Talasemia Trait & Supplement yang Bersesuaian.

Bismillah..Walhamdulillah dan Assalamualaikum semua… Seperti yang dijanjikan di post Pengidap Talasemia [Thalassaemia] & Supplement Bersesuaian, malam ini KakNgah kongsikan pula supplement yang bersesuaian untuk Thalassemia Trait consume. Antara supplement yang bersesuaian adalah:

ESP

ESP [Energizing Soy Protein]

Agak2 kan, kenapa ESP ini penting untuk talasemia trait? ermmm, yang sebenar2nya ESP nih membantu vitamin2 lain yang diambil agar penyerapan lebih efektif dan kesan dengan lebih baik. Selain berfungsi sebagai “penyerap vitamin2 ianya juga dapat memberikan tenaga kepada pengamalnya, xcely… talasemia trait memang kurang tenaga, sering keletihan dan lemau!!! Alhamdulillah KakNgah dah pun mencubanya dan ianya sangat2 membantu.

VitaLea [Multivitamin]

Kombinasi vitamin2 di dalam VitaLea Shaklee sangat2 membantu dalam menangani masalah talassemia dimana setiap pesakit talasemia akan mengalami masalah HB rendah dan lebih terul lagi dikalangan ibu2 yang hamil. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

B Complex

Pengambilan B Complex bersama VitaLea membantu dalam pembinaan sel-sel darah merah. B Complex juga berperanan dalam memberikan tenaga dengan menggantikan makanan kepada tenaga dimana pesakit talasemia mudah dan sering keletihan.

Sustained Released Vita C

SR Vita C bermanfaat dalam membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik dimana kekurangan zat besi akan menyebabkan keletihan dan anemia.

Photo: Hanya dengan sesudu teh setiap hari, Vivix Shaklee membantu KakNgah...» lebih luar biasa bertenaga [thalassaemia trait selalu lemah2 badan],» merawat masalah sembelit,» mengurangkan stress,» awet muda,» mengawal gemuruh,» menghilangkan sengal2 badan,» merawat sakit sendi..Ini apa yg KakNgah rasa pada diri Kakngah lah... Alhamdulillah.. Sangat2 berbaloi2 mencubanya..Jika anda mempunyai masalah seperti KakNgah, bolehlah mencubanya. Pasti berpuas hati..Whatsapp018-664 5415KakngahSID 885414

Vivix™

Jeng…jeng…jeng…. hahha Vivix™ adalah yang terbaik untuk di consume sebab KakNgah pun dah sebulan consume Vivix™ nih, Alhamdulillah terasa sangat khasiatnya terhadap KakNgah.. apa yang KakNgah rasa??? leh baca DISINI! 🙂

Cukuplah kut untuk malam ni, moga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk anda, keluarga dan sahabat2 yang berdekatan anda… Bagi anda yang ingin dapatkan supplement ini dengan harga yang lebih jimat, bolehlah menghubungi KakNgah… jangan segan2 yer…

 
 
 
Name Card
 
 
Advertisements

I am Beta Thalassaemia Trait!!!

Tahukah Anda!!! Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

*****************************************************

KakNgah tergolong dalam 5% daripada penduduk Malaysia yang dikenali sebagai pembawa dan KakNgah adalah Beta Thalassaemia Trait!!! Entry kali nih macam suka plak bila dikenali sebagai Beta Thalassaemia Trait (minor), hahha… tidak sama sekali, KakNgah just nak kongsikan agar kawan2 di luar sana kenal dan aware dengan penyakit talasemia nih… Semakin hari, semakin ramai yang call dan tanya dengan KakNgah berkenaan penyakit talasemia. Dari situ KakNgah rasa tak salahkan untuk KakNgah kongsikannya dan kebanyakkannya penduduk luar bandar masih kurang arif berkenaan penyakit talasemia.. harap dengan perkongsian ini kita sama2 dapat membantu diri kita, keluarga dan kawan2 yang berdekatan dengan kita… InsyaAllah…

https://kakngahsihat.files.wordpress.com/2014/01/1898c-minor.gif

Apakah Talasemia Minor [Beta Thalassaemia Trait]?

