Muhammad Aqil takut jarum..

Ermmm… tajuk untuk santai-santai pagi ahad ” Muhammad Aqil takut jarum”. Anak sulung dan abang yang kuat menyakat dan sering kene buli di sekolah… 😀 Kalau tengok muka dia, uishhhhh dah macam gangster kata orang tapi dalam hati bertaman-taman… 😛

image

Jumaat malam rtu Aqil menangis terisak-isak, terkejut pulak tengok dia nangis, bila ditanya jawabnya sakit gigi. Ermmm, gigi dia yang rosak tu dah bertahun tak bercabut sebab tak jumpa klinik yang servicenya tanpa injection.

Nak bawa pergi klinik kerajaan, KakNgah sendiri fobia sebab pernah dulu cabut gigi bongsu yang tumbuhnya ke sisi menikam pipi so jumpa doct dan kene cabut… Tapi dari pagi jam 8.30pagi cabut gigi, darah tak berhenti-henti keluar sampai jam 6 petang tu baru berhenti! Selimut, tuala dan 3 kain batik habis dengan darah… Serious KakNgah dah serik nak pergi klinik kerajaan untuk cabut gigi.

Berbalik pada Aqil tadi nih, sabtu pagi semalam KakNgah ikut si hubby kejap pagi tu pastu sambil berborak tanya hubby mana klinik gigi yang terdekat. Eh, elok pula seberang lot kedai jer ada klinik gigi so saje pergi tanya. Ermmm, alhamdulillah ada service cabut gigi tanpa injection dan dah alang-alang tuh terus la cabut gigi dia sebab gigi depan pun dah bergoyang sekali..

image

Masa kat bilik doct untuk cabut gigi tu pun bermacam ragam dan aksi Aqil ni, betul-betul buat KakNgah geli hati, takutnya dek jarum tak boleh blah betul! Nak naik hantu pun ada gak rasanya dengan dia…

Gara-gara doct. nak tampal gigi dia yang sedikit berlubang tu dia dah terus bangun dari kerusi sebab ingat doct. nak cucuk dia. Alat yang digunakan untuk tampal gigi tu nampak cam jarum yang bengkok. Banyak juga soal jawab dia ngan doct. tu sedangkan doct. tu dah gtau awal-awal lagi itu bukan jarum… Doct. pun fening ngan gelagat si Aqil… Sorry doct. 🙂

Ok, dah cukup pasal si Aqil… KakNgah just nak share untuk semua… Klinik Pergigian Shah Alam yang servicenya memang bagus walaupun kliniknya tidaklah secantik dan semewah mana pun, memang nampak kliniknya sedikit lama/ uzur. Servicenya memang sangat memuaskan beserta pula konsultasi dari doct. itu sendiri. Harganya pun berbaloi dan sangat murah… Staff pun mesra dan mudah senyum menyejukkan kita dan menyenangkan kita yang sakit nih… Tak ingat pula apa nama doct. tu, tak terpikir nak tengok nama dia…

Bagi anda yang memang punya anak yang sangat takut dengan jarum tu boleh bawa ke sana. Kliniknya bersebelahan McD Seksyen 18 Shah Alam di bahagian atas. Hanya sapukan gel berperisa strawberry pada bahagian gigi untuk rasa kebas dan cabut! Kos yang KakNgah perlu bayar rm115.00 sahaja, sebatang gigi rm40.00 x2, tampal+ubat rm20.00 dan daftar+konsultasi rm15.00. Bagi KakNgah ianya dah cukup murah, maaf jika anda rasa ianya mahal…

image

Lecithin BUY 6 FREE 1 bulan ini tinggal beberapa hari lagi, jom grab!

✆ Call/SMS/WhatsApp : 018-6645415 (KakNgah)

➲ COD Area : Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s