Shaklee Independent Distributor Kg. Jalan Kebun.

image

Alhamdulillah… semalam 30 Dec. genaplah setahun KakNgah di Kg. Jalan Kebun, Shah Alam dan setahun inilah KakNgah bergelar sebagai Pengedar Sah Shaklee di Kg. Jalan Kebun. Rezeki ada dimana-mana dan Alhamdulillah syukur tak terhingga kepadaNYA dengan rezeki yang dikurniakanNYA sejak berpindah ke sini.

Bagi anda yang berdekatan, bolehlah menghubungi KakNgah untuk pembelian secara COD. Setiap pembelian secara on-line mahupun COD, cas RM10.00 dikenakan yer…

Untuk anda yang berada jauh dari Malaysia, jangan risau sebab KakNgah juga ada membuat pengeposan untuk anda yang berada di Singapore, Brunei, Indonesia dan Australia. Cas pengeposan akan mengikut standard Perkhidmatan Pos ke luar Negara.

Note : Pengeposan akan dibuat selepas anda membuat full payment. Terima Kasih.

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Kenali Insomnia.

image

Insomnia! 😥 boleh tangkap nangis kalau tak boleh tido malam nih… dah lama nak share info berkenaan insomnia, Alhamdulillah terjumpa dari blog Sihat Selalu untuk dikongsi. Jom kita layan…

Apakah Insomnia?
Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya. Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam.

Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa.

Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

Insomnia Sementara

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

Insomnia Jangka Pendek

Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.

Insomnia Kronik

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, gangguan fisiologi atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-tanda dan Gejala Insomnia

* Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.
* Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam.
* Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.
* Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. 

Faktor-faktor Insomnia

1. Faktor gaya hidup
image

Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau memburukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein dan merokok merupakan antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.

2. Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah atau di tempat kerja

3. Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh : angina pektoris,artritis, kanser, ulser peptik/refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan (contoh : asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh : penyakit kencing manis). Masalah-masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

4. Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan, skizofrenia, gangguan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

5. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.

Bagaimana Mengatasi Insomnia

Elakkan :

* Meminum minuman yang mengandungi kafein (seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur
image
* Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh
* Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu
* Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya
* Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang

Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
image
Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.

Tidur hanya apabila anda rasa mengantuk dan gunakan tempat tidur anda untuk tidur sahaja bukannya sebagai pejabat atau tempat menonton televisyen.

Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik tidur dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti :

* Mandi air suam
* Minum susu suam
* Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan ringan seperti majalah
* Mendengar muzik yang menenangkan

Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu anda tidur.

Semak semula preskripsi dan ubat-ubatan yang anda beli dengan pegawai farmasi untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubatan yang menyumbang kepada masalah tidur.

Bila Anda Perlu Berjumpa Doktor

Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika masalah untuk tidur berlarutan atau mula mengganggu kerja/aktiviti harian anda terutamanya apabila anda menderita insomnia kronik (yang berterusan untuk jangka masa panjang) yang berkait dengan penyakit. Doktor akan memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan bertanya tentang tabiat tidur anda yang biasa. Anda mungkin diberikan pil tidur atau dirujuk kepada pakar sakit jiwa.

Jangan mengambil pil tidur tanpa nasihat doktor. Pil-pil tidur paling baik digunakan untuk menghilangkan masalah tidur yang sementara pada waktu-waktu tertentu sahaja. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh membawa kepada ketergantungan kepada ubat apabila badan mula menyesuaikan diri dengan pil-pil ini. Ini bermakna anda mesti mengambil lebih pil tidur untuk mencapai kesan yang diingini. 

