Slipped Disc & bagaimana supplement membantu?

Last entry KakNgah ada share info berkenaan slipped disc, harini KakNgah share supplement yang bersesuaian untuk pesakit tapi sebelum tuh, jom kita lihat dahulu kisah sahabat yang juga seorang pesakit slipped disc pulih sepenuhnya dengan Vivix dan Omega Guard juga lain-lain supplement namun Vivix & Omega adalah yang terbaik untuk sahabat kita nih…

image

Tahun 2015 ni kira dah masuk 3 tahun lebih saya dah tak kerja sejak hujung tahun 2011 lagi.
Pada awalnya saya cuma ambil cuti tanpa gaji kerana kesihatan saya yang agak teruk masa tu. Tapi disebabkan keadaan saya belum stabil saya terpaksa berhenti kerja juga.

Saya telah disahkan oleh doktor pakar orthopedik, mengalami masalah tulang belakang PID (Prolapse Intervetebral Disc) a.k.a Slipped Disc kronik, di mana pada masa itu tapak kaki kiri saya mulai kurang deria rasa.

Saya hanya rasa macam ada sesuatu yang melekat di tapak kaki tetapi sebenarnya tiada apa2. Saya tak dapat rasa apa2 sewaktu kaki memijak clutch kereta.
Pinggang saya sudah semakin sangat sakit. Saya perlu bertahan. Saya teruskan juga pergi ke ofis.

Fikiran saya masa tu hanyalah pergi jumpa doktor yang berhampiran ofis tempat saya kerja, minta surat untuk refer ke doktor pakar orthopedik dan minta cuti tanpa gaji dari bos selama sebulan. Tak kira bos bagi atau tidak saya mesti cuti. Kalau tak bagi juga saya berhenti kerja.

Ya.. itu dah kira 4 tahun yang lepas.

Selama 2 tahun saya berjuang menahan sakit. Saya tak boleh jalan. Tak boleh baring. Tak boleh duduk lama2. Semua serba tak kene. Masa tu saya masih bujang. Mak, abah dan adik2 banyak membantu.

Ketika saya sedang berjuang menahan sakit, saya lebih banyak duduk di tikar sejadah. Lepas subuh terus dhuha. Tenang sangat masa tu. Walaupun setiap pergerakan saya sangat sukar dan sakit namun setiap kali berbual2 dengan Pemilik Sekalian Alam ini hati sentiasa tenang dan lapang. Seolah hilang segala kesakitan dan kesusahan.
Setelah lama saya sendirian, asbab sakit yang saya alami, Allah temukan jodoh saya dengan seorang lelaki yang sangat budiman. Itulah suami saya.
Ya.. betul janji Allah. Setiap kesulitan itu diiringi dengan kemudahan. Saya sakit, terlantar, Allah temukan jodoh yang bertahun2 saya cari dan tunggu. Alhamdulillah.. syukur ya Allah…
Asbab sakit dan jodoh pula..saya ditemukan dengan Shaklee. Ya Shaklee..
Satu jenama yang sudah lama juga saya cari sebab saya tahu jenama ini mempunyai produk yang baik. Mak banyak kali cerita tentang Shaklee. Mak kata mak pernah beli minyak ikan Shaklee untuk adik istimewa. Masa tu mungkin sekitar tahun 2007. Saya pun tak pasti. Saya masih bersekolah masa tu.
Ada perubahan yang memberangsangkan. Sebab tu saya cari semula jenama Shaklee. Kami sangkakan produk Shaklee ni dah tak ada lagi. Bila tahu ada lagi rasa gembira sangat.

Saya mula makan vitamin Shaklee semasa dalam pantang. Sebab nak tambah pengeluaran susu badan. Saya ambik ESP dan Alfalfa.
Tetapi masa tu rasa macam tak menjadi. Namun saya teruskan juga. Lama kelamaan saya rasa susu saya semakin pekat. Walaupun tak banyak seperti orang lain tetapi anak saya tetap dapat menyusu. Dan semakin lama pengeluaran susu bertambah. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Masa dalam pantang saya rasa sangat tak sihat. Mungkin kesan sakit tulang belakang saya. Manakala jari dan pergelangan tangan kiri saya pula kebas dan sangat sakit hingga tak boleh disentuh. Saya berasa sangat sukar untuk mengangkat dan menguruskan anak saya pada masa itu. Tiap kali nak mengangkat anak untuk disusukan saya akan mengalirkan air mata menahan kesakitan.