Dalam Talasemia minor, gen hemoglobin yang diwarisi semasa conception, salah satu daripada ibu (telur) dan seorang dari bapa (sperma). Mereka yang mempunyai sifat Talasemia dalam satu gen yang dikenali sebagai pembawa atau dikatakan mempunyai Talasemia minor. Satu-satunya cara untuk mengetahui jika anda membawa sifat Talasemia adalah untuk menjalani ujian darah khas yang dipanggil hemoglobin elektroforesis yang boleh mengenal pasti gen. Pembawa Talasemia minor menghidap anemia atau sedikit kekurangan darah.

Jika anda, ibu bapa, atau nenek moyang anda adalah dari ‘kalangan Talasemia’ (yang dikenal pasti dalam kumpulan talasemia), meminta agar anda menjalani ujian talasemia. Ia adalah amat penting untuk mengenal pasti diri anda yang berkemungkinan sebagai pembawa Talasemia minor. Memiliki sifat kecil Talasemia memberikan anda 25%, (1 dalam 4) peluang untuk mempunyai bayi dengan Talasemia utama. Oleh itu, dengan menjalani ujian Talasemia dengan segera dapat membantu anak anda selamat daripada penyakit talasemia. Kesedaran anda hari ini adalah kunci kepada pencegahan.

Apa yang KakNgah consume?

Sebelum ni KakNgah consume ESP, Vitalea, B.Complex dan Vita C tapi sekarang KakNgah consume Vivix Shaklee, lagi terbaik KakNgah rasakan pada diri KakNgah [testimonial consume Vivix], sungguh-sungguh membantu… next time InsyaAllah KakNgah share pula tentang Alpha Talassemia yer…

 
 
 
Name Card
 
 

Fungsi Bahan Utama Shaklee Collagen Powder.

Bismillah.. walhamdulillah… harini KakNgah nak kongsikan fungsi-fungsi bahan utama SCP plak, sebelum ni KakNgah dah kongsikan serba sedikit mengenai kolagen kan..

Antara bahan-bahan utama Shaklee Collagen Powder adalah :

RSS Collagen dari sisik ikan merah

Sisik ikan merah ialah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding dengan kolagen daripada binatang lain.

Ekstrak Biji Benih Camellia Japonica

japonica

Ekstrak biji benih Camellia Japonica mengandungi asid oleik, iaitu sejenis emolien kulit dan pelembab yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas.

Vitamin C dan Vitamin B

  • Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit.
  • Vitamin-vitamin B pula terlibat dalam metabolisma karbonhidrat, lemak dan protien untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

Ekstrak Pfaffia

pfaffiaPfaffia juga digelar sebagai ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan ekstrak biji benih Camellia Japonica dapat menyokong pembentukkan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit  lembut, lembab dan rata.

Ekstrak Kerangan-Kerangan

kerangan

Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakkan sesendi dan melembabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Elastin Daripada Kolagen Ikan

ikan 2

Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.

Lactobasilus Acidophilus

lacto

Lactobasilus Acidophilus ialah sejenis bakteria baik. Ia membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

Hahha… itu dia tujuh bahan utama dan fungsi-fungsinya, jika nada mengalami masalah kesihatan sendi, masalah pembuangan dan penuaan, bolehlah mencuba Shaklee Collagen Powder..

