurangkan masalah kesihatan melibatkan kanser sebanyak 8%.

Mereka-mereka yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga.

PROMO FEBAlhamdulillah, dapat juga share untuk malam nih… xcely, semua dah tahu kan bulan ni promo VitaLea so… apa tunggu lagi BUY 6 FREE 1 ler, berbaloi2…

Berapa Harga VitaLea Shaklee?

Sebotol Vita-lea (120 biji)
Semenanjung – RM88.75
Sabah & Sarawak – RM93.75
Jika anda rasa nak beli dengan harga lebih jimat berganda, roger2 jerk ngan KakNgah kay… 🙂
 
 
 
Name Card
 
 

I am Beta Thalassaemia Trait!!!

Tahukah Anda!!! Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

*****************************************************

KakNgah tergolong dalam 5% daripada penduduk Malaysia yang dikenali sebagai pembawa dan KakNgah adalah Beta Thalassaemia Trait!!! Entry kali nih macam suka plak bila dikenali sebagai Beta Thalassaemia Trait (minor), hahha… tidak sama sekali, KakNgah just nak kongsikan agar kawan2 di luar sana kenal dan aware dengan penyakit talasemia nih… Semakin hari, semakin ramai yang call dan tanya dengan KakNgah berkenaan penyakit talasemia. Dari situ KakNgah rasa tak salahkan untuk KakNgah kongsikannya dan kebanyakkannya penduduk luar bandar masih kurang arif berkenaan penyakit talasemia.. harap dengan perkongsian ini kita sama2 dapat membantu diri kita, keluarga dan kawan2 yang berdekatan dengan kita… InsyaAllah…

https://kakngahsihat.files.wordpress.com/2014/01/1898c-minor.gif

Apakah Talasemia Minor [Beta Thalassaemia Trait]?

Dalam Talasemia minor, gen hemoglobin yang diwarisi semasa conception, salah satu daripada ibu (telur) dan seorang dari bapa (sperma). Mereka yang mempunyai sifat Talasemia dalam satu gen yang dikenali sebagai pembawa atau dikatakan mempunyai Talasemia minor. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika anda membawa sifat Talasemia adalah untuk menjalani ujian darah khas yang dipanggil hemoglobin elektroforesis yang boleh mengenal pasti gen. Pembawa Talasemia minor menghidap anemia atau sedikit kekurangan darah.

Jika anda, ibu bapa, atau nenek moyang anda adalah dari ‘kalangan Talasemia’ (yang dikenal pasti dalam kumpulan talasemia), meminta agar anda menjalani ujian talasemia. Ia adalah amat penting untuk mengenal pasti diri anda yang berkemungkinan sebagai pembawa Talasemia minor. Memiliki sifat kecil Talasemia memberikan anda 25%, (1 dalam 4) peluang untuk mempunyai bayi dengan Talasemia utama. Oleh itu, dengan menjalani ujian Talasemia dengan segera dapat membantu anak anda selamat daripada penyakit talasemia. Kesedaran anda hari ini adalah kunci kepada pencegahan.

Apa yang KakNgah consume?

Sebelum ni KakNgah consume ESP, Vitalea, B.Complex dan Vita C tapi sekarang KakNgah consume Vivix Shaklee, lagi terbaik KakNgah rasakan pada diri KakNgah [testimonial consume Vivix], sungguh-sungguh membantu… next time InsyaAllah KakNgah share pula tentang Alpha Talassemia yer…

 
 
 
Name Card
 
 

Promo Jan 14′ ~ BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex

Bismillah.. walhamdulillah…

PROMO Jan 14′

BUY 6 FREE 1 Alfalfa Complex kini KEMBALI!!!

Dan anda juga boleh membuat pilihan dengan SET COMBO ALFALFA COMPLEX mengikut masalah kesihatan anda dengan harga yang lebih jimat berganda…

Order???

 
 
Name Card
 
 

Pengidap Talasemia [Thalassaemia] & Supplement Bersesuaian

Bismillah..

Alhamdulillah… masih dipinjamkan Allah nafas untuk berkongsi kebaikan vitamin untuk anda yang memerlukannya.. Moga setiap perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Maaf jika perkongsian ini kurang jelas dan kurang memberikan anda maklumat lengkap untuk dimanfaatkan sepenuhnya. KakNgah sedia menerima teguran dan komen dari anda untuk memperbaiki setiap kekurangan.. InsyaAllah…

Seperti sedia maklum, KakNgah pernah berkongsi tentang Talasemia [Thalassaemia] untuk anda semua dengan post sebelum-sebelum ini. Pada hari ini seperti dijanjikan, KakNgah ingin kongsikan dahulu supplement/ vitamin yang bersesuaian dengan PENGIDAP TALASEMIA. Antaranya adalah B.Complex, MealShake dan Omega Guard dan manfaat-manfaatnya kepada pengidap adalah seperti di bawah:

PengidapB.Complex

  • Membantu dalam menangani masalah anemia/ HB rendah,
  • Membantu dalam memberikan tenaga,
  • Membantu dalam membina sel-sel darah merah yang baru.

MealShake

  • Memberikan keperluan nutrein yang diperlukan tubuh dalam menjaga kesihatan keseluruhan,
  • Kandungannya yang tinggi protein membantu dalam pembinaan sel-sel darah,
  • Sebagai anti-oksidan dalam melawan penyakit.

Omega Guard

  • Kaya dengan anti-oksidan dengan menjaga saluran darah dan peredaran darah dengan sempurna.

Moga dengan perkongsian supplement ini anda dapat membuat pilihan dengan lebih bijak. KakNgah doakan anda sihat dan happy selalu.. ceriakan diri anda dengan orang tersayang… 🙂 InsyaAllah, KakNgah akan kongsikan pula supplement untuk pembawa talasemia di post yang akan datang.. mudah-mudahan kita bersua lagi…

Dapatkan tiga supplement ini dengan harga mampu milik dengan segera.

 
 
Name Card