Dalam masa yang sama bila ada rezeki lebih saya akan beli lagi vitamin Shaklee. Sedikit demi sedikit saya tambah.

SR Vitamin C,
Vitalea,
B Complex,
Vitamin E,
GLA,
Zinc Complex,
Peppermint-Ginger,
Herb Lax,
Omegaguard,
Lecithin,
Garlic
Vivix

Maaf terlalu banyak pula
Bukan saya seorang yang makan. Ahli keluarga saya ikut makan juga. Sehinggalah pada suatu masa saya kumpulkan semangat mengikat perut untuk beli dan mencuba Vivix. Upline saya, saya biasa panggil beliau Kak Shareena cadangkan saya mencuba Vivix untuk masalah PID ini.

Alhamdulillah. Dapat juga beli masa promosi Vivix sebelum ni. Satu botol je mampu nak beli. Memang agak mahal. Tapi demi kesihatan dan anak saya, saya perlu ketepikan harga tu. Kesihatan lebih penting.

Seminggu selepas makan Vivix dan Omega (vitamin2 lain ada makan juga tapi saya utamakan Vivix dan Omega dulu), sakit dipergelangan tangan kiri mulai berkurang. Lama kelamaan selepas habis satu botol Vivix dalam tempoh sebulan saya tak perasan yang sebenarnya jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih. Dan pada 15hb Januari 2015 doktor orthopedik telah sahkan jari dan pergelangan tangan kiri saya telah pulih sepenuhnya. Doktor seperti tidak percaya kerana saya tidak makan sebarang ubat tahan sakit ataupun membuat fisioterapi. Subhanallah. Alhamdulillah.

Kini sakit belakang, pinggang masih ada tetapi keadaan kesihatan saya sudah jauh beza dari dahulu.

Saya sudah boleh berjalan, sudah boleh buat kerja rumah lebih sedikit, lebih sihat dan cergas berbanding dahulu, kulit wajah saya lebih sihat dari sebelum ni. Dulu kusam dan berjerawat. Masalah keputihan dah tiada. Masalah dalaman wanita dapat di atasi. Daya ingatan saya semakin baik.

Pendek kata Syukur Alhamdulillah kerana banyak masalah kesihatan saya menunjukkan perubahan yang ketara secara keseluruhannya.
Begitulah.. Satu langkah yang kecil dapat membantu ke arah satu perubahan yang besar. Bantu diri untuk bantu orang lain. InsyaAllah kita mampu mengubahnya.

Sedih juga KakNgah baca kisah sahabat nih, Alhamdulillah… orangnya tabah & kuat disamping sokongan dari keluarga… Selain pengambilan Omega Guard & Vivix Advance Joint Health Tablet juga amat membantu untuk kesihatan sendi kita. Jom KakNgah huraikan sket kepentingan setiap supplement untuk slipped disc nih…

Omega Guard

image

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata. Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

VIVIX

image

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel. Elderberry kaya dengan anthocyanins, yang memberikan kesan kepada anti-radang, juga dapat mengurangkan masalah berkaitan otot dan sakit sendi.

Advance Joint Health Tablet

image

Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi.

AJHT ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat. Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi. Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi. Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

Sila hubungi KakNgah untuk info, order & konsultasi secara percuma dan pastinya lebih penjimatan… Apapun, jangan lupa dengan promo bulan nih… 🙂

image

Atau untuk lebih penjimatan…

image

Juga multivitamin untuk kesihatan anak-anak anda…

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Definisi Slipped Disc

Seminggu ni KakNgah belajar pasal Slipped Disc, penyakit yang berkaitan kerosakan saraf tunjung. Dalam dok study ni dapat pula info-info yang berkaitan yang agak mudah difahami dan diterangkan kepada semua dengan jelas. Kat sini KakNgah kongsikan untuk tatapan anda anda semua…

Apakah Disc?

