Month: April 2015

Lecithin Mencairkan Lemak.

Posted on Updated on

wpid-lechithin.png

Buy 6 Free 1 Lecithin tinggal beberapa hari je lagi, ermmm… seperti sedia maklum Lecithin Shaklee telah dikenali sebagai supplement yang dapat membantu dalam memecahkan lemak dari dalam namun bagaimana?

Jom lihat videoringkas yang disediakan…

credit ;

Perasan kan bagaimana molekul minyak tu terurai dengan 2 biji Lecithin. Shaklee sarankan 6 biji Lecithin setiap hari so lagi mudah dan banyaklah lemak yang tak sihat tu terurai dari badan dan dengan senangnya memudahkan ia dicernakan… Ops, pengambilan bersama Herblax amat sesuai untuk melancarkan lagi percernaan tuh..

Bagi yang nak mencuba, inilah peluangnya Buy 6 Free 1 Lecithin @ RM333.90 yang sungguh berbaloi! jom roger untuk memudahkan konsultasi anda dengan KakNgah… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Muhammad Aqil takut jarum..

Posted on

Ermmm… tajuk untuk santai-santai pagi ahad ” Muhammad Aqil takut jarum”. Anak sulung dan abang yang kuat menyakat dan sering kene buli di sekolah… 😀 Kalau tengok muka dia, uishhhhh dah macam gangster kata orang tapi dalam hati bertaman-taman… 😛

image

Jumaat malam rtu Aqil menangis terisak-isak, terkejut pulak tengok dia nangis, bila ditanya jawabnya sakit gigi. Ermmm, gigi dia yang rosak tu dah bertahun tak bercabut sebab tak jumpa klinik yang servicenya tanpa injection.

Nak bawa pergi klinik kerajaan, KakNgah sendiri fobia sebab pernah dulu cabut gigi bongsu yang tumbuhnya ke sisi menikam pipi so jumpa doct dan kene cabut… Tapi dari pagi jam 8.30pagi cabut gigi, darah tak berhenti-henti keluar sampai jam 6 petang tu baru berhenti! Selimut, tuala dan 3 kain batik habis dengan darah… Serious KakNgah dah serik nak pergi klinik kerajaan untuk cabut gigi.

Berbalik pada Aqil tadi nih, sabtu pagi semalam KakNgah ikut si hubby kejap pagi tu pastu sambil berborak tanya hubby mana klinik gigi yang terdekat. Eh, elok pula seberang lot kedai jer ada klinik gigi so saje pergi tanya. Ermmm, alhamdulillah ada service cabut gigi tanpa injection dan dah alang-alang tuh terus la cabut gigi dia sebab gigi depan pun dah bergoyang sekali..

image

Masa kat bilik doct untuk cabut gigi tu pun bermacam ragam dan aksi Aqil ni, betul-betul buat KakNgah geli hati, takutnya dek jarum tak boleh blah betul! Nak naik hantu pun ada gak rasanya dengan dia…

Gara-gara doct. nak tampal gigi dia yang sedikit berlubang tu dia dah terus bangun dari kerusi sebab ingat doct. nak cucuk dia. Alat yang digunakan untuk tampal gigi tu nampak cam jarum yang bengkok. Banyak juga soal jawab dia ngan doct. tu sedangkan doct. tu dah gtau awal-awal lagi itu bukan jarum… Doct. pun fening ngan gelagat si Aqil… Sorry doct. 🙂

Ok, dah cukup pasal si Aqil… KakNgah just nak share untuk semua… Klinik Pergigian Shah Alam yang servicenya memang bagus walaupun kliniknya tidaklah secantik dan semewah mana pun, memang nampak kliniknya sedikit lama/ uzur. Servicenya memang sangat memuaskan beserta pula konsultasi dari doct. itu sendiri. Harganya pun berbaloi dan sangat murah… Staff pun mesra dan mudah senyum menyejukkan kita dan menyenangkan kita yang sakit nih… Tak ingat pula apa nama doct. tu, tak terpikir nak tengok nama dia…

Bagi anda yang memang punya anak yang sangat takut dengan jarum tu boleh bawa ke sana. Kliniknya bersebelahan McD Seksyen 18 Shah Alam di bahagian atas. Hanya sapukan gel berperisa strawberry pada bahagian gigi untuk rasa kebas dan cabut! Kos yang KakNgah perlu bayar rm115.00 sahaja, sebatang gigi rm40.00 x2, tampal+ubat rm20.00 dan daftar+konsultasi rm15.00. Bagi KakNgah ianya dah cukup murah, maaf jika anda rasa ianya mahal…

image

Lecithin BUY 6 FREE 1 bulan ini tinggal beberapa hari lagi, jom grab!

