Kecewa dengan ibu-bapa yang tidak menghantar anak sekolah.

image

Seminggu ni terasa membuak-buak jerk marah nih.. Bukan nak busy body tetapi rasa kecewa teramat sangat dengan jiran nih. Tak tahu nak cakap macam mana, masih ada ibu-bapa yang terlalu pentingkan kehidupan sosial mereka daripada menghantar anak ke sekolah rendah. KakNgah rasa tak kisah pun kalau taknak hantar anak ke sekolah Agama jika mereka sendiri mampu mendidiknya, tetapi… kenapa perlu berkira-kira pula untuk menghantar anak ke Sekolah Rendah?

Sibuk beritahu orang sana sini dia beli hp baru, tab baru, shopping beribu riban, enjoy habis duit beribu riban tapi nak sekolahkan anak? Tak sangka masih ada orang sebegini rupa dalam dunia nih. Kalau dikira-kira, 2 pasang baju sekolah, 2 pasang kasut, beg sekolah dan yuran serta duit buku, tak habis rm500.00 pun atau mungkin tak sampai rm300.00. Nak kata dia orang luar, tidaklah pula. Jiran yang asal Indonesia pun sibuk ke hulu ke hilir untuk sekolahkan anak tapi sayang tak diterima.

Semalam sajer KakNgah tegur dia tetapi mungkin dia takut sampai harini sehari tak nampak batang hidung diaorang sekeluarga… Setahu KakNgah kerajaan akan menghukum ibu-bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah… Agaknya dia tak kisah kut kalau ada yang me’report’ nanti…

Anak ke-2 KakNgah plak kene chickenpox, sibuk sangat nak pergi sekolah tetapi terpaksa tangguhkan dulu… Huhhu… Harap-harap masih ada harapan untuk mendaftar. 😦  Ermmm…. Jika anda sebagai ibu-bapa, ada tak rasa susah hati jika tak dapat mendaftar anak sekolah? Jom share sket pendapat anda…

Ok, itu jerk yang nak meroyan sebab rasa sangat-sangatlah gerammmm… Huhhu… Bagi yang nak order supplement sila hubungi KakNgah yer..

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s