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

New Shaklee Head Office at Sunway Pinnacle

image

Holla…. YA! seperti yang diketahui umum Shaklee Head Office baru adalah di Sunway Pinnacle, Tingkat 9. KakNgah pun belum menjejak kaki ke sana, hihhi… Kat bawah ni ada gambar HQ baru Shaklee ehsan dari kengkawan Shaklee… 🙂

Yang syiok sangat tu ada playground untuk anak-anak bermain, jangan sampai anak tak nak balik sudahhh… 😛  Jom kita tinjau-tinjau yer…

image

image

image

image

Hahha…. memang luas dan lebih selesa, walaupun sekarang ni dah ada sistem online tetapi kebanyakkannya lebih selesa singgah ke HQ Shaklee termasuklah KakNgah sendiri. 😀

Bagi sesiapa yang nak shopping disana bolehlah menggunakan ID KakNgah 885414

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Padah MealShake!

image

Padah MealShake! padah kot mana tuh? hehheww.. Padah la bagi ibu yang tak mahir masak memasak cam KakNgah ni, huhhu…

Padah pun padah la tetapi Alhamdulillah… KakNgah takyah nak risau-risau lagi tentang nutrien yang tidak mencukupi untuk anak-anak. Sejak 3 bulan amalkan MealShake secara konsisten ni, selera anak-anak kemain lagi. Nak-nak si kecil KakNgah, bangun tido jerk… “ummi, acad apar… acad nak acik”. Kekadang kelakar tengok dia makan dengan gelojohnya, cam sebulan tak jumpa makanan… 😀

image

Bertaik lalat nasi kt tepi tuh… 😛 Sangat jauh berbeza semasa dia menyusu badan. Taknak menjamah makanan lain sedangkan dah berusia 2 tahun so nak taknak terpaksa KakNgah putuskan susu badan. KakNgah berikan susu tepung dan dicampur sesudu teh MealShake sekali setiap hari. Resultnya selera tak sudah… 😀

image

Lain pula dengan anak ke-2 KakNgah yang sememangnya jenis berselera makan so takder la KakNgah nak risaukan sangat. Apapun Kakngah tetap berikan dia MealShake… Almaklumlah dialah paling rendah HB nya kerana Thalassaemia…  😦

image

Ini lagi sorang intan payung nih… liat nak makan, memilih makan, cerewet makan dan segalanya dialah susah nak makan-makan nih… huhhu tapi sekarang memang dia dah jadi hero bab-bab makan nih, kekadang tengah-tengah malam bleh dia cakap lapar sedangkan memang awal-awal dia dah makan so nak senang bancuhkan chocolate drink ngan MealShake untuk dia.. hihhi…

Istimewa MealShake

1) Lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh dimana basdan tidak dapat menghasilkannya.
2) Lengkap dengan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrein untuk kanak-kanak.
3) Sumber makanan serat dan protein yang terbaik.
4) Kaya dengan sumber kalsium.
5) Glisemik indeks yang rendah.
6) Kaya dengan kalsium.
7) Rasa Vanilla yang enak.

Siapa Perlukannya?

1) Anak-anak yang memilih makan.
2) Anak-anak yang kurang berminat/ kurang berselera untuk makan.
3) Anak-anak autisme.
4) Anak-anak yang sembelit.
5) Anak-anak yang bersekolah di mana MealShake juga kaya dengan zinc untuk perkembangan otak dan fokus mereka di dalam pembelajaran.
6) Anak-anak yang terlalu kurus atau kecil.
7) Mereka-mereka yang ingin tambah berat badan macam KakNgah.

Padahnya KakNgah kene menggoogle untuk mencari resepi… ahaks! Janji happy demi anak-anak tersayang, juga mestilah untuk si hubby I… lol 😛

Info Produk
Retail Price : RM113.75
Size : 544g

Nak cuba?

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

Consume HerbLax Tetapi Tak Membuang? TIPS.

image

Ahhha… ramai bebenor rakyat Malaysia ni yang sukar membuang, ye dokkk? termasuk ler teman nih hah… 🙂 Disebabkan dah tak tahan dengan sembelit dan berdarah setiap kali membuang maka mau tak mau kita ngap HerbLax nih… senang nak membuang Kak Ton oiii…

“Eh, naper yer setiap kali saya ambil HerbLax, membuangnya pun rasa cam susah jerk….?”

