Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

Semalam punya cerita, hihhi… al-kisahnya KakNgah ni dah 3 minggu kene kencing kotor, kejap ok kejap k.o. Yang tertangguh nak ke klinik tu sebab risaukan anak yang tak sihat badan, muntah dan cirit-birit, huhhu… pastu anak sulung plak exam dan yang paling KakNgah tertangguh tu sebab KakNgah tak suka makan ubat! “ter” la sangat… 😀

Ahad baru-baru nih dah cam tak tahan sangat tetiba sakit sangat masa membuang air kecil, tak pasal-pasal stress.. huhhu.. so gtau hubby ajak g Klinik Kesihatan Bandar Botanik. Semalam jam 8pg pas lepaskan anak ke-2 ke PASTI [selang 5buah umah jer] kitaorang pun bersiap keluar, Sebelum ke Klinik tu singgah sarapan dulu.. tup-tup dah sarapan gerak ke Klinik tengok jam dah hampir jam 9pg. Sampi terus ambil no. giliran dan buka kad, al-maklumlah tak pernah sampai pun…

image

Selesa sangat dengan Klinik Kesihatan nih, parking pun banyak, ruang pun besar dan tersusun. Kaunter pun sampai 10 so semua orang tak perlulah nak menunggu lebih lama walaupun hanya 4 kaunter yang dibuka namun service tip top.

image

Atas ni ruang pendaftaran, sampai terus beratur ambil no dan tunggu pula untuk pendaftaran, tak lama pun, dalam 5 minit dah siap… pastu ke ruang menunggu untuk check-up plak [gambar bawah].

image

Eh, cam kenal plak mamat berbaju oren ngan budak kecik tu.. owh my hubby n anak I lah… T_T. Alamak! xcely sebelah kanan tu ada 12 bilik atau mungkin lebih. Bilik-bilik doktor merawat pesakit kecuali bilik no. 12 adalah bilik check tekanan darah. Semua yang berdaftar akan dipanggil beratur dalam 10 orang untuk diambil tekanan darah. [gambar bawah adalah bilik no. 12].

image

So beratur jugalah KakNgah menunggu giliran untuk ambil tekanan darah, alhamdulillah… normal. Selesai mengambil tekanan darah, tunggu pula dipanggil doktor untuk dirawat. Akhirnya jam 10pagi tiba jugalah giliran KakNgah, berjumpa doktor di bilik no. 10, dah bersoal jawab tak sampai 4 minit, doktor mintak KakNgah ke makmal pula untuk urin test beserta rekod kad. [makmal-gambar bawah].

image

Menunggu di makmal pun taklah lama mana pun, service bagus, terasa berpuas hati sangat! Pas ke makmal terus ke bilik no. 10 semula berjumpa dengan doktor yang merawat KakNgah. Ermmmm… pas diteliti memang ada sedikit jangkitan kuman di dalam urin so dapatlah azimat yang awal-awal lagi memang KakNgah taknak sesangat… huhhu tapi nak sihat punya pasal, ku gagahi juga menelanya!

image

1) Potassium Citrate Mixture,
2) Amoxicillin 250mg [antibiotic]

Wokeh… bagi yang nak order sebarang suplement dengan harga kasih sayang, boleh roger² dengan KakNgah yer.. FREE konsultasi lagi kay.


✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Advertisements

4 thoughts on “Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang

  1. Saya pernah kena kencing kotor… lebih kurang 3 ke 4 tahun lepas, kencing taklah sakit sangat…. tapi belakang pinggang yang teramatlah sakit, sampai nak duduk pon susah… cerita ngan sorang bos ni, dia kata kencing kotor kot… saya rasa cam tak logik pulak… apa kena mengena, dia suruh g klinik… memang betul kena kencing kotor… siap dapat mc lagi… sebab sampai tahap nak duduk pon susah

    1. kencing kotor ni byk sbb along… kekadang sbb kita kurang minum air putih atau ter’over’ minum ais, kakngah ni klu bz ng ank² mmg bleh lupa nk minum tau… hihhi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s