Persediaan Ibu & Anak untuk ke Labour Room

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. lagi 5 hari seisi persekolahan akan bermula, ibu-ibu masing2 dah sibuk sediakan keperluan anak ke sekolah, ada juga ibu2 yang sedang menunggu hari. Ermmm… ada juga yang baru nak bergelar ibu, tahniah yer..

Kebanyakkan post KakNgah kongsikan manfaat supplement, harini lain sket… nak kongsikan keperluan ibu-ibu untuk ke labour room, ada juga ibu-ibu yang akan bersalin anak ke-2 tapi belum cukup mahir dengan keperluan yang diperlukan. So harini KakNgah nak share dari pengalaman KakNgah melahirkan 3 superhero.. hahha..

Keperluan Ibu

Disposable Panties ~ Banyak terdapat di mana-mana Pasara Raya. Jika anda yang selalu pakai panties saiz S, tolong beli 3 atau 4x lebih besar dari saiz S cth anda boleh beli saiz L atau XL.

avail

PAD ~ Dari bersalin anak sulung sehingga kini KakNgah memang guna PAD HERBA brand Avail Beauty tetapi kini lambakan Pad Herba memang banyak so ibu-ibu boleh jer pilih mana yang berkenan. 🙂 Seelok-eloknya sediakan pad untuk penggunaan malam kerana minggu pertama ~ minggu ke-2 darah nifas akan keluar dengan banyaknya. Pad herba sangat membantu mengeluarkan darah nifas yang berketul-ketul.

Keperluan Anak

Kain Lampin ~ sediakan 2 helai lampin untuk ke labour room, 1 helai untuk bedung bayi dan 1 helai akan digunakan sebagai lampin.

NOTE : Tak perlu bawa lampin pakai buang (Drypers/Pampers) semasa ke labour room sebab doktor  n nurse takkan pakaikan pampers selagi bayi anda tidak buang air kecil dan besar.

Tuala ~ 1 helai.

Baju ~ bawa sehelai baju bayi sahaja, tak perlu seluar (gambar sekadar contoh).

baby bath

Mandian Bayi ~ bawa botol kecil yer… (gambar sekadar contoh).

Sekalikan semua keperluan yang disenaraikan di atas dalam beg kecil, tak kisahlah beg kertas atau beg plastik, janji bawa bersama ke dalam labour room.

Diingatkan yer… senarai di atas adalah keperluan untuk ke labour room bukan keperluan lengkap untuk ke hospital.. next time KakNgah kongsikan keperluan ibu dan anak untuk ke hospital pula yer… InsyaAllah…

Keperluan untuk ke labour room sudah.. makanan tambahan untuk berpantang bagaimana pula? hahha… untuk berpantang leh tengok2 kat SINI.. moga bermanfaat dan jangan lupa LIKE page KakNgah.. 🙂 🙂 🙂

Sebarang pertanyaan, leh roger2 KakNgah.. KakNgah sedia membantu ibu-ibu baru seperti anda semua. InsyaAllah…

 
 
 
Name Card
 
 
Advertisements

MealShake & Omega Guard Pilihan Terbaik Untuk Persekolahan Anak-Anak.

Bismillah..

Dua minggu ni KakNgah terlalu sibuk sampai nak meng’update’ blog pun sempat tak sempat jerk… Pejam celik, pejam celik rupanya dah hampir 8tahun usia perkahwinan KakNgah bersama suami tercinta Mohd Jafni Adnan, banyak pahit kelat, manis kulit kayu manis, masam cuka bagai dilalui dalam tempoh 8 tahun ini… hahha, adatlah berumah tangga kan. Sedar-sedar anak sulong KakNgah akan memasuki alam persekolahan tahun hadapan di SK Bukit Rimau, Shah Alam. Dah besar rupanya anak ummi ni yer… moga Along boleh jadi contoh kepada adik-adik along..

Orientasi

============================================

Alang-alang dah nak buka sekolah ni eloklah sangat KakNgah kongsikan supplement yang bersesuaian untuk anak-anak sekolah nih.. Apa yang nak KakNgah suggestkan adalah pengambilan MealShake dan Omega Guard dalam membantu anak-anak agar lebih fokus dan peka dalam pembelajaran mereka kelak.. InsyaAllah…

msSedikit info untuk anda ketahui tentang MealShake

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

omegaOmega Guard ~ merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Omega Guard Shaklee membantu dalam perkembangan otak dan memori kanak-kanak autisme. Kandungan DHA adalah nutrein utama untuk otak, sistem saraf dan retina. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran juga membantu dalam memelihara penglihatan dan pendengaran.

Rasanya dah banyak KakNgah kongsikan kebaikan Omega Guard pada bulan nih.. almaklumlah bulan ni kan promo Omega Guard so sesuailah untuk ibu-ibu dapatkan Omega Guard untuk anak-anak bagi memulakan persekolahan tak lama lagi, tak lama dah kan… 5 hari je lagi hah…

Sempena persekolahan yang hanya berbaki 5 hari lagi.. KakNgah menawarkan pembelian MEALSHAKE+OMEGA GUARD dengan harga mampu milik untuk anda semua.  Moh cepat roger2 ngan KakNgah dan anda memang layak mendapatkan yang terbaik!

 
 
 
Name Card