Malnutrisi & Nutrein Penting

Bila sebut jerk nutrisi, kebanyakkan semua dah tau tapi bila sebut malnutrisi ada pula yang masih tertanya-tanya namun tak kurang juga yang mengetahuinya. Apapun, malam ni KakNgah nak kongsikan dengan lebih jelas tentang apa itu malnutrisi, mujur anak-anak KakNgah dah dibuai mimpi, bolehlah berdrama panjang-panjang sket.. hehhe..

Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. 

malnutrisi2Apakah Malnutrisi?

Malnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat mengambil permakanan tidak seimbang di mana sesetengah zat kurang, melampau (pengambilan terlalu tinggi), atau dalam nisbah yang salah. Sejumlah keadaan permasalahan nutrasi mungkin timbul, bergantung kepada nutrasi mana yang kurang atau terlebih dalam permakanan. Di kebanyakan di dunia, malnutrasi wujud dalam bentuk kekurangan nutrasi, yang disebabkan oleh permakanan yang kekurangan kalori dan protein. Sungguhpun malnutrasi lebih biasa dikalangan negara membangun, ia turut wujud di negara industri. Di negara lebih kaya ia biasanya dalam bentuk yang disebabkan oleh permakanan tidak sihat dengan terlebih tenaga, lemak, dan karbohidrat diproses. Trend meningkat kegemukan (obesiti) kini merupakan kebimbangan kesihatan awam utama pada tahap sosial-ekonomi rendah dan juga di negara membangun contohnya di MALAYSIA sendiri yang tinggi dengan masalah obesiti.

Defenisi Malnutrisi

Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.

Nutrein Penting

Pemakanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

  • Karbohidrat ~ menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
  • Protein ~ mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
  • Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

    Pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

  • Zat galian ~ mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
  • Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
  • Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

Alhamdulillah, Anda tidak perlu risau jika anda mengalami masalah yang berkaitan dengan malnutrisi kerana Shaklee menawarkan produk yang lengkap untuk kesihatan anda dan keluarga merangkumi anak-anak seawal usia setahun hingga usia emas. Pilihan KakNgah dan keluarga semestinya Shaklee, pilihan anda?

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, sila dapatkan dari KakNgah dan anda layak mendapat dengan harga yang lebih jimat! Jom dapatkan Omega Guard Promo di bulan ini BUY 6 FREE 1 dengan keahlian PERCUMA dan BONUS di bulan hadapan.

Nak??? Moh roger2 ngan KakNgah dengan segera! 🙂

 
 
 
Name Card
 
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s