Vita-E Complex ~ KakNgah Suka… KakNgah Suka…

Huhh! over plak title ni yer??? hahha… naper KakNgah suka? Al-kisahnya yang buat KakNgah jatuh chenta dengan Vita-E Shaklee ni semasa berpantang anak ke-3.. Ops! jangan salah faham yer, zinc juga membantu dalam baik luka bersalin tapi KakNgah sajer jerk add on Vita-E sekali untuk kesan baik pulih dengan lebih cepat… Iyerlah, anak dah masuk 3, mana nak uruskan rumah tangga ngan anak2 lagi, suami plak kje sendiri, tak kje xder lah duitnyer.. hehhe… Alhamdulillah, masa hari ke-8 berpantang, luka bersalin KakNgah baik sepenuhnya [mungkin kurang daripada 8 hari, cuma KakNgah lambat sedar]. Jom kita kenal-kenal dengan Vita-E Complex Shaklee nih…

Kenali Vitamin E anda!Vita-EVitamin E terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alpha, beta, gamma dan d-alpha tocopherol. Gamma adalah jenis vitamin E yang paling kurang aktif. Manakala d-alpha tocopherol adalah jenis vitamin E yang paling aktif dan paling hebat.

Seperti yang diketahui ramai, suplemen-suplemen Shaklee adalah terdiri daripada suplemen semulajadi ya bukan sintetik..begitu juga halnya dengan Vita E Complex ini yang sememangnya terhasil dari sumber Vitamin E yang semulajadi. TAPI bagaimanakah caranya untuk anda pastikan Vitamin E yang anda ambil dan consume setiap hari adalah terdiri daripada sumber yang semulajadi dan bukannya Vitamin E sintetik?? Mudah sahaja…anda lihat di label Vitamin E anda dan pastikan yang tertulis ialah bermula dengan d-alpha  sebagai contoh : d-alpha tocopherol bukannya bermula dengan dl- sebagai contoh: dl-alpha tocopherol. Jadilah pengguna yang bijak ya!

Perlukah Selenium bersama Vitamin E??selenium di dalam vita e complex shaklee

Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Selenium adalah penting sebagai sumber untuk proses badan dapat berfungsi dengan betul. Oleh itu, Selenium juga amat penting dalam diet harian seseorang dan dianggap sebagai meningkatkan tindakan antioksidan (dalam situasi ini dapat tingkatkan tindakan Vitamin E).

Vita E Complex Shaklee kini diperkayakan pula dengan ekstrak biji anggur? Apa pula kelebihan esktrak biji anggur ini ya? Jom kita lihat bersama:

ekstrak biji anggur dalam vita e complex shaklee

  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih bersifat antioksida dari Vitamin E dan 20x lebih power dari Vitamin C.
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi.
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya.
  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah.

Tahukah anda bahawa seorang dewasa perlukan dalam 400IU Vitamin E setiap hari??

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan keperluan Vitamin E sebanyak itu?? Anda hanya perlu mengamalkan sebiji Vitamin E daripada Shaklee untuk mencukupkan keperluan Vitamin E anda setiap hari ATAU jika anda lebih senang memilih untuk mengambil lebih kurang 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam setiap hari???
1 capsule Vita E mengandungi 400 IU Vita E

Credit Picture: nooraidamymdnoor

Berikut disenaraikan antara manfaat yang boleh diperolehi daripada pengambilan Vitamin E secara konsisten:

♥ Penting untuk melindungi jantung dan paru-paru kita.

♥ Antipenuaan — menjadikan anda tampak lebih muda kerana Vitamin E merupakan antioksidan yang sangat power untuk melawan semua radikal bebas..dan ditambah pula lagi dengan kehadiran ekstrak biji anggur yang seperti telah saya nyatakan tadi 20 x lebih power dari Vitamin C.

♥ Juga berfungsi untuk mengukuhkan sistem imun, dan berupaya melawan sel-sel kanser serta menghalang pertumbuhan tumor.

♥ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif baik bagi lelaki dan wanita dan bagi lelaki jika diamalkan setiap hari dipercayai dapat mempertingkatkan lagi kualiti serta kiraan sperma.

♥ Dikenali juga sebagai “Vitamin Cinta” yg mampu memperbaiki hubungan intim suami dan isteri. Lebih bagus jika diamalkan bersama Alfalfa Complex.

♥ Untuk kecantikan kulit di mana dapat memudarkan parut, stretchmark dan lain-lain. Pengambilan bersama B Complex, Sustained Release Vita C Plus dan ESP dapat memberikan anda kulit wajah yang cerah, licin dan bebas cela jika diamalkan secara konsisten.

♥ Bantu merendahkan paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah, membantu pembekuan darah yang normal dan memberi manfaat pada saraf.

♥ Juga dikatakan dapat mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).

credit : MyLittle Yaya

Vitamin E adalah sumber anti-oksidan yang diperlukan dalam pemakanan seharian. Dengan pengambilan Vitamin E yang mencukupi setiap hari mampu membantu anda mengawal daripada penyakit jantung yang menjadi PEMBUNUH NO. 1 di MALAYSIA dimana ia akan menyerang tidak kira waktu samada semasa anda tidur, makan dan beriadah. Jagalah Kesihatan anda kerana “Kesihatan itu Satu Anugerah”.

Next time KakNgah kongsikan pulak testimonial dikalangan pengguna Vitamin E Shaklee yer, insyaAllah…. Have a nice day~~

 
 
 
Name Card
 
Advertisements

One thought on “Vita-E Complex ~ KakNgah Suka… KakNgah Suka…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s