Moh..moh.. roger KakNgah untuk dapatkan Shaklee Collagen Powder dengan harga yang lebih jimat berganda hanya dari KakNgah… 🙂

 
 
 
Name Card
 
 
 

Fakta Nutrisi VitaLea Shaklee

Assalamualaikum… apa khabar semua??? Harap semua sihat2lah hendaknya, cuaca tak menentu ni jaga2 dengan kesihatan diri dan keluarga, terutamanya anak-anak… KakNgah pun baru baik demam dan sakit tekak, mujur sehari jer.. tak melarat. Anak kecil KakNgah plak dah hampir seminggu batuk & selsema, mulanya demam jer pastu dengan cuaca yang tak menentu ni melarat pulak batuk dan selsema. Alhamdulillah harini dah bertambah baik…

Okeh… tinggalkan pasal keluarga KakNgah. Sebelum ni KakNgah pernah beritahu kenapa VitaLea Shaklee pilihan yang tepat untuk KakNgah so harini KakNgah kongsikannya dengan lebih detail fakta nutrisi VitaLea yang menjadikannya multivitamin yang terbaik dunia.

Vitamin A

  • Fungsi ~ Membantu tumbesaran janin, kesihatan mata, mencegah rabun malam, anti-oksida, meningkatkan daya tahan tubuh, melawan kanser dan anti aging.
  • Sumber ~ Hati, minyak ikan, susu, sayuran hijau, buah-buahan berwarna oren.
  • Kesan kekurangan ~ Rabun malam, kurang daya tahan badan dan kulit yang tidak sihat.

Vitamin D

  • Fungsi ~ Meningkatkan penyerapan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi, mencegah penyakit tulang lembut.
  • Sumber ~ Susu, minyak ikan dan kuning telur.
  • Kesan kekurangan ~ Gigi rosak, kekejangan kaki, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E

  • Fungsi ~ Anti-oksida, anti-aging, melawan kanser, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, mengurangkan kesan parut, mencantikan kulit dan baik untuk sistem produktif lelaki.
  • Sumber ~ Biji-bijian, telur, susu, mentega dan sayuran.
  • Kesan kekurangan ~ kemandulan dan penuaan.

Vitamin C

  • Fungsi ~ Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan badan, percepatkan sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah.
  • Sumber ~ Orange, kiwi, mangga, brokoli, kentang dan jeruk.
  • Kesan kekurangan ~ mudah mendapat infeksi pada luka dan gusi berdarah.

Asid Folik

  • Fungsi ~ Membantu tumbesaran janin, mengurangkan stress, anemia, thalassemia, pembentukan sel darah merah, mengoptimumkan fungsi otak, kesihatan kulit, kesihatan jantung dan kanser servick.
  • Sumber ~ Bayam, kacang, asparagus, hati, betik dan kentang
  • Kesan kekurangan ~ anemia dan keletihan

Vitamin B1

  • Fungsi ~ Menukarkan makanan kepada tenaga, membina dan merangsang peredaran darah, menguatkan memori, mengurangkan keresahan dan stress.
  • Sumber ~ Susu, roti, ayam, ikan dan gandum.
  • Kesan kekurangan ~ kulit kering dan kurang daya tahan.

Vitamin B2

  • Fungsi ~ Membina sel darah merah, kesihatan kulit, tumbesaran tubuh badan, menukarkan makan kepada tenaga.
  • Sumber ~ hati, telur susu.
  • Kesan kekurangan ~ kulit kering.

Vitamin B3

  • Fungsi ~ Menukarkan makan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, merawat sakit kepala, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus.
  • Sumber ~ hati, telur dan kacang tanah.
  • Kesan kekurangan ~ pitam, insomnia, kejang, sistem pencernaan terganggu.

Vitamin B6

  • Fungsi ~ kuatkan imun badan, baik untuk otak, memetabolisma protin, memberikan tenaga, kurangkan stress.
  • Sumber ~ Telur, daging, kentang dan kubis.
  • Kesan kekurangan ~ kekejangan, anemia dan kebas.

Vitamin B12

  • Fungsi ~ membantu tumbesaran janin, membantu selera makan, baik untuk saraf, memori dan kecerdasan fizikal.
  • Sumber ~ susu, produk tenusu, kerang, telur dan daging.
  • Kesan kekurangan ~ anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan rabun.

