7 sebab mengapa anda perlu teruskan pengambilan supplement?

“Kalau suami saya dah sembuh, perlukah diteruskan pengambilan supplement tuh?” Hahha… soalan cepu emas yang KakNgah dapat dari cust yang hanya dikenali dari muka buku, dah hampir 3 tahun pun tapi baru last week KakNgah jumpa dia cod supplement untuk husband dia yang sakit slipped disc. Peramah orangnya dan tak lokek ilmu baru sebagai seorang ibu yang hebat! Seriously, orangnya hebat dan tabah dengan segala dugaan yang dialaminya, KakNgah respect sangat dengan orangnya. Ops, insyaAllah next time KakNgah share kisahnya…

Berbalik dari soalan cust nih… kat sini KakNgah huraikan sedikit samada kita perlu teruskan atau tidak pengambilan supplement apabila kita sudah baik sepenuhnya dari sakit.

Jawapanya adalah PERLU, tapi KENAPA?

Ya, ianya perlu diteruskan kerana…

1) … kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan. Yelah kan, Malaysia ni boleh dikatakan Negara yang sibuk dengan kenderaan awam dan peribadi, kilang-kilang pun bersepah, pembakaran terbuka dan habuk.

2) … badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrein kerana hakikatnya nutrein hanya boleh didapati dari pemakanan.

3) … buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar dengan racun serangga, bahan kimia atau bahan diubah suai genetiknya.

4) … amalan gaya hidup yang tidak sihat kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

5) … rutin pemakanan kebanyakkan manusia sekarang yang tidak hiraukan diet sihat.

6) … gangguan penyerapan nutrein dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.

7) … kehilangan nutrein dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.

Jawapan dah ada namun terpulang pada anda untuk membuat pilihan, pilihan yang bijak pastinya memberikan anda kesihatan yang lebih baik, insyaAllah… 🙂

Apapun, anda bolehlah menghubungi KakNgah untuk order dan konsultasi percuma dari KakNgah dan jangan lupa ya, promo bulan ini…

image

Dan…

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Resepi ayam gunting…

Haiii… sejak akhir-akhir ni kakngah banyak share resepi jerk kan… Bukan apa, seronok rasanya kalau dapat share sesuatu untuk ibu-ibu yang pening memikirkan resepi untuk anak-anak. Harini KakNgah share resepi kegemaran anak-anak KakNgah dan semestinya dah jadi rebutan diaorang. KakNgah yang tak makan ayam ni pun rasa terliur nak makan.., huhhu…

image

Bahan-bahan

1) Dada ayam (dipotong kepingan),
2) Susu segar (beli susu kotak rm1 pun dh cukup),
3) 1 biji telur ayam,
4) Tepung goreng/ tepung gandum ~ jika ibu-ibu memilih untuk menggunakan tepung gandum (campurkan sesudu teh rempah kari & sesudu teh serbuk cili jika gemarkan rasa pedas, jangan lupa letak juga garam dan perasa secukupnya.., 🙂 )

Cara-caranya

1) Pukul telur ayam dan campur 1/2 cwn susu segar,
2) Celurkan kepingan ayam ke dalam bancuhan telur & susu, kemudian salutkan ke dalam tepung dan terus digoreng apabila minyak sudah sedia panas,
3) Selesai menggoreng, bolehlah mengunting ayam tersebut sekecil/ sebesar mengikut senangnya untuk anak-anak ibu makan… 🙂

Owh… ya, KakNgah gunakan tepung goreng ayam Aroma yang mengandungi perasa pedas & original. Disebabkan anak-anak KakNgah tak gemar pedas so KakNgah gunakan tepung goreng ayam yang original seperti di bawah, lagi mudah dan pantas. 🙂

image

Apapun, nak juga KakNgah bagitau promo untuk bulan ini… 🙂

image

Dan…

image

Anda berminat untuk mendapatkan supplement? Hubungi kakngah untuk order & konsultasi percuma yer… Pastinya ianya lebih berbaloi.

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Promo hebat untuk anak-anak cergas!

