Asthma dan Perokok

Bismillah..

Walhamdulillah, sementara anak kecil KakNgah tidur… bolehlah sharing2 di petang harini. Dalam dok mencari idea untuk di kongsikan petang ni, terpikir untuk singgah di blog Dr. Azwan. Terjumpalah artikel berkaitan “Asthma dan Perokok”, agak menarik untuk KakNgah copy paste jerk, boleh sharing mana yang patut untuk anda semua… Banyak benda yang KakNgah belajar sejak join Shaklee nih, dulu kalau bab2 kesihatan ni, sakit demam biasa je lah yang KakNgah tahu. Makan minum mana yang baik dan mana yang kurang elok, tak pulak KakNgah pedulikan.. just dengar2 apa yang orang tua2 pesan jerk. 🙂

Berbalik kepada “Asthma dan Perokok” tadi.. kat bawah ni KakNgah kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh Dr. Azwan di blog beliau. Moga sama2 kita beroleh manfaat yer…

************************************************

Assalamualaikum.

Ramai pesakit saya jumpa yang merupakan penghidap Asthma adalah seorang perokok.

Asthma adalah satu penyakit alahan yang berulang yang menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan oleh salur penafasan yang menjadi sempit.

Dua sebab utama saluran nafas ini menyempit ialah yang pertama tindakan otot kecil yang mengecut dan menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan kedua ialah pengeluaran mukus atau lendir yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kecil.

Pada kebiasannya kejadian asthma berlaku kerana pesakit terdedah kepada beberapa perkara yang menyebabkan alahan atau allergy berlaku. Perkara yang memnyebabkan alahan ini dipanggil ALLERGEN.

Allergen boleh terdiri daripada makanan seperti makanan laut, ubat-ubatan, gigitan serangga, debunga, habuk, kutu halus (dust mites), bulu kucing dan asap.

Serangan asthma juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca, samada terlalu sejuk atau terlalu panas, jangkitan virus atau bakteria pada saluran penafasan dan stress keterlaluan seperti kerja berlebihan atau menghadapi peperiksaan boleh juga memulakan asthma.

Apabila berlaku serangan asthma, pernafasan akan menjadi sukar. Ini disebabkan oleh pengecutan saluran pernafasan sehinggakan ada ketikanya ia tertutup terus dan menyebabkan kematian. Ya, asthma yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Udara yang memasuki saluran pernafasan yang sempit ini akan menyebabkan bunyi seperti seruling atau wisel yang diistilahkan sebagai WHEEZING. Mereka juga akan kerap batuk-batuk yang menghasilkan kahak yang banyak.

Pernafasan yang sukar ini menyebabkan otot-otot pada leher dan dada terpaksa digunakan secara berlebihan daripada biasa untuk “memaksa” pernafasan. Ini menyebabkan otot leher dan dada kelihatan ketara, manakala dada pula menjadi berombak-ombak.

Kekurangan oksigen di dalam badan dan peningkatan karbon dioksida berlebihan menyebabkan mulut penghidap asthma teruk boleh bertukar menjadi biru. Badan yang kekurangan oksigen menyebabkan jantung terpaksa berdegup lebih laju. Ini adalah senario yang sungguh menakutkan.

Apabila pesakit yang datang ini (biasanya lelaki dewasa) menghadapi masalah asthma dan memberitahu bahawa mereka adalah perokok tegar, rawatan menjadi sukar. Ini adalah kerana salah satu penyebab asthma adalah asap. Sekiranya mereka merokok berbatang-batang sehari, bagaimana pula asthma dapat dikurangkan?

Asthma dan rokok tidak boleh duduk semeja….

Salam.

************************************************

Alhamdulillah… bersyukur KakNgah kerana dikurniakan seorang suami yang bukan seorang perokok, kalau diikut-ikutkan keluarga KakNgah terdiri daripada keturunan asthma so bila-bila masa sahaja KakNgah dan anak-anak pasti terkena. Sebagai langkah berjaga2 KakNgah dan keluarga amalkan makanan tambahan dan juga pemakanan yang seimbang agar tidak terkena asthma dan alhamdulillah selama ini KakNgah dan keluarga belum pernah kene asthma.. Untuk anak2 KakNgah berikan Omega Guard dan MealShake, KakNgah dan suami plak consume B Complex kerana kandungan B Complex Shaklee lengkap dengan B6 dimana B6 membantu dalam mengurang WHEEZING dan simptom asthma.

Bagi masalah anda yang seorang perokok… erm, leh roger2 ngan KakNgah, KakNgah ada penawar untuk anda dalam masalah ketagihan merokok nih, InsyaAllah… kita cuba yang terbaik untuk anda.

 
 
Name Card
 
 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s