Perlukah Detox untuk Usus Anda?

“If Your Colon Isn’t Clean, You’ll Never Get Well”

Erm… agak-agak u olls lah kan, perlu ke detox untuk diri kita nih?

Jawapannya sudah semestinya YA! Bila usus kotor penuh dengan toksin, sampai bila-bila pun kita sukar sihat sebab toksin yang dalam usus itulah yang mengganggu penyerapan vitamin, mineral dan nutrisi dalam badan.

KENAPA ANDA PERLU MENCUCI USUS??

Apa yang berlaku di dalam perut manusia ?

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :

  • mengurangkan daya imunisasi badan
  • kekembungan, perut berangin
  • mempercepatkan penuaan
  • sakit dada, sesak nafas
  • serangan angin ahmar
  • mulut & nafas berbau
  • buah pinggang mengecil
  • masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?

Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.

Apakah Sumber Semulajadi Pilihan KakNgah?

KakNgah memilih Herb-LaxTM dari Shaklee kerana ianya memang yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN.

Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

TAHUKAH ANDA ? Usus adalah rumah penyakit…

Jika anda ingin kekal sihat dan cergas, pastikan usus anda senantiasa dibersihkan daripada makanan-makanan yang tercemar. Dengan pengambilan Herb-Lax sekali atau 2 kali setiap minggu akan memastikan anda lebih sihat dan bebas penyakit, InsyaAllah… dan jika ada kelapangan KakNgah akan kongsikan lagi info berkenaan HerbLax di post akan datang…

*****************************************

Harga Runcit : RM52.50
Kandungan per botol : 120 tablets
Tempoh Penggunaan : 3 Bulan ke 7 Bulan (mengikut pengambilan anda seminggu sekali atau 2 kali… )
 

Jika anda berminat untuk dapatkan nya dengan harga yang lebih jimat, join member jerk… RM65.00 (WM) RM75.00 (EM). Tak kisah la nak makan sendiri pun sebab join member ni seumur hidup tau… 😀

 
 
Name Card
 
 
 

Sijil HALAL Produk Shaklee 2014.

Bismillah… rasanya masih belum terlambat untuk KakNgah kongsikan Sijil HALAL terbaru Shaklee bagi tahun 2014. Untuk pengetahuan anda, setiap tahun Shaklee akan re-new semula Sijil HALAL produk dari  Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.

Sijil HALAL product ini dikeluarkan pada 27 Januari 2014 bersamaan 26 Rabi’ul Awwal 1435H.

Setiap produk Shaklee juga mendapat kelulusan daripada KKM. Shaklee juga sentiasa memastikan produk yang dikeluarkannya SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.

Walaupun KakNgah seorang Pengedar namun KakNgah juga bermula sebagai seorang pengguna yang sangat mementingkan kualiti dan HALAL produk sebelum mengamalkannya sehingga kini. Alhamdulillah, selepas berpuas hati dengan HALAL produk, kini bukan KakNgah sahaja yang menjadi pengamal supplement produk Shaklee malahan suami dan anak2 KakNgah juga adalah pengamal tetap produk Shaklee. TQs Allah, dengan izin dan rahmatMU aku dapat menjaga keluarga untuk redhoMU…

********************************************

Perlu anda tahu… “Kesihatan itu SATU Anugerah”

Jom Sihat!!! 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

Masalah Kulit Berminyak?

Ermm… sebut kulit berminyak ni, memang terasa sangat-sangat tak selesa… jerawat senang-senang jer naik, pastu mulalah bertompok penuh dengan parut jerawat dan jeragat… 😦

KakNgah sendiri mengalami masalah kulit berminyak so terpaksalah KakNgah consume beberapa jenis supplement untuk mengelakkan jerawat penuh di muka gara-gara masalah kulit berminyak. Xcely KakNgah tak suka makan sebarang pills tapi nak elakkan masalah terus berlarutan, kenelah consume… 🙂 Antara 2 supplement yang diperlukan untuk masalah kulit berminyak adalah SR Vitamin C dan B Complex…

Kulit BerminyakPeranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya,
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit,
  • Mencerahkan kulit serta memudarkan kesan parut jerawat dan jeragat,
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress).
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap,
  • Mencegah pigmentasi,
  • Melambatkan tanda penuaan,
  • Mengubati jerawat.
  • Mengawal stress (jerawat juga berpunca daripada stress)

Jika anda mempunyai budget lebih, bolehlah add on sekali dengan ESP dimana ESP merupakan protien yang membantu dalam menbentuk sel-sel kulit yang baru serta mencerahkan kulit dan menampakkan kesan yang lebih cepat dengan membantu menyerap vitamin-vitamin lain dengan lebih baik.

Bagi anda yang tidak mengalami masalah kulit berminyak pula, amat digalakkan consume bersama Vita E dimana Vitamin E membantu anda nampak lebih muda dari usia anda dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.

Vita-EKita lihat plak testimonial beberapa orang pengguna yang telah pun berjaya menangani masalah kulit berjerawat mereka…

Kawan kita nih consume B Complex, Vitamin C, Vitamin E dan ESP, full set untuk kecantkan kulit.