Salam kawan-kawan, maaf sebab kurang up-date info sejak akhir-akhir, huhhu… Sibuk dengan urusan niaga gerai sejak sebulan nih dan alhamdulillah, rezeki dariNYA juga besok bermula di Unisel pula.

image

Just nak bagi tau, Vitalea for children masih ada promo seperti bulan lepas… Alhamdulillah juga, sambutan yang amat menggalakkan yang pastinya untuk kecergasan anak-anak anda kan. Kakngah pun memang tak lepaskan peluang yang ada… Hihhi…

image

Bagi yang berminat untuk dapatkannya, boleh terus hubungi Kakngah yer… 🙂 atau anda boleh dapatkan supplement lain di bulan ini

image

ATAU…

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bila rindu yang bertamu… :'(

Ayah! Hari ini 3hb Februari genap 4 tahun ayah tingggalkan kakak, rindu sangat hati ini kepada ayah, tak terkata rindunya, sebak dada kakak ayah… 😥 kakak simpan memori bersama ayah di blog lama kakak, bila kakak rindukan ayah, kakak tengok gambar ayah… Hanya gambar lama ayah pengubat rindu kakak. Ayah tak suka bergambar sejak usia ayah makin meningkat…

image

02 Jan 2011 (Ahad)

“Assalamualaikum kak”. Kedengar suara emak di hujung talian.

“Waalaikumsalam mak”. Berfikir…

“Kak, baliklah kak, mak rasa tak sedap hatilah, makin hari ayah makin tak sihat nampaknya”. Kak/kakak adalah panggilan dalam keluarga saya kerana saya merupakan  anak perempuan sulung dalam keluarga.

“InsyaAllah mak, esok kakak akan mintak kebenaran dengan majikan”. Ringkas sahaja jawapan yang saya berikan kepada emak, saya nekad untuk pulang ke kampung bagi menjaga ayah yang telah 2 bulan sakit.

03 Jan 2011 (Isnin)

Di pejabat, saya memaklumkan kepada Ketua HR untuk bercuti selama 2 minggu bagi menjaga ayah dan Alhamdulillah cuti saya diluluskan.

04  Jan 2011 (Selasa) ~ 16 Jan 2011 (Ahad)

Di kampung, saya lihat ayah terlalu lemah hinggakan terpaksa dipapah untuk ke bilik air. Ayah hanya mampu berbaring, ayah langsung tidak dapat untuk duduk sendiri kerana dirinya terlalu lemah. Makan dan minum pun dalam keadaan berbaring, ayah hanya dapat bergerak sedikit ke kiri dan sedikit ke kanan.

Nazrul adik saya ke-5 atau atih telah berhenti kerja sejak sebulan lalu untuk menguruskan ayah yang sakit. Dia yang bekerja di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan gajinya RM1500.00 sanggup berhenti kerja untuk menjaga ayah sepenuhnya. Saya kagum dengan kekuatan atih dalam menjaga ayah, dia tidak kenal penat dan jemu menjaga ayah. Dia menjaga ayah seperti dialah seorang ayah yang menjaga anak dengan memandikan dan mencuci najis ayah.  Terima Kasih atih…

Mak jang adik ke-4 ayah juga banyak membantu dalam menjaga makan minum ayah, dia akan bangun awal menyiapkan sarapan untuk ayah walaupun ayah tidaklah selera manapun untuk makan dan minum. Ayah mula sakit sejak akhir Oktober 2010, telah 3 kali emak membawa ayah untuk medical check-up namun dari pemeriksaan tersebut doktor tidak dapat mengesan penyakit ayah. Mak cik juga adik ayah yang ke-6 pula tinggal 30 meter dari rumah mak jang akan datang pada awal pagi membantu ayah memicit dan mengurut badan ayah yang kadang-kadang lengoh dan kebas akibat terlalu lama berbaring.

Ayah tidak tinggal di rumah kedai tempat kami tinggal kerana dengan keadaan rumah kedai yang tidak teratur menyukarkan atih sukar menguruskan ayah. Ayah dan atih tinggal dirumah mak jang yang jauhnya 3 kilometer dari rumah kedai, tidaklah jauh, 5 minit perjalan sudahpun sampai. Emak akan datang sebelah petang selepas berniaga untuk menjaga ayah dan akan pulang semula ke kedai jam 10.00 malam. Emak terpaksa pulang kerana keesokkan paginya emak akan berniaga kerana itulah satu-satunya sumber pendapatan ayah dan emak sekeluarga.

Kadang-kadang ayah akan terasa amat sakit diwaktu malam, apabila dalam keadaan begitu ayah meminta emak datang ke rumah mak jang untuk menemaninya kerana ayah takut ayah akan pergi meninggalkan kami, itulah yang sering dikatakan kepada emak. Emak akan datang tidak kira waktu bila ayah memerlukan emak, kadang-kadang pukul 12.00am, kadang-kadang 2.00 am, 3.00 am. Saya membantu ayah sedaya yang boleh kerana dengan 2 anak yang masih kecil, agak terbatas untuk saya menguruskan ayah dengan sepenuhnya.