✆ Call/SMS/WhatsApp : 018-6645415 (KakNgah)

➲ COD Area : Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Parenting Seminar

Posted on Updated on

Bismillah… just nak share info yang KakNgah dapat dari group Whatsapp… yes, bagi anda yang berdekatan Nilai, Negeri Sembilan… jom ambil peluang untuk asah kehidupan kita sebagai ibu dan ayah buat anak-anak syurga. InsyaAllah moga ianya membantu kita untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik dan diredhoi Allah hendaknya…

imageRM10.00 jerk… 🙂

Ops, jangan lupa… promo bulan ini hanya tinggal beberapa hari je lagi, grab now untuk melayakkan anda mendapatkan diskaun hebat ini pada April 2015 ini!

wpid-wp-1427894634920.jpeg

DAN…

wpid-wp-1427894483969.jpeg


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Apakah Lemak Abdomen [Visceral Fat]?

Posted on Updated on

Ermmm… sesuatu yang baru KakNgah belajar pada minggu lepas di Shaklee Head Office selepas bengkel yang KakNgah kongsikan pada post yang lalu. Sebenarnya selepas bengkel, kami yang hadir boleh check kesihatan memasing bersama pasangan secara percuma! Kalau tak silaplah, last sekali KakNgah check kesihatan adalah pada tahun sebelum 2010 gitu, baru anak sorang. So dah pun hadiri bengkel dan dapat plak check kesihatan secara percuma, rugilah KakNgah kalau tak ambil peluang yang ada.

Alkisahnya, hubby KakNgah pun tak lepaskan peluang untuk check bersama. Boleh tahan berat jugalah lemak yang tak sihat dalam badan hubby iaitu 6.8kg (lihat jadual di bawah). Cuma mesin yang ada di Shaklee Head Office tak ada plak untuk check visceral fat tapi hubby yang dah biasa check visceral fat pun saje lah bertanya pada pakar Nutrisi Shaklee iaitu Puan Sarah tentang visceral fat nih dan memeranjatkan KakNgah jugalah dengan info apa yang disampaikan oleh Puan Sarah.

credit;

Apakah Visceral Fat?

image

Lemak visceral atau lemak di bahagian abdomen, adalah sejenis lemak badan yang wujud di dalam abdomen dan mengelilingi organ-organ dalaman. Setiap orang tertentu, terutamanya mereka yang tidak aktif, tekanan yang kronik atau pengamal diet yang tidak sihat. Berbeza dengan sejenis lemak lain iaitu lemak subkutaneus yang membina di bawah kulit, mempunyai kurang daripada kesan negatif kepada kesihatan dan adalah lebih mudah untuk hilang daripada lemak visceral. Malah, pertambahan yang berlebihan lemak viseral dikaitkan dengan masalah kesihatan yang serius termasuk penyakit kardiovaskular, diabetes jenis 2 dan tekanan darah meningkat. Walaupun ia adalah mungkin untuk hilang, ia memerlukan komitmen yang lebih besar daripada senaman setempat seperti sit up atau crunches; gabungan aktiviti kardiovaskular dan pemakanan yang sihat amat diperlukan diperlukan.

Punca Pertambahan Lemak

Pertambahan lemak di bahagian abdomen terjadi dengan pelbagai faktor termasuk pemakanan yang tinggi dengan lemak atau makanan tinggi gula, dan gaya hidup yang tidak aktif. Tidak bersenam untuk jangka masa yang lama sering membawa kepada kesan kumulatif di mana seseorang itu mengalami pertambahan lemak pada perut lebih cepat dari masa ke masa, tetapi senaman yang kerap boleh menghalang pertambahannya. Faktor gaya hidup, seperti tidak cukup tidur atau tekanan yang tinggi juga meningkatkan peluang pertambahan jenis lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mereka yang secara rutin mengalami diskriminasi atau gangguan cenderung untuk pertambahan lemak visceral.

