Cerai Susu

cerai susuAssalamualaikum lovers… maaf sesangat sebab dah hampir dua minggu KakNgah tidak meng update, sibuk sangat dengan anak-anak dan aktiviti langsung dan tidak langsung. Minggu pertama May sibuk dengan anak sulung nak periksa dan kereta kejap masuk workshop kejap kuar workshop dan masuk balik… aishhhh…. mentang-mentanglah tahun ni dah nak abeh bayar, kereta tu mulalah nak abeh hayat… hehhe. Minggu ke-2 plak KakNgah train anak kecil KakNgah cerai susu badan… Erm, ni yang nak share nih… 🙂 Harini plak anak2 muntah-muntah dan demam bagai… dugaan btul.

Gambar nih adalah malam ke-3 stop breastfeeding, mula-mula tu kesian jugalah, malam2 meraba-raba mintak susu… huhhu, tapi disebabkan 25hb Mei ni dah nak cukup 2tahun so nak taknak kena hentikan.. Penyebab lain menjadikan KakNgah nak stopkan dia BF sebab anak KakNgah ni kurang sangat nak makan, syiok sangat melekatnya sampai tak boleh nak buat keje lain KakNgah dibuatnya… nak berbaring dengan dia jer, hehhe.. sebenarnya manja jerk lebih… 😀

Cerai Susu

Cerai susu atau bayi anda berhenti menyusu dan mendapatkan keperluan nutrien dari sumber lain selain daripada payudara anda dianggap cerai susu.

Bercerai susu tidak bermaksud untuk menjauhkan bayi anda dari anda, kerana ianya boleh dipupuk dengan cara lain bagi mendekatkan anda dengan bayi anda seperti senantiasa memeluk bayi anda agar bayi tidak terasa kehilangan dengan secara mengejut bila dicerai susu.

Tip-Tip Cerai Susu

  • Lewatkan penyusuan dengan ajak anak anda bermain, menonton, bersiar-siar atau makan.
  • Berikan susu botol dan katakan padanya dengan baik bahawa dia sudah besar jadi perlu berhenti untuk menyusu terus dari anda.
  • Jika anda hamil dan mengalami masalah kesihatan, cuba katakan padanya bahawa susu anda kini sudah milik adiknya akan akan lahir kelak atau jika adiknya telah pun lahir, katakan padanya bahawa adiknya lebih memerlukannya.

Antara tip lain yang boleh diguna pakai…

  • Letakkan sesuatu yang pahit, masin atau sebarang jenis perasa yang kurang digemar oleh anak anda di bahagian nipple anda setiap kali anak anda ingin menyusu.
  • Letakkan lipstik pada nipple anda dan ermmmmm…. terpaksa menipu sedikit bahawa nipple anda sakit dan berdarah… (cara KakNgah adalah letakkan pewarna di atas kapas muka dan lekatkan pada kedua-dua nipple ~ sebab kat rumah tak der lipstik, KakNgah ellergik dengan lipstik… 🙂 )

Hehhe… cara KakNgah yang pertama sekali masa nak stopkan anak kecil KakNgah adalah dengan meletak garam, tapi dia dengan selamba terus menghisap sambil menjeling KakNgah sebab dia tau KakNgah letak sesuatu… 😀 seterusnya kopi dan akhir sekali mayonis dan memang berjaya tetapi mayonis akan hilang rasanya bila tersapu “bra” atau baju. Last try selepas sebulan lebih berhenti untuk stopkan dia berhenti breastfeeding adalah dengan letakkan pewarna di atas kapas muka. Sampi ke pagi KakNgah tidur-tidur ayam beritahu dia yang KakNgah sakit berdarah setiap kali dia nak menyusu.

Alhamdulillah, dalam 3 hari ini dia dah mula mintak susu botol siap mintak sekali MealShake di campur bersama susu dia… hehhe. 2 hari pertama KakNgah berikan susu badan sehari 2 kali dan 2 hari berikutnya KakNgah berikan sehari sekali susu badan dan seterusnya terus tak bagi lagi. Bukan apa, cuma tak nak dia rasa terlenih terkilan bila tak dapat langsung so cuba secara perlahan-lahan agar dia tenang untuk menerima botol.

Harini dah seminggulah dia berhenti breastfeeding… 😀 . Sedih sangat nak hentikannya tapi terpaksa jugalah demi kebaikkan bersama. huhhu… Apapun niat kita kenapa dan bila agaknya anda perlu hentikannya dengan segera atau dengan secara perlahan… jangan sampai anak sakit plak.. huhhu… lagi kesian kan…

OPS!!! kena sangat bulan ni promo MealShake kan… so tunggu apa lagi, borong sakanlah. Rugi tak borong sebab MealShake ni MULTIVITAMIN untuk anak-anak yer, jangan ingat orang dewasa jerk perlukan vitamin, anak-anak yang memilih-milih makan tu pun tak cukup nutrein dalam badan so MealShake ni sessuailah untuk diaorang.

 
 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 

 

Advertisements

2 thoughts on “Cerai Susu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s