Vitamin B5

  • Fungsi ~ meredakan tekanan, mengurangan sembelit, mempercepatkan sembuhan luka.
  • Sumber ~ sayur hijau, daging, susu, hati
  • Kesan kekurangan ~ sembelit.

Biotin

  • Fungsi ~ melengkapkan keperluan B-Compleks, mencegah rabun, memetabolismakan tenaga, menurunkan berat badan, menjaga kadar gula dalam darah dan radang kulit.
  • Sumber ~kekacang, telur, keju dan daging.
  • Kesan kekurangan ~ sakit otot, anemia, diabetes.

Kalsium

  • Fungsi ~ Menguatkan tulang dan gigi, mengekalkan kadar dengupan jantung normal.
  • Sumber ~ sayuran berdaun, kekacang, susu,
  • Kesan kekurangan ~ osteoporosis, tulang lembut, kejang, insomnia dan darah beku.

Fosforus

  • Fungsi ~ meningkatkan kepadatan tulang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran dan meredakan kesakitan akibat artristis.
  • Sumber ~ jenis2 berry..
  • Kesan kekurangan ~ anoreksia, diabetes, osteoporisis.

Iodin

  • Fungsi ~ membantu tumbesaran, meningkatkan IQ kanak-kanak, mengawal berat badan, membina ligamen/ otot dan kesinambungan tisu-tisu.
  • Sumber ~ sumber makanan laut seperti ikan, udang, ketam, sotong dan rumpai laut.
  • Kesan kekurangan ~ keletihan

Zat Besi

  • Fungsi ~ membentuk hemaglobin, meredakan kesakitan PMS, membantu melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan membantu dalam tumbesaran.
  • Sumber ~ bayam, hati, kerang, daging, belimbing dan kacang soya.
  • Kesan kekurangan ~ Keletihan, anemia.

Magnesium

  • Fungsi ~ Baik untuk kesihatan tulang, merehatkan otot dan sistem saraf dan mencegah tekanan.
  • Sumber ~ Bayam, almond, kopi,
  • Kesan kekurangan ~ Batu karang, diabetes, hati, sakit jantung dan masalah penghadaman.

Copper

  • Fungsi ~ membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, masalah berkaitan tulang dan masalah kebengkakkan.
  • Sumber ~
  • Kesan kekurangan ~ anemia, keletihan, osteoporosis

Zink

  • Fungsi ~ Mempercepatkan sembuhan luka, membantu dalam keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk masalah deria bau dan rasa, baik untuk ketajaman minda..
  • Sumber ~ kekacang, bijirin, hati, kerang, ayam dan daging.
  • Kesan kekurangan ~ kemandulan, masalah rambut gugur dan kelumumur.

Banyakkan kandungan vitamin dalam VitaLea ni, klu tak.. takderlah namanya multivitamin tetapi VitaLea memang lengkaplah dengan pelbagai kandungan vitamin yang diperlukan badan kita. Dengan pengambilan 2biji sehari dah cukup membantu anda yang kurang gemar mengambil pil makanan tambahan.

Tahukah Anda!!! Multivitamin Tambahan Mengurangkan Risiko Kanser Lelaki sebanyak 8%.

Jika anda seorang lelaki, adakah anda masih berkira-kira untuk mendapatkannya? Jika anda berminat untuk mencubanya, jangan malu2 untuk menghubungi KakNgah kay…

 
 
 
Name Card
 

Shaklee Collagen Powder

Kolagen [collagen]… satu makanan tambahan yang sangat-sangat digilai oleh wanita-wanita dan tak kurang juga lelaki-lelaki yang ingin kelihatan cantik dan kacak dimata semua orang. Sejauh mana pemilihan dan manfaat kolagen itu juga perlu kita ketahui, sudah semestinya manfaat kolagen itu perlu dinilai bukan hanya untuk kelihatan cantik dan kacak namun juga bermanfaat untuk kesihatan kita kelak.