Image result for penuaan

Beberapa sebab-sebab di luar kawalan manusia adalah akibat penuaan. Penuaan adalah faktor utama dalam mempengaruhi terdapatnya lemak visceral dan cenderung untuk kehilangan otot kerana mereka semakin tua serta meninggalkan mereka dengan peratusan yang lebih tinggi lemak badan secara umum. Ini juga mengubah cara tubuh membakar kalori, menjadikannya lebih mudah untuk mendapatkan lemak di bahagian abdomen. Perubahan hormon juga memainkan peranan yang besar, terutamanya pada wanita. Sesetengah orang juga cenderung mengikut genetik untuk mendapat ia, walaupun mereka tidak mempunyai banyak lemak subkutaneus. Malah, seseorang boleh berada dalam julat berat badan yang sihat, tetapi masih mempunyai terlalu banyak lemak di sekitar organ-organ dalaman.

Kesan ke atas Kesihatan

Lemak visceral dikaitkan dengan beberapa kesan negatif ke atas kesihatan, termasuk tekanan darah meningkat; demensia; penyakit kardiovaskular; ketidakseimbangan hormon; dan rintangan insulin, yang boleh membawa kepada diabetes jenis 2. Pertambahan lemak sebenarnya bertindak sama seperti organ, dan mengeluarkan bahan-bahan yang memberi kesan kepada organ sekitarnya. Ia menyangka bahawa lemak di bahagian abdomen mungkin sangat berisiko kerana ia berdekatan dengan urat utama yang membawa darah ke dalam hati dari seluruh usus. Sebahagian daripada bahan-bahan yang dikeluarkan oleh lemak, sel-sel lemak terutamanya longgar, boleh mendapatkan diambil ke dalam hati dan kemudian mempengaruhi tahap lemak dan kolesterol dalam darah. Lemak di bahagian abdomen juga berkait rapat dengan peningkatan LDL menurun dan paras kolesterol HDL, serta kanser payudara, kanser endometrium, dan kanser kolorektal.

Kehilangan Lemak visceral

Anda boleh mengurangkan pertambahan lemak visceral oleh gabungan senaman aerobik dan perubahan dalam diet. Penyelidik mencadangkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik seperti berjalan pantas atau berjoging sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Senaman perut, seperti sit-up, membina otot di kawasan itu, tetapi tidak akan mengurangkan jenis lemak. Selain itu, latihan rintangan seperti menggunakan mesin senaman, boleh membantu dengan lemak subkutaneus tetapi tidak lemak di bahagian abdomen. Melakukan apa-apa jenis senaman aerobik boleh mempunyai kesan yang besar ke atas lemak visceral, yang boleh bertahan sehingga setahun selepas apa-apa kehilangan berat badan berlaku.

wpid-healthy-foodd.jpg

Dari segi pemakanan, pakej makanan perlu lebih diberatkan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, dan daging tanpa lemak boleh membantu dengan kehilangan lemak visceral. Ia juga akan lebih baik jika dapat mengelakkan minuman manis dan produk yang berat dalam lemak tepu, seperti mentega atau lemak keju, dan menggunakan minyak masak semula jadi yang tinggi monotaktepu dan politaktepu lemak. Sebagai keperluan diet individu berbeza-beza, ia adalah yang terbaik untuk berunding dengan doktor atau pakar pemakanan apabila cuba mengurangkan lemak di bahagian abdomen.

wpid-pictures-of-smokers.jpg

Perubahan gaya hidup juga boleh membantu. Seperti merokok dan minum yang berlebihan boleh membawa kepada peningkatan lemak visceral, ia adalah yang terbaik untuk sederhana atau meninggalkan tabiat ini. Juga, mendapat tidur yang cukup adalah sangat penting untuk kehilangan lemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa bertafakur atau bersembahyang boleh membantu dengan jenis penurunan berat badan, kerana ia boleh mengurangkan tahap tekanan seseorang.

Nantikan post seterunya berkenaan Visceral Fat yer, lebih banyak info yang akan dikongsikan… Bagi anda yang ingin dapatkan sebarang supplement boleh hubungi KakNgah yer… Salam jumaat 🙂

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Brain Health

Posted on Updated on

Assalamualaikum dan selamat petang semua, ermm sementara anak KakNgah dok main-main kat luar sana, KakNgah nak berkongsi sket apa yang KakNgah belajar masa pergi talk untuk brain health rabu haritu. Untuk permulaannya, ada soalan yang perlu untuk anda pikirkan..

