Anak Angkat!

Anak angkat? eh, yang 3 hero tu pun jenoh bersilat, boleh pula ambil anak angkat yer… ops! jangan salah faham, anak angkat KakNgah ni comey sket jer dari anak-anak. Dah sebulan rasanya jaga si comey nih, anak-anak pun bukan main suka lagi. Sebelum tidur dan bangun tidur mesti hadap si comey dulu, sibuk jugalah diaorang konon menguruskan si comey nih. Si comey ni manja, ligat, kuat kencing (tak boleh blah…) dan sukakan carrot, 😛

image

Comey tak saya? hihhi… nama saya Keyoi, anak-anak KakNgah yang namakan saya.

Hahhhhh… comey kan? Sejak kecil KakNgah memang sukakan arnab, so bila ada yang bagi… KakNgah yang happy terlebih dari anak-anak, kihkihkih…. Tak de la susah nak jaga Keyoi ni cuma kencingnya tak bleh blah, aritu masa orang bagi, ada makanan prosesnya sekali tapi Keyoi ni cam kurang gemar la plak so kitaorang berikan Keyoi carrot, memang kesukaan ia lah…

Rasanya dah seminggu makanan proses Keyoi habis pastu perasan ada kedai haiwan dekat kawasan KakNgah tinggal so malam tadi pun merempit sekejap mencari makanan proses untuk Keyoi, maka dapatlah 1 makanan proses berperasa dan mineral untuk Keyoi.

image

Suka pula si Keyoi dengan makanan proses nih, bukan main lagi makannya sedangkan makanan proses sebelum ni ia kurang gemar. Demand juga ia tau, aritu punya makanan rm3.50/kg kurang best agaknya, yang ni rm8.50/ pek (1kg) ada perasa broccoli dan celery lagi, apa tak disukanya, hihhi… Briter Bunny ni juga kaya dengan sumber biotin, vitamin A, B1, B2, B6, C, D, E, K, Beta-Corotene juga high fiber.

image

Ni mineral stone, betul-betul cam batu, campak pun tak pecah, ni kalau campak kat kepala pun sakit ni. Fungsinya untuk asah gigi arnab di samping sebagai makanan tambahan untuk gigi ia, kaya dengan kalsium lagi tau… kalau korang tengok arnab tu asyik gigit sangkar atau benda-benda keras tu maknanya dia perlukan mineral stone ni lah untuk gigi ia.

Hai arnab, ku ingat manusia jer perlukan vitamin, binatang pun perlu tau… hahha… anda kalau nak beli vitamin sila contact KakNgah yer… eh! KakNgah tak jual vitamin untuk si comey cam Keyoi yer, KakNgah jual Supplement Shaklee… 🙂


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s