Apakah Kolagen?

Kolagen merupakan protien yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah ia menyumbangkan kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen

Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain seperti:

  • Kulit berkedut, kering dan melayut,
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh,
  • Rambut halus dan gugur.

Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat mengantikan kolaen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Kenapa Perlu Memilih Shaklee Collagen Powder?

Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS [Red Snapper Scale] Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

TAHUKAH ANDA!!! badan kita ini hanya memerlukan 2.5g-5g sahaja (2500mg-5000mg) setiap hari sebagai proses untuk meningkatkan sintesis kolagen dalam badan.

Walaupun mengambil 2500mg setiap hari, ia adalah cukup untuk mengekalkan kesihatan anda, 5000mg akan menggalakkan kesihatan anda. Jika pengambilan secara berlebihan, Collagen yang selebihnya akan dibuang menjadi najis.

Bagaimana pilihan anda sekarang??? Jika anda memilih untuk Shaklee Collagen Powder, silalah roger dengan KakNgah untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder dengan harga yang lebih istimewa hanya dari KakNgah. 🙂

 
 
 
Name Card
 
 

Testimonial Diri Sendiri Consume Vivix™ Shaklee… Memang Terbaik!!!

Photo: Hanya dengan sesudu teh setiap hari, Vivix Shaklee membantu KakNgah...» lebih luar biasa bertenaga [thalassaemia trait selalu lemah2 badan],» merawat masalah sembelit,» mengurangkan stress,» awet muda,» mengawal gemuruh,» menghilangkan sengal2 badan,» merawat sakit sendi..Ini apa yg KakNgah rasa pada diri Kakngah lah... Alhamdulillah.. Sangat2 berbaloi2 mencubanya..Jika anda mempunyai masalah seperti KakNgah, bolehlah mencubanya. Pasti berpuas hati..Whatsapp018-664 5415KakngahSID 885414Bismillah walhamdulillah…. dari semalam badan kurang sihat.. demam akibat bengkak susu, anak kecil dah setahun 8 bulan pun kene bengkak susu… hahha, alhamdulillah rezeki anak.

Harini KakNgah kongsi sket jerk.. testimonial sendiri consume Vivix™ Shaklee.. memang terbaik.. Sebenarnya KakNgah consume ni sebab nak tengok dengan penerimaan badan, almaklumlah KakNgah ni kan thalassaemia trait… 🙂

Kenapa bagi KakNgah Vivix™ Shaklee terbaik?

Vivix™ adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ia mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol; sekaligus menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Hahha… perasan tak bahawa Vivix™ ni mengandungi khasiat antioksidan so memang sessuailah dengan KakNgah untuk consume Vivix™ nih.. Walaupun baru 2 minggu consume KakNgah dapat merasakan perubahan yang sangat ketara dalam diri KakNgah, patutlah kawan-kawan KakNgah sibuk dok suh amek Vivix™ ni, terlebih-lebih khasiatnya… Alhamdulillah…

Apakah Perubahan Pada Diri KakNgah Selepas Consume Vivix™?

