Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.

image

Assalamuaaikum dan selamat petang, buat apa semua ya..? 🙂  Tetiba teringat Air Panas Ulu Legong, xcely KakNgah tak plak pernah sampai ke mana-mana pusat air panas, selalu bila lalu kat hiway Utara~Selatan perasan signboard Air Panas Pedaslah tapi memang tak pernah sampai pun, huhhu.

Nak dijadikan cerita, semasa balik kampung haritu, hari khamis malam jumaat sehari sebelum kami balik kesini,abang kandung KakNgah ajak mandi Air Panas Ulu Legong nih. Seronok punya pasal, kita orang pun ok jelah tapi dalam kepala dok pikior, klu dari Yan ke Baling, agak jauh juga perjalanannya.

Hubby pun memang nak sangat pergi so berangkatlah kitaorang pada jam 10.30pm, uish.. naper kene malam plak? Mak KakNgah cakap, malam baru best mandi air panas nih… Drive punya drive, hoihhhh jam 12.30am baru sampai, memang jauh tapi bila dah sampai tu terkejut KakNgah tengok kereta dari merata cerok datang, penuh parking! Anak-anak pun bukan main lagi seronok, nak mandi kolam, mahu tak seronok… 😀

image

Ni port untuk budak-budak mandi, kalau korang perasan ada 2 kolam, yang depan ni dalam sket, sket jelah. Yang belakang tu cetek jerk sesuai la untuk anak-anak 3 tahun ke bawah.

image

Hahhh, ni kolam untuk dewasa, yang sebelah kiri tu kurang panas, yang kanan ni boleh tahan jugalah nak biasakan badan dengan panasnya. Kalau korang nak tahu, makin dalam kolam tu… makin panaslah airnya.

Ops, semua gambar yang KakNgah share ni, semua dari Google, Seronok mandi-manda tak ingat dah nak bergambar, hahha…

Ermmm, yang bestnya juga… korang boleh menginap kat Air Panas Ulu Legong nih, paling murah rm100.00 untuk satu malam.

image

Hahhh, ni harga yang dikenakan untuk tetamu macam kita nih, hihhi…boleh save untuk rujukan korang jika terasa hati nak ke sana. 😀

Nak nampak 25 tahun lebih muda? Saya ada rahsianya…

image


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Advertisements

Gua Gunung Keriang

image

Ermmm, last cerita balik kampung aritu lupa nak bagitau satu port baru kat Gunung Keriang sanun. Selalunya kalau pergi Gunung Keriang, mesti tak lepaskan peluang ke Muzium Padi kan tapi haritu KakNgah pergi, perasan ada banggunan tinggi yang menyambung ke Gunung Keriang.

Kitaorang yang memang bersemangat nak jenjalan ni pun, singgah lah ke banggunan tersebut tapi bila sampai nampak gate ditutup dan dikawal. Bila ditanya, guard tu beritahu Gua Gunung Keriang blom dibuka untuk dilawati, melepas… 😦  tapi insyaAllah, bila berpeluang cuti lama nak juga sampai ke sana. 🙂

image

Rasanya mungkin sebulan dua lagi bukalah kut kan, best juga nih, rasa adventure la sket kalau dapat masuk gua nih, hahha…

Perlukan supplement untuk kesihatan tulang anda? Shaklee menawarkan set supplement untuk bantu anda agar bebas bergerak tanpa rasa takut!

image


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.