1) Bolehkah kita memaksimumkan tahap ingatan serta meningkatkan tumpuan?

2) Bolehkah kita mengurangkan risiko penyakit berkaitan mental apabila semakin berusia?

Jawapan untuk persoalan di atas adalah TIDAK dengan hanya mengharapkan ianya berlaku dengan sediri! kenapa? Seperti sedia maklum, kehidupan seharian kita sering terdedah dengan beberapa faktor yang menyebabkan otak kita semakin lemah dan antaranya adalah :

  • Kecederaan otak,
  • Kurang tidur,
  • Ubat-ubatan dan alkohol,
  • Obesiti,
  • Merokok,
  • Tekanan darah tinggi,
  • Kencing manis,
  • Kurang bersenam,
  • Tekanan hidup kronik.

YA jika anda mampu untuk hidup dengan gaya hidup yang sihat di samping membantu kesihatan otak yang lebih baik dan antara cara yang bersesuaian adalah :

  • Hubungan sosial (menyertai kem, bengkel dan majlis),
  • Pembelajaran baru (membaca dan belajar sesuatu yang baru),
  • Aktiviti fizikal,
  • Cukup tidur,
  • Senaman,
  • Kerisauan yang sihat,
  • Meditasi,
  • Rasa syukur,
  • Pemakanan & Supplement.

Sebut pasal supplement, terdapat 5 jenis supplement dari Shaklee yang dapat membantu otak kita sihat dan cergas, ianya adalah;

  • Vivix
  • image

Vivix® Shaklee kaya dengan anti-oksidan yang tinggi iaitu polyphenol dan resvetrol dimana ianya mampu memperbaiki dan melindungi sehingga ke tahap sel DNA dengan 4 mekanisma pada tahap sellular. Vivix dapat mengekalkan pertumbuhan neuran yang sihat, neuron (juga dikenali sel-sel saraf dan gentian saraf) adalah elektrik yang dapat dirangsang sel dalam sistem saraf yang berfungsi untuk memproses dan menyampaikan maklumat.

  • Lecithin
  • image

Lecithin soya ialah sumber utama kolina yang menghasilkan lebih neurotransmitter – acetylcholine yang menyokokng komunikasi dan signal transmisi antara sel-sel otak sehingga meningkatkan ingatan otak & fungsi.

  • Omega Guard (Omega 3)
  • image

Omega-3 membatu mengaktifkan otak anda untuk membuat hubungan yang lebih baik dengan meningkatkan aliran darah di otak dan memperkuat sinapsis otak. Mengandungi Docosahexonoic acid (DHA) yang membantu meningkatkan pembelajaran dan fungsi ingatan otak.

  • Vitamin B
  • image

B-kompleks terlibat dalam penghasilan neurotransmitter dan mengubah gula menjadi tenaga. Neurotransmitter adalah bahan kimia otak yang menyampaikan maklumat di seluruh otak dan badan kita. ianya menyampaikan isyarat antara sel-sel saraf, yang dipanggil “neuron.” Otak menggunakan neurotransmitter untuk memberitahu hati anda untuk mengalahkan, paru-paru untuk bernafas, dan perut untuk mencerna.

  • Performance Drink
  • image

Hahha… elektrolit penting seperti ion sodium dan potassium sangat diperlukan untuk fungsi sistem saraf! yang ni memang 1st time KakNgah tau, sebelum ni hanya 4 supplement di atas sahaja yang KakNgah tau untuk kesihatan otak nih so anda bagaimana?

Okeh, sebelum menutup entry kali ini, ewah… sila check balik, adakah anda benar-benar mempunyai otak yang sihat?

  1. Lupa nama seseorang yang anda kenal lama (10 tahun lalu)?
  2. Lupa apa yang anda akan mengatakan dalam tengah bercakap?
  3. Lupa apa yang anda ingin lakukan ketika pergi ke tempat lain?
  4. Mencari barang yang baru saja anda letakkannya?
  5. Tidak dapat mengingat kata tertentu yang anda inginkan?

Jika anda mempunyai 5 tanda-tanda seperti di atas, segeralah lakukan yang terbaik untuk kesihatan otak anda. Jika anda berminat untuk dapatkan sebarang supplement bolehlah menghubungi KakNgah yer, special price KakNgah bagi…

✆ Call/SMS/WhatsApp : 018-6645415 (KakNgah)

➲ COD Area : Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

ESP punya pasal!