  1. Insomnia ~ Seriously KakNgah mengalami insomnia yang boleh dikatakan pada tahap teruk jugalah, kalau mengandung lagi-lagilah teruknya, huhhu.. Alhamdulillah sesangat, sekarang KakNgah senang jer tidur, dulu kalau tidur sejam dua dah terjaga pastu bukan main susah lagi nak nyenyak tidur sampai kadang-kadang bila siang tu sibuklah stress bagai…
  2. Memberikan Tenaga ~ Seseorang yang mengidap thalassaemia mudah letih tak bermaya, kadang2 boleh ke tahap kronik sampai pitam. KakNgah hanya sebagai pembawa jika pengidap risikonya setiap bulan perlu tukar darah. Tersentuh hati tengok anak-anak kecil pengidap thalassaemia yang kene tukar darah setiap bulan… 😦 Selepas consume Vivix™ KakNgah lebih bertenaga, macam tak percaya tetapi itulah hakikatnya khasiat Vivix™.
  3. Merawat Sakit Sendi & Lenguh-Lenguh Badan ~ Yang mengenali KakNgah tentu dah tahu KakNgah ni cam mana, hehhe… bukan kurus, bukan kecil tapi kering! hahha… bila dah kering ni mudah sangat sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh sakit badan so dengan Vivix™ segalanya tidak perlu dirisaukan lagi.
  4. Merawat Sembelit & Buasir ~ Huhhu… ini satu hal penyakit nih.. setiap kali selepas bersalin memang KakNgah akan kene sembelit teruk sampai tahap buasir, berdarah-darah penuh mangkuk tandas, alhamdulillah selepas consume set menyusu sembelit & buasir KakNgah hilang namun kadang-kadang tu sembelit ada jugalah berteman sekali sekali.. hahha… Apabila consume Vivix™ ni, sehari 2 3 kali plak membuangnya dengan mudah plak tu, Alhamdulillah…
  5. Mengurangkan Stress ~ Hahha… ni satu hal, KakNgah ni memang mudah stress, nak2 dengan 3 askar kat rumah, lagi2lah… hehhe… Dengan consume Vivix™, KakNgah lebih relax, sungguh terasa kelaianannya...
  6. Mengawal Rasa Lapar ~ KakNgah rasa kalau ada yang nak kurus bolehlah consume Vivix™ nih.. sebab apa??? hahha, sebelum consume Vivix™, badan KakNgah akan mengeletar dan perut pun mulalah memainkan lagu rindu serindu-rindunya… hahha, serious.. KakNgah jenis tak tahan kalau lambat makan, pagi kalau bangun tidur, nasi dululah yang KakNgah hadap, bukan nasi goreng yer, nasi berlauk.. kalau g kedai untuk ‘bekfes’, KakNgah akan order nasi lemak tambah tau… Tak Caya??? leh tanya my hubby kay… 🙂
  7. Bengkak Susu ~ Sakit sangat kalau bengkak susu tau, mau 3 hari baru baik, kadang-kadang tu menangis tahan sakit tapi sejak consume Vivix™ nih, sehari jer dah okeh…

Alhamdulillah sesangat… semuanya dengan izin Allah Yang Maha Esa kan… KakNgah sendiri rasa cam tak percaya tetapi itulah hakikatnya khasiat Vivix™ yang KakNgah dapat rasakan pada diri KakNgah… Sungguh2 berbaloi..

Berapa Harga Sebotol Vivix™?

Sebotol Vivix™ rm475.00 (Semenanjung) & rm499.00 (Sabah & Sarawak) kene sangat dengan khasiatnya yang pelbagai… OPS!!! nak lagi murah berganda dengan FREE POSTAGE??? leh roger2 ngan KakNgah… 🙂

 
 
 
Name Card
 
 

Asthma dan Perokok

Bismillah..

Walhamdulillah, sementara anak kecil KakNgah tidur… bolehlah sharing2 di petang harini. Dalam dok mencari idea untuk di kongsikan petang ni, terpikir untuk singgah di blog Dr. Azwan. Terjumpalah artikel berkaitan “Asthma dan Perokok”, agak menarik untuk KakNgah copy paste jerk, boleh sharing mana yang patut untuk anda semua… Banyak benda yang KakNgah belajar sejak join Shaklee nih, dulu kalau bab2 kesihatan ni, sakit demam biasa je lah yang KakNgah tahu. Makan minum mana yang baik dan mana yang kurang elok, tak pulak KakNgah pedulikan.. just dengar2 apa yang orang tua2 pesan jerk. 🙂

Berbalik kepada “Asthma dan Perokok” tadi.. kat bawah ni KakNgah kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh Dr. Azwan di blog beliau. Moga sama2 kita beroleh manfaat yer…

************************************************

Assalamualaikum.