Disc adalah cakera Tulang belakang yang terdiri daripada vertebra ( tulang yang membentuk tulang belakang), yang mempunyai cakera rawan di antara mereka. Cakera ini terdiri daripada bulatan tisu penghubung dengan gel seperti pusat utama itu. Ini menjadikan tulang belakang fleksibel dan pada masa yang sama bertindak sebagai penampan perlindungan. Di tengah-tengah ruangan ini vertebra dan cakera adalah terusan tunjang, yang mengandungi saraf tunjang terbentang dari otak – batang ke vertebra lumbar pertama atau kedua. Ia terus sebagai ikatan gentian saraf dipanggil equina cauda regangan ke bawah ke arah sakrum, yang merupakan lanjutan daripada tulang belakang. Di antara setiap tulang belakang, saraf tunjang mempunyai sambungan akar saraf ke bahagian-bahagian badan yang lain. Tulang belakang dibahagikan kepada tiga bahagian :

1) Leher ( vertebra serviks ),
2) dada ( vertebra toraks ),
3) belakang ( vertebra lumbar ) itu .

image

Tulang belakang bersambung dengan rusuk di dada.

Apakah Slipped Disc?

Slipped Disc (Cakera tergelincir) adalah apabila bahagian lembut cakera buncit bulges dikawasan melalui bulatan tisu penghubung. Prolaps ini boleh menolak saraf tunjang atau akar saraf. Walau bagaimanapun, diperhatikan bahawa 20 peratus daripada penduduk telah tergelincir cakera tanpa mengalami apa-apa tanda-tanda ketara. Istilah ‘ tergelincir cakera ‘ tidak benar-benar menerangkan proses dengan betul – cakera sebenarnya tidak terkeluar dari keadaan asalnya tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang.

Apakah punca terjadinya Slipped Disc?

Cakera tergelincir berlaku kerana mencernakan bulatan tisu penghubung dengan peningkatan usia. Ini menyebabkan kelemahan memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung. Cakera tergelincir yang paling sering menjejaskan bahagian bawah belakang dan adalah agak jarang berlaku di bahagian dada tulang belakang. Ada kemungkinan bahawa kerja fizikal yang berat boleh meningkatkan kemungkinan cakera tergelincir. Mereka juga kadang-kadang dilihat berikut akibat daripada kecederaan dari jatuh atau kemalangan jalan raya.

Umur berapakah Slipped Disc boleh berlaku?

Satu cakera tergelincir di belakang yang lebih rendah adalah yang paling sering dilihat di antara umur 30 dan 50an. Dalam vertebra serviks di antara leher cakera akan makin susut sering dilihat di antara umur 40 dan 60an.

Apakah gejala Slipped Disc ?

Slipped Disc tidak mempunyai sebarang tanda-tanda yang memudaratkan. Namun jika ia menyebabkan kesakitan, ia  terutamanya disebabkan oleh tekanan pada akar saraf, saraf tunjang atau cauda equina itu.

Tanda-tanda tekanan akar saraf.

Lumpuhnya otot tunggal dengan kesakitan yang akan terasa pada bahagian lengan atau kaki. Ada juga yang mengganggu sistem anggota badan.

Tanda-tanda tekanan pada saraf tunjang.

Gangguan sistem anggota badan, kekejangan otot atau kelumpuhan di bahagian badan di bawah tekanan saraf tunjang. Sebagai contoh, tekanan ke atas saraf tunjang di kawasan dada akan menyebabkan kekejangan di kaki tetapi tidak di lengan. Tekanan pada saraf tunjang boleh menyebabkan masalah dengan kawalan pundi kencing.

Tanda-tanda tekanan pada equina cauda.

Gejala-gejala boleh termasuk kehilangan kawalan membuang air besar dan / atau fungsi pundi kencing, gangguan sistem anggota badan dalam rektum dan bahagian sekitar alat sulit ; kadang-kadang termasuk bahagian dalam paha dan paling teruk, lumpuh kedua-dua kaki. Ini adalah jelas gejala yang sangat serius dan sesiapa yang mengalaminya, mereka perlu menghubungi doktor dengan segera. ( ianya dipanggil gejala ‘bendera merah’. )

Bagaimana doktor membuat diagnosis?