Pada 14hb Januari 2011 ayah meminta saya membawanya menjengok ibu saudaranya yang koma selepas jatuh dari katil, saya menurut sahaja kemahuannya kerana saya hanya dapat membantu ayah dalam 2 minggu cuti ini sahaja, dengan keadaan ayah sebegitu membuatkan saya risau jika saya tidak dapat membantunya pada masa akan datang.

Pada 16hb Januari 2011 saya terpaksa pulang untuk menyambung kerja kerana cuti pun telah cukup 2 minggu.

17 Jan. 2011 (Isnin) ~ 02 Feb 2011 (Rabu)

Saya mula bekerja seperti biasa setelah dua minggu bercuti, banyak juga kerja-kerja saya yang tertangguh namun semua ini tidak menjadi masalah besar bagi saya kerana ayah adalah lebih penting. Bila lagi saya perlu membalas budi ayah jika bukan dalam keadaan ayah yang sebegitu tetapi tidak bermakna saya tidak menghiraukan ayah semasa ayah sihat.

Dalam sehari dua saya akan menelefon emak juga atih untuk mengetahui perkembangan ayah. Bila saya teringatkan sesuatu untuk kesihatan ayah saya akan segera menelefon emak, saya memberitahu emak supaya dibelikan coklat badam atau kekacang untuk menambahkan tenaga dan kekuatan ayah dan Alhamdulillah ayah sedikit bertenaga dan mampu duduk untuk seketika. Tidak lama kemudian saya teringatkan khasiat Susu kotak HL yang tinggi kalsiumnya mungkin dapat membantu kekuatan tulang kaki ayah, terus sahaja aku memberitahu emak supaya dibelikan ayah Susu HL. Alhamdulillah ayah sudah berselera makan namun hanya makanan yang berkuah seperti mee, bihun, meetiaw sup/bandung/hailam yang dapat dijamahnya. Sejak ayah sakit ayah langsung tidak berselera untuk menjamah nasi , bila makan kuih atau minum pun ayah akan muntah kembali, kesian ayah….

03 Feb 2011 (Khamis)

Jam menunjukkan pukul 6.58 pagi, saya menerima panggilan telefon dari atam (adik saya yang ke-5) mengatakan ayah sedang nazak. Saya yang sedang menyiapkan pakaian untuk pulang ke rumah mentua  kerana cuti Tahun Baru Cina terus memberitahu suami dan segera pulang ke kampung, mujur saya menerima wang tabungan AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) sebanyak RM350.00, dari duit itulah saya bersama keluarga pulang ke kampung. Alhamdulillah ada sahaja rezeki yang masuk disaat-saat genting yang tidak dapat diduga. Apabila sampai di tol Sungai Besi, tiba-tiba saya teringat ayah yang mahu saya mengambil gambarnya semasa saya menjaganya 2 minggu lepas dengan kamera handphone tetapi handphone saya jenis tanpa kamera, terasa sedih hati jika ayah telah tiada apabila saya sampai ke kampung nanti.

Jam menunjukkan jam 10.00 pagi, dalam keadaan lebuhraya yang sesak akibat cuti perayaan Tahun Baru Cina menyebabkan kami mungkin lambat sampai ke kampung, saya hanya mampu berdoa dan saya memaklumkan kepada suami supaya singgah di R&R Tapah untuk sarapan pagi, mujur anak kecil saya tidak meragam. Selepas sarapan kami menyambung semula perjalanan namun keadaan bertambah sesak bermula Kuala Kangsar sehingga ke Sungai Perak. Kami terpaksa berhenti di R&R Sungai Perak untuk mengisi minyak, suamiku yang telah mula mengantuk menyuruh aku mengambil alih tempatnya memandu supaya dia dapat tidur untuk seketika kerana malam sebelum kami pulang kami ada mengikuti kelas pengajian Al-Quran untuk memantapkan ilmu Allah di dada, InsyaAllah semoga kami akan terus berusaha mencari ilmu-Nya yang diredhai dan dirahmati-Nya. Jam 2.30 petang baru kami sampai ke kampung, saya lihat banyak kenderaan yang terdapat disisi jalan sehinggakan kami terpaksa masuk jauh ke dalam untuk meletakkan kereta.

Saudara mara sebelah ayah dan emak serta kenalan ayah telah pun memenuhi rumah mak jang. Paksu adik ayah yang bongsu menyambut anak kecil saya supaya saya boleh melihat ayah dengan lebih dekat. Emak, abang dan adik-adik mengelilingi katil ayah sambil membaca yasin dan abang mengajarkan ucapan syahadah kepada ayah, sedih tidak terkata saya apabila melihat ayah yang sedang nazak, saya capai tangan ayah, saya kucup tangan ayah, saya membisikkan maaf ditelinga ayah, saya menangis… Ayah tidak dapat bercakap, ayah hanya mampu bernafas melalui mulut, kulihat buih-buih coklat berbau kepekatan darah keluar dari mulut ayah seperti perut ayah dipam-pam oleh sesuatu yang tidak diketahui puncanya. 