Posted on Updated on

image

ESP punya pasal I happy berat badan naik 2kg dalam masa sebulan. Hahha, macam tak puas hati plak kan, boleh plak happy berat badan naik. Selalunya orang akan hysteria kalau berat badan naik walaupun 500g, kan..kan…kan..? >__< Mr. hubby pun perasan dan tegur, sekarang tulang kat siku pun dah tak perasan, selalunya nampak terbonjol jek, hahha…

Inilah KakNgah, kurus sangat selepas bersalinkan anak yang sulung, dari jauh kalau orang pandang dah macam tengkorak yang berjalan, boleh jatuh klu kene tiup dek angin, hahha… Masa bujang dulu berat KakNgah 51 kg tapi bila dah bersalin dan anak sulung mula dapat kaki, berat KakNgah dah jadi 48 kg. Oktober lepas berat KakNgah dah naik 2 kg pastu gatal stop ESP, dah maintain kat takuk tu.

Ramai yang tahu, March 2015 aritu promo ESP kan so berpeluanglah KakNgah grab 2 botol ESP untuk diri sendiri, happy tak terungkap sebab dah lama sangat KakNgah stop ESP. Ni naik lagi 2 kg dan bermakna berat KakNgah sekarang 52 kg! Tapikan, ada lagi… hihhi, KakNgah nak naikkan lagi 3 kg untuk capai berat 55 kg.

Dan Alhamdulillah, yang syiok juga tu jerawat di sekitar dagu juga dah malu-malu nak muncul, klu tak….. dah macam kene tempek jerk ngan batu-bata kat muka nih, hukhuk… Parut-parut jerawat pun dah banyak yang pudar dan hilang.

image

Ini juga salah satu testimonial dari KakNgah yang di edit sahabat Shaklee KakNgah. Sunghoh awesome dengan kebaikkan ESP. Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP atau produk Shaklee yang lain, jom rogers ngan KakNgah…


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

 

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.

Posted on Updated on

image

Assalamuaaikum dan selamat petang, buat apa semua ya..? 🙂  Tetiba teringat Air Panas Ulu Legong, xcely KakNgah tak plak pernah sampai ke mana-mana pusat air panas, selalu bila lalu kat hiway Utara~Selatan perasan signboard Air Panas Pedaslah tapi memang tak pernah sampai pun, huhhu.

Nak dijadikan cerita, semasa balik kampung haritu, hari khamis malam jumaat sehari sebelum kami balik kesini,abang kandung KakNgah ajak mandi Air Panas Ulu Legong nih. Seronok punya pasal, kita orang pun ok jelah tapi dalam kepala dok pikior, klu dari Yan ke Baling, agak jauh juga perjalanannya.

Hubby pun memang nak sangat pergi so berangkatlah kitaorang pada jam 10.30pm, uish.. naper kene malam plak? Mak KakNgah cakap, malam baru best mandi air panas nih… Drive punya drive, hoihhhh jam 12.30am baru sampai, memang jauh tapi bila dah sampai tu terkejut KakNgah tengok kereta dari merata cerok datang, penuh parking! Anak-anak pun bukan main lagi seronok, nak mandi kolam, mahu tak seronok… 😀

image

Ni port untuk budak-budak mandi, kalau korang perasan ada 2 kolam, yang depan ni dalam sket, sket jelah. Yang belakang tu cetek jerk sesuai la untuk anak-anak 3 tahun ke bawah.

image

Hahhh, ni kolam untuk dewasa, yang sebelah kiri tu kurang panas, yang kanan ni boleh tahan jugalah nak biasakan badan dengan panasnya. Kalau korang nak tahu, makin dalam kolam tu… makin panaslah airnya.

Ops, semua gambar yang KakNgah share ni, semua dari Google, Seronok mandi-manda tak ingat dah nak bergambar, hahha…

Ermmm, yang bestnya juga… korang boleh menginap kat Air Panas Ulu Legong nih, paling murah rm100.00 untuk satu malam.

image

Hahhh, ni harga yang dikenakan untuk tetamu macam kita nih, hihhi…boleh save untuk rujukan korang jika terasa hati nak ke sana. 😀

Nak nampak 25 tahun lebih muda? Saya ada rahsianya…

image


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415 
(KakNgah)
 COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.