Ia adalah mungkin untuk membuat diagnosis daripada sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal doktor. Dalam banyak kes, ia adalah mungkin untuk menentukan cakera terjejas. Ini biasanya boleh disahkan sama ada oleh imbasan CT atau imbasan MRI. Myelogram boleh digunakan untuk mencari punca sakit namun perlu MRI atau pengimbasan CT bagi membuktikan ianya bukan  Slipped Disc.

Myelography adalah teknik radiografi melibatkan suntikan medium kontras ke dalam kanal saraf tunjang, diikuti sebagai siri x -ray ; dan kini telah sebahagian besarnya digantikan oleh MRI dan CT pengimejan. Doktor akan menentukan peperiksaan adalah perlu. X -ray biasa tulang belakang yang diminta tidak kerap kerana ia tidak begitu berguna diagnostically berbanding imbasan atau myelogram. Ia adalah penting untuk membuat diagnosis yang betul kerana beberapa penyakit lain mempunyai gejala yang sama. Mana-mana gejala ‘bendera merah’ hendaklah diambil tindakan segera.

Bagaimanakah Slipped Disc dirawat?

Ia secara umumnya bersetuju bahawa Slipped Disc perlu dirawat tanpa pembedahan yang dianggap hanya apabila pendekatan lain untuk rawatan telah gagal. Rawatan ini biasanya akan bermakna dalam tempoh yang singkat bed- rest dengan ubat penahan sakit yang sesuai. Ini mungkin analgesik mudah, contohnya paracetamol ; ubat-ubatan anti -radang, egIbuprofen ; ubat tahan sakit yang lebih kukuh, contohnya codeine fosfat, tramadol hidroklorida ; antidepresan, contohnya amitriptyline, duloxetine atau Ubat anti -epileptik, contohnya gabapentin andpregabalin .

Fisioterapi atau rawatan kiropraktik juga perlu diterokai dan seseorang itu perlu kekal sebagai aktif yang mungkin dalam had gejala. Sama ada untuk menjalani pembedahan atau tidak , adalah satu keputusan untuk pakar.

Apabila terdapat tanda-tanda tekanan pada saraf tunjang atau pada equina cauda itu, pembedahan perlu dilakukan sebaik sahaja possible. Cases melibatkan lumpuh yang serius atau meningkatkan hendaklah dianggap sebagai suatu emergencyand dimasukkan ke hospital untuk penilaian serta-merta. Apabila terdapat perubahan dalam gejala-gejala, doktor perlu dirujuk. Perubahan ketara dalam usus atau pundi kencing tabiat atau kawalan, meningkatkan kelumpuhan anggota badan atau cacat kerana penyakit otot harus selalu menerima penilaian perubatan segera.

credit ; netdoctor

Ermmm… Risiko juga kan Slipped Disc nih, nampak cam ringan jer sakitnya tapi yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana terseksanya rasa… Kebetulan pula malam tadi seorang sahabat menghubungi KakNgah bertanyakan supplement yang bersesuaian jadi KakNgah syorkan kepada sahabat Vivix dan Omega Guard, namun Advance Joint Health Tablet juga baik untuk kesihatan sendi kita. Ermmm, bagaimana ketiga-tiga supplement membantu? Okeh, KakNgah akan kongsikan pada next entry okey, nak masak untuk en. hubby dan anak-anak dulu…

Apapun, jangan lupa dengan promo bulan nih… 🙂

image

Atau untuk lebih penjimatan…

image

Juga multivitamin untuk kesihatan anak-anak anda…

image

Hubungi KakNgah untuk pembelian supplement dan konsultasi PERCUMA!

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kecewa dengan ibu-bapa yang tidak menghantar anak sekolah.

image

Seminggu ni terasa membuak-buak jerk marah nih.. Bukan nak busy body tetapi rasa kecewa teramat sangat dengan jiran nih. Tak tahu nak cakap macam mana, masih ada ibu-bapa yang terlalu pentingkan kehidupan sosial mereka daripada menghantar anak ke sekolah rendah. KakNgah rasa tak kisah pun kalau taknak hantar anak ke sekolah Agama jika mereka sendiri mampu mendidiknya, tetapi… kenapa perlu berkira-kira pula untuk menghantar anak ke Sekolah Rendah?