Nak ker? Roger2lah… 🙂

 
 
Name Card
 
 
 

Selamat Hari Lahir Muhammad Idraki..

wpid-IMG_20140222_200946.jpg Muhammad Idraki Bin Mohd Jafni dilahirkan di Hospital Kuala Pilah @ Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan tanggal 23 Februari 2010 (selasa) bersamaan 09 Rabi’al-Awwal 1431, jam 5:12 minit petang… Anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik.

Angah (panggilan dalam keluarga) pada hari ni genap 4 tahun usianya, bertubuh sederhana tetapi petah bercakap walaupun agak pelat. Gemar melukis dan mewarna, gemar beraktiviti lasak dan mencabar, berkeyakinan tinggi dan berkehendak apa yang dia nak kan… sungguh mencabar sket dengan yang sorang nih… 🙂 bukan KakNgah jer yang fening, babahnya pun kadang2 kurang bersabar jadinya…

Seorang Beta Thalassaemia Trait, tidak boleh terlalu lasak dan terlebih beraktiviti, silap2 demam dan hidung berdarah, xcely harini memang angah demam coz semalam seharian meronda2 (pict semalam di playground Giant, Shah Alam). Nak-nak dengan cuaca yang tak menentu sekarang, memang mudah dihinggap penyakit namun alhamdulillah KakNgah bekalkan Angah dan anak-anak yang lain dengan supplement Shaklee seperti MealShake, Chewable Vita C dan Omega Guard. Seminggu sekali KakNgah berikan NutriFeron agar mereka bebas daripada penyakit berjangkit.

Alhamdulillah sejak consume supplement tersebut hidung angah jarang berdarah, 2 atau 3 bulan sekali jer berdarah hidung, selalunya seminggu 2 atau 3 kali hidung angah pasti berdarah. Mungkin ada yang tak percaya namun itulah hakikatnya anak-anak thalassaemia termasuk KakNgah sendiri so supplement tu dah kira wajib untuk diambil…

wpid-IMG-20140223-WA0015.jpgAktiviti tengahari tadi.. (ingatkan dia lukis hantu, rupa-rupanya orang… hahha…)

Setiap orang mahukan zuriat yang beramal soleh, bijaksana dan mahir dalam mendalami ilmu agama mahukan ilmu dunia, begitu juga harapan KakNgah. Semoga anak ummi Muhammad Idraki boleh menjadi anak dan umat yang bertaqwa kepada Allah dan yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat dibanggakan oleh semua orang, InsyaAllah…. Ummi dan Babah sayangkan angah juga along dan Arsyad.. ❤ ❤ ❤

 
 
Name Card
 
 

Jenis-Jenis Thalassaemia…

Thalassaemia adalah suatu penyakit genetik (yang diwarisi) yang melibatkan darah. Ada pelbagai jenis Thalassaemia, ada yang ringan, dan ada yang serius dan boleh membahayakan nyawa. Sesetengah orang yang menghidapi thalassaemia yang ‘ringan’, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, tidak mengalami apa-apa kesan dan tidak memerlukan rawatan, manakala orang yang menghidapi penyakit yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, memerlukan rawatan sepanjang hayat, dan transfusi darah yang kerap.

Apa yang menyebabkan Thalassaemia?

globin chainDarah kita mengandungi haemoglobin, iaitu bahan yang mengangkut oksigen dalam darah kita. Hemoglobin terdiri terutamanya daripada beberapa rantai protein yang dipanggil ‘rantai alpha’ dan ‘rantai beta’. Setiap molekul haemoglobin mengandungi dua rantai alpha dan dua rantai beta.

Setiap orang mempunyai empat gen yang menghasilkan rantai alpha, dan dua gen yang menghasilkan rantai beta. Penyakit Thalassaemia berpunca daripada perubahan pada gen yang membentuk rantai alpha dan beta ini. Hasil daripada perubahan ini, haemoglobin pesakit Thalassaemia tidak berfungsi dengan baik, dan menyebabkan pesakit kekurangan haemoglobin dan kelihatan pucat. Badan pesakit akan cuba menghasilkan darah merah berlebihan, dan seterusnya menyebabkan perubahan dan gejala tertentu.

Jenis-jenis Thalassaemia

Secara umumnya, terdapat dua jenis Thalassaemia, iaitu Alpha Thalassaemia, yang melibatkan rantai alpha yang tidak normal, dan Beta Thalassaemia, apabila terdapat perubahan pada rantai beta. Terdapat juga beberapa jenis Thalassaemia lain, yang agak jarang ditemui.

Bagi Alpha Thalassaemia, terdapat tiga jenis, iaitu:

  • Hb Bart’s, jenis yang paling teruk di mana keempat-empat rantai alpha adalah tidak normal. Bayi biasanya meninggal dalam kandungan, disebabkan kekurangan haemoglobin yang teruk.
  • Penyakit HbH, di mana tiga rantai alpha adalah tidak normal, dan satu rantai alpha normal. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan ada yang memerlukan transfusi darah.
  • Alpha Thalassaemia Trait, di mana satu atau dua rantai alpha tidak normal. Keadaan ini biasanya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau gejala, dan seseorang dengan keadaan ini tidak memerlukan rawatan.

