Air Kene Catu!!!

Ahad baru-baru ini semasa di Majlis Perkahwinan adik kepada jiran, KakNgah dapat berita yang Kg. Jalan Kebun akan ketiadaan air sehingga hari rabu, lama ooooo… erm, mula-mula cam taknak amek peduli jerk sebab rasanya ini kali ke-3 yang mengatakan air takkan ada keesokkan hari namun bsoknya air tetap ada. Tapi kali nih tergerak hati juga nak tadah air, masak air dan basuh baju yang tak terbasuh, hahha… akhirnya tengahari semalam memang confirm takder air, huh!!! selamat sebab terpikir untuk ambil langkah berjaga-jaga… dapat jugalah simpan air minum dalam 15 liter (rasanya 2 hari jerk bertahan air minum nih), air mandi dan lain-lain dapat tadah dalam 25 liter jerk sebab takder tong besar. Tup-tup petang tuh hubby bw balik 7 tong air dengan 15liter setiap tong, hoh… puah hati, hari ni pun repeat isi air 5 tong lagi…

Huhhu… menangis KakNgah dan keluarga kalau takder air, nak-nak kami sekeluarga memang hantu air kosong, sehari untuk 5 orang dalam umah ni, memang tak kan kurang dari 7liter air kosong dan kadang-kadang boleh lebih… Percaya atau tidak? itulah hakikatnya… AIR..AIR..AIR…

**********************************************

Sebut pasal air nih, malam nih KakNgah nak share plak tentang keperluan air dan berapa banyak yang perlu diambil setiap hari. Rasanya ramai yang dah pun mengetahui bahawa kita memerlukan 8 gelas air setiap hari namun adakah ianya benar-benar mencukupi?

Tahukah Anda??? Tubuh manusia tidak mempunyai mekanisme tetap untuk menyimpan air dan oleh demikian kita perlu sentiasa mengambil air yang secukupnya setiap masa.

Secara ringkasnya, air diperlukan untuk membantu badan berfungsi termasuk :

  • mengekalkan kesihatan dan integriti setiap sel dalam badan,
  • menyimpan cecair aliran darah cukup untuk mengalir melalui saluran darah,
  • membantu menghapuskan hasil sampingan metabolisme badan, elektrolit yang berlebihan (contohnya, natrium dan kalium), dan urea yang merupakan bahan buangan dibentuk melalui pemprosesan protein pemakanan,
  • mengawal suhu badan melalui perpeluhan,
  • lembapkan membran mukus seperti yang paru-paru dan mulut,
  • melincirkan dan kusyen sendi,
  • mengurangkan risiko cystitis dengan menjaga pundi kencing bebas bakteria,
  • membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit,
  • melembapkan kulit untuk mengekalkan tekstur dan rupa,
  • membawa nutrien dan oksigen ke sel-sel,
  • bertindak sebagai penyerap kejutan di dalam mata, saraf tunjang dan dalam kantung amnion sekitar janin dalam kehamilan.

Sesetengah orang memerlukan lebih air mengikut sebarang aktiviti seharian mereka yang memerlukan mereka minum lebih daripada 8 gelas sehari dan antaranya adalah :

  • pada diet protein tinggi,
  • pada diet yang tinggi serat, sebagai cecair membantu mencegah sembelit,
  • mengandung atau menyusukan bayi (tambahan 200 hingga 500 ml sehari),
  • muntah-muntah atau mengalami cirit-birit,
  • aktif secara fizikal,
  • terdedah kepada cuaca panas atau panas.

Risiko kekurangan air.

Pengambilan air yang tidak mencukupi boleh meningkatkan risiko batu karang dan jangkitan saluran kencing di kalangan wanita. Ia juga boleh menurunkan prestasi fizikal dan mental anda dan fungsi kelenjar air liur serta menyebabkan dehidrasi.

Adakah anda minum air secukupnya?

Jadi, jangan abaikan pengambilan air yang secukupnya yer… dan perlu anda ketahui bahawa setiap 25kg berat anda adalah bersamaa 1liter air jadi berapa berat anda? dan berapa liter airkah yang anda perlukan sehari? 🙂 Selamat mengira yer…

Erm… jika anda berminat untuk mendapatkan supplement mengikut masalah kesihatan anda, bolehlah menghubungi KakNgah dan anda juga layak mendapat konsultasi percuma dari KakNgah… BUY 6 FREE 1 ESP still on, jangan lepaskan peluang ini kerana anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA PERCUMA SEUMUR HIDUP… borong jangan tak borong!!!

 
 ⌨ Pertanyaan lanjut & Order Shaklee;
✍ PM : Kakngah Sihat
✉ Email: nafizashuib@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 018-6645415
➲ COD Area: Shah Alam, Klang, Telok Panglima Garang, Kota Kemuning, Kg. Johan Setia, Kg. Jalan Kebun, Nilai, Pajam, Bukit Rimau, Bukit Kemuning.
 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s