Masa terus berlalu, jam menunjukkan pukul 8.00 malam, semasa saya melayan kerenah anak kecil saya, atam memanggil supaya duduk disisi ayah, saya melihat nafas ayah semakin pendek, saya tahu ayah akan pergi menghadap Ilahi. Saya bersedia mengahadapi saat-saat akhir bersama ayah, sekali lagi saya menangis… akhirnya ayah pergi jua tepat jam 9.00 malam iaitu malam jumaat, kata orang malam yang baik, saya tidak seberapa pasti malam yang baik yang sebagaimana.  Saya segera memaklumkan kepada jiran-jiran yang berniaga berhampiran dengan kedai emak bahawa ayah telahpun tiada, mereka segera datang melawat jenazah ayah kerana mereka juga adalah kenalan rapat dengan kami sekeluarga.

04 Feb 2011 (Jumaat )

Jenazah ayah dimandikan oleh abang, adik-adik serta sahabat-sahabat ayah yang rapat dengannya. Tidak saya sangkakan ramai sahabat-sahabat ayah yang banyak menghulurkan bantuan dalam menguruskan jenazah ayah, syukur ke hadrat Allah. Semasa jenazah ayah dikapankan, emak, abang, adik-adik, nenek serta adik-adik ayah juga saya mengucup dahi ayah untuk kali terakhir, terasa sebak dihati tetapi saya kuatkan juga untuk menerima pemergian ayah. Nenek juga ibu kepada ayah menangis kerana kehilangan anak yang dikasihinya, baginya ayah adalah anak yang paling bertanggungjawab menguruskan keluarga sejak kematian atok 27 tahun yang lalu. Ayah banyak membantu nenek dan adik-adiknya diwaktu mereka dalam kesulitan dan kesusahan, ayah amat memahami keluarganya. Selepas mengucup ayah, saya dan mak cik memegang erat nenek dari terjatuh, dia merasa terlalu sedih dan sedih…

Alhamdulillah, dengan adanya tabungan untuk khairat kematian setiap tahun di kawasan tempat tinggal kami jenazah ayah dapat diuruskan oleh bahagian pengurusan yang dilantik, semua kelengkapan untuk memandikan jenazah ayah dan perkebumian ayah dapat dijalankan dengan lancar. Saya lihat sendiri jenazah ayah dimasukkan ke liang lahat hingga urusan perkebumiaan selesai, kini saya tidak menangis lagi, saya perlu redhai pemergian ayah, Alhamdulillah semuanya selamat dan terasa cepatnya pengurusan jenazah ayah.

Hari ini cukup 51 hari ayah pergi namun terasa seperti baru semalam, saya rindukan ayah, rindu sesangat…. Teringat detik-detik bersama ayah semasa menjaganya dulu, tidak sia-sia saya menjaga ayah kerana kini ayah telah pergi untuk selamanya. Perginya ayah tiada peganti kerana ayah hanya satu di dunia ini, tiada lagi kasih sayang dari seorang yang bergelar ayah. Sempat juga saya ucapkan sayang kepada ayah semasa ayah dalam keadaan nazak, ayah… kakak sayang ayah…

Sudah hampir 3 tahun KakNgah sertai Shaklee, sedikit sebanyak KakNgah belajar tentang penyakit, ya… penyakit yang mungkin menjadi punca kematian ayah, kemungkinan besar ayah sakit kerana keracunan… Ayah seorang pesawah, sentiasa bergelumang dengan racun bila mula untuk menanam padi, Kedah kan negeri Jelapang Padi… Racun-racun itulah yang merosakkan organnya secara perlahan-lahan sehingga akhirnya ayah terus jatuh sakit. Lewat setahun KakNgah kenal Shaklee, terasa sedih bila diingatkan KakNgah tidak dapat membantunya. Mungkin dah ajal ayah, redho dengan ketentuan-NYA…

Kini KakNgah hanya boleh berbakti kepada emak jerk, KakNgah cuba untuk buat yang terbaik untuk emak, insyaAllah… nak bawa mak ziarah ke bumi Mekah…

Apapun sila hubungi KakNgah untuk info, order & konsultasi secara percuma dan pastinya lebih penjimatan dan jangan lupa dengan promo bulan nih yer… 🙂

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.