Bagi Beta Thalassaemia, terdapat tiga jenis yang utama, iaitu:

  • Beta Thalassaemia Major, di mana kedua-dua rantai beta adalah tidak normal. Kebanyakan haemoglobin dalam badan tidak dapat berfungsi, dan pesakit mengalami kekurangan darah merah teruk, dan memerlukan rawatan sepanjang hayat.
  • Beta Thalassaemia Intermedia, di mana kedua-dua rantai beta tidak normal, tetapi berupaya menghasilkan haemoglobin yang berfungsi separa. Pesakit mengalami kekurangan darah yang sederhana, dan memerlukan pemantauan dan rawatan tertentu. Gejala yang dialami adalah kurang, berbanding dengan Beta Thalassaemia Major.
  • Beta Thalassaemia Trait, di mana salah satu rantai beta adalah tidak normal, dan satu lagi normal. Seseorang yang mengalami Trait biasanya sihat, tidak mengalami apa-apa tanda atau gejala, dan tidak memerlukan rawatan. Contohnya bintang Bollywood, Amitabh Bachchan, jaguh bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, dan Pete Sampras, pemain tenis lagenda yang memenangi 14 pertandingan ‘Grand Slam’, kesemuanya mengalami Beta Thalassaemia Trait!

Kesan-kesan Thalassaemia

Pesakit yang menghidapi jenis Thalassaemia yang serius, seperti ‘Beta Thalassaemia Major’, biasanya mengalami tanda-tanda dan gejala berikut:

Kurang darah: Pesakit kelihatan pucat, letih, sesak nafas, tidak dapat minum susu dengan baik, dan kurang berat badan, serta mudah dijangkiti kuman. Tanda-tanda ini muncul ketika bayi berumur 4 hingga 6 bulan.

Perubahan tulang: Badan pesakit cuba menghasilkan darah secara berlebihan, kerana badan kekurangan haemoglobin. Malangnya, ini tidak berkesan, kerana kebanyakan haemoglobin yang dihasilkan tidak normal. Oleh itu, bahagian badan yang mengandungi sumsum tulang, iaitu ‘kilang darah’ badan, bertambah besar, dan menyebabkan tulang dahi, rahang, hati dan limpa pesakit menjadi semakin besar.

Sekiranya tidak dirawat, pesakit menjadi semakin lemah dan pucat, dan mengalami jangkitan kuman dan kegagalan jantung dalam usia kanak-kanak. Pesakit ‘Beta Thalassaemia Major’ memerlukan rawatan transfusi darah secara berkala, dan juga rawatan perubatan yang lain.

Seseorang yang mengalami jenis Thalassaemia ringan, seperti ‘Beta Thalassaemia Trait’, biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan tidak memerlukan apa-apa rawatan.

Bagaimanakah Thalassaemia diwarisi?

Seseorang kanak-kanak mewarisi gen Thalassaemia daripada kedua-dua ibu bapanya. Contohnya, bagi Beta Thalassaemia, sekiranya kedua-dua ibu bapa merupakan pembawa (mempunyai satu gen Beta Thalassaemia), kemungkinan anak mereka:

  • mendapat Beta Thalassaemia Major adalah 25%,
  • mendapat Beta Thalassaemia Trait adalah 50%
  • dan menjadi normal adalah 25%

Ujian saringan untuk Thalassaemia

Kini, ujian saringan untuk Thalassaemia boleh dilakukan di kebanyakan klinik kesihatan dan hospital di Malaysia. Sebelum menjalani ujian saringan, seseorang akan diberikan kaunseling dan maklumat oleh doktor, mengenai ujian tersebut. Senarai klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan ini boleh dilihat di : http://fh.moh.gov.my/uploads/pend_kes/kk_talasemia.pdf

Thalassaemia dapat dikesan melalui ujian darah, yang melihat kandungan dan jenis haemoglobin dalam darah seseorang. Sekiranya ujian saringan menunjukkan seseorang mungkin menghidapi Thalassaemia, doktor mungkin mengesyorkan ujian lanjut, untuk menentukan jenis Thalassaemia secara terperinci. Sesiapa yang ingin menjalani saringan Thalassaemia boleh mendapat maklumat lanjut di klinik-klinik yang disenaraikan. Saringan adalah amat penting bagi seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami Thalassaemia, atau sekiranya pasangan mengalami Thalassaemia. Ini adalah untuk membolehkan seseorang itu mengambil langkah positif dalam pengawalan dan pencegahan penyakit Thalassaemia, terutamanya Thalassaemia Major.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Thalassaemia, anda bolehlah melayari laman web berikut:

http://www.gosh.nhs.uk/medical-conditions/search-for-medical-conditions/beta-thalassaemia-trait/beta-thalassaemia-trait-information/

http://www.mpaweb.org.my/file_dir/20755646044c43fcce36af5.pdf

http://www.nhlbi.nih.gov/health/healthtopics/topics/thalassemia/printall-index.html

credit : DoktorBudak

More & more info >> Thalassaemia.

 
 
Name Card