Sibuk beritahu orang sana sini dia beli hp baru, tab baru, shopping beribu riban, enjoy habis duit beribu riban tapi nak sekolahkan anak? Tak sangka masih ada orang sebegini rupa dalam dunia nih. Kalau dikira-kira, 2 pasang baju sekolah, 2 pasang kasut, beg sekolah dan yuran serta duit buku, tak habis rm500.00 pun atau mungkin tak sampai rm300.00. Nak kata dia orang luar, tidaklah pula. Jiran yang asal Indonesia pun sibuk ke hulu ke hilir untuk sekolahkan anak tapi sayang tak diterima.

Semalam sajer KakNgah tegur dia tetapi mungkin dia takut sampai harini sehari tak nampak batang hidung diaorang sekeluarga… Setahu KakNgah kerajaan akan menghukum ibu-bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah… Agaknya dia tak kisah kut kalau ada yang me’report’ nanti…

Anak ke-2 KakNgah plak kene chickenpox, sibuk sangat nak pergi sekolah tetapi terpaksa tangguhkan dulu… Huhhu… Harap-harap masih ada harapan untuk mendaftar. 😦  Ermmm…. Jika anda sebagai ibu-bapa, ada tak rasa susah hati jika tak dapat mendaftar anak sekolah? Jom share sket pendapat anda…

Ok, itu jerk yang nak meroyan sebab rasa sangat-sangatlah gerammmm… Huhhu… Bagi yang nak order supplement sila hubungi KakNgah yer..

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bantuan Mangsa Banjir.

image

image

Alhamdulillah, rasanya cukuplah dengan gambar yang dikongsikan… “Shaklee Cares ~ Bantuan Nutrisi Kanak-Kanak Mangsa Banjir”… Sangat-sangat membantu mereka yang memerlukanya…

Order supplement dan konsultasi secara PERCUMA? Hubungi KakNgah untuk diskaun hebat dan jangan lepaskan promo hebat bulan ini…

image

Atau dengan lebih penjimatan?

image

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Consume Vivix untuk rawat resdung tetapi dapat lebih extra manfaatnya…

wpid-img_20150115_221023.jpg

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah… hasil perkongsian dari sahabat Shaklee tentang suami beliau yang mengambil Vivix untuk masalah resdung. Kesannya lebih baik dari yang dijangkakan, isteri mana tak suka jika suami semakin sihat dan cergas kan… 🙂 Sharing dari sahabat Shaklee lagi…

Zurina Star, [13.01.15 19:09]
nak sharing testimoni suami tercinta..
tahun 2012 husband selalu keluar masuk hospital sebab sakit selalu..bebanan keje. lifrstyle menyebabkan suami jue kena penyakit batu karang dalam hempedu..

lepas dah operate dan buang batu karang tu..kesihatan suami agak kurang sikit..selalu demam dan selalu pening kepala sampai satu tahap mase driving pun bole nak pitam..

memang takut..mase tu die dah terfikir nak mati dah..jumpe doktor pakar..doktor cakap resdung akut..dan yg pitam tu tanda2 awal nak kena strok..Allah ya Allah anak2 masih kecil..

Zurina Star, [13.01.15 19:09]
2013 baby kedua lahir..suami nekad stop smoking dan jue bagi try vivix..

Zurina Star, [13.01.15 19:11]
alhamdulillah dah setahun..kesihatan makin baik..dah stop smoking..tahun 2014 langsung xde masuk hospital..dan yg best suami makin hensem hehe turun 12kg tau..nampak awet muda la..

