Balik Kampung ~ Part IV – Nukilan buat adik

Orang kampung : Eh, hang ni anak kak ruby ka?
KakNgah : Ya, saya… 🙂
Orang kampung : laaaa…. ingatkan Siti ja sorang pompuan, ada lagi sorang pompuan noh….?
KakNgah : 😀  (nampak sangat jarang balik kampung, kalau balik pun 2 atau 3 hari jerk…. >__< )

image

Dia…. Siti Mardziah, eh betul ke ejaannya eay, hihhi… ke Mardhiah? Sorry deq, jarang-jarang kakak nak menulis nama adik sampai lupa ejaannya, 😦  Ops, abaikan keserabaian KakNgah yer, B-)

Satu-satunya adik perempuan KakNgah juga merangkap adik bongsu dari 7 orang adik beradik. Kami keluarga yang besar, meriah dengan lelaki, anak KakNgah pun 3 orang semuanya heros, hahhhh…. meriah dengan lelaki kan? Lahirnya adik KakNgah ni masa tahun 1998 kut, masa tu tahun untuk KakNgah amek SPM, klu tak silaplah, hihhi.

Ermmm… tahun ni adik KakNgah dah 17 tahun so tahun untuk dia la plak amek SPM namun ianya hanya harapan 😥

Tak rugi ker?
Rugi, memang rugi tapi kehendak manusia ni tak sama, pikiran kita semua pun berbeza… Harapan kakak, moga suatu hari nanti, adik sedar dengan keputusan adik sendiri… Tiada siapa yang memaksa dan tiada siapa juga yang menghalang adik dengan pilihan adik. Baik buruk nantinya, nak tak nak afik perlu belajar untuk menanggungnya… 😦

Adik…
Kakak terlalu berharap adik dapat buat lebih dari kakak tapi ianya hanya harapan. Harapan yang mungkin tak kan berubah…

Adik…
Jika satu saat adik memilih untuk bekerja, pikirlah samada adik benar-benar layak atau tidak… Jika tidak, adik perlu memilih untuk mencari sebarang kemahiran yang boleh membina hidup adik sendiri… Mungkin lebih baik dari kakak…

Adik…
Jika satu saat adik ingin mendirikan rumah tangga, binalah ia dengan seseorang lelaki yang boleh membimbing adik, bukan hanya untuk kononnya “cinta sejati” kerana “cinta sejati” itu hanya layak untuk-NYA. Jadilah isteri yang menenangkan suami, jadilah isteri solehah, patuh pada suami dan pada-NYA…

Adik…
Jika satu ketika adik sudah menjadi ibu, jadilah ibu yang menjadi penyejuk anak-anak, bimbinglah mereka dengan dekatkan diri mereka pada-NYA…

Adik…
Ingat, kakak sayangkan adik, kakak nak selalu adik bahagia tapi adik juga perlu tahu yer, siapa adik, bagaimana adik semuanya pada diri adik, salah kiraannya, salahlah jalan yang dipilih… Memang kita yang merancang, Allah yang menentukannya tapi setiap hal itu adalah dari diri kita sendiri seperti firman-NYA…

ﺫَٰﻟِﻚَ ﺑِﺄَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻢْ ﻳَﻚُ ﻣُﻐَﻴِّﺮًا ﻧِّﻌْﻤَﺔً ﺃَﻧْﻌَﻤَﻬَﺎ ﻋَﻠَﻰٰ ﻗَﻮْﻡٍ ﺣَﺘَّﻰٰ ﻳُﻐَﻴِّﺮُﻭا۟ ﻣَﺎ ﺑِﺄَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ۙ ﻭَﺃَﻥَّ ٱﻟﻠَّﻪَ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

Yang demikian (siksaan) itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, (Al-Anfal – 8:53)

Ingat yer deq pesan kakak… 🙂

★★★★★★★★★★

image

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part III – Tokong Ular, Penang.

Ok semalam KakNgah dah cerita Balik kampung Part I dan Part II, harini kita masuk Part III plak, hihhi… macam drama plak yer, ada part nya… Kali ni KakNgah nak share cerita jalan-jalan di Penang. Seronok la juga sebab KakNgah ni dari kecil bukan jenis berjalan sana sini, ni dah bekerluarga baru nak tau berjalan, itu pun sebab si hubby KakNgah ni memang kaki berjalan, 😀

Destinasi pertama kami semasa di Penang adalah Tokong Ular, ermmm… tempatnya tak der lah besar sangat tapi puas hati jugalah sebab kene dengan bayarannya RM3.00 untuk dewasa (Pemegang My Card) dan RM1.00 untuk kanak-kanak (Pemegang My Card). Anak-anak pun seronok sebab sebelum ni ada bawa ke Taman Ular Ulu Bendul, Negeri Sembilan untuk pegang ular tapi bila dah ada depan mata, memasing pakat lari so kali ni KakNgah dan hubby buat perjanjian, kalau tak pegang ular, lain kali dah taknak bawa tengok ular lagi, hihhi… so, memasing pun tunjuk berani la sebab lain kali nak jenjalan tengok ular lagi…

wpid-img-20150323-wa0006.jpg

wpid-img-20150323-wa0002.jpgMuka cam teruja yang cam cuak jerk, hahha… dah berani sampai nak pegang lagi sekor ular sawa, huihhh… besar sangat! tapi tak dibenarkan… silap-silap hari bulan bleh kene ngap! >__<

wpid-img-20150323-wa0016.jpgAntara gambar semasa di Tokong Ular…

wpid-img-20150323-wa0014.jpg

wpid-img-20150323-wa0011.jpgwpid-img-20150323-wa0007.jpgwpid-img-20150323-wa0003.jpgwpid-img-20150323-wa0008.jpg

Next time kita sambung lagi yer… 🙂

******************************************************************************

Sakit sendi? sukar untuk aktif bersukan? Minat melancong namun sakit sendi, lengoh-lengoh kaki menyukarkan impian anda? Sukar untuk solat? Kami ada penawarnya DI SINI

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement atau produk Shaklee yang lain, sila hubungi KakNgah untuk diskaun hebat, pastinya ianya berbaloi untuk anda!


Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part II – Pusara Ayah…

image

Kosong! pasti itu yang anda perasan, tiada yang istimewanya gambar di atas… Lain bagi KakNgah, ianya sungguh bermakna dan istimewa. Sungguh istimewa kerana di situlah terletaknya pusara arwah ayah KakNgah. Hanya dari halaman kedai mak, dah boleh nampak pusara ayah, setiap hari dan setiap masa macam terasa jer ayah bersama kami sekeluarga.

Ayah, dah 4 tahun lebih perginya.. Setiap kali KakNgah balik kampung, KakNgah suka lepak di halaman kedai mak, siang malam, pagi petang bleh tengok pusara ayah… tenang sangat rasanya.

Ermmm, Allah itu maha kuasa, dari kecil sejak tinggal berhadapan kubur, tabiat KakNgah tu dah sangat sebati sampai arwah ayah dikebumikan di situ… Tak tahu nak cakap macam mana, KakNgah ada tabiat pelik sket, suka tengok kubur sebelum tidur, bangun pagi pun tengok kubur, hihhi… Tapi tabiat nih buat KakNgah rasa tenang dan insaf… 🙂

Ops, nanti KakNgah share cerita lain plak, takut plak yer korang ngan tabiat KakNgah… Hihhi, sorry yer… Apapun kalau nak order supplement leh rogers ngan KakNgah kay…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Balik Kampung ~ Part I – Majlis Adik.

Alhamdulillah, malam tadi dah sampai Shah Alam, selesai sudah majlis pernikahan adik KakNgah. 8 hari jugalah di kampung Sg. Yan,  tu pun terpaksa pontengkan anak sekolah pada hari jumaat sebab majlis adik jatuh pada 14 Mac 2015 bersamaan hari sabtu. So…. nak tak nak memang kene balik awal seharilah. Jam 9pm kami sekeluarga bergerak dari Shah Alam, alhamdulillah… jam 2am dah selamat sampai ke kampung halaman…

Kakngah pun dah takde kerja pun yang nak di tolong kat kampung tuh, semua dah pun diuruskan oleh adik-adik dan ibu-ibu saudara. Konon… hihhi, petang jumaat tengah nak menolong mak mengopek bawang untuk majlis besok, terus teringat meja makan untuk pengantin.., hoihhh adik ku sayang boleh cakap ‘entah’… parah sungguh si pengantin nih… Tak jadi nak mengopek bawang, la-la tu juga ku ukur keluasan meja untuk beli kain pelapik n hiasan.

Start kereta terus berdesup ke Gurun keluarkan duit dan beli hiasan (bunga untuk meja). Pastu ke kedai kain bersebelahan Cita Jaya Guar Chempedak. Beli mana yang ingat di kepala hotak… Hihhi…

Malam tengah siapkan meja, kawan adik pula yang ingatkan kerusi pengantin… Hahhhhh! Gelabah lagi KakNgah dibuatnya, mana nak cari? Aiyoooo…. Mujur jiranku (kawan jugalah) memang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dengan kerusi pengantin, hiasan, jug, cawan dan lain-lain. KakNgah pun sewalah kerusi pengantin, sarung kerusi dan jug… Akhirnya, selesai juga walaupun last minute pengantin datang untuk makan beradap… Hahha, ekspres rakyat jadinya…

image

Selamat pengantin baru buat adik KakNgah Hasbullah & Ekin, kakak sentiasa doakan kebahagian korang, moga kekal hingga ke Jannah… Love korang rapat-rapat… Ops, sedikit pesanan lagi dari Kakak, tolong diet! 😀

Nak order set diet, boleh tanya KakNgah, nanti KakNgah suggestkan yang terbaik untuk korang… atau korang boleh tengok kat SINI..


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Al-Mahabbah

Bismillah… waassalamualaikum…

Selamat pagi semua, harapan KakNgah untuk anda setiap hari, anda semua sentiasa sihat dan dilindungi yang Esa hendaknya walaupun di mana anda berada. Pagi ni KakNgah nak share sket tentang Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Al-Mahabbah di bawah kendalian Ustazah Mahani  yang ditubuhkan untuk anak-anak yatim dan asnaf zakat di Bandar Bukit Raja Klang. Bagi Anda yang ingin menghulurkan sebarang bantuan kewangan secara langsung, anda bolehlah terus menghubungi atau ke lokasi seperti alamat dan no. telefon yang tertera di bawah :

No.18, Jalan Sumazau 3/KU5,

Bandar Bukit Raja, 40150 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

H/P No. : 013-2992 565 / 019-3488 134

Atau anda boleh juga menghulurkan bantuan melalui akaun di ;

MBB (MayBank Berhad) 5628 4350 7323

Terima kasih kepada Aishah M Nasarruddin kerana sudi berkongsi info Pertubuhan tersebut.

wpid-img_20150312_081614.jpg

Terima Kasih diucapkan atas bantuan anda, moga and akan dimurahkan rezeki oleh Allah melipat kali ganda seperti yang dijanjikan Allah.

Bagi anda yang ingin mendapatkan supplement, sila hubungi KakNgah untuk order dan konsultasi secara percuma.


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.