Anak Tidak Perlu PERFECT Untuk Didik Dengan Baik.

marah anakTajuk yang sangat KakNgah suka, sebak dihati kerana perkongsian dari Prof. Dr. Rozieta Shaary sangat menyentuh hati. Tak dapat dinafikan memang KakNgah stress tengok anak kawan2 dan jiran2 dah pun pandai membaca seusia 6 tahun tetapi sebaliknya dengan anak sulung KakNgah. Tegas KakNgah mengajarnya untuk mahir membaca selama 2bulan ini dan Alhamdulillah… sesuatu yang sungguh berbaloi dan memang agak mencabar. Namun teguran Prof. Dr. Rozieta Shaary ini sesuatu yang sebenarnya perlu KakNgah terapkan dalam mendidik anak-anak….

“ANAK TIDAK PERLU PERFECT UNTUK DIDIK DENGAN BAIK.”

Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah – janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia.

Moga bermanfaat untuk semua ibu2… Kongsikanlah jika anda rasa ianya amat berguna untuk anda juga ibu2 lain di luar sana…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s