Month: May 2014

Business GempaQ

Posted on Updated on

 

win omegaOmega Guard Shaklee!!! OPS, bukan nak citer pasal Omega Guard tapi kalau nak kenai-kenai dengan Omega Guard leh jerk… 🙂 .

Ni nak citer kisah pada hari ahad baru-baru nih, semangat KakNgah nak citer tau, hahha… Ermmmm, dah hampir 2 tahun jugalah KakNgah join Shaklee ni tapi langsung tak berkesempatan nak ikut Marketing Plan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan… huhhu. Ahad baru-baru nih dapat join, alhamdulillah… sungguh bermanfaat sesangat. Omega Guard ni pun dapat masa class aritu, harga retail pun dah RM136.00, ni dapat FREE menang kuiz, mau tak syiok I… hahha….

Apa yang KakNgah dapat dalam class aritu?

Kat sini KakNgah nak kongsi sket tip-tip dari PRESIDENTIAL MASTER SHAKLEE Cery MamaFaiz untuk berjaya dalam perniagaan atau kerjaya yang dipilih. Tip nih KakNgah kongsikan untuk diri KakNgah sendiri dan jika anda rasa ianya berguna untuk anda amalkan, silalah amalkan… SHARING IS CARING right???

  1. Sentiasa SOLAT TAHAJJUD, SOLAT TAUBAT & SOLAT DHUHA selain solat wajib. Segala kesenangan tak kan kemana jika anda tidak cuba menjaga 3 solat tersebut, mulakan dengan sebulan sekali, kemudian cuba untuk lakukannya setiap hari.
  2. Jaga Hubungan dengan Allah, dengan ibu dan bapa, dengan suami isteri dan anak-anak, dengan kawan-kawan, dengan saudara mara dan sesama muslim.
  3. PUSH FACTOR ~ untuk apa anda bekerja atau berniaga? adakah untuk suka-suka mencari kemewahan? untuk berhibur? atau ada matlamat yang lebih murni untuk dilaksanakan? Tanya diri anda!!!
  4. Amalkan zikrullah setiap hari.
  5. Bacalah 100 ayat Al-Quran setiap hari.
  6. RCA. “Rahsia Cermin Ajaib”.
  7. Senyum.
  8. Bersyukur.

Hahha… ini adalah amalan untuk berjaya, amalan untuk ber Shaklee pun ada cuma dikongsi untuk SID jelah… OPS!!! anda tak teringin ker nak buat Business GempaQ? Kalau berminat tuh… moh kita ber roger…

 training
 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.
 

 

 

 

Cerai Susu

Posted on Updated on

cerai susuAssalamualaikum lovers… maaf sesangat sebab dah hampir dua minggu KakNgah tidak meng update, sibuk sangat dengan anak-anak dan aktiviti langsung dan tidak langsung. Minggu pertama May sibuk dengan anak sulung nak periksa dan kereta kejap masuk workshop kejap kuar workshop dan masuk balik… aishhhh…. mentang-mentanglah tahun ni dah nak abeh bayar, kereta tu mulalah nak abeh hayat… hehhe. Minggu ke-2 plak KakNgah train anak kecil KakNgah cerai susu badan… Erm, ni yang nak share nih… 🙂 Harini plak anak2 muntah-muntah dan demam bagai… dugaan btul.

Gambar nih adalah malam ke-3 stop breastfeeding, mula-mula tu kesian jugalah, malam2 meraba-raba mintak susu… huhhu, tapi disebabkan 25hb Mei ni dah nak cukup 2tahun so nak taknak kena hentikan.. Penyebab lain menjadikan KakNgah nak stopkan dia BF sebab anak KakNgah ni kurang sangat nak makan, syiok sangat melekatnya sampai tak boleh nak buat keje lain KakNgah dibuatnya… nak berbaring dengan dia jer, hehhe.. sebenarnya manja jerk lebih… 😀

Cerai Susu

Cerai susu atau bayi anda berhenti menyusu dan mendapatkan keperluan nutrien dari sumber lain selain daripada payudara anda dianggap cerai susu.

Bercerai susu tidak bermaksud untuk menjauhkan bayi anda dari anda, kerana ianya boleh dipupuk dengan cara lain bagi mendekatkan anda dengan bayi anda seperti senantiasa memeluk bayi anda agar bayi tidak terasa kehilangan dengan secara mengejut bila dicerai susu.

Tip-Tip Cerai Susu

  • Lewatkan penyusuan dengan ajak anak anda bermain, menonton, bersiar-siar atau makan.
  • Berikan susu botol dan katakan padanya dengan baik bahawa dia sudah besar jadi perlu berhenti untuk menyusu terus dari anda.
  • Jika anda hamil dan mengalami masalah kesihatan, cuba katakan padanya bahawa susu anda kini sudah milik adiknya akan akan lahir kelak atau jika adiknya telah pun lahir, katakan padanya bahawa adiknya lebih memerlukannya.

Antara tip lain yang boleh diguna pakai…

  • Letakkan sesuatu yang pahit, masin atau sebarang jenis perasa yang kurang digemar oleh anak anda di bahagian nipple anda setiap kali anak anda ingin menyusu.
  • Letakkan lipstik pada nipple anda dan ermmmmm…. terpaksa menipu sedikit bahawa nipple anda sakit dan berdarah… (cara KakNgah adalah letakkan pewarna di atas kapas muka dan lekatkan pada kedua-dua nipple ~ sebab kat rumah tak der lipstik, KakNgah ellergik dengan lipstik… 🙂 )

Hehhe… cara KakNgah yang pertama sekali masa nak stopkan anak kecil KakNgah adalah dengan meletak garam, tapi dia dengan selamba terus menghisap sambil menjeling KakNgah sebab dia tau KakNgah letak sesuatu… 😀 seterusnya kopi dan akhir sekali mayonis dan memang berjaya tetapi mayonis akan hilang rasanya bila tersapu “bra” atau baju. Last try selepas sebulan lebih berhenti untuk stopkan dia berhenti breastfeeding adalah dengan letakkan pewarna di atas kapas muka. Sampi ke pagi KakNgah tidur-tidur ayam beritahu dia yang KakNgah sakit berdarah setiap kali dia nak menyusu.

Alhamdulillah, dalam 3 hari ini dia dah mula mintak susu botol siap mintak sekali MealShake di campur bersama susu dia… hehhe. 2 hari pertama KakNgah berikan susu badan sehari 2 kali dan 2 hari berikutnya KakNgah berikan sehari sekali susu badan dan seterusnya terus tak bagi lagi. Bukan apa, cuma tak nak dia rasa terlenih terkilan bila tak dapat langsung so cuba secara perlahan-lahan agar dia tenang untuk menerima botol.

Harini dah seminggulah dia berhenti breastfeeding… 😀 . Sedih sangat nak hentikannya tapi terpaksa jugalah demi kebaikkan bersama. huhhu… Apapun niat kita kenapa dan bila agaknya anda perlu hentikannya dengan segera atau dengan secara perlahan… jangan sampai anak sakit plak.. huhhu… lagi kesian kan…

OPS!!! kena sangat bulan ni promo MealShake kan… so tunggu apa lagi, borong sakanlah. Rugi tak borong sebab MealShake ni MULTIVITAMIN untuk anak-anak yer, jangan ingat orang dewasa jerk perlukan vitamin, anak-anak yang memilih-milih makan tu pun tak cukup nutrein dalam badan so MealShake ni sessuailah untuk diaorang.

 
 
Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Naga & Bukit Kemuning.