Ramai pesakit saya jumpa yang merupakan penghidap Asthma adalah seorang perokok.

Asthma adalah satu penyakit alahan yang berulang yang menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan oleh salur penafasan yang menjadi sempit.

Dua sebab utama saluran nafas ini menyempit ialah yang pertama tindakan otot kecil yang mengecut dan menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan kedua ialah pengeluaran mukus atau lendir yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kecil.

Pada kebiasannya kejadian asthma berlaku kerana pesakit terdedah kepada beberapa perkara yang menyebabkan alahan atau allergy berlaku. Perkara yang memnyebabkan alahan ini dipanggil ALLERGEN.

Allergen boleh terdiri daripada makanan seperti makanan laut, ubat-ubatan, gigitan serangga, debunga, habuk, kutu halus (dust mites), bulu kucing dan asap.

Serangan asthma juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca, samada terlalu sejuk atau terlalu panas, jangkitan virus atau bakteria pada saluran penafasan dan stress keterlaluan seperti kerja berlebihan atau menghadapi peperiksaan boleh juga memulakan asthma.

Apabila berlaku serangan asthma, pernafasan akan menjadi sukar. Ini disebabkan oleh pengecutan saluran pernafasan sehinggakan ada ketikanya ia tertutup terus dan menyebabkan kematian. Ya, asthma yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Udara yang memasuki saluran pernafasan yang sempit ini akan menyebabkan bunyi seperti seruling atau wisel yang diistilahkan sebagai WHEEZING. Mereka juga akan kerap batuk-batuk yang menghasilkan kahak yang banyak.

Pernafasan yang sukar ini menyebabkan otot-otot pada leher dan dada terpaksa digunakan secara berlebihan daripada biasa untuk “memaksa” pernafasan. Ini menyebabkan otot leher dan dada kelihatan ketara, manakala dada pula menjadi berombak-ombak.

Kekurangan oksigen di dalam badan dan peningkatan karbon dioksida berlebihan menyebabkan mulut penghidap asthma teruk boleh bertukar menjadi biru. Badan yang kekurangan oksigen menyebabkan jantung terpaksa berdegup lebih laju. Ini adalah senario yang sungguh menakutkan.

Apabila pesakit yang datang ini (biasanya lelaki dewasa) menghadapi masalah asthma dan memberitahu bahawa mereka adalah perokok tegar, rawatan menjadi sukar. Ini adalah kerana salah satu penyebab asthma adalah asap. Sekiranya mereka merokok berbatang-batang sehari, bagaimana pula asthma dapat dikurangkan?

Asthma dan rokok tidak boleh duduk semeja….

Salam.

************************************************

Alhamdulillah… bersyukur KakNgah kerana dikurniakan seorang suami yang bukan seorang perokok, kalau diikut-ikutkan keluarga KakNgah terdiri daripada keturunan asthma so bila-bila masa sahaja KakNgah dan anak-anak pasti terkena. Sebagai langkah berjaga2 KakNgah dan keluarga amalkan makanan tambahan dan juga pemakanan yang seimbang agar tidak terkena asthma dan alhamdulillah selama ini KakNgah dan keluarga belum pernah kene asthma.. Untuk anak2 KakNgah berikan Omega Guard dan MealShake, KakNgah dan suami plak consume B Complex kerana kandungan B Complex Shaklee lengkap dengan B6 dimana B6 membantu dalam mengurang WHEEZING dan simptom asthma.

Bagi masalah anda yang seorang perokok… erm, leh roger2 ngan KakNgah, KakNgah ada penawar untuk anda dalam masalah ketagihan merokok nih, InsyaAllah… kita cuba yang terbaik untuk anda.

 
 
Name Card