Hahhh… yang paling best dah berhenti 100% tabiat merokoknya pastu berat turun sebanyak 12kg dan makin ganteng gitewww… Tahniah sahabat kerana memilih yang terbaik untuk suaminya… Hubby KakNgah ni pun liat nak telan Vivix, nak sangat dia kurus, ngap supplement pun bukan main malas lagi hahh… T_T InsyaAllah, nak juga paksa dia telan Vivix tuh, KakNgah dah rasa kesan baiknya Vivix.. rugi kalau tak mencuba bulan nih, BUY 6 FREE 1, saper nak bagi deq non oiiii….

Bagi yang ingin mencuba, jom click-click Vivix dan order segera dengan KakNgah untuk diskaun lebih hebat!

wpid-142052637553509.jpg

Atau mahukan lebih penjimatan…

wpid-142018130781860.jpg

 


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Hand Dish Wash Concentrate ~ Lemak, Minyak dan Hitam Mudah Ditanggal…

image

Hahha… baru 2 minggu cuba guna Hand Dish Wash, memang terbaik! Hitam-hitam manis kat periuk, kuali senang jer disental, biasanya kalau guna sabun cuci yang bersepah-sepah kat pasaran tu, adohhh… susah betul nak hilangnya. Tangan kita yang hitam pun mudah hilang dengan Hand Dish Wash.

Lemak! hoihhh, selalu kalau masak sup ekor atau kari kambing, lemak-lemak akan melekat kat pinggan dan mangkuk. Bila dicuci terus dengan sabun biasa, melekat-lekat lemak tu kat span tu so nak taknak kene siram air panas dahulu supaya lemak-lemak tu cair pastu kene letak banyak sabun cuci kat pinggan dan mangkuk tu. Ok, itu dululah, hihhi… sekarang hanya setitik Hand Dish Wash ke atas pinggan yang dipenuhi lemak pastu sental… eh, cam tak caya.. habis semua lemak lebur dan terus clear pinggan mangkuk yang dicuci.

Yang seronoknya, bau harum sabun tu best jer pastu tangan pun lembut. Yang paling best kalau bau sabun tu cam melekat kat pinggan dan mangkuk pun tak kisah sangat sebab ianya dari bahan yang semulajadi, pinggan dan mangkuk pun taklah jadi putih dek kesan chemical cam sabun-sabun yang bersepah kat pasaran tuh… 🙂

Hand Dish Wash ni murah jerk, baru RM28.00 sebotol… kawan-kawan KakNgah yang biasa pakai gtau, setiap sebotol Hand Dish Wash ni tahan sehingga 6 bulan ++… Cam kakNgah yang meniaga nih, 3bulan dah abeh kut, hihhi… takper, nanti kita tengok lama mana tahannya yer, baru 2 minggu kan… 😀

Bagi yang berkenan nak mencuba, bolehlah menghubungi KakNgah…


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Bookmark Blog, Cara Mudah Blog Walking.

Hahha… harini, KakNgah santai-santai jerk, santai nak gtau blog yang KakNgah selalu ikuti walaupun jarang tinggalkan komen… hehhe, xcely, banyak lagi tp bila line asyik buat hal, mulalah sifat “M” tu datang… 😀

image

Ni antara senarai blog yang KakNgah selalu ikut, ops! klu korang perasanlah, ada blog jahitan… KakNgah suka menjahit tapi selalunya jahit baju tido anak-anak lah. Lebih sket jahit baju sendiri dan mr. hubby juga adik-adik. Tak ambil tempahan? huhhu… KakNgah ni busy women, busy la sangat, hahha… abeh pun bersilat ngan anak-anak kat umah..

Dapur Tanpa Sempadan… blog masakan “Mat Gebu” rasanya, almaklumlah, KakNgah ni tak pandai masak, anak-anak pula dah lebih sangat suka makan so tiap-tiap hari memang keje KakNgah menggodek resepilah… 😉 Kepada abg Mat Gebu, terima kasih dengan resepi yang dikongsi, best belako…

Senang sebenarnya bila bookmark nih, tak payah nak goggle jer, click jer blog mana terus ke tempatnya hah… 🙂 senang nak blog walking. Ok, kalau korang yang memang suka berblog walking tuh, bleh try cara nih… yang dah tahu, ok! 🙂

Bagi yang nak order supplement moh roger ngan KakNgah moh… promo bulan ni hebat belaka!

image


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.