Ni KakNgah nak pesan nih… air tu kene cukup pengambilannya, sehari 8 gelas air putih… Nak makan ubat ko, nak makan supplement ko… perlu diambil dengan air putih, bukan air yang bergula atau bergas! aiyooo…. klu itu macam consume tapi air putih kurang tak guna la Kak Ton oiii… hahhhh, kan KakNgah dah marah! Eh, mana marah… gtau jerk 😛

“Saya ni asyik tak teringat nak minum air putih…”

Ni satu penyakit nih, lupa+malas ye dok? 😉 Apa susah Kak Ton oiiii, standby siap-siap air tu sebekas, nak senang bawa jer jug tu g kojo (kerja), agak-agak la weih… kat kodai (kedai) banyak bokeh (bekas) air Kak Ton oiii.. 2 3 hinggit jer pun!

image

Camni pun dah kira ok, tak pun boli (beli) yo mineral water yang bosar (besar) tuh…apa susah! klu suri rumah pun asyik tak teringat jo, standby la sebekas lotak (letak) kat ateh (atas) TV, solosai (selesai)  masalah…

Ni KakNgah nak bagi tip sket… malam dah ngap HerbLax kan so pepagi selepas keluar dari tandas tu korang teguk ler sikit air dari bekas tu (agak-agak dalam secawan air). Nanti lagi copek (cepat) proses pengeluaran toksin dari badan korang tau… tak caya jom order n try buat. 😉

Info Produk
Retail Price : RM52.50
Size : 120 tabs

Harini kita belajar Bahasa Negeri Sembilan yer… ahaks! Ermmm, yg nak order moh mengorder…

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.

MH17 ~ Takziah buat Keluarga Mangsa

image

Huhhu.., memang tak dapat dinafikan, kepulangan 20 orang jenazah mangsa MH17 pada hari ini sungguh menyentuh setiap hati rakyat Malaysia. Memang sebak melihat keluarga mangsa yang terlibat, KakNgah sendiri sebak walaupun hanya melihat gambar-gambar keluarga mangsa. Sungguh-sungguh tak sanggup untuk KakNgah membaca lebih lanjut artikel yang dikongsi oleh sahabat-sahabat FB juga blog-blog info terkini perkembangan mangsa MH17. 😥

image

image

image

image

image

image

image

image

Wajah-wajah seorang ibu yang pengasih, ayah yang tabah, anak yang masih mentah, anak yang inginkan kasih, kakak, abang dan adik serta sahabat yang menangisi pemergian orang yang mereka sayangi…

Ya Allah… tempatkanlah mereka disyurgaMU… 😥 😥 😥

Salam TAKZIAH dari saya Nafiza Shuib, Shaklee Ind. Distributor Kg. Jalan Kebun, Shah Alam.

Shaklee Boy!

Selamat Hari Lahir Along! Semoga anak babah & ummi menjadi anak yang soleh… Kami semua sayang along, mmmuahhh…

Ummi doakan along berjaya di dunia dan akhirat.. InsyaAllah. 🙂

image

Alhamdulillah.. dah 7 tahun pun anak sulung KakNgah ni, tak sangka dah besar pun, dah boleh diharapkan pun… Dalam keluarga dialah yang susah nak sakit tetapi kerisauan tetap ada dalam hati nih… Kami sekeluarga masing-masing sakit mata tapi tak pulak dengan dia, Alhamdulillah…

Disebabkan semua pakat sakit mata so… KakNgah memang berikan anak-anak Nutriferon untuk imun badan diaorang… Alhamdulillah cepat je elok sakit mata diaorang semua, 4 hari jerk. Sakit mata KakNgah plak yang makan masa seminggu nak elok… hihhi…

image

Hahha… ni stock yang sentiasa ada dalam rumah, pengambilan seminggu sekali jer pun untuk ketahanan sistem badan kita. Kalau korang nak tahu, dalam kajian klinikal yang dijalankan telah menunjukan NutriFeron® telah memberi kesan secara positif terhadap sel-sel pembunuh semulajadi. NutriFeron merupakan sokongan tambahan bagi penemuan hebat dalam sains sistem imun.

TAHUKAH ANDA?
Setiap hari tubuh diserang oleh tekanan, pengambilan makanan yang tidak sihat, pencemaran dan kelesuan yang senantiasa menyerang sistem imun tubuh. Supplement NuriFeron® merupakan satu-satunya produk yang membantu menyokong sistem imun anda secara semulajadi dan selamat.

Info :
Price : RM181.25
Size : 30 sachets

Pertanyaan lanjut & Order Shaklee
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
(KakNgah)
COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.